Isnin, Januari 30, 2023

Asas kenali hadis 044-49 12/11/22

Asas kenali hadis 044-49 12/11/22

Istilah-Istilah Berdasarkan Bilangan Sanad atau
Rantaian Perawi.

Istilah Hadis Berkaitan Bilangan Perawi
1.Mutawatir
2.Ahad
Masyhur
Aziz
Gharib

1.Hadis Mutawatir
Hadis Mutawatir ialah hadis yang diriwayatkan oleh perawi
yang ramai pada setiap peringkat sanad sehingga mustahil mereka bersepakat tuntuk mencipta hadis itu. "

Hadis mutawatir terbahagi kepada dua bahagian:
Percakapan dan Makna.

a. Mutawatir dari segi percakapan (lafzi)
b.Mutawatir dari segi makna (maknawi)


Contoh hadith
Mutawatir Dari Segi Percakapan
 عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
Abdullah bin Mas'ud berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja maka bersedialah tempat tinggalnya di dalam neraka' 
Hadis Riwayat Imam Timizi, Abwab al-ilm, Bab Ma Ja'a
Fi Tazim Al-Kitab/Kizb, Jami' Tirmizi.

Hadis ini diriwayatkan lebih daripada 73 orang sahabat

Mutawatir Dari Segi Makna
Mutawatir maknawi ialah hadis yang mutawatir dari segi maknanya sahaja, tidak dari segi lafaznya. Seperti hadis-hadis yang berkaitan dengan mengangkat dan menadah kedua-dua belah tangan semasa berdoa. la
telah diriwayatkan hampir dalam seratus hadis bahawa Nabi S.A.W telah mengangkat kedua tangan ketika berdoa. Meskipun begitu, peristiwa, keadaan, dan lafaz-lafaz yang digunakan dalam hadis-hadis tersebut adalah berbeza, tetapi kesemua hadis tersebut menyatakan bahawa baginda telah mengangkat tangan ketika berdoa. Oleh itu, hadis mengangkat tangan ketika berdoa adalah mutawatir dari segi maknanya walaupun tidak dari segi lafaznya.


Syarat Hadis Mutawatir
Sesuatu hadis itu akan diterima sebagai hadis mutawatir apabila memenuhi syarat syarat tertentu. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut
1.Hadis tersebut hendaklah diriwayatkan oleh ramai perawi.
Ulama berbeza pendapat berkaitan had bilangan yang minimun bagi perawi hadis mutawatir .Pendapat paling utama menurut sebahagian ulama ialah sepuluh orang.

2.Bilangan perawi yang ramai itu hendaklah ada pada setiap peringkat sanad, iaitu daripada peringkat pertama sehingga peringkat yang terakhir.

3.Kebiasaannya secara logik akal, mustahil para perawi bersepakat untuk berdusta melalui hadis yang diriwayatkan oleh mereka.
Pendustaan ini tidak akan berlaku sekiranya para perawi hadis tersebut mempunyai latar belakang yang berbeza dari segi benua negara, mazhab, aliran pegangan dan lain-lain. Justeru, meskipun terdapat ramai bilangan perawi bagi sesuatu hadis, berkemungkinan ia masih belum diklasifikasikan sebagai mutawatir, dalam situasi yang lain, berkemungkinan juga terdapat hadis yang mempunyai
bilangan perawinya sedikit tetapi dihukum sebagai hadis
mutaatir. Situasi ini berlaku kerana perbezaan latar belakang para perawi hadis itu turut diambil kira.

4.Pengkhabaran hadis itu hendaklah disandarkan kepada
pancaindera yang lima. Sebagai contoh, perawi berkata "kami mendengar dengan telinga kami sendiri", "kami melihat dengan mata kami sendiri'", "kami merasa dengan lidah kami sendiri)" dan lain-lain. Jika pengkhabarannya bersandarkan kepada akal semata-mata, ia tidak akan dianggap sebagai mutawatir. Seperti kata-kata ahli falsafah Yunani bahawa alam ini ialah qadim (sedia ada)

Hadis Ahad
Hadis Ahad ialah hadis yang tidak memenuhi syarat hadis Mutawatir. la juga disebut dengan istilah Khabar Ahad. Hadis Ahad terbahagi kepada tiga iaitu Gharib, Aziz dan Masyhur.

Gharib
Hadis Gharib ialah hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja sama ada di awal, tengah atau akhir.

Nama lain bagi hadis gharib ialah Fard dan menurut bahasa ertinya sama dengan gharib. Sebahagian ulama membezakan antara kedua-duanya dan mereka menjadikan setiap satu daripadanya sebagai bahagian hadis yang tersendiri. Namun, al-Hafiz Ibn Hajar menyatakan bahawa kedua-dua nama tersebut digunakan menurut bahasa dan istilah.

Conton sanad Hadis gharib
Nabi saw->Sahabat 1->Perawi2->Perawi3->Perawi->Perawi

Sahabat1->Perawi2->Perawi3->Perawi->Perawi

Sahabat1->Perawi3->Perawi->Perawi->Perawi

Contoh di atas menunjukkan hanya seorang sahabat yang meriwayat hadis ini dari Nabi SAW. Maka hadis ini menjadi gharib. Hukum hadis gharib boleh jadi sahih, hasan atau dhaif.

Aziz
Hadis Aziz ialah hadis yang terdapat pada setiap peringkat atau tabaqah sanadnya sekurang-kurangnya dua orang perawi.
Jika terdapat pada setiap peringkat sanad tiga orang perawi atau lebih, ia tidak menjadi masalah kerana pertambahan yang berlaku dalam perkara ini diperlukan. Pertambahan pada setiap peringkat dapat menyokong suatu hadis dan menjadikannya bertambah kuat

Contoh sanad Hadis Aziz
Nabi saw->Sahabat1->Perawi->Perawi->Perawi->Perawi

Nabi saw->Sahabat2->Perawi->Perawi->Perawi->Perawi

Contoh sanad di atas menunjukkan setiap peringkat mempunyai hanya dua orang perawi sahaja. maka hadis di atas dikira sebagai Aziz. Hadis Aziz juga boleh jadi sahih, hasan atau dhaif.

Masyhur
Hadis masyhur ialah hadis yang telah diriwayatkan oleh tiga orang perawi atau lebih tetapi tidak sampai kepada
tahap hadis mutawatir. Hadis ini dinamakan juga sebagai hadis mustafidh.

Contoh Sanad Hadis Masyhur
N.Muhamad->Perawi1->Perawi->Perawi->Perawi
N.Muhamad->Perawi2->Perawi->Perawi->Perawi
N.Muhamad->Perawi3->Perawi->Perawi->Perawi

Sanad di atas pula terdapat tiga orang perawi pada setiap peringkat. Maka Sanad ini adalah masyhur yang juga boleh jadi hukumnya sahih, hasan atau dhaif.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan