Sabtu, Januari 21, 2023

Usul dirayah hadis 0093 05/01/23(usul 57)

Usul dirayah hadis 0093 05/01/23(usul 57)

Usul (57): Riwayat-riwayat yang mencela orang-orang bujang atau menyatakan kelebihan sembahyang orang yang telah berkahwin daripada orang yang tidak
berkahwin (bujang) tidak ada satu pun daripadanya sahih. Kebanyakannya maudhu`, paling elok pun ia dha`if sangat.
Di bawah ini adalah beberapa contohnya.
Contoh Pertama:
شراركم عزابكم وأرذل موتاكم عزابكم
Bermaksud: Orang-orang yang paling jahat (teruk) di antara kamu ialah orang-orang bujang (orang-orang yang tidak beristeri atau tidak bersuami). Orang-orang mati yang
paling hina di kalanganmu (juga) adalah orang-orang bujang.

Rujukan:
`Abdur Razzāq as-Shan`āni – Mushannaf `Abdur Razzāq j.6 m/s 171, Ahmad bin Ĥambal – Musnad Ahmad j.35 m/s 355-356, al-`Uqaili – Ad-Dhu`afā’ j.3 m/s 356, Ibnu
Abi `Aashim – al-Aaĥād Wa al-Matsāni j.3 m/s 91, Abu Ya`la – Musnad Abi Ya`la j.2 m/s 325, Ibnu Hibbaan – al-Majrūĥīn j.3 m/s 3-4, at-Thabaraani – al-Mu`jamu al-Kabīr
j.18 m/s 158, al-Baihaqi -Syu`Abu al-Imān j.7 m/s 336, Ibnu al-Atsīr – Usdu al-Ghābah j.4 m/s 43 & 68-69, j.7 m/s 251, Hafizh Ibnu Hajar – al-Ishābah j.4 m/s 537.

Komentar:
(1) Hadits di atas adalah sebahagian daripada hadits yang agak panjang. Ia dikemukakan oleh `Abdur Razzāq dengan lengkap di dalam Mushannafnya. Imam Ahmad juga meriwayatkan hadits berkenaan dengan sanad `Abdur Razzaaq itu juga. Sanad bersama matan selengkapnya adalah seperti berikut:
عن محمد بن راشد.....كلثوم.

209

Oleh kerana bahagian matan hadits yang bergaris di bawahnya itulah yang berkenaan, dan di dalam kebanyakan kitab-kitab hadits maudhu` juga sekadar itu sahaja
dikemukakan, penulis berpada dengannya untuk dibentangkan sebagai contoh pertama di atas.

(2) Hadits contoh pertama di atas dihukum tidak sahih oleh para `ulama’ hadits kerana di dalam sanadnya terdapat dua orang perawi bermasalah sekurang-kurangnya. Makĥūl
dikatakan telah meriwayatkannya daripada seorang laki-laki tanpa menyebut dengan terang siapakah laki-laki itu dan apa namanya?
Maka laki-laki itu dikira sebagai perawi majhul, dan kerananya ia dianggap dha`if.
Makĥūl sendiri pula adalah seorang perawi mudallis. Riwayat seorang perawi mudallis seperti Makĥūl itu secara `an`anah tidak diterima, dan di sini jelas beliau
meriwayatkannya secara `an`anah.
Muhammad bin Rāsyid juga perawi yang dipertikaikan oleh sekumpulan `ulama’ Rijāl. An-Nasā’i mengatakan dia dha`if. Syu`bah pula melarang orang menulis hadits-haditsnya dengan alasan dia sorang Rāfidhi (Syi`ah melampau).

(3) Walaupun sanad al-`Uqaili di dalam Kitabnya ad-Dhu`afā’ (j.3 m/s 356) menyebut dengan terang nama perawi tempat Makĥūl menerima hadits ini, namun ia tetap tidakmenjadikannya sahih. Namanya ialah `Athiyyah bin Busr al-Hilāli. `Athiyyah berdasarkan riwayat al-`Uqaili tidak menerima hadits berkenaan daripada Abu Dzarr,
malah menerimanya terus daripada `Akkāf bin Wadā`ah al-Hilāli.
Setelah mengemukakannya al-`Uqaili berkata, عطية لا يتابع عليه ( tiada orang lain turut meriwayatkan apa yang diriwayatkannya itu).
Selain itu, Makĥūl di dalam sanad al-`Uqaili juga meriwayatkannya secara `an`anah.

(4) Hadits `Athiyyah bin Busr telah diriwayatkan juga melalui satu saluran riwayat yang lain, kata beliau:

210
جاء..... الحديث بتمامه
Bermaksud: `Akkāf bin Wadā`ah datang kepada Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w. bertanya dia dengan kata baginda, “Wahai `Akkāf, adakah engkau mempunyai
isteri? Dan seterusnya seperti tersebut di dalam hadits di atas.
Hadits ini dikemukakan oleh Abu Ya`la di dalam Musnadnya, at-Thabaraani di dalam al-Mu`jamu al-Kabīr dan al-Baihaqi di dalam Syu`Abu al-Iman melalui saluran riwayat Baqiyyah bin al-Walīd daripada Mu`āwiah bin Yahya daripada Sulaiman bin Musa daripada Makĥūl daripada Ghudhaif bin al-Ĥārits daripada `Athiyyah bin Busr al-
Māzini…
Setelah mengemukakannya al-Baihaqi berkata, “Ini adalah lafaz riwayat Ibnu `Abdān, cuma di dalam riwayatnya beliau menyebut nama `Athiyyah bin Qais, padahal yang betulnya ialah `Athiyyah bin Busr, saudara `Abdullah bin Busr.
Dengan berkata begini al-Baihaqi bermaksud menyatakan `Athiyyah seperti saudaranya merupakan sahabat Rasulullah s.a.w. Demikianlah disebutkan oleh
sekumpulan `ulama’. Antaranya ialah Ibnu Ĥibbān di dalam Kitabnya at-Tsiqāt (j.3 m/s 307). Kata Ibnu Ĥibbān:
عطية بن بسر المازني له صحبة
( Athiyyah bin Busr al-Māzini, sahabat Rasulullah s.a.w.).
Jika diterima sekalipun `Athiyyah itu sahabat Rasulullah s.a.w., tetap juga hadits itu tidak sahih, kerana sanad di bawahnya tidak sahih. Di dalam sanadnya terdapat
beberapa `illat, iaitu:
(i) Makĥūl meriwayatkannya secara `an`anah juga seperti di dalam dua sanad yang dikemukakan sebelum ini, sedangkan beliau seorang perawi mudallis.
(ii) Terdapat di dalamnya seorang perawi bernama Mu`āwiah bin Yahya as-Shadafi. Dia seorang perawi dha`if sebagaimana tersebut di dalam Taqrīb at-Tahdzīb, al-Kāsyif dan lain-lain.
(iii) Di dalam sanadnya juga terdapat perawi bernama Baqiyyah bin al-Walīd. Dia juga seorang mudallis. Walaupun Baqiyyah mempunyai mutābi` bernama al-Walīd bin
Muslim, namun al-Walīd juga seorang perawi mudallis.

211

Riwayatnya dikemukakan oleh al-`Uqaili di dalam ad-Dhu`afā’ dan Ibnu al-Jauzi di dalam al-Wāhiah. Untuk menyatakan kelemahan saluran riwayat itu Ibnu al-Jauzi
hanya menyebutkan seorang sahaja perawinya yang dikatakan dha`if oleh para `ulama’ Rijāl. Katanya: “Ibnu Ma`īn berkata,ليس بشيء ( Mu`āwiah bukan apa pun). Beliau juga menukilkan kata-kata al-`Uqaili yang telah disebutkan sebelum ini, kemudian menulis:
“Para `ulama’ hadits berkata, “Tidak ada satu pun haditsnya yang sahih.”
Demikian juga kata Hafizh Ibnu Hajar di dalam al-Ishābah di bawah biografi `Akkāf, bahawa semua saluran riwayat tersebut tidak sunyi daripada kedhaifan dan idhthirāb.

(5) Walaupun as-Suyuthi tidak bersetuju dengan Ibnu al-Jauzi yang menyenaraikan hadits contoh pertama itu sebagai hadits maudhu`, namun beliau juga tidak menafikan tentang kedhaifannya. Alasannya ialah hadits itu diriwayatkan juga oleh Ahmad dan at-Thabaraani daripada `Athiyyah bin Busr. Ibnu `Adi meriwayatkannya daripada Abi Hurairah, dan Abu Ya`la daripada Jābir.
As-Sakhāwi berkata, hadits itu dikemukakan oleh Abu Ya`la dan at-Thabaraani daripada riwayat Abu Hurairah secara marfu`.
Di dalam al-Maqāshid al-Ĥasanah m/s 251, as-Sakhāwi mengemukakan beberapa hadits yang lebih kurang sama ma`nanya dengan hadits yang dikemukakan sebagai
contoh pertama. Lalu beliau berkata, “Semuanya dha`if dan mudhtharib”. Bagaimanapun beliau juga seperti as-Suyuthi tidaklah sampai menghukumnya sebagai
hadits maudhu`.

(6) Sama ada riwayat `Athiyyah bin Busr, Abu Hurairah, Anas, Jābir atau Abu Dzarr dan lain-lain, tidak ada satu pun daripadanya sahih, semuanya dha`if. Dhaifnya pula
bukan dha`if ringan, tetapi dha`if teruk.

(7) Dalam konteks orang-orang yang mampu berkahwin, tetapi terus membujang kerana tidak mahu mengamalkan Sunnah Nabi s.a.w. bahkan tidak menyukainya,
memanglah ada juga kebenarannya jika dikatakan mereka adalah orang-orang yang paling jahat dan orang-orang yang mati dalam keadaan paling hina di kalangan umat
Muhammad s.a.w.

212

Tetapi jika ia difahami di luar konteks, dan diambil bahagian tersebut sahaja tanpa melihat kepada sebab wurudnya, maka orang-orang bujang kerana tiada jodohnya atau
orang-orang yang membujang kerana sebab-sebab lain yang wajar menurut Syari`at  juga akan termasuk dalam golongan umat Muhammad yang paling jahat, dan jika mati pula maka mereka mati sebagai orang-orang yang paling hina!

(8) Golongan `ulama’ yang menghukum hadits seperti itu sebagai maudhu` tentu sekali tidak melihatnya dari sudut sanad semata-mata. Mereka tentu sekali melihat kepada
sudut-sudut yang lain. Antaranya ialah:

(i) Tiadanya ancaman seperti itu di dalam al-Qur’an mahupun hadits-hadits sahih atau hasan.
(ii) Terdapat banyak lagi dosa-dosa atau jenayah-jenayah lain yang lebih berat. Tetapi tidak tersebut pula hukuman terhadap mereka seperti hukuman yang tersebut di dalam
hadits contoh pertama untuk orang-orang bujang. “Paling jahat” dan “Orang-orang mati yang paling hina”.
(iii) Terhadap pelaku-pelaku dosa-dosa besar yang ada hukuman hadnya yang khusus di dunia ini seperti berzina, mencuri, minum arak dan lain-lain pun tidak dikatakan
mereka paling jahat dan mati sebagai orang-orang yang paling hina. Bagaimana mungkin orang yang membujang tanpa kehendak dan pilihannya akan dihukum seberat
itu?
(9) Kalaupun diterima hadits itu, maka tidak semestinya “kamu” sebagai umat Muhammad yang dimaksudkan ialah umat Islam yang merupakan “ummatul ijābah”.
Boleh jadi “kamu” itu bererti orang-orang kafir dari kalangan umat Muhammad yang merupakan “Ummatu ad-da`wah”.

(10) Jika diterima pun hadits itu, maka kandungannya lebih sesuai dikaitkan dengan paderi-paderi atau sami-sami yang mengajarkan kepada orang ramai bahawa kehidupan
membujang itulah kehidupan berugama yang paling baik dan sempurna.

Contoh Kedua:

عن أبي هربره ....، غير متأهل
213

Bermaksud: Orang yang paling jahat (teruk) di kalanganmu adalah orang bujang. Dua raka`at (shalat yang dikerjakan) oleh orang yang telah berkeluarga (berkahwin) lebih
baik daripada tujuh puluh raka`at oleh orang yang tidak berkeluarga (belum berkahwin).

Rujukan:
Ibnu al-Jauzi- al-Maudhu`aat j.2 m/s 257-258, as-Suyuthi – al-La’aali’u al-Mashnu`ah j.2 m/s 161, Ibnu `Adi- al-Kaamil j.8 m/s 497-498, adz-Dzahabi- Mizaanu al-I`tidaal
j.4 m/s 466, Hafiz Ibnu Ĥajar al-`Asqalāni – Lisānu al-Mīzān j.8 m/s 556, Ibnu `Arraaq al-Kinaani – Tanzih as-Syari`ah al-Marfu`ah j.2 m/s 206, as-Syaukaani- al-Fawaa’idu
al-Majmu`ah m/s 120, al-Albaani - Silsilatu al-Ahaditsi ad-Dha`iifah Wa al-Maudhu`ah j.6 m/s 21, Muhammad bin Khalil bin Ibrahim al-Massyisyi at-Tharabulsi - al-Lu’lu’
al-Marshu` m/s 103, Muhammad bin Muhammad Darwesh – Asna al-Mathalib m/s 786, Mulla `Ali al-Qari- al-Asraaru al-Marfu`ah Fi al-Akhbaari al-Maudhu`ah m/s
242), Muhammad Thahir bin `Ali al-Fattani al-Hindi- Tazkiratu al-Maudhu`aat m/s125), Abu Sulaiman Jāsim bin Sulaiman ad-Dausari– ar-Raudhu al-Bassām Bi Tartīb
Wa Takhrīj Fawā’id Tammām j.2 m/s 366.

Komentar:
(1) Hadits di atas lengkap dengan sanadnya adalah seperti berikut:
أخبرنا... غير متأهل
Sanad yang dikemukakan ini adalah berdasarkan riwayat Ibnu `Adi di dalam al-Kāmilnya. Ibnu al-Jauzi, as-Suyuthi dan lain-lain juga mengemukakannya dengan sanad yang sama.

(2) Ibnu `Adi berkata, “Ini adalah hadits maudhu`.” Abu Zur`ah dan an-Nasā’i berkata, “Yusuf bin as-Safar (perawi) matrūkul ĥadīts.” Abu Ĥātim bin Ĥibbān berkata, “Dia
(Yusuf) meriwayatkan daripada al-Auzā`i apa yang bukan merupakan haditsnya. Pendengar tidak akan ragu tentang kepalsuannya, tidak halal sama sekali berhujah

214

dengan riwayatnya.” Ad-Daaraquthni pula berkata, “(Yusuf perawi) Matrūk, dia berdusta.”
Ibnu Ma`īn, al-Jauzajāni, al-Bukhari dan lain-lain mengatakan Yusuf bin as-Safar adalah perawi pendusta. (Lihat Hafizh Ibnu Hajar - Lisan al-Mīzān j.6 m/s 322-324).
Adz-Dzahabi di dalam Mizaanu al-I`tidaal j.4 m/s 466 menukilkan juga kata-kata al-Baihaqi tentang Yusuf bin as-Safar, bahawa dia terbilang sebagai salah seorang pereka hadits.
(3) Terdapat satu lagi saluran riwayat berhubung dengan perkara ini yang dikaitkan dengan Abu Hurairah. Lafaz haditsnya berbeza daripada yang dikemukakan sebagai
contoh kedua itu. Bahagian pertamanya sahaja ada, iaitu شراركم عزابكم  ,tetapi yang seterusnya tiada. Saluran riwayat ini juga bermasalah. Lihat di bawah ini sanadnya:
أنبأنا إسماعيل......أبى هريرة

Di dalam sanad ini selain terdapat Saleh Maula at-Tau’amah yang merupakan salah seorang perawi majrūĥ (yang dipertikaikan kedudukannya oleh para `ulama’ Rijāl
hadits), terdapat juga seorang perawi bernama Khalid bin Isma`il. Menurut Ibnu `Adi, dia pereka hadits.
(4) Walaupun hadits Abu Hurairah melalui saluran riwayat kedua itu terdapat di dalam Musnad Abu Ya`la (j.2 m/s 397) dan al-Mu`jamu as-Shaghīr karangan at-Thabaraani
(j.4 m/s 375), namun Hafizh Ibnu Hajar di dalam al-Mathālibu al-`Aaliah (j.8 m/s 283) tetap mengatakan ia adalah hadits mungkar, dan Khalid adalah perawi yang tertuduh berdusta.

(5) Setelah Ibnu `Adi mengemukakan hadits di atas menerusi saluran riwayat Yusuf bin as-Safar, beliau bawakan juga beberapa hadits yang lain dengan sanad yang sama. Kemudian beliau berkata: “Hadits-hadits yang diriwayatkan daripada Yahya daripada Abi Salamah ini dengan sanad Yusuf bin as-Safar semuanya maudhu`.”
(6) Hadits contoh kedua seolah-olahnya mewajibkan berkahwin dan berkeluarga, sedangkan tidak semua orang mempunyai kemampuan untuk berkahwin dan

215

berkeluarga atas pelbagai alasan yang dibenarkan oleh Syara`. Apakah mereka berdosa kerana tidak berkahwin? Sehingga dikatakan mereka adalah seburuk-buruk atau
sejahat-jahat umat Muhammad??
(7) Jika dilihat sejarah umat Islam, dari awal hingga ke hari ini, terdapat ramai juga orang-orang baik dan saleh yang tidak berkahwin dan berkeluarga. Apakah kepada
mereka juga terkena ancaman hadits ini? Apakah mereka juga menjadi orang-orang yang paling jahat atau paling teruk? Apakah nilai sembahyang mereka 70 kali kurang
daripada nilai sembahyang orang-orang yang berkahwin, meskipun dia seorang yang jahat?

(8) Bukankah terdapat juga sahabat Rasulullah s.a.w., para `ulama’ dan pejuang-pejuang Islam yang tidak ditaqdirkan berkahwin sepanjang hidupnya kerana sebab-sebab tertentu? Apakah mereka tidak terkecuali daripada ancaman sabda Rasulullah s.a.w. itu? Apakah sembahyang mereka juga 70 kali kurang daripada orang-orang biasa
lain yang berkahwin dan berkeluarga?

(9) Memanglah boleh diterima jika itu semua dianggap sebagai galakan supaya berkahwin seperti terdapat dalam banyak hadits-hadits Rasulullah s.a.w. yang lain, dan
ancaman daripada kehidupan membujang yang mendedahkan seseorang kepada perzinaan dan bermacam-macam ma`shiat yang lain lagi, tetapi semua itu tidak sahih.

(10) Jika dikatakan hadits-hadits dha`if boleh dipakai juga untuk tujuan targhib (menggalakkan orang melakukan kebaikan) dan tarhib (menakut-nakutkan orang
daripada melakukan ma`shiat), maka perlulah diketahui hadits-hadits dhaif yang macam manakah yang dibenarkan oleh para `ulama’ hadits kita menggunakannya untuk
tujuan itu?
Tentu sekali bukan hadits-hadits dhaif sangat, apalagi hadits maudhu` seperti yang dikemukakan di sini sebagai contoh.
Contoh Ketiga:
عن أنس بن.....العزب
216

Bermaksud: Anas meriwayatkan, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dua raka`at yang dikerjakan oleh orang yang berkeluarga lebih baik lagi daripada lapan puluh dua
raka`at oleh orang bujang.
Rujukan:
Abul Qāsim Tammām bin Muhammad bin `Abdillah al-Bajali ar-Rāzi – Fawā’id Tammām j.1 m/s 299, ad-Dhiyā’ al-Maqdisi – al-Aĥādīts al-Mukhtārah j.2 m/s 440,
Ibnu al-Jauzi- al-Maudhu`aat j.2 m/s 257), (as-Suyuthi – al-La’aali’u al-Mashnu`ah j.2 m/s 135, adz-Dzahabi- Mizaanu al-I`tidaal j.4 m/s 100, Hafizh Ibnu Hajar al-`Asqalāni
– Lisānu al-Mīzān j.8 m/s 46, Muhammad Thahir bin `Ali al-Fattani al-Hindi- Tazkiratu al-Maudhu`aat m/s 125, Ibnu `Arraaq al-Kinaani – Tanzih as-Syari`ah al-Marfu`ah j.2
m/s 203, al-Albaani- Silsilatu al-Ahaditsi ad-Dha`iifah Wa al-Maudhu`ah j.2 m/s 99, Abu Sulaiman Jāsim bin Sulaiman ad-Dausari– ar-Raudhu al-Bassām Bi Tartīb Wa Takhrīj Fawā’id Tammām j.2 m/s 365-366.

Komentar:
(1) Hadits contoh ketiga di atas mula-mula sekali dikesan di dalam kitab Fawā’id Tammām. Kemudian ia dinukilkan oleh ad-Dhiyā’ al-Maqdisi dan lain-lain.
Di bawah ini ialah sanad Tammām di dalam kitab tersebut:
أخبرنا..ّ..وسلم

(2) Di dalam sanad Tammām itu terdapat seorang perawi bernama Mas`ud bin `Amar al-Bakri. Adz-Dzahabi di dalam Mizān al-I`tidāl menulis di bawah biografinya, “Saya
tidak mengetahui siapa Mas`ud ini (perawi majhūl), haditsnya ini batil (karut).”
Hafizh Ibnu Hajar juga mengemukakan hadits contoh ketiga itu di bawah biografi Mas`ud, setelah mengemukakannya beliau mengesahkan apa yang telah dikatakan oleh Adz-Dzahabi di dalam Mizān al-I`tidāl tadi.

(3) Terdapat satu lagi hadits yang dikaitkan dengan Anas bin Malik berhubung dengan perkara ini, ia diriwayatkan melalui satu saluran riwayat yang lain. Di dalamnya
terdapat seorang perawi bernama Mujāsyi` bin `Amar. Dia terkenal kerana

217

meriwayatkan hadits berkenaan. Al-`Uqaili mengemukakannya di dalam kitab beliau ad-Dhu`afā’ al-Kabīr (j.4 m/s 264). Lihat hadits yang dimaksudkan itu melalui sanad al-`Uqaili di bawah ini:
حدثنا...،،من الأعزب
...
Bermaksud: Daripada Anas, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dua raka`at (shalat) yang dikerjakan oleh orang yang telah berkahwin lebih afdhal (lebih baik) daripada
tujuh puluh raka`at yang dikerjakan oleh orang bujang.”
Mujāsyi` bin `Amar tersenarai sebagai perawi bermasalah yang ke-1869 di dalam ad-Dhu`afā’ al-Kabīr. Kata al-`Uqaili tentangnya:
Mujāsyi` bin `Amar, haditsnya mungkar tidak maĥfūzh. Muhammad bin `Utsman menukilkan kata-kata Yahya bin Ma`īn bahawa Mujāsyi` bin `Amar adalah salah
seorang pendusta besar.

Setelah itu barulah al-`Uqaili mengemukakan haditsnya dengan sanad di atas.
Ibnu al-Jauzi telah menghukum hadits Mujāsyi` bin `Amar ini sebagai maudhu`. Beliau menukilkan kata-kata Ibnu Hibbaan tentang Mujāsyi` bahawa dia mereka (mengada-
ngadakan) hadits atas nama perawi-perawi tsiqāt. Tidak halal menyebutnya melainkan dengan maksud mengkritik.

(4) Jika diperhatikan, riwayat contoh ketiga daripada Anas dan contoh kedua daripada Abu Hurairah, kedua-duanya kelihatan sama, kecuali di permulaan dan di hujungnya.
Apa yang ada di permulaan riwayat kedua شراركم عزابكم
tidak ada pada riwayat ketiga.
Gandaan pahala sembahyang orang yang berkahwin daripada orang bujang juga tidak sama. Di dalam riwayat kedua tersebut tujuh puluh kali ganda. Di dalam riwayat ketiga pula tersebut lapan puluh dua kali ganda.

(5) Hadits Anas yang dikemukakan oleh Tammām melalui saluran riwayat Mas`ud bin `Amar al-Bakri menyebutkan gandaan pahala sebanyak lapan puluh dua kali ganda.
Hadits yang dikemukakan oleh al-`Uqaili melalui saluran riwayat Mujāsyi` bin `Amar

218


pula menyebutkan sebanyak tujuh puluh kali ganda. Di situ terdapat perbezaan yang menyebabkan ia menjadi mudhtharib.
(6) Setelah mengemukakan hadits Anas melalui saluran riwayat Mujāsyi` bin `Amar, as-Suyuthi semacam mengkritik Ibnu al-Jauzi dan al-`Uqaili yang menghukumnya maudhu`. Kata beliau, “Terdapat satu lagi saluran lain bagi riwayat ini.” Kemudian beliau membawakan saluran riwayat Tammām di dalam Fawā’idnya dan berkata, “Ad-Dhiyā’ juga di dalam al-Mukhtārahnya telah meriwayatkannya dengan sanad ini. Tetapi Hafizh Ibnu Hajar di dalam Athrāfnya mengkritik dengan berkata, “Ini adalah hadits mungkar, tidak ada apa pun erti mengemukakannya.”
Kalau begitu, apakah ertinya as-Suyuthi mengkritik Ibnu al-Jauzi yang menukilkan riwayat al-`Uqaili melalui saluran Mujāsyi` itu, setelah beliau sendiri menerimanya
sebagai hadits mungkar dan batil (karut)?

(7) Bukan Ibnu al-Jauzi sahaja telah menghukum hadits-hadits ini sebagai maudhu`. Ibnu `Adi, al-`Uqaili, adz-Dzahabi dan lain-lain juga telah menghukumnya maudhu`. Tokoh-tokoh hadits di zaman mutakkhir seperti al-Albāni, al-Ghumāri dan lain-lain juga sependapat dengan mereka.

(8) Kerana kecuaian dalam penapisan hadits-hadits seperti inilah hadits Mujāsyi` dan lain-lain yang dihukum maudhu` oleh sekian ramai `ulama’ itu masih lagi menjadi penyeri khutbah-khutbah nikah setiap kali imam membaca khutbah nikah sebelum melakukan `aqad nikah di Malaysia dan di sesetengah negara umat Islam yang lain
hingga ke hari ini!

219

Tiada ulasan:

Catat Ulasan