Khamis, Februari 02, 2023

Asas kenali hadis 038-42 22/10/2022

Asas kenali hadis ( 22/10/2022)

Istilah-Istilah Yang Berkaitan Dengan Martabat  Perawi Hadis

Definisi gelaran-gelaran yang akan dinyatakan, adalah merujuk kepada gelaran-gelaran pada kurun terdahulu. Pada kurun kebelakangan ini sudah tidak digunakan secara praktikal.

Al-Musnid
Seorang perawi yang meiwayatkan hadis dengan sanad yang lengkap sama ada dia mengetahui maknanya atau tidak, melainkan sekadar meriwayatkannya semata-mata.
Gelaran ini adalah gelaran yang paling rendah di sisi ulama hadis.

AL-Muhaddis
AL-Muhaddis merupakan yang diberikan kepada seseorang
yang melibatkan diri dalam ilmu hadis, serta mempunyai pengetahuan mengenai sebahagian besar hadis dan para perawi pada zamannya.
Gelaran ini adalah lebih tinggi daripada gelaran Al-Musnid.
Pada masa kini, gelaran A-Muhaddis adalah merujuk kepada seseorang yang melibatkan diri secara ikhlas dalam kajian-kajin berorientasikan hadis dan pengajiannya.
Mereka juga berkeupayaan tinggi dalam melakukan kajian, menyelidik perihal para perawi hadis melalui aspek Al-Jarh Wa Al-Tadil dengan merujuk kitab-kitab hadis yang utama.
Disamping itu, mereka juga mempunyai pengetahuan luas berkenaan sumber-sumber hadis dan para perawinya, syarah hadis, serta menguasai metode untuk berinteraksi dengan hadis nabi mengikut keadaan, tempat dan sebab.

Al-Hafiz
Gelaran khas bagi para ulama hadis diberikan kepada seseorang yang mengetahui sunnah-sunnah Rasulullah
SAW, mengetahui tentang sanad-sanadnya, dapat membezakan di antara sanad-sanadnya, menghafal hadis-hadis yang disepakati oleh para ulama ke atas kesahihannya dan juga sesuatu yang khilaf di antaranya.

Al-Hafiz Ibn Hajar(Asqolani) menyebut tentang syarat-syarat gelaran al-hafiz iaitu:(atau Gelaran Al-Hafiz disisi Ibnu Hajar)

1.Seseorang yang masyhur dalam menuntut ilmu hadis,
mengambil daripada lidah-lidah ulama atau perawi hadis
dan bukan semata-mata kitab.
2. Mengetahui tingkatan perawi dan martabat mereka.
3. Mengetahui ilmu Al-Jarh Wa Al-ladil, membezakan antara
sahih dan sebaliknya, sehingga hadis-hadis yang dihafal
lebih banyak daripada yang tidak dihafal, di samping
menghafal banyak matan hadis.
Beliau berkata, jika syarat-syarat ini ada pada seseorang perawi, maka dia layak digelar sebagai Al-Hafiz.
(Rujukan Al-Nukat Ala Ibn Al-Salah 1/268)

Al-Hujjah
Al-Hujjah ialah ahli hadis yang memiliki pengetahuan sempurna mengenai (300,000) hadis dari aspek matan dan sanad hadis. A-Hujjah juga mengetahui perihal para perawi dari sudut Al-Jarh Wa Al-Tadil serta tarikh kelahiran dan kewafatan mereka.
Gelaran ini adalah lebih tinggi daripada gelaran Al-Hafiz.

Ulama yang digelar Al- hujjah.
1.Al-lmam Sufyan Bin Uyainah (wafat 198H).
2 Al-Imam Said bin Mansur (wafat 227H).
3.Al-Imam Al-Darimi Abu Said Uthman Bin Said
(wafat 280H).
4.Al-Imam Al-Tabrani, Abu Al-Qasim Sulaiman Bin Ahmad
(wafat 360H).
5.Al-Imam Al-Diya Al-Maqdisi (wafat 643H) dan lain-lain

Al-Hakim
Menurut kaedah bahasa Arab, Al-Hakim berasal daripada perkataan (حكم يحكم). Hakim bermaksud seseorang yang dilantik untuk menghakimi suatu hukuman kepada manusia. Gelaran ini juga digunakan sebagai Al-Qadi.
Menurut istilah, Al-Hakim adalah gelaran bagi seseorang ahli hadis yang berpengetahuan luas dan mantap tentang hadis dan hanya sahaja hadis-hadis yang tidak diketahuinya.
Gelaran ini dikatakan lebih tinggi kedudukannya daripada gelaran Al-Hujjah.

Ulamak yang digelar Al-Hakim
1.Abu Ahmad, Al-Hakim Muhammad Bin Muhammad Bin
Ishaq Al-Naisaburi Al-Karrabisi (wafat 388H)
2.Abu Abdullah Al-Hakim Muhammad Bin Abdullah
Al-Naisaburi (wafat 405H) iaitu pengarang
kitab Al-Mustadrak Ala Al-Sahihain.

Amirul Mukminin fil Hadis
Dari segi bahasa, Amir membawa maksud orang yang berkuasa atau diberikan kepercayaan untuk menguruskan. Mukminin pula bermaksud orang-orang mukmin.
Dari segi istilah ilmu hadis pula, ia merupakan peringkat tertinggi dalam martabat perawi hadis. Mereka yang bergelar Amirul Mukminin Fil Hadis merupakan orang yang sangat mendalam pengetahuannya dalam bidang hadis dan segala disiplinnya. Mereka juga merupakan tokoh yang menjadi rujukan kesemua perawi yang berada di martabat di bawahnya.

Ulamak yang digelar Amirul Mukminin
1. Al-Imam Sufyan As-Sauri (wafat 161H).
2. Al-Imam Syu'bah ibn Al-Hajjaj (wafat 160H).
3. Al-Imam Muhammad bn Ismail Al-Bukhari (wafat 256H).
4. Al-Imam Muslim Ibn Hajjaj (wafat 261H).
5. Al-Imam Ad-Daruqutni (wafat 385H).
6. Al-Imam Ibn Hajar Al-Asqalani (wafat 852H).

Sababat
Sahabat ialah mereka yang berjumpa dengan Nabi SAW dan beriman dengan Baginda. Mereka juga mati dalam Islam walaupun pernah murtad pada hayatnya. Kedudukan mereka berada pada peringkat yang tertinggi dalam kalangan perawi.

Tabi'in
Tabi'in ialah mereka yang berjumpa dengan sahabat Nabi SAW dalam keadaan sahabat itu sudah Islam.
Mereka juga mati dalam Islam walaupun pernah murtad pada hayatnya.
Mereka juga dikenali sebagai sahabat kepada para Sahabat Nabi.

Tabi' Tabi' in
Tabi' Tabi'in ialah mereka yang berjumpa tabiin dalam keadaan tabi'in itu sudah Islam. Mereka juga mati dalam Islam walaupun pernah murtad pada hayatnya.

Sahabat  Berjumpa Nabi Muhammad SAW.
Tabi'in Berjumpa para sahabat RA.
Tabi' Tabi'in Berjumpa para tabiin RH.

Begitulah tingkatan para perawi hadis dari yang terendah hingga yang tertinggi. Setiap dari mereka ini mempunya peranan dan jasa masing-masing dalam mempertahankan dan menyebarluaskan ilmu hadis keseluruh alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan