Selasa, Februari 07, 2023

Sunan Abu Daud Muqadimah6/2/23(01)

Sunan Abu Daud Muqadimah6/2/23(01)

بسم الله الرمحن الرحيم والصلاة والسلام على رسوله الأمني آله وعلى  وأصحابه أمجعني 
Biografi Imam Abu Daud Dan Serba Sedikit Informasi Tentang Kitab Sunan Beliau

Nama Dan Susur Galurnya:
Nama sebenar beliau ialah Sulaiman. Abu Daud itu adalah kuniahnya (nama panggilannya) sahaja. Nama bapanya pula ialah Asy`ats bin Ishaq. 
Salasilah keturunan beliau secara lengkap adalah seperti berikut:
Sulaiman bin Asy`ats bin Ishaq bin Basyīr bin Syaddād bin `Amar bin `Imraan al-Azdi as-Sijistāni.

Imam Abu Daud adalah penduduk Sīstān, iaitu satu kawasan yang terletak di antara Herat dan Sindh, berhampiran dengan wilayah Balucistan (dekat Pakistan)hari ini.

Orang-orang `Arab menyebut Sīstān dengan Sijistan. Kerana itulah apabila dinisbahkan (dikaitkan) kepada negeri atau tempat asal Abu Daud, beliau dikatakan as-Sijistani (orang Sijistan). 

Tidak dinafikan terdapat sedikit perbedaan pendapat mengenai tanah air Imam Abu Daud yang sebenarnya. Ibnu Khallikān berkata, Sijistan adalah nama sebuah kampung 
yang terletak di sekitar Bashrah. Sementara Syah `Abdul `Aziz (anak Syah Waliyullah) pula tidak bersetuju dengannya. Bagi beliau, Sīstān adalah nama sebuah bandar di antara Herat dan Sindh.(Karangan banyak dlm bahasa Urdu)

Jika dilihat kepada peta yang terdapat hari ini tidak ada pula sebuah bandar bernama Sīstān di kawasan itu. Yaqūt al-Ĥamawi menulis, “Sīstan terletak di kawasan sekitar 
Khurāsān. Ia dipanggil juga Sijz.” Nampaknya pendapat Yāqūt ini lebih tepat. Sebab itulah Imam Abu Daud juga dikaitkan dengannya, beliau juga disebut as-Sijzi 
(orang Sijz). 
Peta yang terdapat hari ini menunjukkan Sijistan itu terletak di atara beberapa wilayah. 
Di sebelah utaranya Khurāsān. Di sebelah baratnya Kirmān. Di sebelah selatannya terletak Mukrān, dan di sebelah timurnya pula terletak Sind.
Sekarang ini wilayah Sistan terletak di sebelah barat daya Afghanistan, dan ia terbahagi kepada dua bahagian, 
Sīstān dan Rīĥistān, sebahagian daripadanya terletak di sebelah timur Iran.

Mungkin juga di suatu ketika dahulu sebelum wujud lagi negara Iran hari ini, ia terletak dalam wilayah Khurasan. Justeru Khurasan pernah terkenal sebagai sebuah wilayah 
yang sangat luas pada suatu ketika dahulu.

-Tok khurasan yang terkenal diKelantan.
-ustaz Ya pergi belajar dgn anak tok khurasan.
-cucu tok khurasan bg tau dia  dtg ke Kelantan (Nusantara) atas kehendak gurunya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan