Selasa, Februari 07, 2023

Bahasa urdu 000 05/02/23

Bahasa urdu 000  05/02/23

1.Buku Kamus (adalah jambatan belajar bahasa)
2.Buku Sebaik2 pemandu bahasa urdu

Pengenalan.
Ibnu Qayyim dari Indonesia baca
Badrul Dari Dubai baca

Serba sedikit tentang Bahasa Urdu-Hindustani.

Kewujudan Bahasa Urdu atau Bahasa Hindustani dalam penggunaan yang meluas telah dikesan oleh ahli-ahli bahasa sekitar abad kedua belas dan ketiga belas Masehi.

Tetapi pada ketika itu ia belum lagi dikenali dengan nama ini. Penyair ulungnya Amir Khusru (1253-1325) sendiri misalnya menyebutkan bahasa yang digunanya sebagai Zuban-e-Dehlvi (Bahasa Delhi) atau Hindi'. Sementara banyak pula pihak-pihak lain menamakannya dengan nama Hindui', Hindawi', 'Khari Boli dan juga 'Rekhta' (Bahasa campuran).

Sebenarnya Bahasa Urdu telah muncul daripada dialek di pasar dan kem-kem tentera dalam tempoh pena' lukan umat Islam selama beberapa abad terutamanya setelah mereka berjaya menegakkan pemerintahan Islam di utara India antara abad ke lapan dan ke sepuluh Masihi. Perkataan Urdu' itu sendiri yang bererti kem tentera dalam bahasa Turki mengisyaratkan kepada asal usulnya iaitu satu bahasa campuran atau kacukan daripada beberapa bahasa pendatang dan bahasa penduduk tempatan.

Bahasa kacukan ini lama-kelamaan telah mendapat tempat di hati masyarakat apabila ia berada di bawah naungan pemerintahan Islam dan berjaya pula menjadi bahasa persuratan dan kesusasteraan yang sangat indah. Di zaman penjajahan Inggeris juga bahasa Urdu telah mendapat kedudukan istimewa apabila pihak penjajah telah mengisytiharkan sebagai bahasa  resmi mahkamah
di samping bahasa perantaraan masyarakat di beberapa negeri di bawah jajahannya. Akhirnya bahasa baharu ini telah mengambil alih kedudukan bahasa Devnageri Sanskrit dan Prakrit yang telah menapak di bumi India berkurun-kurun lamanya.
Hari ini bahasa Urdu atau bahasa Hindustani digunakan oleh lebih daripada 300 juta orang sama ada sebagai bahasa pertamanya atau sebagai bahasa keduanya.
Bahasa ini telah disenaraikan sebagai bahasa kelima teramai penggunanya di dunia. la merupakan bahasa pertuturan bukan sahaja di benua kecil India, Pakistan, Bangladesh dan Nepal malah menjangkau negara-negara lain di dunia seperti Mauritus, Trinidad, Surinam, Guyana, Fiji dan South Africa. Selain itu terdapat ramai sekali penutur-penutur bahasa Urdu-Hindustani di negara-negara seperti England, Amerika Syarikat, Kanada dan lain-lain. Hari ini bahasa Urdu menjadi bahasa rasmi di negara Pakistan juga di negeri Jammu dan Kashmir di India.

Sering kali orang terkeliru tentang perbezaan di antara bahasa Urdu, bahasa Hindustani dan bahasa Hindi. Mereka ingat bahasa-bahasa tersebut berlainan sama sekali, apa lagi jika mereka mengenalinya melalui sesetengah buku belajar bahasa Hindi menerusi bahasa Inggeris yang ditulis oleh pengarang-pengarang berjiwa fanatik seperti yang pernah saya sendiri lihat di mana penulisnya mengemukakan contoh begini: "Di tempat saya semua orang tahu bahasa Hindi tetapi tidak ada seorang pun tahu bahasa Urdu." Ayat seumpama ini jelas sekali menunjukkan
keta'suban pengarangnya. Ini kerana dalam pertuturan orang ramai dan penggunaan umum tidaklah ada perbezaan ketara di antara bahasa Hindi dan Urdu.

Perbezaan hanya terdapat pada bentuk tulisan yang digunakan. Bahasa Urdu menggunakan tulisan Arab Parsi sebagai asas dengan sedikit tokok tambah pada beberapa hurufnya sementara bahasa Hindi pula menggunakan sistem tulisan Devnageri yang juga digunakan dalam bahasa Sanskrit, Marathi dan Nepali. Walau bagaimanapun kedua-dua bahasa ini mempunyai kesamaan dalam pertuturan umum atau dalam "bahasa basahan" yang lebih dikenali dengan bahasa Hindustani. Keadaănnya tak ubah seperti bahasa melayu yang mempunyai dua sıstem tulisan, rumi dan jawi.

Perbezaan slanga di antara pengguna bahasa Urdu di Pakistan dan pengguna bahasa Hindi basahan atau bahasa Hindustani di India pula sama seperti perbezaan yang terdapat di antara bahasa Inggeris England dan bahasa Inggeris Amerika atau bahasa Melayu di Malaysia dan bahasa Melayu di Indonesia.

Sesungguhnya satu perkara yang memang tidak dapat dinafikan oleh, sesiapa pun ialah kerajaan India sejak puluhan tahun yang lalu bertungkus lumus mengHindi- Sanskritkan bahasa Urdu atau bahasa Hindustani yang telah sekian lama terpakai  di kalangan masyarakat dengan pelbagai cara. Akibatnya apa yang dikatakan bahasa Hindi itu semakin jauh berbeza daripada bahasa Urdu. Padahal asalnya bahasa Urdu itu dikenali sebagai bahasa Hindi dan boleh dikatakan tidak ada langsung perbezaan antara kedua-duanya. Hari ini bahasa Hindi baharu kalau digunakan 100% nescaya tidak difahami oleh ahli bahasa Urdu di Pakistan.

Bahasa Hindi yang bertunjangkan bahasa Prakrit dan berpaksikan bahasa Sanskrit ini makin hari makin diperkukuh kedudukannya namun kejayaan dan hasilnya hanya terbatas di jabatan-jabatan rasmi kerajaan, media massa kerajaan, buku-buku sekolah dan papan-papan tanda di stesen-stesen sahaja. Ada pun dalam penggunaan umum masyarakat, bahasa Hindustani yang merupakan sinonim kepada bahasa Urdu tetap berpengaruh justeru semakin terserlah keunikannya melalui senikata-senikata lagu-lagu Hindustan yang bergema di serata dunia misalnya yang mana boleh dikatakan 90% daripadanya menggunakan bahasa Urdu tulen. Orang-orang yang mengerti kedua-dua bahasa Hindi dan Urdu cukup sedar betapa bahasa Hindi ala Sanskrit tidak dapat memberi kemerduan dan kelunakan seperti yang terdapat  dalam lagu-lagu Hindustan itu.

Jadi, satu pembohongan besar telah dilakukan apabila lagu-lagu Hindustan yang 90% berpunca daripada bahasa Urdu tulen itu dikatakan lagu-lagu Hindi (bahasa Hindi seperti yang dipopularkan sekarang)!

Bagaimana bahasa Hindi akan memiliki kemerduan dan kelunakan seperti yang dimiliki bahasa Urdu atau bahasa Hindustani, kalau ia membuang dan menyingkirkan huruf-huruf seperti ز- ض- ظ- ش- خ- ق- غ dan lain-lain. Orang-orang Hindi tulen atau pengguna-pengguna bahasa Hindi yang fanatik akan menyebut zameen (bumi) sebagai jameen, zaroorat (keperluan) akan disebut jaroorat, zaalim (zalim) akan disebut jaalim, syukria (terima kasih) disebut sukria, khubsoorat (cantik) disebut kubsoorat, be qaraar (gelisah) di sebut be karaar dan ishq (cinta, rindu) akan disebut isk dan gham (kesedihan / kepiluan) pula akan disebut gam. Saya percaya pembaca yang mempunyai walaupun sedikit cita rasa bahasa akan dapat merasai perbezaan di antara dua bentuk sebutan yang dikemukakan diatas. Disana masih terdapat banyak lagi faktor lain yang menyebabkan bahasa Hindi tidak enak didengar seperti bahasa Urdu.

-selain kamus urdu , kamus hindi maulana dah tulis.

Bahasa Urdu selain berirama, merdu, lunak dan enak didengar dikenali sebagai bahasa yang sangat romantis dan mempunyai nilai estetika yang tinggi oleh pengkaji-pengkaji bahasa. Bahasa ini meskipun terbilang sebagai bahasa baharu ia mempunyai daya tarikan dan keistimewaan yang jarang-jarang ada pada bahasa-bahasa lain di dunia. la di samping merupakan penyambung warisan tamaddun Yunan merupakan juga pengembang tamaddun Arab dan Parsi dan di zaman moden ini ia berlari seiring dengan bahasa maju yang lain.

Sebagai contoh, perubatan Yunani warisan tamaddun Yunan yang tidak terdapat lagi di mana-mana negara di dunia hatta di Yunan (Greece) sendiri hari ini, masih terdapat dengan meluas di benua kecil India-Pakistan sebagai satu sistem perubatan yang lengkap. Anda akan temui puluhan ribu pakar-pakar perubatan dan pengamal-pengamalnya di sana, mereka mempunyai universiti-universiti, kolej-kolej dan hospital-hospital tersendiri di samping farmasi-farmasi dan kilang-kilang ubat tersendiri. Mereka juga mempunyai ratusan ribu buku-buku rujukan dalam bidang perubatan ini dan semuanya tersimpan dengan baik dalam khazanah bahasa Urdu. Bahasa Urdu merupakan syarat utama kepada orang-orang yang berminat untuk mengikuti pelbagai kursus dalam bidang perubatan ini.

Di bidang perubatan alternatif moden juga tidak kurang sumbangan bahasa Urdu kepada dunia di mana anda akan mendapati ribuan buku tentang perubataan Homeopati telah dikarang oleh penulis-penulis bahasa Urdu. Pendek kata kalau anda mempelajari perubatan ini menerusi bahasa Urdu semata-mata pun anda akan dapat menjadi seorang yang pakar di bidangnya. Ini kerana buku-buku teks untuk perubatan Homeopati tersedia dengan lengkap untuk setiap peringkat pengajian. Buku-buku rujukan pula berlambak-lambak di merata tempat. Pencapaian mereka dalam bidang ini bukan setakat penulisan buku-buku sahaja bahkan mereka juga telah mendirikan kolej-kolej, farmasi-farmasi dan hospital-hospital tersendiri.

Dalam bidang pengajian Islam pula bahasa Urdu adalah bahasa kedua paling kaya dengan ilmu-'ilmu Islam selepas bahasa Arab yang merupakan tonggak agama Islam. Sebagai contohnya, ambil saja terjemahan al-Qur'an dan tafsirnya, anda akan dapat meni' mati kira-kira 600 judul tafsir setakat ini telah dihidangkan oleh bahasa Urdu. Ini belum lagi mengambil kira tulisan-tulisan dalam bidang ilmu-'ilmu Islam yang lain seperti hadits, fiqh, sirah, sejarah dan sebagainya. Pencapaian tahap ini tidak kelihatan dalam mana-mana bahasa lain di dunia baik bahasa umat Islam atau bahasa bukan umat Islam, malah bahasa Urdu telah mengemukakan sekian banyak contoh- contoh karya agung atau hasil-hasil penyelidikan ilmiah dalam bermacam-macam bidang ilmu Islam yang tidak pernah disentuh oleh penulis-penulis Arab sekalipun baik dahulu atau kemudian.

Kita semua tahu bahawa Pakistanlah satu-satunya negara Islam yang merupakan kuasa nuklear di dunia hari ini dan ini sekali gus membuktikan kemampuan negara berkenaan yang amat tinggi di bidang sains dan teknologi. Hakikat ini juga dapat dilihat melalui jurnal-jurnal dan buku-buku penyelidikan tentang sains dan teknologi yang diterbitkan mereka dalam bahasa Urdu.

Kepada peminat-peminat bahasa dan sastera dunia, penguasaan bahasa Urdu akan mendekatkannya kepada bahasa-bahasa lain yang mempunyai perkaitan dengannya seperti bahasa Arab, bahasa Parsi, bahasa Turki, bahasa Pushto dan bahasa Inggeris di satu pihak, bahasa Hindi, bahasa Sanskrit, bahasa Prakrit, bahasa Punjabi (Gurmukhi) dan sebagainya di satu pihak yang lain lantaran bahasa Urdu itu sebenarnya adalah bahasa kacukan atau bahasa yang terhasil daripada percampuran bahasa-bahasa tersebut tadi. Penguasaan bahasa Urdu juga memberi peluang kepada seseorang meni mati keindahan cita, ragam dan gaya bahasanya yang unik.

Orang-orang yang telah menguasai bahasa Arab dan Parsi mempunyai kelebihan untuk mempelajari bahasa Urdu kerana mereka telah biasa dengan huruf-huruf Arab. Istilah-istilah Nahu bahasa Urdu pula sama dengan istilah-istilah Nahu Arab. Selain itu perkataan-perkataan daripada bahasa Arab juga sangat banyak terdapat dalam bahasa Urdu. Kira-kira perkataan bahasa Urdu berasal daripada bahasa Arab. ¼ lagi perkataan bahasa Urdu berasal daripada bahasa Parsi. Ini berma'na orang-orang yang pandai bahasa Arab dan Parsi secara automatik telah menguasai separuh bahasa Urdu. Yang tinggal hanya separuh saja lagi. Tentulah mereka tidak akan mengalami banyak kesukaran untuk menguasai bahasa Urdu seperti orang-orang lain.
Bagi kita orang Melayu atau pengguna-pengguna bahasa Melayu pula, bahasa Urdu dan bahasa Hindustani bukanlah satu bahasa yang terlalu asing kerana sumber utama kedua-dua bahasa ini adalah sama iaitu bahasa Sanskrit. Bahasa Arab yang banyak menyumbang modal kepada bahasa Urdu juga tidak kurang memodali bahasa Melayu. Sementara bahasa Parsi yang mempunyai saham agak besar dalam bahasa Urdu berbanding dalam bahasa Melayu tetap juga mempunyai sahammya yang tidak boleh dipandang enteng dalam bahasa Melayu. Kini bahasa Inggeris pula banyak mempengaruhi bahasa Melayu dan Urdu membuatkan kedua-duanya semakin menghampiri satu sama lain.
Seperti mana orang-orang yang pandai bahasa Arab dan Parsi mempunyai kelebihan untuk mempelajari bahasa Urdu kerana bahasa Urdu memakai huruf-huruf Arab demikian juga dengan pengguna-pengguna bahasa Melayu yang pandai Jawi, mereka juga mempunyai kelebihan yang sama kerana huruf-hurut jawi sememangnya berpunca daripada huruf-huruf Arab.
Soal kenapa kita pengguna-pengguna bahasa Melayu khususnya orang Melayu begitu mudah terpaut hati, mesra dan jinak dengan bahasa Urdu-Hindustani amatlah jelas kerana pada hakikatnya bahasa Melayu mempunyai pertalian 'darah bahasa" yang sangat dekat dengan bahasa Urdu. la baru sepupu dengannya!

* catitan
-sila belajar  dlm youtube sebagai usaha tambahan

Minit 40

Bab Pertama
Huruf-Huruf Ejaan Dalam Bahasa Urdu Dan Qaedah Menyebutnya.

Bahasa Urdu mempunyai lima puluh tiga huruf ejaan. la terbahagi kepada dua. 
(1)Huruf-huruf tunggal yang merupakan huruf-huruf asas. (2) Huruf-huruf gabungan

Huruf-huruf tunggal itu ada 40 kesemuanya. la adalah seperti berikut:اب پ ت ج چ د 

-Huruf-huruf gabungan(huruf campur dengan ho) pula ada 13, dan ia adalah seperti berikut:

بھ - پھ - تھ - ٹھ - جھ -چھ- وھ - ٹھ - رھ -ڑھ- کھ - گھ- نھ- 

Sebahagian besar daripada huruf-huruf di atas memanglah terdapat di dalam mana-mana bahasa sekalipun di dunia ini, namun begitu ada juga antaranya yang merupakan huruf-huruf yang khusus dengan Bahasa Urdu atau Bahasa Hindustani iaitu huruf-huruf dari bahagian kedua yang kita sebutkan tadi sebagai huruf-huruf gabungan dan sebahagian daripada huruf-huruf tunggal yang telah dipaparkan di atas.

Bahasa urdu 000  05/02/23(2)
Qaedah Dan Cara Menyebut Huruf-Huruf Tunggal:

(1.alif madah aa) آ Sama dengan aa dalam tulisan Rumi Bahasa Melayu. Lihatlah contoh-contohnya
ini: آم aam (mempelam),   آدمی aadmi (manusia), آواز aavaaz (suara) dan lain-lain.

(2.Alif) ا Sama dengan huruf a atau aa (dua kali a) dalam tulisan Rumi Bahasa Melayu.
Contoh-contohnya dapat anda lihat umpamanya pada perkataan-perkataan berikut:
agar (kalau), کت kutta (anjing),   گلدان guldaan (bekas bunga), مہمان mehmaan (tetamu).


(3.Bea) ب Sama dengan huruf b dalam tulisan Rumi Bahasa Melayu. Lihatlah sebahagian daripada contohnya pada perkataan-perkataan berikut:   بندر bandar (kera), کبوتر kabootar(merpati), لب (bibir)

(4.Pea)پ Sebutannya adalah sama dengan sebutan huruf p dalam tulisan Rumi Bahasa Melayu. Antara contohnya ialah perkataan-perkataan berikut:   پردہ parda (purdah;tabir), سپنا sapna (mimpi, impian), پاپ paap (dosa).

8

(5.Tea)ت Sama dengan huruf t dalam tulisan Rumi Bahasa Melayu. Antara contohnya ialah perkataan-perkataan berikut:تاج taaj (mahkota),  پتہ pata (alamat), بات baat (perkara,hal: percakapan).

(6.Ttea)ٹ Sama dengan huruf t tebal. Saya gunakan t bertanda seperti ini "ţ"untuk menyatakant tebal atau huruf ٹ ini. la akan nyata apabila digulungkan lidah naik ke atas sehingga menyentuh bahagian depan langit-langit lalu dilepaskannya dengan pantas. Contoh-contohnya dapat anda lihat umpamanya pada perkataan-perkataan berikut:ٹانگ ţaang (betis),پٹ پٹی paţţi (pembalut),جهوٹ jhooţ (bohong; dusta).

(7.Sea)ث Sebutannya adalah sama dengan sebutan huruf s dalam tulisan Rumi Bahasa Melayu atau huruf dalam tulisan Jawi dan juga dalam Bahasa Arab. Lihat contoh-contohnya ini: ثبوت suboot (bukti), مثال misaal (contoh), وارث vaaris (waris).

(8.Jim) ج Sebutannya adalah sama dengan sebutan huruf j dalam tulisan Rumi Bahasa Melayu. Antara contoh yang dapat menyatakan sebutannya ialah perkataan-perkataan
berikut: جان jaan (nyawa), مجبور majboor (terpaksa),  آجaaj (hari ini).

(9.Chee) چ Sebutannya adalah sama dengan sebutan huruf چ dalam tulisan Jawi atau huruf c dalam tulisan Rumi Bahasa Melayu. Antara contoh yang dapat menyatakan
sebutannya ialah perkataan-perkataan berikut: چاول caaval (nasi),سچا sacca (benar), ناچ naac (tarian).

(10.Hea)ح Sebutannya adalah sama dengan sebutan huruf h dalam tulisan Rumi Bahasa Melayu. Antara contoh yang dapat menyatakan sebutannya ialah perkataan-perkataan
berikut: حیران heraan (hairan), حسین haseen (cantik),محبوب mehboob (kekasih), فتح fateh (kemenangan).

(11.Kheair)خ Sebutannya adalah sama dengan sebutan huruf kh dalam tulisan Rumi Bahasa Melayu atau sama juga dengan sebutan huruf خ dalam tulisan Arab dan Jawi Bahasa Melayu. Bagaimanapun ketika berbaris di atas, tidaklah ia disebutkan dengan tebal seperti di dalam Bahasa Arab. Antara contohnya ialah perkataan-perkataan berikut:  خاندان khaandaan (keluarga), نتخب muntakhab (pilihan). رخ rukh (arah; rupa).

9

(12.Dal) د Sebutannya adalah hampir sama dengan sebutan huruf د oleh orang-orang Arab. la tidak serupa dengan sebutan huruf د atau huruf d oleh orang-orang Melayu. Antara contohnya ialah perkataan-perkataan berikut: دم dam (nyawa), بادہ baada (arak), سود sood (riba; faedah).

(13.Daal) ڈSebutannya adalah sama dengan sebutan huruf d dalam perkataan-perkataan Bahasa Melayu oleh kebanyakan orang-orang berbahasa Tamil di tempat kita. Untuk membezakan sebutan huruf و dan huruf ڈ, saya gunakan huruf d untuk huruf و dan ď(huruf d bertanda) untuk huruf ڈ. Antara contoh yang dapat diberikan untuk melihat sebutannya ialah perkataan-perkataan berikut: ڈالی d'aali (dahan; ranting), منڈل mandal (jajahan),  سوند sond' (belalai).

(14.Zal )ذ Sebutannya adalah sama dengan sebutan huruf z dalam tulisan Rumi Bahasa Melayu atau sama juga dengan sebutan huruf ز dalam tulisan Arab dan Jawi Bahasa Melayu.
Antara contoh yang dapat menyatakan sebutannya ialah perkataan-perkataan berikut: زمہ zimmadaari (tanggungjawab), نزر nazar (korban; mangsa), تعوز taaveez  (azimat).

(15.Rea) ر Sebutannya adalah sama dengan sebutan huruf r dalam tulisan Rumi Bahasa Melayu atau sama juga dengan sebutan huruf ر dalam tulisan Jawi Bahasa Melayu. Antara
contoh yang dapat menyatakan sebutannya ialah perkataan-perkataan berikut:روٹی roți
(roti), مراد muraad (maksud), دربار darbaar (istana).



(16.Area) ڑDisebut sama seperti menyebut huruf ر juga tetapi ia hanya akan nyata apabila digulungkan lidah naik ke atas sehingga hampir menyentuh bahagian tengah langit-langit lalu dilepaskannya dengan pantas. Untuk membezakan sebutan huruf ر dan huruf ڑ , saya gunakan huruf r untuk huruf ڑ dan ř  (huruf r bertanda) untuk huruf ڑ.

Huruf ini agak sukar dituturkan oleh bangsa Melayu atau bangsa-bangsa lain yang mana bahasa mereka tidak mempunyai huruf ini sebagai salah satu huruf ejaannya.

Sebutannya akan dapat dikuasai dengan selalu mendengar percakapan ahli Bahasa Urdu di samping mempraktikkannya sendiri. Satu perkara yang perlu juga diketahui ialah huruf ini tidak terdapat di permulaan mana-mana perkataan Bahasa Urdu. Antara contoh yang dapat menyatakan sebutannya ialah perkataan-perkataan berikut: 1. بڑاbařa(besar), نچوڑ nicor (pati; ekstrak), ہڑتال hařtaal (mogok).

10
(17.Zae) ز Sebutannya adalah sama dengan sebutan huruf z dalam tulisan Rumi Bahasa Melayu atau sama juga dengan sebutan huruf dalam tulisan Arab dan Jawi Bahasa Melayu.
Antara contohnya ialah perkataan-perkataan berikut: زمین zameen (bumi), مزاج mizaaj (mizaj; kesihatan),راز raaz (rahsia).


(18 .Zaaei )ژ Huruf ini berasal daripada huruf ejaan Bahasa Farsi. Sebutannya adalah sama dengan sebutan huruf j dalam Bahasa Perancis. Saya pinjam untuk mengejanya
gabungan huruf zh dalam tulisan Rumi Bahasa Melayu Antara contohnya ialah perkataan-perkataan berikut:ژالہ zhala (salji), اژدہا azhdaha (ular besar, naga). کژ(bengkok).


(19.Sin )س la menyamai huruf s dalam ejaan Rumi Bahasa Melayu. Antara contoh yang dapat menyatakan sebutannya ialah perkataan-perkataan berikut:  سب sab (semua; seluruh).مسالہ masaala (rempah; bumbu),  گھوس ghos (rasuah; sogokan).

(20.Syin )ش la menyamai sy dalam ejaan Rumi baharu Bahasa Melayu. Antara contoh yang dapat menyatakan sebutannya ialah perkataan-perkataan berikut:  شفاخانہsyifa-khaana (hospital), اندیثہandesya (risiko), خواہش khaahisy (keinginan; kemahuan).


(21.Soodh) ص Sebutan adalah sama dengan sebutan huruf dan ia menyamai huruf s dalam ejaan Rumi Bahasa Melayu. Lihat contoh-contoh yang dapat menyatakan sebutannya
pada perkataan-perkataan berikut: صاف saaf (bersih), حصہhissa (bahagian), بالخصوص bil-khusus (khususnya).


(22.Zhood )ض Sebutannya adalah sama dengan sebutan huruf z dalam ejaan Rumi Bahasá Melayu. Antara contoh yang dapat menyatakan sebutannya ialah perkataan-perkataan berikut: ضروریzaroori (perlu), مضبوط mazboot (kukuh; teguh), ناراض naaraaz (marah; tidak senang hati)

(23.Thoi )ط Sebutannya adalah sama dengan sebutan huruf t dalam ejaan Rumi Bahasa Melayu atau hurufت  dalam ejaan Jawi Bahasa Melayu. Antara contoh yang dapat menyatakan sebutannya ialah perkataan-perkataan berikut: طوطا tota (burung kakak tua), سلطانہ sutuana (sultanah: permaisuri), مضبوط maboot (kukuh; teguh).

11

(24.Zoi) ظ  Sebutannya adalah sama dengan sebutan huruf z dalam ejaan Rumi Bahasa Melayu.Antara contoh yang dapat menyatakan sebutannya ialah perkataan-perkataan berikut: ظالم zaalim (zalim),  غلاظت ghilaazat (najis, kotoran),محفوظ mehfooz (terpelihara;tersimpan).


(25.Aen )ع Sebutannya adalah sama dengan sebutan huruf a atau aa dalam ejaan Rumi Bahasa Melayu atau huruf alif dalam ejaan Jawi. Antara contoh yang dapat menyatakan sebutannya ialah perkataan-perkataan berikut: عمل amal (amal; perbuatan; tindakan), معمولی maamuli (biasa; lumrah), اطلاع ittilaa (berita; khabar).


(26.Ghen )غ Sebutannya adalah sama dengan sebutan dua huruf gabungan ini gh dalam ejaan Rumi Bahasa Melayu atau huruf dalam ejaan Jawi dan Arab. Bagaimanapun
sebutan huruf ini di dalam Bahasa Urdu tidaklah tebal seperti sebutannya di dalam Bahasa Arab. Antara contoh yang dapat menyatakan sebutannya ialah perkataan-
perkataan berikut: غریب ghareeb (fakir; miskin; papa),مغرور maghroor (bongkak;sombong; angkuh), بلیغ baleegh (fasih; petah; lancar)


(27.Fei) ف Sebutannya adalah sama dengan sebutannya di dalam Bahasa Arab atau huruf f dalam ejaan Rumi Bahasa Melayu. Antara contoh yang dapat menyatakan sebutannya
ialah perkataan-perkataan berikut: فراخوست faraakh dast (dermawan; pemurah), خوفناک khaufnaak (dahsyat; ngeri; menggerunkan; menakutkan),مصروف masroof (sibuk;aktif).

(28.Qaf) ق Sebutannya hampir sama dengan sebutannya di dalam Bahasa Arab atau huruf q dalam ejaan Rumi Bahasa Melayu. Antara contoh yang dapat menyatakan sebutannya ialah perkataan-perkataan berikut: قدیم qadeem (kuno; lama), تقدیر  taqdeer (nasib;ketentuan; suratan: taqdir), معثوق masyooq (kekasih; kesayangan; puspita hati: gunung payung).

(29.Kaf )کSebutannya adalah sama dengan sebutan huruf k dalam ejaan Rumi Bahasa Melayu. Antara contoh yang dapat menyatakan sebutannya ialah perkataan-perkataan
berikut:  کل kal (esok; besok), نوکر naukar (pelayan), سلوک sulook (tingkah laku;kelakuan).

12
(30.Gof)گ Sebutannya adalah sama dengan sebutan huruf g dalam ejaan Rumi Bahasa Melayu. Antara contoh yang dapat menyatakan sebutannya ialah perkataan-perkataan
berikut: گانا gaana (lagu),جگہ  jaga (tempat), رنگ rang (warna).


(31.Lam )ل Sebutannya adalah sama dengan sebutan huruf l dalam ejaan Rumi Bahasa Melayu atau ل  juga dalam ejaan Jawi Bahasa Melayu. Antara contoh yang dapat menyatakan sebutannya ialah perkataan-perkataan berikut:  لگن lagan (cinta; perhubungan),عالم aalam (dunia; alam), خیال khayaal (pendapat; pandangan).

(32.Mim) م Sebutannya adalah sama dengan sebutan huruf m dalam ejaan Rumi Bahasa Melayu. Antara contoh yang dapat menyatakan sebutannya ialah perkataan-perkataan
berikut:  من man (hati; jiwa), امید ummeed (harapan; impian),غلام ghulaam (hamba).

(33.Nun)ن Sebutannya adalah sama dengan sebutan huruf n dalam ejaan Rumi Bahasa Melayu.
Antara contoh yang dapat menyatakan sebutannya ialah perkataan-perkataan berikut:نام  naam (nama),جانور jaanvar (binatang; haiwan), صحن sehen (halaman/ pekarangan rumah).

(34.Nun Ghunna) ں Ini adalah huruf ن(nun) tanpa titik. la tidak digunakan di awal atau di tengah-tengah perkataan, malah hanya digunakan di akhir sesuatu perkataan sahaja. Apabila ia berada di akhir sesuatu perkataan, maka akan kedengaranlah bunyi sengau di pangkal hidung apabila menyebut perkataan itu. Untuk membezakan sebutan huruf
dan huruf ن, saya gunakan huruf n untuk huruf ن dan ň (huruf n bertanda) untuk huruf ں . Huruf seperti ini tidak terdapat di dalam Bahasa Melayu. Antara contoh yang
dapat menyatakan sebutannya ialah perkataan-perkataan berikut: كیوں kyuň (kenapa),  ماں maaň (mak; emak), جہاں jahaan ('alam; dunia; di mana).

(35.Wau) و Sebutannya adalah sama dengan sebutan huruf v dalam ejaan Rumi Bahasa Melayu. Tetapi jika ia tidak berbaris dan berada pula di bahagian tengah atau di hujung sesuatu perkataan, maka boleh jadi sebutannya sama dengan huruf o atau au atau oo. Antara contoh yang dapat menyatakan sebutannya ialah perkataan-perkataan berikut:وہ vo(dia), جانور  jaanvar (binatang; haiwan), شور syor (bising), لوری lori (senandung: lagu), اور aur (dan),غور ghaur (perhatian; pengamatan), خوب khoob (bagus; elok), دورdoor (jauh), لو lo (ambillah),سو sau (seratus),  بو hoo (bau).

13

(37.Cottihe) ه(bunyi lembut)Sebutannya adalah sama dengan sebutan huruf h dalam ejaan Rumi Bahasa Melayu.
la terdapat di permulaan, di tengah, atau di hujung sesuatu perkataan. Antara contoh yang dapat menyatakan sebutannya ialah perkataan-perkataan berikut: ہلhal (bajak). جہازjahaaz (bahtera: kapal). لوہار lohaar (tukang besi),خطرہ khatra (bahaya). Bagaimanapun ada satu perkara yang perlu diingat iaitu huruf ini jika terletak di hujung sesuatu perkataan maka sebutannya boleh jadi tidak akan nyata. Seolah-olahnya ia tidak ada pun di situ. Contohnya dapat anda lihat pada perkataan yang telah diberikan di atas. Namun pada setengah-setengah tempat pula ia nyata seperti pada perkataan چاہ caah (telaga; rindu).

(38.Dojajmehe atau Hae) ھ(lebih berat bunyinya)
Ini adalah bentuk kedua bagi huruf yang menyamai huruf h dalam ejaan Rumi Bahasa Melayu. Tetapi ia tidak digunakan bersendirian. Penggunaannya adalah bersama-sama huruf-huruf lain dalam bentuk gabungan. Ini dapat anda lihat pada bahagian huruf-huruf gabungan yang telah diberikan di atas. Huruf ini dalam sebutannya yang khusus sebenarnya tidak ada di dalam Bahasa Melayu. Sebutannya tidak ketara. Pada ketika seseorang menyebutnya akan terhembuslah angin dari mulutnya. Bagaimanapun untuk mendapat kepastian mengenai sebutannya tak dapat tidak seseorang itu mestilah mendengar dan melihat sendiri bagaimana ahli Bahasa
Urdu mengungkapkannya. Berhubung dengan huruf ini satu perkara yang perlu diingati ialah ia hanya terdapat di tengah atau di akhir sesuatu perkataan. la sama sekali tidak terdapat di permulaan sesuatu perkataan. Untuk membezakan sebutan huruf ہdan huruf ھ, saya gunakan huruf h untuk huruf ہ dan h (huruf h bertanda) untuk hurufه . Semoga perkataan-perkataan berikut akan dapat menyatakan sebutannya: كهاو khaad (baja). پھول phool (bunga), دودھ doodh (susu),دکھ dukh (kesedihan; kedukaan), جھروکا charoka (anjung; beranda).


(36.Hamzah) ء la sama dengan huruf Hamzah (ء) di dalam ejaan Jawi Bahasa Melayu. Huruf Hamzah ini hanya digunakan di tengah dan di akhir perkataan sahaja. Adapun di awal sesuatu perkataan, ia sama sekali tidak digunakan. Sebutannya pula tidaklah ketara seperti di dalam Bahasa Arab, malah ia kedengaran berbunyi sepintas lalu sahaja.
Antara contoh yang dapat menyatakan sebutannya ialah perkataan-perkataan berikut:جر،ءت jaraat (keberanian), بھلی bhaai (saudara lelaki; abang/adik lelaki), فاءدہ faaida (faedah),ابتداءً ibtidaan (mula-mula; di peringkat permulaan), اسماء الجال asmaaur rijaal (nama-nama perawi) dan lain-lain. Huruf Hamzah ini adakalanya terdapat di atas

14

huruf ہ hujung sesuatu perkataan. Pada ketika itu ia berbunyi seperti huruf e. Lazimnya apabila di tulis dalam tulisan Rumi untuk dijadikan panduan sebutannya, ia akan ditulis begini -e di hujung perkataan yang terdapat padanya Hamzah di atas ہ ini.
Sebagai contoh bolehlah anda lihat perkataan-perkataan berikut: خطرہ جان  khatra-e jaan(membahayakan nyawa),چشمہ آفتاب casyma-e aaftaab (matahari), نامہ اعمال naama-eaamaal (suratan amalan) dan lain-lain. Hamzah ini juga terdapat di atas huruf ے yang terletak di akhir setengah-setengah perkataan. Apabila ia berada di atas huruf ے itu, maka ia akan berupa begini ے. Lazimnya apabila di tulis dalam tulisan Rumi untuk dijadikan panduan sebutannya, ia akan ditulis begini -e juga di hujung perkataan yang terdapat padanya Hamzah di atas ini.

 Semoga perkataan-perkataan berikut dapat dijadikan contoh untuk menjelaskan kepada anda cara sebutannya:جاے jaa-e panaah (tempat perlindungan), بوے مجت  boo-e muhabbat (tanda cinta), Disini ada dua perkara yang perlu anda ketahui iaitu pertamanya: Huruf Hamzah di atas ے seperti ini sebenarnya hanya terdapat selepas perkataan yang berakhir dengan ا atau و sahaja seperti telah anda lihat pada contoh-contoh yang lalu itu. Keduanya ialah iahanya ada dalam "tarkeeb izaafi" seperti telah anda lihat di dalam contoh-contoh diatas.

(39.Chotiyei )ى(small yei) Huruf ini dipanggil huruf "ya-e maroof. la diguna di permulaan sesuatu perkataan untuk menyatakan sebutan huruf y dalam ejaan Rumi Bahasa Melayu. Apabila ia berada di tengah pula, ia mungkin menyamai huruf e atau i atau ee. Jika ia terletak diakhir sesuatu perkataan, ia akan menyamai i atau ee. Antara contoh yang dapat menyatakan sebutannya ialah perkataan-perkataan berikut: ی ye (ini), یلغار yalghaar(serangan; serbuan), دلثی desy (watan; tanah air),تھیلا thela (kampit; karung),دیدار deedaar (ziarah; lawatan; kemunculan), جھیل jheel (lembah), میریmeri (saya punya hak saya), سنہری sunehri (berwarna keemasan).

(40.Bariye) ے (big yea)
Huruf ini dipanggil huruf "ya-e majhool". la hanya terdapat di akhir sesuatu perkataan dan ia menyamai huruf e dalam ejaan Rumi Bahasa Melayu. Antara contoh yang dapat menyatakan sebutannya ialah perkataan-perkataan berikut:تیرے tere (kau punya; hak engkau), ےme (arak), سارے sare (semua; sekalian), اکیلے akele (seorang diri, sendirian),کیے kaise (bagaimana).

15

Huruf-huruf urdu:
1.alif madah aa  ١
2.Bea ب
3.Tea پ
4.Tea ت
5.Tea ٹ
6.Sea ث
7.Jim ج
8.Chee چ
9.Hea ح
10.Kheair خ
11.Dal د
12.Daal ڈ
13.Zal ذ
14.Rea ر
15.Area ڑ
16.Zae ز
17.Zaaei ژ
18.Sin س
19.Syin ش
20.Soodh ص
21.Zhood ض
22.Thoi ط
23.Zoi ظ
24.Aen ع
25.Ghen غ
26.Fei ف
27.Qaf ق
28.Kaf ک
29.Gofگ
30.Lamل
31.Mim م
32.Nunن
33.Wau و
34.Cottihe ه
35.Dojajmehe ھ
36.Hamzahء
37.Chotiyei ى
38.Bariye ے


Huruf-huruf urdu:
1.Alif ا
2.alif madah aa  آ
3.Bea ب
4.Pea پ
5.Tea ت
6.Ttea ٹ

7.Sea ث
8.Jim ج
9.Chee چ
10.Hea ح
11.Kheair خ

12.Dal د
13.Daal ڈ
14.Zal ذ
15.Rea ر
16.Area ڑ

17.Zae ز
18.Zaaei ژ
19.Sin س
20.Syin ش

21.Soodh ص
22.Zhood ض
23.Thoi ط
24.Zoi ظ
25.Aen ع
26.Ghen غ
27.Fei ف
28.Qaf ق
29.Kaf ک
30.Gofگ
31.Lamل
32.Mim م
33.Nunن
34.Nun Ghunna ں
35.Wau و
36.Hamzahء
37.Cottihe ه(bunyi lembut)
38.Dojajmehe atau Hae ھ(lebih berat bunyinya)
39.Chotiyei ى(small yei)
40.Bariye ے (big yea)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan