Selasa, Februari 07, 2023

Sunan Abu Daud Muqadimah6/2/23(03)

Sunan Abu Daud Muqadimah6/2/23(03)
Pengembaraannya Menuntut Ilmu.
Sejarah permulaan hidup Imam Abu Daud tidak banyak diketahui. Bagaimanapun di zaman kelahiran beliau, ilmu hadits telah pun berkembang luas. Oleh kerana itu beliau 
di zaman remajanya pernah mengembara ke merata tempat dan negeri demi menuntut ilmu hadits. Beliau mengunjungi hampir kesemua guru-guru hadits yang terkenal pada 
masa itu.
Ke Baghdad dan Iraq sahaja Imam Abu Daud pergi beberapa kali. Selain ke Baghdad beliau juga pernah pergi ke Khurasan, Syam, Algeria dan lain-lain. Di setiap negeri 
yang dikunjungi, beliau telah mendapat banyak sekali ilmu daripada para `ulama’nya.

Guru-Guru Imam Abu Daud:
Sukar untuk disebut dan dipastikan semua sekali nama-nama dan bilangan guru-guru beliau. Mereka sangat ramai. Khathīb Tabrezi berkata:أخذ العلم ممن لا يحصى     (Beliau telah menerima ilmu daripada ramai sekali guru, tidak terbilang ramainya). Beliau telah menerima hadits daripada ramai sekali perawi. Melihat kepada Kitab Sunannya dan kitab-kitab lain yang dikarangnya, Hafizh Ibnu Hajar mengagak guru-guru hadits beliau adalah seramai 300 orang lebih.

Ramai daripada guru Imam Bukhari juga merupakan guru Imam Abu Daud. Antara tokoh-tokoh hadits terkenal yang diketahui sebagai gurunya ialah Imam Ahmad, al-Qa`nabi, Abul Walīd at-Thayālisi, Muslim bin Ibrahim dan Yahya bin Ma`īn.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan