Selasa, Februari 07, 2023

Sunan Abu Daud Muqadimah6/2/23(04)

Sunan Abu Daud Muqadimah6/2/23(04)
Murid-Murid Imam Abu Daud:
Sukar juga disebut dan dipastikan nama dan bilangan semua sekali murid-murid dan pelajar-pelajarnya. Majlis ilmunya kadang-kadang dihadhiri ribuan pelajar. Imam adz-
Dzahabi bagaimanapun menyebut dua orang daripada murid-murid Abu Daud yang paling tersohor. Mereka ialah Imam Tirmidzi dan Imam an-Nasā’i. Imam Abu Daud
sangat berbangga kerana gurunya Imam Ahmad juga menerima hadits `atīrah daripadanya. 

- imam tirmizi dan  imam nasai muridnya
- gurunya imam ahmad ambil drpnya 1hadith .

Kezuhudan Dan Ketaqwaan:
Abu Haatim berkata, “Imam Abu Daud adalah seorang yang unik di zamannya, baik daripada segi, fiqh, keilmuan, hafalan hadits, kezuhudan, ibadat dan keyakinan diri.” 
Mulla `Ali al-Qāri berkata, “Imam Abu Daud berada pada kedudukan yang tinggi dalam kewara`an, ketaqwaan, kesucian diri dan ibadat.”
Dikatakan, Imam Abu Daud dalam tindakan dan tutur katanya sangat menyerupai gurunya Imam Ahmad. 

Pengakuan Dan Pengi`tirafan Tokoh-Tokoh Terhadapnya:
Kelebihan dan keistimewaan Imam Abu Daud dii`tiraf dan diperakui tokoh-tokoh `ulama’ di zamannya. Hafiz Musa bin Harun berkata, “Imam Abu Daud di lahirkan untuk hadits di dunia dan untuk syurga di akhirat. Saya tidak pernah melihat orang yang lebih istimewa daripada beliau.” 

Ungkapan Imam Ibrahim al-Ĥarbi tentang Abu Daud telah masyhur di kalangan orangramai bahawa “Telah dilembutkan hadits kepada Abu Daud r.a. sebagaimana telah dilembutkan besi kepada Nabi Daud a.s.”
Al-Haakim berpendapat bahawa Abu Daud adalah imam Ahlul ĥadīts (para muĥadditsīn) di zamannya tanpa sebarang keraguan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan