Selasa, Januari 17, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 49 5:35-50


Ayat 33
إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ
وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا
أَنْ يُقَتَّلُوا
أَوْ يُصَلَّبُوا
أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ
وَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلَاف
ٍ أَوْ يُنْفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ۚ
ذَٰلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا ۖ
وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya
serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas),
atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja),
atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum).
Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.
👉Hukuman kepada penyamun
Ayat 38 hukuman pencuri biasa.
3cara berlainan bg kesalahan yg berlainan.
Huraian وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًاbg يُحَارِبُونَ

Ayat 34
إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِنْ قَبْلِ أَنْ تَقْدِرُوا عَلَيْهِمْ ۖ
فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu).
Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉jika bertaubat tiada hukuman.

Ayat 35
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّه
َوَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ
وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah
dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya);
dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.
👉Manusia cari makan dgn cara halal.
👈Dlm wasilahnyg paling besar adalah jihad.
Taqwa dan jihad jln berjaya

Ayat 36
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا
لَوْ أَنَّ لَهُم
ْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا
وَمِثْلَهُ مَعَهُ
لِيَفْتَدُوا بِه
ِ مِنْ عَذَابِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ
مَا تُقُبِّلَ مِنْهُمْ ۖ
وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang kafir,
kalau (tiap-tiap seorang dari) mereka mempunyai segala yang ada di muka bumi atau sebanyak itu lagi bersamanya,
untuk mereka menjadikannya penebus diri mereka dari azab seksa hari kiamat,
nescaya tebusan itu tidak akan diterima dari mereka;
dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉Takhwif ukhrawi

Ayat 37
يُرِيدُونَ أَنْ يَخْرُجُوا مِنَ النَّارِ
وَمَا هُمْ بِخَارِجِينَ مِنْهَا ۖ
وَلَهُمْ عَذَابٌ مُقِيمٌ

Mereka sentiasa berharap hendak keluar dari api neraka itu,
padahal mereka tidak sekali-kali akan dapat keluar daripadanya;
dan bagi mereka azab seksa yang tetap kekal.
👉Sambungan ayat 36,T takhwif ukhrowi.

Ayat 38
وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَة
ُفَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِنَ اللَّهِ ۗ
وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉Hukum mencuri yg kecil dari menyamun.
Curi,disebut lelaki dulu.
Zina ,disebut wanita dulu.
Orang kafir dulu,wanita mencuri dibiarkan.
Islam tidak membiarkan
Kadar minima,suku atau setengah dinar keatas dikenakan hukuman dan disimpan pada tempatnya.
Pernah ,orang alim tersilap baca wallahurafururahim ditegur oleh orang Badawi.
Orang tidak tahu undang2 Allah yg Azizul hakim ,akan mencuri.
Harga sebelah tangan yg dipotong tanpa kesalahan syariat=25ekor unta,jika tangannya ikut syariat

Ayat 39
فَمَنْ تَابَ مِنْ بَعْدِ ظُلْمِهِ
وَأَصْلَح
َ فَإِنَّ اللَّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ ۗ
إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu
dan memperbaiki amal usahanya,
sesungguhnya Allah menerima taubatnya;
kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉

Ayat 40
أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْض
ِ يُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ وَيَغْفِرُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ
وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Tidakkah engkau mengetahui bahawa Allah menguasai pemerintahan langit dan bumi?
Ia menyeksakan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan dan hukum SyariatNya),
dan mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan dan hukum SyariatNya).
Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
👉Langit dan bumi milik nabi Isa dan ibunya

Ayat 41
يَا أَيُّهَا الرَّسُول
ُ لَا يَحْزُنْكَ الَّذِينَ يُسَارِعُونَ فِي الْكُفْرِ مِنَ الَّذِينَ
قَالُوا آمَنَّا بِأَفْوَاهِهِمْ
وَلَمْ تُؤْمِنْ قُلُوبُهُم
ْ ۛ وَمِنَ الَّذِينَ هَادُوا ۛ
سَمَّاعُونَ لِلْكَذِب
ِ سَمَّاعُونَ لِقَوْمٍ آخَرِينَ لَمْ يَأْتُوكَ ۖ
يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ مِنْ بَعْدِ مَوَاضِعِهِ ۖ
يَقُولُونَ إِنْ أُوتِيتُمْ هَٰذَا
فَخُذُوهُ
وَإِنْ لَمْ تُؤْتَوْهُ فَاحْذَرُوا ۚ
وَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ فِتْنَتَهُ
فَلَنْ تَمْلِكَ لَهُ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا ۚ
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَمْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يُطَهِّرَ قُلُوبَهُمْ ۚ
لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ ۖ
وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Wahai Rasul Allah!
Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran,
iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya: "Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi,
mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta;
mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu;
mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang sebenar.
Mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia,
dan jika tidak disampaikannya kepada kamu,
maka jagalah diri baik-baik".
Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya,
maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya.
Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia,
dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar.
👉Tegur kepada ahli kitab dan munafik serta Tasliyah kepada nabi

Ayat 42
سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ ۚ
فَإِنْ جَاءُوكَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ ۖ
وَإِنْ تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَنْ يَضُرُّوكَ شَيْئًا ۖ
وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ ۚ
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya).
Oleh itu kalau mereka datang kepadamu,
maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah),
atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
👉Juga suka makan dan dengar yg haram.

Ayat 43
وَكَيْفَ يُحَكِّمُونَكَ
وَعِنْدَهُمُ التَّوْرَاةُ فِيهَا حُكْمُ اللَّهِ
ثُمَّ يَتَوَلَّوْنَ مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ ۚ
وَمَا أُولَٰئِكَ بِالْمُؤْمِنِينَ

Dan (sungguh menghairankan), bagaimana mereka meminta keputusan hukum kepadamu,
padahal di sisi mereka ada Kitab Taurat yang mengandungi hukum Allah,
kemudian mereka berpaling pula sesudah itu (dari hukumanmu)?
Dan (sebenarnya) mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman.
👉Derhaka pada Allah tapi dtg kat nabi untuk buat keputusan.

Ayat 44
إِنَّا أَنْزَلْنَا التَّوْرَاة
َ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ ۚ
يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الَّذِينَ أَسْلَمُوا
لِلَّذِينَ هَادُوا
وَالرَّبَّانِيُّونَ
وَالْأَحْبَارُ بِمَا اسْتُحْفِظُوا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ
وَكَانُوا عَلَيْهِ شُهَدَاءَ ۚ
فَلَا تَخْشَوُا النَّاس
َ وَاخْشَوْن
ِ وَلَا تَشْتَرُوا
بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا ۚ
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّه
ُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi;
dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi,
dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah),
sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan).
Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu);
dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia);
dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.
👉3kitab dgn 3kumpulan.
Jaga kitab adalah dengan belajar dan mengajar.
Tak jaga termasuk  sembunyikan atau putarbelit atau ubahsuai.
Iktikad tidak sesuai,kafir
Jika tak mampu ,dosa besar

Ayat 45
وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَا أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْس
ِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ
وَالْأَنْفَ بِالْأَنْف
ِ وَالْأُذُنَ بِالْأُذُنِ
وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ
وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ ۚ
فَمَنْ تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ ۚ
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّه
ُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu,
bahawa jiwa dibalas dengan jiwa,
dan mata dibalas dengan mata,
dan hidung dibalas dengan hidung,
dan telinga dibalas dengan telinga,
dan gigi dibalas dengan gigi,
dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang).
Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya;
dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim
👉Undang2 dlm kitab Taurat jika sedekah akan jadi kafarah

Ayat 46
وَقَفَّيْنَا عَلَىٰ آثَارِهِمْ بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ
مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ التَّوْرَاةِ ۖ
وَآتَيْنَاهُ الْإِنْجِيل
َ فِيهِ هُدًى وَنُورٌ
وَمُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ التَّوْرَاةِ
وَهُدًى وَمَوْعِظَةً لِلْمُتَّقِينَ

Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil),
untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya;
dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil,
yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi,
sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat,
serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
👉Kitab Injil pula.

Ayat 47
وَلْيَحْكُمْ أَهْلُ الْإِنْجِيلِ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فِيهِ ۚ
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّه
ُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.
👉Fasik kufur

Ayat 48
وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَق
ِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ
مِنَ الْكِتَاب
ِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ ۖ
فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ ۖ
وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ ۚ
لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا ۚ
وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً
وَلَٰكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۖ
فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ ۚ
إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا
فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ

Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran,
untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya.
Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu),
dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran.
Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing).
Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu.
Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh).
Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.
👉Zaman Quran pula

Ayat 49
وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ
وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ
أَنْ يَفْتِنُوك
َ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ
فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ
أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ
بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ
وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah
dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka,
dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu.
Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka;
dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.
👉Ulang sekali lagi

Ayat 50
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ
وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah?
Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.
👉Undang2 jahil atau nafsu.
Amalan yg tidak mengikut nafsu dipanggil jahiliyah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan