Rabu, Januari 18, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 50 5:51-66

Ayat 51

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ
بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ
وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ
فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ
إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat,
kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain;
dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya,
maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu.
Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.
👉Ayat larangan buat baik golongan kafir khasnya ahlil kitab.jika tidak Allah jadikan sifat2 buruk mereka berpindah kepada kita ,bermuamalah boleh tapi bukan bermesra atau rapat.
Dlm hadis tidak boleh makan bersama.

Ayat 52
فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ
يُسَارِعُونَ فِيهِم
ْ يَقُولُونَ نَخْشَىٰ أَنْ تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ ۚ
فَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ
أَوْ أَمْرٍ مِنْ عِنْدِهِ
فَيُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا أَسَرُّوا فِي أَنْفُسِهِمْ نَادِمِينَ

Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya (Nifaq)
segera berusaha mendampingkan(cepat buat hubungan dan mesra) diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani),
sambil berkata: "Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)".
Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam)
atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu);
maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya.
👉Ayat Syikayah
Penyakit Nifaq.

Ayat 53
وَيَقُولُ الَّذِينَ آمَنُوا
أَهَٰؤُلَاءِ الَّذِينَ أَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ ۙ
إِنَّهُمْ لَمَعَكُمْ ۚ
حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ
فَأَصْبَحُوا خَاسِرِينَ

Dan (telatah kaum munafik itu menjadikan) orang-orang yang beriman berkata:
"Adakah mereka ini orang-orang yang bersumpah dengan nama Allah, dengan sebenar-benar sumpahnya, bahawa mereka benar-benar menyertai dan menolong kamu?"
Telah gugurlah amal-amal mereka,
lalu menjadilah mereka: orang-orang yang rugi.
👉berbaik dgn Yahudi dan nasora akan memberikan kekalahan kepada kita.d an akan membawa kepada murtad
Kita lemah sebab langgar peraturan Tuhan

Ayat 54
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ
فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْم
ٍ يُحِبُّهُم
ْ وَيُحِبُّونَهُ
أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ
أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ
يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ
ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ
وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman!
Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad),
maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia;
mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman
dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir,
mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah,
dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela.
Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.
👉ini undang2 murtad.

Ayat 55
إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُه
ُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ
وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ
وَهُمْ رَاكِعُونَ

Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).
👉jawapan Allah bila kata Yahudi dan nasora bg perlindungan.
Rukuk  رَاكِعُونَ makna rendah diri.

Ayat 56
وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا
فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ

Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia),
kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.
👉sesiapa yg menjadikan Allah sbg pelindung,golongan  yg tidak dikalahkan

Ayat 57
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا
مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ
وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ ۚ
وَاتَّقُوا اللَّه
َ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan -
dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu,
dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong;
dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.
👉pemutus hubungan dgn Yahudi dan nasora
Sifat mereka mempermainkan agama.

Ayat 58
وَإِذَا نَادَيْتُمْ إِلَى الصَّلَاة
ِ اتَّخَذُوهَا هُزُوًا وَلَعِبًا ۚ
ذَٰلِكَ
بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْقِلُونَ

Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang,
mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan.
Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal(tidak memahami tuntutan agama)
👉alamat bermain2 dgn agama adalah bermain2 dgn aqidah.

Ayat 59
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ هَلْ تَنْقِمُونَ مِنَّا
إِلَّا أَنْ آمَنَّا بِاللَّهِ
وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا
وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلُ
وَأَنَّ أَكْثَرَكُمْ فَاسِقُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak mencela dan menyalahkan kami
melainkan kerana kami beriman kepada Allah
dan beriman kepada apa yang diturunkan kepada kami, serta beriman kepada apa yang diturunkan sebelum itu, dan kerana kebanyakan kamu sesungguhnya adalah orang orang yang fasik".
👉zajrun dan  teguran sifat main2 itu.

Ayat 60
قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُم
ْ بِشَرٍّ مِنْ ذَٰلِك
َ مَثُوبَةً عِنْدَ اللَّهِ ۚ
مَنْ لَعَنَهُ اللَّه
ُوَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ
وَالْخَنَازِيرَ
وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ ۚ
أُولَٰئِكَ شَرٌّ مَكَانًا
وَأَضَلُّ عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ

Katakanlah: "Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu?
Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya,
dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera
dan babi(orang nasora)
dan penyembah Taghut.(syaitan atau apa sj yg dipuja selain allah)
Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul".
👉Jawapan lagi kepada mereka.

Ayat 61
وَإِذَا جَاءُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا
وَقَدْ دَخَلُوا بِالْكُفْر
ِ وَهُمْ قَدْ خَرَجُوا بِهِ ۚ
وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا كَانُوا يَكْتُمُونَ

Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi atau munafik itu) datang kepada kamu, mereka berkata:
"Kami telah beriman".
Padahal sesungguhnya mereka itu masuk menemui kamu dengan kekufurannya,
dan sesungguhnya mereka keluar (dari sisi kamu) dengan kekufurannya juga;
dan (hendaklah mereka ingat),
Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan.
👉Teguran kepada munafikin dan Arab sekitarnya.nasora sangat sedikit ada dimadinah
Majlis nabi tidak memberi kesan pada hati.

Ayat 62
وَتَرَىٰ كَثِيرًا مِنْهُمْ يُسَارِعُونَ فِي الْإِثْم
ِ وَالْعُدْوَان
ِ وَأَكْلِهِمُ السُّحْتَ ۚ
لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Dan engkau lihat kebanyakan dari mereka berlumba-lumba pada melakukan dosa
dan pencerobohan
serta memakan yang haram.
Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan
👉Teguran Yahudi yg munafik.

Ayat 63
لَوْلَا يَنْهَاهُم
ُ الرَّبَّانِيُّون
َ وَالْأَحْبَارُ عَنْ قَوْلِهِمُ الْإِثْمَ
وَأَكْلِهِمُ السُّحْتَ ۚ
لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَصْنَعُونَ

Alangkah baiknya kalau ketua-ketua ugama
dan pendita-pendita mereka melarang mereka
dari mengeluarkan perkataan-perkataan yang dusta
dan dari memakan yang haram?
Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.
👉Teguran kepada ahli ulamak dan ibadat yahudi.
Kata2 dosa  iaitu syirik seperti yahudi uzair anak allah.n asora kata Isa anak Allah.
Adat melihat tetapi tidak mencegah sangat buruk.

Ayat 64
وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ ۚ
غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ
وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا ۘ
بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَان
ِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ ۚ
وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ
مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ
مِنْ رَبِّكَ
طُغْيَانًا
وَكُفْرًا ۚ
وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاء
َ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ ۚ
كُلَّمَا أَوْقَدُوا نَارًا لِلْحَرْبِ
أَطْفَأَهَا اللَّهُ ۚ
وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا ۚ
وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

Dan orang-orang Yahudi itu berkata: "Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir)", tangan merekalah yang terbelenggu
dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu,
bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah).
Ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Ia kehendaki;
dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan
dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat.
Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya;
dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi,
sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.
👉rugutan dan Mengata Allah bakhil.sebab suruh orang bayar zakat.
Kerosakan secara senyap فَسَادًا

Ayat 65
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْكِتَابِ آمَنُوا
وَاتَّقَوْا لَكَفَّرْنَا عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ
وَلَأَدْخَلْنَاهُمْ جَنَّاتِ النَّعِيمِ

Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman dan bertaqwa tentulah Kami akan hapuskan dari mereka kejahatan-kejahatan mereka,
dan tentulah Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
👉walaupun ramai ahlil kitab yg rusak tapi peluang tetap ada.
Taghrib terhadap ahlil kitab.

Ayat 66
وَلَوْ أَنَّهُمْ أَقَامُوا التَّوْرَاةَ وَالْإِنْجِيلَ
وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِمْ مِنْ رَبِّهِم
ْ لَأَكَلُوا مِنْ فَوْقِهِمْ
وَمِنْ تَحْتِ أَرْجُلِهِمْ ۚ
مِنْهُمْ أُمَّةٌ مُقْتَصِدَةٌ ۖ
وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ سَاءَ مَا يَعْمَلُونَ

Dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan (menjalankan perintah-perintah Allah dalam) Taurat dan Injil
dan apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (Al-Quran),
nescaya mereka akan makan (yang mewah) dari atas mereka (langit)
dan dari bawah kaki mereka (bumi).
Di antara mereka ada sepuak yang adil,
dan kebanyakan dari mereka, buruk keji amal perbuatannya.
👉 Kesudahan  bhg pertama surah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan