Selasa, Oktober 24, 2017

Tafsir asas quran sesi 64.

TAFSIR AL-QURAN PERINGKAT ASAS.
20 Tafsir usul tafsir alquran(yg perlu dikuasai untuk memahami alquran dgn betul dan selamat)

Usul 17
Mengetahui ayat2 yg menasakhkan dan ayat2 yg dimansuhkan menurut ahli tafsir mutaqaddimin dan mutaakkhirin.

Sebelum membincangkan secara terperinci tentang ayat2 yg menasakhkan dan ayat2 ygdimansukhkan,perlulah diketahui terlebih dahulu apakah erti nasakh.Kerana drpnya lahir apa yg dikatakan nasikh dan mansukh ini.

Nasakhu
Para ulama' mengatakan,pada dasarnya konsep nasakh memang  terdapat didlm riwayat yg menyatakan sebab turun ayat
مَا نَنْسَخْ مِنْ آيَةٍ أَوْ نُنْسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِنْهَا أَوْ مِثْلِهَا ۗ أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?
-Sura Al-Baqarah, Ayah 106
Didlmnya tersebut bahawa pada zaman nabi saw orang2 Yahudi saling berkata2 sesama mereka:
"Kamu tidak nampak pelik dan anehkah tentang tingkah laku Muhamad!."
Dimana pada hari ini dia menyuruh sahabatnyamelakukan sesuatu ,pada masa lain melarangnya.Nampaknya tidak syak lagi al quran itu adalah kata dan ciptaan Muhamad sendiri".
Dengan sebab itu turunlah ayat al nasakh tersebut,dimana Allah berfirman,bermaksud,Ayat mana sj yg Kami nasakhkan,atau Kami jadikan(manusia)lupa kepadanya,Kami datangkan yg lebih baik drpnya atau sebanding denganya.
Tidakkah kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu?
Baqarah:106
Ayat ini dgn jelas menunjukan bahawa dlm syariat islam memang ada konsep nasikh dan mansukh dlm bab hukum hakam.Walaupun konsep nasikh dan mansukh berlaku,namunjumhur ulamak sepakat mengatakan hanya beberapa ayat dan surah2 ttt shj yg terlibat dgn nasakh.Ia tidak berlaku pada semua bahagian alquran.

Para ulamak bagaimanun masih berbeza pendapat tentang mafhum an perinciannya

Nasakh dgn Istilah mutaakkhirin
Terhentinya hukum syarok dgn adanya hukum syarok yg lain.
Nasakh Ayat yg memansukhkan.
Mesti kena tahu tarikh ,ayat mana yg dahulu dan ayat kemudian.

PENGERTIAN NASAKH.
Pengertian Nasakh dpat dibahagikan kepada dua :
1.Pengertian Bahasa.
2.Pengertian Istilah.

PENGERTIAN BAHASA
Nasakh mengikut bahasa arab dapat diertikan dgn beberapa maksud ttt,antaranya ialah:
a.Nasakh dgn erti penghapusan.
b.Nasakh menurut bahasa berasal drp perkataan al naskh,bererti perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yg lain.
c.Nasakh dgn erti al-Izalah atau menghilangkan.
d.nasakh dgn erti an naqlu,iaitu pemindahan dari suatu tempat ke suatu tempat yg lain.
e.nasakh sgn erti at tabdil atau pertukaran.
f.nasakh dgn erti at-tahwil atau pemalingan.
g.nasakh dgn erti salin atau menyalin.

NASAKH MENURUT ISTILAH ULAMA MUTA'AKKHIRIN.
Menurut istilah ulama mutaakhirin,nasakh bererti:
a.terhentinya sesuatu hukum syarak dengan ada dalil syarak lain yg membatalkannya berupa wahyu drp Allah yg menghalang penetapan hukum yg terdapat dlm wahyu terdahulu.

b.Nas yg menghapuskan hukum syarak yg telah ditetapkan didlm nas sebelumnya dgn dalil syarak atau nas yg baharu.Oleh itu perkataan nasikh membawa maksud ayat yg menasakhkan.Manakala perkataan al mansukh bermaksud ayat yg dihapuskan atau dimansukhkan hukumnya.

c.Berakhirnya sesuatu penetapan hukum yg diambil drp sesuatu nas dgn sebab ada perubahan hukum nas lain.

d.Membatalkan sesuatu hukum dan amalan yg telah sedia ada dgn sesuatu hukum syara',berdasarkan dalil dan nas yg ada dan datang kemudian daripadanya.

e.Menurut pendapat Ibnu Al-Hajib,al-nasajpkh ialah diangkat dan ditukarnya sesuatu hukum syarak dgn sebab wujud nas syarak yg lain.Untuk itu segala nas tidak boleh dinasakhkan lagi selepas Nabi wafat.

DALIL BERLAKU NASAKH MENURUT MEREKA.

Bagi mereka,nasakh memang berlaku didlm alquran berdasarkan dalil,antaranya:

1.Firman Allah swt berikut
مَا نَنْسَخْ مِنْ آيَةٍ أَوْ نُنْسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِنْهَا أَوْ مِثْلِهَا ۗ أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?
-Sura Al-Baqarah, Ayah 106

2.Firman Allah swt
وَإِذَا بَدَّلْنَا آيَةً مَكَانَ آيَةٍ ۙ وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يُنَزِّلُ قَالُوا إِنَّمَا أَنْتَ مُفْتَرٍ ۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan apabila Kami tukarkan satu ayat (Al-Quran) untuk menggantikan ayat yang lain (yang dimansukhkan), dan Allah memang mengetahui akan apa yang Ia turunkan, - berkatalah mereka (yang kafir): "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang pendusta"; (padahal Nabi Muhammad tidak berdusta) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya.
-Sura An-Nahl, Ayah 101

3.Hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,bermaksud,"Sesungguhnya Nabi pernah menghadap kearah Baitul Maqdis sebagai qiblat ketika solat selama 16 bulan selepas itu hukum itu dinasakhkan dan nabi diarahkan menukarkan iblat ke Kaabah pula".

Dalil berupa nas2 tersebut menunjukan dan menjelaskan memang berlaku perubahan dan pertukaran dlm hukum yg diturunkan dari masa ke semasa.Oleh itu perkataan badal dan nasakh dlm ayat tersebut membawa maksud:penghapusan dan pertukaran.

Justeru itu,jumhur ulamak matakkhirin berpendapat bahwa konsep nasikh dan mansukh,dlm bab hukum hakam adalah haris berlaku.Tambahan pula,konsep  kenabian dan kerasulan Muhamad diutuskan untuk menasakhkan sebahagian syariat nabi sebelumnya.

Dibawah ini dikemukakan beberapa contoh ayat yg menunjukan berlakunya nasakh dan pertukaran dlm hukum, antaranya ialah:

a.firman Allah mengenai perubahan masa iddah permpuan yg kematian suami sebagaimana firman Allah,bermaksud:
وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا وَصِيَّةً لِأَزْوَاجِهِمْ مَتَاعًا إِلَى الْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍ ۚ فَإِنْ خَرَجْنَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِي مَا فَعَلْنَ فِي أَنْفُسِهِنَّ مِنْ مَعْرُوفٍ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 240
Ayat diatas telah dinasakhkan(dimansukhkan)oleh ayat berikut,
وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا ۖ فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِي أَنْفُسِهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh Syarak). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 234

b.nasakh juga telah berlaku semenjak zaman nabi sebelum Muhamad lagi.
Contohnya ialah nasakh yg berlaku terhadap syariat anbi musa .Dimana umatnya dilaranh menangkap ikan pada  hari sabtu,tetapi perbuatan tersebut diharuskan pada umat Muhamad.

c.Didlm kitab taurat ada kenyataan bahawa ,nabi adam menjodohkan anak lelakinya dgn anak perempuannya.
Tetapi umat Nabi Muhamad sekarang perkahwinan antaraadikberadik begitu diharamkan.

d.Selain itu juga Allah menegaskan Islam adalah agama terakhir yg memansukhkan sema agamasebelumnya.
Sebagaimana firmanNya
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 85

SYARAT2 NASAKH MENURUT MEREKA.
Nasakh mestilah dgn memenuhi syarat2 nasakh itu adalah seperti berikut:

1.Hukum yg dinasakhkan(dimansukhkan itu adalah hukum syara' yg bukan ditetapkan  atau bukan diwajibkan kerana zatnya.
Contohnya,perkara berkaitan dgn aqidah dan iman.Selain dari itu ia bukan perkara yg dilarang kerana zatnya.Contohnya kufur.

Begitu juga mengenai hukum aqal yg telah tetap .contohnya,setiap yg hidup pasti akan mati.Semua yg tersebut diatas tidak mungkin dapat dinasakhkan lagi.

2.Hukum yg memansukhkannya ,iaitu al nasikh mestilah datang kemudian dan berasingan daripada hukum yg dinasakhkan atau al-mansukh.

3.Hukum yg dinasakhkan adalah  tsabit dgn nas an tidak ditttkan penggunaannya pada masa2 ttt shj,serta tidak dikekalkan untuk selama2nya.

4.Cara nasakh mestilah berdasarkan syarak dan dgn hukum syarak.

5.Konsep nasakh dan masukh hanya berlaku sewaktu nabi masih hidup shj.

6.Hukum yg dinasakhkan mestilah hukum yg berbentuk amali.

7.Hukum yg dinasakhkan tidak berbentuk menyeluruh atau kulli.

8.Dalil yg memansukhkan adalah sama kuat atau lebih kuat drp dalil dinasakhkan dari sudut kekuatan tsabit dan dalalahnya.

9.Menurut pendapat Syafie dan Ahmad,hukum yg menasakhkan adalah bertentangan dgn hukum yg  dinasakhkan ataupun ia berlawanan dgnnya,tetapi sama segi jenis.

10.Hukum yg dinasakhkan itu hendaklah berkenaan dgn mereka yg mempunyai keahlian taklif,supaya hukum yg dimansukhkan itu dapat dilaksanakan disamping menasakhkan hukum sebelumnya.

CARA MENGETAHUI NASAKH.

Nas nasikh dan mansukh  merupakan nas yg bertentangan,ia  dapat diketahui melalui salah satu daripada cara berikut:

1.Penegasan berbentuk lafaz yg memang menunjukan nasakh.Sebagaimana firman Allah

الْآنَ خَفَّفَ اللَّهُ عَنْكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفًا ۚ فَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ مِائَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوا أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar.
-Sura Al-Anfal, Ayah 66

Ayat ini merupakan ayat yg menasakhkan atau menjadi nasikh terhadap penetapan hukum terhadap orang islam yg mesti menentang atau melawan orang kafir yg nisbahnya 1:10
Ayat yg dinasakhkan itu firman Allah
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ إِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ مِائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَفْقَهُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.
-Sura Al-Anfal, Ayah 65

2.Daripada dua nas nasikh an mansukh,terbukti nasikh datangnya terkemudian daripada mansukh melalui kenyataan yg dibuat oleh nabi,sebagaimana terdapat didlm hadits berikut ,bermaksud,"Dahulu aku menegahkan kamu drp menziarahi kubur,sekarang ziarahilah.
(Hadits riwayat annasaei,ibnu hibbban ,alhakim dan lain2)

3.Penegasan melalui ijma' ulamak bahawa nas nasikh memang datang kemudian drp nas mansukh.

4.Melalui perbuatan dan amalan Nabi .
Contoh nya ialah perbuatan nabi yg merejam ma'iz al aslami tanpa menyebat 100kali telah menasakhkan hukum mengenai lelaki dan perempuan yg telah berkahwin yg berzina.Nas yg dinasakhkan itu ialah hadits yg diriwayatkan oleh Muslim,bermaksud,sebatan "100kali sebatan dan rejam".

BAHAGIAN2 NASAKH

Nasakh dapat dibahagikan kepada 4bahagian,iaitu:
1.nasakh secara terang atau shareh.
2.nasakh secara kandungan atau dhimmi
3.Nasakh keseluruhan atau kulli
4.Nasakh sebahagian atau juz'i

NASAKH SECARA TERANG DAN SHAREH.

Nasakh bhg ini bermaksud,syara' menjelaskan dan menyatakan secara terang bahawa syariat kemudian membatalkan atau menasakahkan syariat terdahulu.Contoh firman Allah,

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ إِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ مِائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَفْقَهُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.
-Sura Al-Anfal, Ayah 65

الْآنَ خَفَّفَ اللَّهُ عَنْكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفًا ۚ فَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ مِائَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوا أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar.
-Sura Al-Anfal, Ayah 66

Ayat 65,allah mewajibkan orang islam melawan musuh apabila orang islam seramai 20 orang dan musuh seramai 200orang.Iaitu dlm nisbah 1:10.
Hukum tersebut kemudiannya dimansukhkan secara terang dan  shareh dgn ayat berikutnya,iaitu ayat 66dlm surah yg sama,iaitu wajib menghadapi musuh apabila mereka berjumlah 100orang dan musuh 200orang nisbah1:2

NASAKH SECARA KANDUNGAN ATAU DHIMNI

Ia membawa maksud syarak mensyariatkan satu hukum yg terdahulu,sehingga tidak mungkin disatukan kedua2 hukum tersebut,melainkan dgn terbatalkan salah satu daripadanya.
Lantaran itu,hukum terkemudian dianggap menasakhkan hukum terdahulu,walaupun ia tidak dinyatakan secara terang bahawa hukum terkemudian menasakhkan hukum terdahulu.
Contoh firman Allah berikut bermaksud
Diwajibkan atas kamu,apabila diantara kamu kedatangan (tanda2 )maut ,jika ia meninggalkan harta yg banyak ,berwasiat untuk ibubapa dan karib kerabatnya secara maaruf (ini adalah )kewajipan atas orang2 yg bertaqwa.

Melalui ayat ini,allah mewajibkan orang yg hampir mati berwasiat untuk ibubapa  dan kaum kearabtnay,kemudian Dia mensyariatkan hukum yg bertentangan dgn hukum yg bertentangan dgn hukum didlm ayat itu dgn menghukumkan pembahagian harta peninggalan mengikut cara yg diterangkan didlm ayat mengenai pembahagian pusaka.
Sebagaimana firman allah

يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ ۖ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ ۚ فَإِنْ كُنَّ نِسَاءً فَوْقَ اثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَ ۖ وَإِنْ كَانَتْ وَاحِدَةً فَلَهَا النِّصْفُ ۚ وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا السُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِنْ كَانَ لَهُ وَلَدٌ ۚ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ وَلَدٌ وَوَرِثَهُ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ الثُّلُثُ ۚ فَإِنْ كَانَ لَهُ إِخْوَةٌ فَلِأُمِّهِ السُّدُسُ ۚ مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِي بِهَا أَوْ دَيْنٍ ۗ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ لَا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًا ۚ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
-Sura An-Nisa', Ayah 11

Didlm ayat ke11 ini,dan ayat seterusnya diterangkan dgn jelas tentang pembahagian puasaka kepada anak2 dan juga selain anak.Dari situ kita dapati bahawa hukum yg ke2 telah mentakhsiskan hukum pertama secara kandungan atau dhimmi.Iaitu nasakh secara tidak langsung,kerana tidak mungkin digabungkan kedua2 ayat tersebut,kecuali ayat didlm surah baqarah termasukh dgn turunya ayat pusaka annisa ayat 11 dan berikutnya dgn sabda baginda,
Sesungguhnya Allah telah memberi kepada tiap2 yg berhak akan haknya,maka tiada lagi wasiat untuk waris.
(Hadits riwayat Ahmad,Ibnu Majah,Tirmizi,Nasaei fan ad daaraquthni)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan