Ahad, Jun 21, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 05(07)(s2)nota5(085)

Daurah tafsir 2019 sesi 05(07)(s2)nota5(085)

Zaman Turun Surah
Surah al-A'raaf juga merupakan antara surah terakhir diturunkan ketika Rasulullah s.a.w. berada di Mekah, ia diturunkan pada peringkat ke empat dan terakhir kehidupan Rasulullah s.a.w. di sana, sekitar tahun ke-11 hingga 13 Kenabian. Besar sekali kemungkinan ia diturunkan selepas Surah al-An'aam dan beberapa ayat di permulaan Surah al-Hajj iaitu pada tahun ke-I3 Kenabian. Zaman ia diturunkan adalah suatu zaman di mana perancangan jahat membunuh Rasulullah s.a.w. juga telah bermula. Orang-orang kafir Quraisy diancam dengan sejarah kebinasaan umat sebelum mereka. Dinyatakan sebab-sebab kenapa mereka telah dibinasakan, sebab-sebab itu ada juga pada mereka. Di akhir surah ini orang-orang yang beriman diarah supaya bersabar dan beristiqamah.

Beberapa Ciri Khusus Surah al-A'raaf
1. Di dalam ayat ke-34 وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ terdapat kenyataan tentang kebinasaan dan kemusnahan bangsa-bangsa bahawa sebagaimana individu, bangsa-bangsa juga mempunyai tarikh kematian dan kemusnahannya. Apabila sampai waktu itu, tiada lagi peluang untuk mereka menolaknya. (Ayat:34)
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.

2. Surah ini mengandungi sunnatullah dalam
membinasakan umat manusia dan sunnatullah dalam
menggantikan mereka dengan umat yang lain, di mana Allah setelah memberi peluang kepada bangsa-bangsa untuk beberapa ketika, membinasakannya. Pada ketika itu, orang-orang yang baik diselamatkan,kemudian suatu bangsa dan kaum yang lain pula akan memegang kuasa dan mengambil alih tempat umat sebelumnya.

3. Dari segi susunan ayat, Surah al-A'raaf kelihatan menyerupai Surah Hud. Kedua-dua surah mengandungi 8 paragraf, di antara pendahuluan dan penutupnya terdapat 6 peristiwa kebinasaan beberapa kaum dan umat di samping penggantian mereka dengan kaum dan umat yang lain. Melalui peristiwa-peristiwa itu, manusia difahamkan tentang sunnatullah dalam membinasakan bangsa-bangsa
dan sunnatullah dalam menggantikan mereka dengan bangsa-bangsa yang lain.

Pertalian Dan Kesinambungan Di Antara Surah Al-A'Raaf Dengan Surah Sebelum Dan
Selepasnya
1. Apa yang tersebut secara umum berkenaan dengan Bani Israil dalam bahagian pendahuluan Surah al-Baqarah, diulangi di dalam Surah al-A'raaf untuk Bani Isma'il pula dalam satu gaya cerita yang baharu.

2. Di dalam Surah al-An'aam disebutkan tentang kebinasaan beberapa kaum secara umum melalui ayat
ke-enamnya, di dalam Surah al-A'raaf ini terdapat perincian tentang kebinasaan enam kaum secara

85


Tiada ulasan:

Catat Ulasan