Ahad, Jun 21, 2020

Mishkat al-masabih muqadimah sesi 3 ms010

Mishkat al-masabih muqadimah sesi 3 ms010
20121014 siri 3

engkau akan dapati beberapa tempat kosong. Keadaan itu berlaku apabila aku tidak mengetahui  perawinya ,maka sengaja aku tinggalkan  begitu saja. Jika engkau  menemuinya, engkau masukkanlah ketempat yang kosong itu (sempurnakanlah kekurangan tersebut). Semoga Allah menganjarinmu dengan ganjaran yang baik.

وَسَمَّيْتُ الْكِتَابِ مِشْكَاةِ الْمَصَابِيحِ وَأَسْأَلُ اللَّهَ التَّوْفِيقَ وَالْإِعَانَةَ وَالْهِدَايَةَ وَالصِّيَانَةَ، وَتَيْسِيرَ مَا أَقْصِدُهُ، وَأَنْ يَنْفَعَنِي فِي الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ، وَجَمِيعَ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ. حَسْبِيَ اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ. وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ.

Kitab ini ku beri nama MISYKATUL-MASHABIIH" ³³ dengan harapan semoga Allah memberi taufik , pertolongan, petunjuk, perlindungan dan kemudahan dalam

___________________________________________________________

hadits mungkar  dibawanya didalam kitab tersebut. Walaupun disetengah tempat Imam  Baghawi sendiri telah menjelaskan kemungkarannya. Namun dibeberapa tempat lain ia masih terbiar  tanpa penjelasan . Ulasan pengarang Misykaat ditempat-tempat itu hanyalah untuk memenuhi syarat (janji) yang telah dibuat oleh pengarang asalnya.

³³ Misykaat ialah ceruk ( di dinding rumah yang tidak ditembusi sampai kesebelahnya) pada dinding bahagian  dalam rumah. Ia adalah sesuatu  yang mesti  dalam seni bina abad-abad  pertengahan. Didalamnya diletakkan barang-barang kecil atau lampu. Tujuan lampu diletakkan  didalamnya ialah supaya cahayanya bertambah terang.Mashaabiih pula ialah kata jama' bagi Mishbaah, bererti lampu-lampu.Maksud tersirat disebalik penamaan kitab ini dengan bernama  Misykaat  al-Mashabiih ialah  (1) Kitab yang merupakan landasan asas bagi  kitab Misykaat  bernama Mashabiih as-Sunnah (Lampu-lampu Sunnah), karangan Imam Baghawi. Lampu-lampu as-Sunnah  itu jika diletakkan didalam ceruk dinding (Misykaat), diharap akan bertambahlah  sinar cahayanya.(2) Hadits-hadits Rasullah saw itu pula bagaikan ceruk pada dinding di mana diletakkan lampu-lampu itu untuk menambah dan menyerlahkan lagi  cahayanya.(3) Mengambil sempena daripada firman Allah  didalam Sirah An-Nuur(cahaya). Di dalamnya juga tersebut perkataan نور،مصباح dan مشكاة. Berikut ialah firman Allah itu: 
An-Nur 24:35
ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۚ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشْكَوٰةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌۖ ٱلْمِصْبَاحُ فِى زُجَاجَةٍۖ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّىٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبَٰرَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِىٓءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍۗ يَهْدِى ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَيَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلْأَمْثَٰلَ لِلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ 

Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya, seperti sebuah misykaat(ceruk pada dinding) yang berisi sebuah lampu.Lampu itu dalam  geluk kaca  (qandil). Geluk kaca  itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar  cemerlang . Lampu itu dinyalakan  dengan minyak  dari pokok yang banyak manfaatnya, iaitu pokok zaitun  yang bukan sahaja disinari  matahari  semasa naiknya dan bukan  sahaja semasa turunnya (tetapi ia  sentiasa terdedah kepada matahari )
Hampir-hampir minyaknya itu-dengan sendiri -memancarkan  cahaya (kerana jernihnya),walaupun ia tidak disentuh api. Cahaya berlapis  cahaya . Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturan Nya) kepada cahayaNya itu, dan Allah  mengemukakanan betbagai-bagai peeumoamaan untuk umat  manusia dan  Allah Maha mengetahui  segala sesuatu.(an-Nuur:35)

Syah Abdul Aziz  didalam Bustan al-Muhadditsin menulis  bahawa bilangan hadits didalam kitab Mashaabiih as-Sunnah Imam Baghawi  adalah  4484. Demikian juga tulis Ibnu Malik. Pengarang  Misykaat  menambah jumlah  1511 hadits. Jadi semua hadits yang terkandung didalam  Misykaat  berjumlah 5995.Tetapi pengarang syarah Misykaat yang bernama  Mazaahiri Haq ( dalam bahasa Urdu) dan pengarang at-Ta'liq as-Shabiih (dalam bahasa Arab) mengatakan hadits-hadits yang  

10



Tiada ulasan:

Catat Ulasan