Selasa, Jun 23, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 3 ms012

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 3 ms012
20121014 siri 3

dunia atau untuk berkahwin dengan seorang wanita , hijrah dikira untuk  tujuan itu.³⁶ (Bukhari dan Muslim).

___________________________________________________________

³⁶  Pengarang memulakan kitabnya dengan hadits  ini sebagai peringatan  kepada diri sendiri dan para pelajar supaya memperbetulkan niat sebelum memulai pelajaran dan pengajian hadits seterusnya. Niat yang seharusnya tersemat didalam hati setiap pelajar ialah  kerana Allah  kitab ini dipelajari. Kirab ini juga dipelajari kerana untuk mendapat panduan hidup dari Rasullah saw .Para ' ulamak' bersepakat tentang kesahihan dan ketinggian kedudukan hadits ini . Mereka juga bersepakat tentang kepentingannya dalam kehidupan beragama. Bagi mereka ,ia merupakan salah satu tonggak dan asas yang penting dalam agama Islam. Selain hadits niat diatas , 3  hadits berikut  ini juga tonggak dan asas penting dalam Islam iaitu
"مِنْ حُسْنِ إسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ".
Bermaksud: Antara tanda keelokan seseorang mukmin ialah  dia meninggalkan apa yang tidak berguna an tidak berfaedah kepadanya. 
 "إنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ، وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ،وَبَيْنَهُمَا أُمُورٌ مُشْتَبِهَاتٌ

Bermaksud: Yang halal itu adalah  jelas, dan yang haram  juga  jelas. Dan di antara keduanya  ada banyak perkara yang tidak jelas.

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

Barangsiapa yang mengadakan suatu perkara baru dalam urusa  agama kita sesuatu  yang tidak berpunca  darinya,ia tertolak .
Kerana pentingnya hadits niat itu, kita dapati sebahagian ulama berpendapat ia mencakupi ¼ ilmu atau ajaran agama. Ada yang berpendapat ia merangkumi ½ ilmu. Kedua-dua yang tersebut ini adalah dinukilkan daripada tokoh-tokoh agama seperti Imam Syafi'e, Ahmad, Ali Ibnu al-Madinj, Abu Daud, Tirmizi  dan kebanyakan tokoh 'ulama' berpendapat ia meliputi  ⅓ ilmu daripada keseluruhan  ajaran agama Islam itu sendiri. Sebabnya sesetengah 'ulama' menganggap niat mencakupi  satu ¼ ajaran agama Islam ialah kerana haditsnya merupakan salah satu daripada  4 hadits  yang disebut-sebut sebagai tonggak dan asas yang penting  dalam agams Islam. Alasan  golongan yang mengatakan ia merangkumi ½ ilmu ialah  kerana niat adalah ibadat hati  dan amal  adalah anggota tubuh manusia. Atau kerna ajaran agama itu ada dua aspek kaitan zahir dan batin. Yang berkaitan dengan zahir adalah amal dan yang berkaitan dengan batin pula adalah niat . Imam Baihaqi mengemukakan alasan untuk golongan yang berpendapat hadits ini meliputi ⅓ ilmu daripada keseluruhan ajaran Islam itu sendiri dengan mengatakan :"Segala amalan manusia itu tidak  terlepas  daripada dilakukan oleh hati atau lidahnya atau anggota lahirnya yang lain-lain.Antara amalan yang dilakukan oleh hati manusia  itu adalah niat. Kerana kepentingan dan kedudukan istimewa hadits inilah juga para ulamak salaf dan khalaf memulakan karangan mereka dengannya. Imam Abdur Rahman Ibnu Mahdi  pernah berkata 
لو صنَّفت كَتاباً بدأت في أوَّل كلَّ باب منه بهذا الحديث
Bermaksud :Kalau saya mengarang kitab, saya akan memulakan setiap babnya  dengan hadits ini. Beliau juga pernah berkata  من أر اد أن يصنف كتابا فليبدئ بهذا الحديث 
Bermaksud "Sesiapa  yang hendak menulis buku,dia hendaklah memulakannya dengan hadits ini. Dalam  ruang lingkup  yang lebih luas lagi al-Khatthaabi (Abu Sulaiman bin Muhammad bin Ibrahim bin al-Khatthaab ) pernah berkata )
 كان تلمتقدَّمون من شيو خنا يستحبُّون تقديم حديث (الأعمال بالنيات) أمام
كلِّ شيء يُنشأ
 
(Segala amal dikira dengan niat) sebelum melakukan segala urusan agama.Asababul Wurud hadits niat diatas.Latarbelakang yang mendorong hadits diatas  diungkapkan oleh Rasullah saw dapat dilihat didalam sesebuah atsar yang diriwayatkan oleh Ibnu Masud. Kata beliau 
مَنْ هَاجَرَ يَبْتَغِي شَيْئاً فَهُوَ لَهُ قَالَ هَاجَرَ رَجُلٌ لِيَتَزَوَّجُ امْرَأةً يُقَالٌ لَهَا أُمُّ قَيس 
وَكَنَ يَسْمِى مُهَاجَرَ  أُمُّ قَيس
 Bermaksud: "Sesiapa yang berhijrah kerana sesuatu ,hijrahnya itu  dikira kerana sesuatu itu".
Beliau (Ibnu  Masud  berkata lagi  "Pernah  seorang lelaki berhijrah untuk berkahwin dengan seorang perempuan yang dipanggil (dikenali dengan)Ummu Qais. Lelaki itu kemudiannya disebut  sebagai  Muhajir Ummi Qais (At-Thabaraani didalam al-Mu'jamu al-Kabir).Begitulah tanggapan sebilangan  penuliss-penulis muta'akhkhirin. Kemusykilan yang sering kali

12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan