Isnin, Jun 22, 2020

Mishkat al-masabih muqadimah sesi 2 ms001notabcs

Mishkat al-masabih muqadimah sesi 2 ms001notabcs
siri 2 20120922 

بِسم الله الرَّحْمَن الرَّحِيم 

الْحَمد لله، ونحمده وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمن سيئات أَعمالنَا، من ييهده اللَّهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ شَهَادَةً تَكُونُ لِلنَّجَاةِ وَسِيلَةً، وَلِرَفْعِ الدَّرَجَاتِ كَفِيلَةً، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الَّذِي بَعَثَهُ وَطُرُقُ الْإِيمَانِ قَدْ عَفَتْ آثَارُهَا، وَخَبَتْ أَنْوَارُهَا، وَوَهَنَتْ أَرْكَانهَا، وَجَهِلَ مَكَانهَا، 

Dengan nama Allah yang maha  pengasih lagi maha penyayang.¹ Segala puji  kembali kepada Allah jua.² Kita memujiNya dan memohon pertolongan serta keampunanNya.³ Kita berlindung  dengan Allah  daripada kejahatan diri kita dan daripada perbuatan-perbuatan kita yang buruk.⁴ Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah maka tiada siapa pun dapat menyesatkannya,dan sesiapa yang disesatkanNya,tiada siapa pula dapat  memberi  petunjuk kepadaNya.Aku bersaksi  bahawa sesungguhnya tiada tuhan selain Allah .Sebuah kesaksian yang menyebabkan sesaorang manusia  selamat dan darjatnya terjamin meningkat (didunia dan diakhirat).Aku  juga bersaksi  bahawa sesungguhnya Muhamad adalah  hamba Allah dan RasulNya yang diutus kepada umat manusia ketika kesan-kesan jalan keimanan hampir terhapus, cahaya-cahayanya hampir terpadam ,tonggak-tonggaknya hampir runtuh dan kedudukannya tidak lagi  diketahui orang.

فشيد صلوَات الله وسلامة عَلَيْهِ مِنْ مَعَالِمَهَا مَا عَفا، وَشَفَى مِنَ العَلِيلِ فِي تَأْيِيدِ كَلِمَةِ التَّوْحِيدِ مَنْ كَانَ عَلَى شَفَا، وَأَوْضَحَ سَبِيلَ الهِادَيَةِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يَسْلُكَهَا، وَأَظْهَرَ كُنُوزَ السَّعَادَةِ لِمَنْ قَصَدَ أَنْ يَمْلِكَهَا. 
Maka Rasullah saw membangunkan kembali kesan-kesan jalan  yang hampir pupus itu. Dalam mendokong ajaran tauhid ,Beliau saw menguatkan kembali orang-orang sakit  hampir terjerumus  kedalam gaung kebinasaan dan menjelaskan jalan petunjuk  kepada orang-orang yang ingin  menempuhnya,⁶ di samping mendedahkan khazanah kebahagiaan kepada orang yang ingin mendapatkanya.⁷


أَمَّا بَعْدُ؛ فَإِنَّ التَّمَسُّكَ بِهَدْيهِ لَا يَسْتَتِبُّ إِلَّا بِالِاقْتِفَاءِ لِمَا صَدَرَ مِنْ مِشْكَاتِهِ، وَالِاعْتِصَامُ بِحَبْلِ اللَّهِ لَا يَتِمُّ إِلَّا بِبَيَانِ كَشْفِهِ،

Sesungguhnya usaha untuk mengikuti perjalanan hidup baginda saw tidak akan terlaksana kecuali hanya dengan mengikuti suluhan sunnahnya .Demikian pula berpegang teguh dengan mengikuti keterangan RasulNya (sunnah RasulNya).⁸

 وَكَانَ «كِتَابُ الْمَصَابِيحِ» - الَّذِي صَنَّفَهُ الْإِمَامُ مُحْيِي السُّنَّةِ، قَامِعُ الْبِدْعَةِ، أَبُو مُحَمَّد الْحُسَيْن بن مَسْعُود الْفراء الْبَغَوِيُّ، رَفَعَ اللَّهُ دَرَجَتَهُ - أَجْمَعَ كِتَابٍ صُنِّفَ فِي بَابِهِ، وَأَضْبَطَ لِشَوَارِدِ الْأَحَادِيثِ وَأَوَابِدِهَا. 
Kitab "Mashabiih as-sunnah" yang disusun oleh Al Iman Muhyu as-sunnah( pejuang  Sunnah),Qaami'u al-Bid'ah (penghapus bid'ah) Abu Muhamad AlHusain bin Mas'ud Al Farraa' Al Baghawi⁹ -Semoga Allah mengangkat darjat beliau- adalah  sebuah kitab hadits yang paling lengkap kandungannya dan paling teliti dalam mengemukakan sumber2 hadits yang berselerakan(didalam sekian banyak kitab-kitab hadits)

وَلَمَّا سلك - رَضِي الله عَنهُ - طَرِيق الِاخْتِصَارَ، وَحَذَفَ الْأَسَانِيدَ؛ تَكَلَّمَ فِيهِ
بَعْضُ النُّقَّادِ، وَإِنْ كَانَ نَقْلُهُ - وَإِنَّهُ مِنَ الثِّقَاتِ - كَالْإِسْنَادِ، لَكِنْ لَيْسَ مَا فِيهِ أَعْلَامٌ كالأغفال، 

Olehkerana penyusunan kitab  "Mashabiih as-sunnah" ini sengaja memperpendek dan membuang sanad-sanad haditsnya,maka sesetengah pakar hadits telah mengkritik cara penyusunan beliau itu.Walaupun  hadits-hadits yang dinukilkannya-sebagai salah  seorang tokoh hadits yang dipercayai tanpa sanad itu seperti bersanad juga adanya,namun sesuatu yang tidak bertanda tetap tidak akan sama dengan yang bertanda.


فاستخرت الله تَعَالَى، واستوفقت مِنْهُ، فأعلمت مَا أغفله، فأودعت كل حَدِيث مِنْهُ فِي مقره كَمَا رَوَاهُ الْأَئِمَّة المنقنون، وَالثِّقَاتُ الرَّاسِخُونَ؛ مِثْلُ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْمَاعِيلَ الْبُخَارِيِّ، وَأَبِي الْحُسَيْنِ مُسْلِمِ بْنِ الْحَجَّاجِ الْقُشَيْرَيِّ، وَأَبِي عَبْدِ اللَّهِ مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ الْأَصْبَحِيِّ، وَأَبِي عَبْدِ اللَّهِ مُحَمَّدِ بْنِ إِدْرِيسَ الشَّافِعِيِّ، وَأَبِي عَبْدِ اللَّهِ أَحْمَدَ بْنِ مُحَمَّد بن حَنْبَل الشَّيْبَانِيّ، وَأبي عِيسَى مُحَمَّد بن عِيسَى التِّرْمِذِيِّ، وَأَبِي دَاوُدَ سُلَيْمَانَ بْنِ الْأَشْعَثِ السِّجِسْتَانِيِّ، وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَحْمَدَ بْنِ شُعَيْبٍ النَّسَائِيِّ، وَأبي عبد الله مُحَمَّد بن يزِيد بن مَاجَهْ الْقَزْوِينِيِّ، وَأَبِي مُحَمَّدٍ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الدَّارِمِيِّ، وَأَبِي الْحَسَنِ عَلِيِّ بْنِ عمرالدَّارَقُطْنِيِّ، وَأَبِي بَكْرٍ أَحْمَدَ بْنِ الْحُسَيْنِ الْبَيْهَقِيِّ، وَأَبِي الْحَسَنِ رَزِينِ بْنِ مُعَاوِيَةَ الْعَبْدَرِيِّ، وَغَيْرِهِمْ وَقَلِيلٌ مَا هُوَ.
Maka aku beristikharah kepada Allah dan meminta petunjuk daripadaNya.Aku berikan tanda dimana tidak bertanda.Aku letakkan setiap hadits pada tempatnya sebagaimana yang pernah  diriwayatkan oleh para Imam ahli hadits yang kukuh(ilmunya) dan dipercayai pula (pengetahuannya) seperti Abu Abdillah Muhamad bin Ismail Al Bukhari,¹⁰ Abu Husain bin al-Hajjaj AlQusyairi,¹¹ Abu Abdillah Malik bin Anas Al Ashbahi ,¹² Abu Abdillah Muhamad bin Idris As Syafi'i,¹³ Abu  Abdillah Ahmad bin Muhamad bin Hambal As Syaibaani,¹⁴ Abu Isa Muhamad bin Isa At Tirmizi,¹⁵ Abu Daud Sulaiman  bin al-Asy'ats As Sijistaani,¹⁶ Abu Abdir Rahman Ahmad bin Syu'aib An Nasa'i,¹⁷ Abu Abdillah Muhamad bin Yazid bin Najah Al Qazwinj,¹⁸ Abu Muhamad Abdullah bin Abdir Rahman Ad Daarimj,¹⁹ Abul Hasan Ali bin Umar Ad Daaraquthni,²⁰ Abu Bakar Ahmad bin Husain Al Baihaqi,²¹ Abul Hasan Raiziin bin Muawiyah Al-Abdari, ²² dan lain-lain.Sedikit sekali kalau ada pun selain mereka tersebut itu.

 وَإِنِّي إِذَا نَسَبْتُ الْحَدِيثَ إِلَيْهِمْ كَأَنِّي أَسْنَدْتُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسلم؛ لِأَنَّهُمْ قَدْ فَرَغُوا مِنْهُ، وَأَغْنَوْنَا عَنْهُ. وَسَرَدْتُ الْكُتُبَ وَالْأَبْوَابَ كَمَا سَرَدَهَا، وَاقْتَفَيْتُ أَثَرَهُ فِيهَا، وَقَسَّمْتُ كُلَّ بَابٍ غَالِبًا عَلَى فُصُولٍ ثَلَاثَةٍ: 

Jika aku menghubungkan sesuatu hadits dengan salah seorang tokoh tersebut itu,maka semacam aku menghubungkan hadits itu dengan  Nabi saw  ,sebab mereka telah mengemukakan sanadnya dengan lengkap sehingga tidak perlu lagi kita mengemukakannya pula.²³ Aku turut saja pengarang asalnya dalam mengatur kitab- kitab dan bab-babnya. Pada umumnya aku bahagikan bab kepada tiga fasal.
أَوَّلُهَا: مَا أَخْرَجَهُ الشَّيْخَانِ أَوْ أَحَدُهُمَا، وَاكْتَفَيْتُ بِهِمَا وَإِنِ اشْتَرَكَ فِيهِ الْغَيْرُ؛ لِعُلُوِّ دَرَجَتِهِمَا فِي الرِّوَايَةِ. وَثَانِيهَا: مَا أَوْرَدَهُ غَيْرُهُمَا مِنَ الْأَئِمَّةِ الْمَذْكُورِينَ.
وَثَالِثُهَا: مَا اشْتَمَلَ عَلَى مَعْنَى الْبَابِ مِنْ مُلْحَقَاتٍ مُنَاسِبَةٍ مَعَ مُحَافَظَةٍ عَلَى الشَّرِيطَةِ، وَإِنْ كَانَ مَأْثُورًا عَنِ السَّلَفِ وَالْخَلَفِ. 

Pertama :Hadits-hadits yang dikemukakan oleh Bukhari dan Muslim atau salah seorang dari keduanya.Aku cukupkan  dengan hadits yang diriwayatkan  oleh kedua mereka,walaupun hadits tersebut  diriwayatkan juga oleh ahli hadits yang lain,lantaran tingginya derajat riwayat yang disampai oleh kedua tokoh itu.

Kedua:Hadits-hadits yang ditulis oleh para ahli  hadits selain Bukhari dan Muslim.

Ketiga: Hadits-hadits atau atsar-atsar yang mengandungi  maksud bab berupa tambahan-tambahan yang sesuai ,disamping menjaga syarat tersebut tadi. Walaupun ia dinukilkan  dari salaf(sahabat)mahupun (taabi'e)²⁵

ثُمَّ إِنَّكَ إِنْ فَقَدْتَ حَدِيثًا فِي بَابٍ؛ فَذَلِكَ عَنْ تَكْرِيرٍ أُسْقِطُهُ. وَإِنْ وَجَدْتَ آخَرَ بَعْضَهُ مَتْرُوكًا عَلَى اخْتِصَارِهِ، أَوْ مَضْمُومًا إِلَيْهِ تَمَامُهُ؛ فَعَنْ دَاعِي اهْتِمَامٍ أَتْرُكُهُ وَأُلْحِقُهُ. وَإِنْ عَثَرْتَ عَلَى اخْتِلَافٍ فِي الْفَصْلَيْنِ مِنْ ذِكْرِ غَيْرِ الشَّيْخَيْنِ فِي الْأَوَّلِ، وَذِكْرِهِمَا فِي الثَّانِي؛ فَاعْلَمْ أَنِّي بَعْدَ تَتَبُّعِي كِتَابَيِ «الْجَمْعِ بَينَ الصَّحِيْحَيْنِ» لِلْحُمَيْدِيِّ، وَ جَامِعَ الْأُصُولِ ؛ اِعْتَمَدْتُ عَلَى صَحِيحَيِ الشَّيْخَيْنِ وَمَتْنَيْهِمَا. 

Kemudian jika engkau tidak mendapati hadits di dalam sesuatu bab,itu adalah disebabkan oleh pengulangan yang sengaja aku gugurkan.²⁶ Adapun jika engkau  mendapati sesuatu hadits sebahagiannya terpotong untuk ringkasan,atau tergabung sepenuhnya,maka itu kerana aku sengaja tinggalkan dan aku gabungkan.²⁷  jika engkau dapati ada perbezaan didalam dua fasal di mana ahli hadits  selain Bukhari dan Muslim dalam bahagian pertama dan bahagian kedua pula disebutkan kedua mereka ,maka ketahuilah  bahawa setelah aku memeriksa  kedua kitab "Al-Jam'u Baina as-Shahihin" karangan al-Humaidi dan kitab "Jaami'ul Ushuul" aku berpegang pada kitab Sahih Bukhari dan Shahih Muslim lengkap dengan matan kedua-duanya.²⁸

وَإِنْ رَأَيْتَ اخْتِلَافًا فِي نَفْسِ الْحَدِيثِ؛ فَذَلِكَ مِنْ تَشَعُّبِ طُرُقِ الْأَحَادِيثِ، وَلَعَلِّي مَا اطَّلَعْتُ عَلَى تِلْكَ الرِّوَايَةِ الَّتِي سَلَكَهَا الشَّيْخُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ. وَقَلِيلًا مَا تَجِدُ أَقُولُ: مَا وَجَدْتُ هَذِهِ الرِّوَايَةَ فِي كُتُبِ وَجَدْتُ خِلَافَهَا فِيهَا. فَإِذَا وَقَفْتَ عَلَيْهِ فَانْسِبِ الْقُصُورَ إِلَيَّ لِقِلَّةِ الدِّرَايَةِ، لَا إِلَى جَنَابِ الشَّيْخِ رَفَعَ اللَّهُ قَدْرَهُ فِي الدَّارَيْنِ، حَاشَا للهِ مِنْ ذَلِكَ رَحِمَ اللهُ مَنْ إِذَا وَقَفَ عَلَى ذَلِكَ نَبَّهَنَا عَلَيْهِ، وَأَرْشَدَنَا طَرِيقَ الصَّوَابِ. وَلَمْ آلُ جُهْدًا فِي التَّنْقِيرِ وَالتَّفْتِيشِ بِقَدْرِ الْوُسْعِ وَالطَّاقَةِ، وَنَقَلْتُ ذَلِكَ الِاخْتِلَافَ كَمَا وَجَدْتُ.

Jika engkau lihat ada perbezaan pada hadits sendiri, maka itu berpunca daripada banyaknya saluran hadits,²⁹ Mungkin aku tidak  mengetahui riwayat yang dipakai oleh Syeikh(Al-Imam Al-Farra' AlBaghawi). Engkau akan dapati sedikit sekali aku berkata:"Aku tidak dapati riwayat ini (riwayat yang dikemukakan oleh Imam Baghawi) didalam kitab-kitab ushul atau aku dapati riwayatnya bercanggah dengan riwayat didalam kitab-kitab ushul.³⁰ Jika engkau  dapati apa yang aku katakan itu tidak benar, maka kaitkanlah kekurangan itu denganku . Ia disebabkan oleh kurangnya pengetahuanku. Jangan engkau kaitkannya dengan diri Tuan Syeikh(Imam Baghawi)-Semoga Allah meninggikan darjat beliau didunid dan diakhirat-Jauh sekali beliau akan melakukan kesilapan seperti itu.Semoga Allah merahmati orang yang apabila mengetahui apa yang benar,dia terus mengingatkan daku tentangnya dan membimbingdaku ke jalan yang betul.³¹  Sehabis daya telah ku curahkan dalam memeriksa  dan menyelidik .Aku hanya menukilkan percanggahan itu sebagaimana telah aku dapati.

وَمَا أَشَارَ إِلَيْهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ مِنْ غَرِيبٍ أَوْ ضَعِيفٍ أَوْ غَيْرِهِمَا؛ بَيَّنْتُ وَجْهَهُ غَالِبًا، وَمَا لَمْ يُشِرْ إِلَيْهِ مِمَّا فِي الْأُصُولِ؛ فَقَدْ قَفَّيْتُهُ فِي تَرْكِهِ، إِلَّا فِي مَوَاضِعَ لغَرَضٍ. وَرُبمَا تَجِدُ مَوَاضِعَ مُهْمَلَهةً، وَذَلِكَ حَيْثُ لَمْ أَطَّلِعْ عَلَى رِوَايَة فَتَرَكْتُ الْبَيَاضَ، فَإِنْ عَثَرْتَ عَلَيْهِ فَأَلْحِقْهُ بِهِ، أَحْسَنَ اللَّهُ جَزَاءَكُ. 

Isyarat penulis kitab asal(Imam Baghawi ra)tentang gharibnya(sesuatu hadis)atau dhaifnya atau lain-lain,kebanyakannya aku terangkan sebabnya. Hadits-hadits di dalam kitab-kitab Ushul yang tidak diisyaratkan olehnya, aku turut saja beliau dalam meninggalkannya, kecuali pada beberapa tempat kerana sesuatu maksud.³² Mungkin engkau akan dapati beberapa tempat kosong. Keadaan itu berlaku apabila aku tidak mengetahui  perawinya ,maka sengaja aku tinggalkan  begitu saja. Jika engkau  menemuinya, engkau masukkanlah ketempat yang kosong itu (sempurnakanlah kekurangan tersebut). Semoga Allah menganjari  mu dengan ganjaran yang baik.

وَسَمَّيْتُ الْكِتَابِ مِشْكَاةِ الْمَصَابِيحِ وَأَسْأَلُ اللَّهَ التَّوْفِيقَ وَالْإِعَانَةَ وَالْهِدَايَةَ وَالصِّيَانَةَ، وَتَيْسِيرَ مَا أَقْصِدُهُ، وَأَنْ يَنْفَعَنِي فِي الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ، وَجَمِيعَ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ. حَسْبِيَ اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ. وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ.
Kitab ini ku beri nama MISYKATUL-MASHABIIH" ³³ dengan harapan semoga Allah memberi taufik , pertolongan, petunjuk, perlindungan dan kemudahan dalam mencapai maksudku. Semoga kitab ini bermanfaat kepada ku dan juga kepada kaum muslimin dan muslimat ketika masih hidup dan selepas mati.³⁴

Cukup Allah kepada ku . Dialah sebaik-baik pelindung. Tiada daya dan upaya  melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
___________________________________________________________

¹ Syeih Waliyyuddin Abu Abdillah Muhamad bin Abdillah al-Khatib al-Umari at-Tabrezi ra memulakan  kitabnya  ini sebagai pembuka bicara dengan lafaz بِسم الله الرَّحْمَن الرَّحِيم 
dan pujian kepada Allah .Dalam perkara ini beliau sebenarnya telah mengikut gaya persembahan kitab suci  al-Quran al-Karim. Allah swt juga telah  menjadikan kedua-dua lafaz tersebut sebagai pembuka  kitab suci Nya 
al-Quran al-Karim.

² Menurut para ulamak ,puji terbahagi 4.
1.Puji Allah akan Allah.
2.Puji Allah akan hambaNya.
3.Puji hamba akan Allah.
4.Puji hamba akan hamba.
Pada hakikatnya,segala bentuk pujian yang tersebut itu kembali hanya kepada Allah .Sebagai contoh ,apabila sesaorang memuji orang yang berbuat baik kepadanya, dia secara tidak langsung  sebenarnya memuji  Allah. Kerana   Allah jua  yang telah mendorong orang itu berbuat baik kepadanya.Terdahulu,Allah  jualah yang menjadikan orang yang berbuat baik kepadanya itu.Kalau  orang itu  tidak pernah wujud,bagaimana  dia akan berbuat baik kepadnya lalu bagaimana dia akan memujinya?

³ Pengarang memohon pertolongan kepada Allah  apabila memujiNya.Justeru Nabi saw pernah  bersabda
لَا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ
Maksudnya:Tidak dapat ku hinggakan pujian terhadap Mu,seperti mana Engkau sendiri memuji diriMu.Jika terdapat sebarang kekurangan atau  kepincangan  dalam sanjungan dan pujian terhadap Allah,pengarang memohon keampunanNya.

⁴ Puji-pujian yang kita atur  dengan ikhlas kepada Allah demi mencapai kebahagian jiwa,mungkin kerana kejahatan diri dan perbuatan-perbuatan kita yang buruk terpalit pula dengan unsur-unsur riyaa' kelekaan atau perkara-perkara yang tidak baik.Maka pengarang berlindung dengan Allah  daripada hal-hal seperti itu.

⁵ Rangkai kata ini boleh membawa dia maksud :
(1)Allah mengutuskan Rasullah saw ketika baginda sangat-sangat diperlukan oleh manusia.Manusia ketika itu berada di kemuncak kesesatan dan kejahilan.Selain pengikut-pengikut setia Nabi Isa, tidak ada orang lain  mengetahui tentang ajaran ugama Allah yang sebenar. Tetapi pengikut-pengikut nabi Isa yang setia pula samada tidak dihiraukan oleh masyarakat atau mereka memencilkan diri dari masyarakat  dengan melarikan diri kepuncak gunung atau ketempat-tempat pertapaan yang lain.
(2) Yang dimaksudkan jalan keimanan ialah para nabi dan rasul serta kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah kepada mereka, pengikut-pengikut setia para nabi dan rasul,para ulama dan auliya Allah .Dan dimaksudkan  dengan "kesan-kesan jalan keimanan hampir  terhapus , cahaya-cahayanya hampir terpadam ,tonggak-tonggaknya hampir runtuh  dan kedudukannya pula tidak lagi  diketahui orang" ialah ajaran ,ibadat dan ilmu dan syariat yang dibawa  para nabi  dan rasul itu tidak  diamal orang lagi.Masyarakat tidak lagi  menjadikan ilmu dan akhlaq yang diajar mereka sebagai panduan hidup .Kedudukan dan darjat  mereka tidak diketahui dan diakui di  samping  hak-hak dan jasa mereka juga dilupakan.

⁶ Manusia ketika Nabi saw diutuskan  benar-benar telah tenat  dalam kekufuran ,kesyirikan ,kemaksiatan dan kederhakaan.Mereka hampir terjerumus kedalam gaung kebinasaan.Tiba2 Rasullah saw datang  membawa petunjuk dan menyelamatkan mereka.

⁷  Yang dimaksudkan  dengan khazanah  kebahagiaan  ialah iman ,amal saleh dan ilmu pengetahuan agama yang merupakan  simpanan  tidak ternilai  untuk kebahagiaan diakhirat nanti.Orang yang mendapatkannya tentu akan beroleh kebahagiaan yang abadi berupa syurga dan keredhaan ilahi.

⁸ Sebagaimana sunnah  semestinya dijadikan panduan dalam usaha mengikuti  cara hidup  Rasullah saw, sunnah juga semestinya dijadikan pedoman dalam mengetahui perincian  kalam  Allah yang mujmal. Allah sendiri didalam alquran  berfirman وأنزلنا إليك الذكر لتبين للناس مانزل إليهم
Bermaksud:Dan Kami turunkan kepada mu al-Quran supaya engkau perjelaskan  kepada manusia (maksud) apa yang diturunkan kepada mereka.

⁹ Selain muhaddits beliau juga seorang mufassir dan faqih dalam mazhab Syafie.Antara karangan beliau  ialah  Ma'alimu at-Tanzil (tafsir),Syarhu as-Sunnah,Mashabiih as-Sunnah, al-Jam'u Baina as-Shahihain (hadits)at-Tahzib dan lain-lain.Beliau  adalah seorang yang  melaut ilmunya,seorang abid, zahid dan  seorang yang beramal mengikut cara as-Salaf as-Saleh.Meninggal dunia di Marwa ar-Ruz pada bulan Syawwal tahun 517H ketika berumur 80 tahun.

¹⁰  Imam Bukhari adalah seorang Imam dan sangat pakar  dalam hadits-hadits Rasullah saw sehingga beliau diberi  gelaran Amirul Mu'minin Fi al-Hadits.Sejak usia 8 tahun beliau mulai  menghafal hadits dari berbagai tokoh 'ulama' hadits yang kenamaan,daya hafalannya amat kuat,sehingga usia  18 tahun beliau sudah  menjadi rujukan dalam bidang hadits dan perawi-perawinya.Beliau telah mengembara keserata negeri untuk mengumpulkan hadits.Setiap hadits yang dihafal ,dihafalnya pula sanad-sanad dan sifat-sifat para perawinya dengan teliti.Bila ada seorang perawi hadits yang beliau anggap tidak memenuhi syarat untuk dipercayai,maka beliau senaraikan hadits tersebut dalam  kelompok hadits yg lemah ,madhudu' dan sebagainya. Beliau sempat  berguru  dengan tokoh-tokoh yang besar  agama di zamannya seperti Imam Ahmad,Ali Ibnu al-Madini dan lain-lain.Beliau juga telah menerima hadits dari 1000 perawi  hadits yang fiqh. Pendapat-pendapat beliau dalam bidang  fiqh amat istimewa.Karya beliau banyak sekali.Yang paling menonjol antaranya adalah kitab "Al-Jaami'u as-Shahih".Imam Bukhari wafat pada tahun 256H.

¹¹ Imam Muslim adalah seorang pakar hadits kedua setelah Imam Bukhari .Beliau adalah murid Imam Bukhari .Dilahirkan pada tahun 204 hijrah di Kota Naisabur.
Beliau sentiasa berkelana ke berbagai negeri  untuk mengumpul hadits  demi hadits  dari pakar hadits yang ada dizamannya.Demikianlah  setiap hadits yang beliau  dapatkan selalu  diteliti  seketat-ketatnya baik  dari segi matannya,sanad-sanadnya,maupun  perawi-perawinya dan sekali gus  segala latar  belakang  perawi-perawinya.Beliau telah menghasilkan banyak karya dalam bidang ilmu hadits.
Karya  beliau yang paling terkenal  adalah kitab "Sahih Muslim".Kitab beliau ini merupakan  kitab sahih kedua setelah sahih bukhari .Susunan kitab beliau  ini sangat baik dan rapi .Didalamnya tidak banyak  hadits-hadits yang berulang jika dibanding dengan Shahih Bukhari.

¹² Imam Malik adalah seorang tokoh Imam Mazhab  yang kenamaan. Beliau  seorang tokoh  yang  pakar  dalam bidang hadits dan fikh. Mazhabnya berkembang di Madinah, Sepanyol ,Moroko dan beberapa negara di Afrika hingga dewasa ini. Beliau dilahirkan  pada tahun 90 H, beliau adalah  seorang yang  teguh dalam agamanya dan amat  kuat daya hafalannya. Pada suatu kali Khalifah al-Manshur  menyuruh  beliau  menyusun sebuah buku yang mengandungi  berbagai  masalah  fiqh berlandaskan  hadits  dan atsar  agar dapat  dijadikan pedoman  oleh umat manusia.Anjuran  tersebut  disambut  beliau  dengan baik  dan beliau segera  menyusun kitab fiqh  hadits yang terkenal dengan  nama "Al  Muwaththa".Beliau  wafat  pada tahun 179 H.

¹³ Imam Syafie  adalah seorang  Imam mazhab  dan ahli fikh,seorang Mujtahid dan seorang  Muhaddits .Dilihat  daei segi  nasabnya,Imam Syafie  bernama Muhamad bin Idris Asy-Syafi'e Al-Quraisyi Al-Hasyimi.Beliau  dilahirkan  pada tahun 150 H,di Gaza/Palestin.Sejak umur 2 tahun beliau telah  dibawa ke kota Mekah .Selama hidupnya,beliau sempat berkunjung ke Baghdad sebanyak 2 kali.Pada tahun 199H beliau menetap di Mesir dan disana pula beliau wafat.Beliau terkenal  sebagain seorang  ahli sastera Arab ,fiqh,hadits dan ahli memanah.Imam Syafi'e adalah orang yang pertama kali menulis kitab di bidang ilmu ushul  fiqh.Karyanya sangat banyak .Yang paling  terkenal  adalah kitab "Al-Umm" sebanyak 7 jilid .Beliau wafat pada tahun 204H.

¹⁴ Imam Ahmad bin Hambal adalah seorang Imam mazhab  dan seorang  Muhaddits yanb tersohor. Beliau  dilahirkan di Kota Baghdad pada tahun 164 H. Sejak kecil ,beliau gemar menimba ilmu dari tokoh-tokoh 'ulama' dinegerinya. Beliau  juga pernah  berguru  dengan Imam Syafi'e. Untuk  menimba ilmu ,beliau  selalu berkelana diberbagai negeri  dan beliau  termasuk guru bagi Imam Mu'tashim selama 28 bulan. Selanjutnya  setelah Khalifah Al-Mutawakkil mengetahui ketinggian  kedudukan dan keluasan ilmunya,maka beliau dimuliakan dan disanjungnya. Karya  Imam Ahmad  sangat banyak. Yang paling terkenal adalah kitab "Al-Musnad". Beliau  wafat pada tahun 241 H.

¹⁵  Imam Tirmizi  dilahirkan pada tahun 200 H.Beliau sempat berguru dengan Imam Bukhari  dan  beberapa tokoh guru yang lainnya. Beliau adalah seorang Muhaddits yang dapat dipercaya dan  amat kuat daya hafalnya.Kepintarannya tidak mengurangi kewarakan dan kezuhudannya. Selama hidupnya beliau sempat menulis beberapa kitab termasuk juga  kitab "Al-Jaami" atau dikenali juga dengan Sunan at-Tirmizi.Beliau wafat pada tahun 
279 H.

¹⁶ Imam Abu Daud lahir pada tahun 202 H. As-Sijistani adalah nisbah kepada Sajistan kerana beliau pernah tinggal disana. Untuk mempelajari dan mendalami  ilmu hadits beliau pernah  mengembara ke Iraq,Khurasan,Syam ,Mesir  dan Hijaz. Beliau telah berguru  dengan ramai sekali tokoh-tokoh hadits  dinegeri-negeri tersebut. Antara guru beliau yang tersohor ialah Muslim bin Ibrahim, Sulaiman bin Harb, Yahya bin Ma'in dan Imam Ahmad bin Hambal. Antara  murid beliau yang sohor  pula ialah Imam Nasaa'i. Tanahair Abu Daud  yang sebenarnya ialah  Bashrah. Beliau  juga pernah  tinggal  di Baghadad. Disanalah Imam Abu Daud mengarang  kitabnya yang terkenal "Sunan  Abu Daud". Tokoh-tokoh hadits menganggap Abu Daud sebagai  salah seorang imam  dan pakar dalam bidang hadits. Kitab Sunan Abu Daid merupakan salah satu  daripada enam kitab yang utama. Beliau wafat pada 16 haribulan Syawal tahun 275 H

¹⁷ Imam Nasaa'i dilahirkan diDesa Nasa' sebuah desa di dekat Kota Khurasan. Beliau dilahirkan ada tahun 215 H. Selama hidupnya  beliau sempat  berguru  pada beberapa tokoh  ahli hadits yang  ada masanya baik ketika di Khurasan sampai  di Hjjaz ,Irak,Mesir maupun Sham.  Beliau  dikenal sebagai  seorang  Muhaddits yang kenamaan.Hasil karya  tulis  beliau  cukup banyak ,hanya saja yang terkenal adalah kitab "As-Sunan".Kemudian kitab 
 "As-Sunan" diringkas dan diberi  nama kitab "Al-Mujtabaa Minas Sunan ".Kitab Al-Mujtabaa Minas Sunan ini termasuk salah satu  "Khutubus Sittah". Beliau wafat pada tahun
 303 H.

¹⁸  Imam Ibnu Majah  termasuk salah seorang Imam ilmu hadits. Beliau  dilahirkan pada 209 H di Wilayah Qawin. Selama hidupnya beliau  sering ke berbagai  negeri untuk  menimba ilmu-ilmu  agama dan mengumpulkan hadits dari tokoh-tokoh ulama yang kenamaan dimasanya.Beliau berkelana mulai dari Basrah, Baghdad, Syam,Mesir, Hijaz dan negeri-negeri lain.Beliau sempat  menelorkan karya tulis nya yang diberi "As-Sunan ","At-Tafsir " dan " At-Tarikh.
Beliau wafat pada tahun 73 H.

¹⁹ Imam  Ad-Daarimi  juga  dikenal  sebagai  seorang ahli hadits  yang jujur dan kuat daya hafalnya. Beliau dilahirkan  pada tahun 181 H .Selama hidupnya beliau pernah  berguru dengan sekian  ramai  tokoh agama  yang tersebar  di Hijaz,Syam,Mesir,Irak dan Khurasan. Beliau termasuk salah  seorang guru  bagi Imam Muslim  di dalam kitab sahihnya. Beliau terkenal sebagai ahli tafsir,fiqh dan ahli ilmu hadits di Kota Samarqand. Semasa  hidupnya  beliau sempat  menelorkan beberapa  buah karya tulisnya termasuk  juga kitab "Al-Jaami'us Sahih","As-Sunan" yang lebih dikenal  dengan nama "Al-Musnad". Kitab tersebut menurut ahli hadits dianggap lebih kuat dari Sunan Ibnu Majah.Beliau wafat pada tahun 255 H.


²⁰ Imam Ad-Daaraqutni  adalah tokoh ahli hadits dimasanya. Beliau  adalah seorang  yang pertama  kali menyusun ilmu Qira'at. Beliau dilahirkan  di desa Daaraquth(sebuah  desa dekat  kota Baghadad).
Pada tahun 306H beliau sempat  berkunjung ke Mesir dan sekembalinya  dari  Mesir beliau wafat  di kota Baghadad pada tahun 385H. Hasil karya beliau  yang paling  terkenal  adalah kitab "As-Sunan".

²¹ Imam Al-Baihaqi  termasuk salah seorang  ahli hadits kenamaan. Beliau dilahirkan  pada tahun 384H di desa Khosru Jarad/Naisabur . Beliau dibesarkan  di kota Baihaq.
Pernah  berkunjung  ke  kota Baghadad 
,Kufah,Mekah dan berbagai  kota lainnya. Kemudian  kembali  ke kota Naisabur . Ditempat itu beliau wafat. Beliau  wafat pada tahun 458H,dan selanjutnya  jenazah beliau  dipindahkan   ketempat  kelahirannya. Beliau  mempunyai karya tulis  yang tidak sedikit ,termasuk  antaranya adalah kitab "As-Sunan Al-Kubra " setebal  sepuluh jilid besar. Kitab tersebut termasuk antara hadits yang paling lengkap.

²² Imam Abul Hasan Raziin yang lebih dikenali dengan Imam Al-Abdari adalah seorang Imam yang amat terkenal di kota Mekah dan Madinah. Beliau lahir di kota Saragosta/Sepanyol 535H. Beliau sempat menelorkan beberapa karya tulis.Yang paling terkenal ialah kitab "At-tajriidu Shihaahis Sittah".Didalamnya juga terdapat beberapa hadits maudhu' seperti hadits yang menerangkan tentang solat Ragha'ib

²³ Disini pengarang Misykaat cuba menghilangkan kekeliruan yang mungkin timbul didalam benak sesetengah pihak. Bahawa bukankah pengarang kitab Masabiih iaitu Imam Baghawi  telah dikritik oleh beberapa orang tokoh hadits kerana beliau  tidak mengemukakan sanad bagi hadits-hadits yang  dikemukakan  didalam kitab beliau itu?
Apa bezanya pengarang Masabiih  dengan pengarang  Misykaat? Kerana pengarang Misykaat juga tidak  mengemukakannya. Dengan itu  tidakkah  beliau  juga akan menjadi sasaran kritikan orang seperti yang telah berlaku kepada pengarang  kitab  Mashabiih sebelumnya? Melalui perenggan ini pengarang Misykaat  cuba menerangkan sedikit perbezaan  diantara kitab Misykat dan kitab Masabiih yang merupakan asas bagi kitab  Misykaat  yang disusunnya itu.
Perbezaannya terletak pada dua perkara iaitu
(1)Pengarang Masabiih  langsung  tidak menyebut sanad setiap hadits yang dikemukakannya.Nama perawi teratas  yang terdiri daripada para sahabat pun tidak disebutnya. Pengarang Misykaat  menyebutnya. Nama tokoh-tokoh yang merupakan  tempat ambilan hadits juga tidak disebut oleh pengarang Masabiih. Pengarang Misykaat menyebutnya di akhir setiap hadits yang  dibentangkan.Soal kenapakah beliau tidak mengemukakan sanad setiap hadits sepenuhnya,itu bagi beliau tidak perlu lagi setelah disebutkan nama pengarang kitab-kitab asal yang menjadi  punca bagi hadits yang dikemukakan. Olehkerana pengarang kitab-kitab  asal itu telahpun mengemukakan nya dengan lengkap ,apa perlu lagi sanadnya dikemukakan pula?

²⁴  Pada kebiasaannya pengarang-pengarang  membahagikan kitab tulisan  mereka kepada beberapa bahagian. Bahagian-bahagian  yang merupakan  tajuk besar  dalam membincangkan  sesuatu perkara  pula dinamakan kitab. Bahagian-bahagian kecil  yang termasuk  di bawah  tajuk besar tentang sesuatu perkara dinamakan bab. Misalnya thaharah (bersuci) adalah  satu tajuk besar. Maka  pengarang akan  membuat  satu tajuk  besar untuknya berbunyi :كتاب الهارة. Dibawahnya terdapat  sekian banyak  tajuk-tajuk kecil  berkenaan  dengan thaharah,seperti wudhu,mandi,tayammum dan sebagainya. Untuk tajuk-tajuk kecil itu pengarang  akan membuat tajuk 
seperti باب الوضوء, باب الغسل,باب التيمم dan sebagainya. Dalam menyusun  kitab-kitab dan baba-bab itu pengarang Misykaat  menurut saja apa yang telah  dibuat pengarang  Mashaabiih. Kerana apa yang dibuatnya sudah cukup eluk dan teratur.

²⁵ Imam Baghawi di dalam Mashabiih hanya mengemukakan  dua fasal sahaja. Fasal pertama  dinamakan fasal yang mengumpulkan hadits-hadits sahih. Maksud  beliau dengan hadits-hadits sahih itu ialah hadita-hadits yang terdapat  didalam Sahih Bukhari dan Muslim. Fasal kedua  dinamakan fasal yang mengumpulkan hadits-hadits hasan. Maksud beliau dengan hadits-hadits hasan itu ialah hadits-hadits yang terdapat didalam Sunan Abi Daud,Nasaa'i,Tirmizi dan lain-lain. Walaupun  banyak daripada hadits-hadits yang diambil  daripada kitab-kitab itu  sebenarnya  sahih. Ini adalah semata-mata istilah beliau sendiri. Fasal ketiga ditambah oleh pengarang  Misykaat . Fasal  ketiga selain mengandungi  hadits-hadits marfu',kadang-kadang ia juga  mengandungi atsar  para sahabat dan tabiin. Biar apa pun ,pengarang Misykaat  tetap menjaga syarat yang telah ditentukan olehnya sendiri ,iaitu beliau mesti menyebut nama sahabat atau  menyebut nama pengarang kitab tempat ambilannya.

²⁶ Maksudnya ialah jika engkau dapati sesuatu hadits yang memang tersebut di bawah mana-mana bab Kitab Mashabiih,tidak tersebut dibawah  bab yang sama didalam Kitab Misykaat ,maka perlulah diketahui bahawa hadits itu sengaja  digugurkan untuk mengelak daripada berlakunya pengulangan. Keadaan ini berlaku apabila hadits yang sama juga tersebut dibawah bab lain.

²⁷  Misalnya hadits panjang yang sebahagian kandungannya sahaja bertepatan dan berkenaan dengan tajuk bab. Adapun sebahagian yang lain tidak.Maka dalam keadaan itu,pengarang Misykaat meringkaskannya. Beliau akan mengemukakan mana-mana yang berkenaan sahaja. Dalam  perkara ini pengarang  Misykaat  juga sebenarnya telah mengikut langkah pengarang Mashabiih. Jika tidak begitu, sesuatu hadis  akan disebut  dengan lengkap meskipun pengarang  Mashabiih telah menyebutnya secara ringkas.

²⁸ Iltizam pengarang Kitab Mashabiih iaitu Imam Baghawi ialah menyebutkan dibawah fasal pertama. Menurut  istilah (Imam Bahgawi sendiri  fasal pertama itu disebut sebagai من الصاح)hadits-hadits Bukhari dan Muslim  atau salah seorang daripada mereka berdua. Dibawah fasal kedua  (menurut istilah Imam Baghawi  sendiri  fasal kedua disebut sebagai مِنَ الحِسَان) pula beliau menyebutkan  hadits-hadits yang dikemukakan  oleh Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan lain-lain. Akan tetapi didalam Kitab Misykaat terkadang-kadang ada juga berlaku sebaliknya, dimana di dalam fasal pertama tersebut  riwayat selain Bukhari dan Muslim seperti  Abu Daud,  Tirmizi, Nasaa'i dan lain-lain dan di dalam fasal kedua tersebut riwayat Bukhari dan Muslim. Oleh kerana pengarang asalnya Imam Baghawi memasukan  hadits-hadits yang sebenarnya bukan  merupakan riwayat  Bukhari dan Muslim dibawah fasal pertamanya. Pengarang Misykaat  menyebut disitu nama-nama pengarang 'kitab-kitab' yang merupakan punca sebenar hadits yang tersebut  dibawah fasal pertama itu.
Sebagai contohnya dapat anda lihat pada fasal  pertama dibawah  باب السلام ،باب فضائل القرأن،باب سنن الوضوء dan lain-lain. Begitu juga dibawah  fasal kedua ,kadang-kadang tersebut hadits-hadits Bukhari dan Muslim. Padahal  dibawah fasal kedua  yang menurut istilah  Imam Baghawi disebut sebagai من الحسان sepatutnya hanya dikemukakan hadits-hadits kitab-kitab sunan sepeeti Abu Daud,Tirmizi, Nasaa'i dan lain-lain sahaja. 
Sebagai contohnya  dapat anda lihat 
dibawah باب ما يقرأ بعد التكبير atau dibawah  باب الموقف dan lain-lain. Apa yang dilakukan oleh pengarang Misykaat ialah menyebutkan bahawa hadits-hadits itu juga  adalah hadits-hadits Bukhari dan Muslim. Kata pengarang Misykaat, semua itu beliau lakukan  dengan sengaja dan penuh sedar setelah meneliti dan memeriksa kitab-kitab "Al Jam'u Baina as-Shahihainin" karangan al-Humaidi dan kitab "Jaami'ul Ushuul"karangan Ibnu al Atsir disamping kitab-kitab asal Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.

²⁹  Maksudnya ialah jika engkau nampak ada sedikit perbezaan pada lafaz sesuatu hadits yang diriwayatkan oleh pengarang Mashabiih dan olehku,maka itu berpunca daripada banyaknya saluran riwayat hadits itu. Pengarang Mashabiih meriwayatkannya berdasarkan sanad yang sampai kepadanya. Aku pula meriwayatkannya berdasarkan sanad hadits yang sampai kepadaku.

³⁰ Yang dimaksudkan dengan kitab-kitab ushul disini ialah kitab-kitab tokoh-tokoh muhadditsin  yang disebutkan sebelum ini seperti Sahih Bukhari,Sahih Muslim,Sunan Abi Daud dan lain-lain.

³¹ Maksud pengarang Misykaat disini ialah jika ada sesiapa mengetahui riwayat yang dikemukakanoleh ImamBaghawi didalam kitabnya Mashabiih yang tidak ku temui didalam kitab-kitab ushul itu,dia hendaklah mema'lumkan kepadaku sekiranya aku masih hidup.Dan jika aku telah meninggaldunia, dia  boleh menambahkannya kedalam kitabku ini. Sama ada dalam  bentuk syarah atau hasiyah.

³² Dikebanyakan tempat apabila Imam Baghawi ra didalam Mashabiihnya menghukum sesuatu hadits dengan gharib,dhaif,syaz atau mungkar,pengarang Misykaat akan menjelaskan kenapa ia gharib atau dhaif.Kenapa pula ia diktakan syaz atau mungkar.Hadits-hadits yang tidak dihukum apa-apa pula oleh Imam Baghawi ra,tidak disentuh oleh pengarang Misykaat. Beliau turut saja pengarang asal tanpa membuat  apa-apa komen.  Tetapi ada juga disentuh disetengah tempat ,di mana pengarang Mashabiih tidak menghukum apa-apa terhadap sesuatu hadits,pengarang Misykaat tetap mengomentarnya. Keadaan seperti  ini hanya  berlaku apabila ada sebab-sebab tertentu seperti ada pihak menganggap hadits tertentu sebagai maudhu' misalnys  atau hadits itu dikatakan batil dan sebagainya. Padahal hadits itu dikatakan sahih atau hasan oleh Tirmizi  dan lain-lain tokoh hadits.  Untuk menolak kritikan-kritikan dan tohmahan-tohmahan seperti itulah pengarang Misykaat akan membuat sedikit ulasan tentangnya. Antara sebab  pengarang  Misykaat membuat ulasan ditempat-tempat yang pengarang Mashabiih tidak menghukum apa-apa ialah seperti kata at-Thibi(Husain bin Abdullah bin Muhamad m 743H), bahawa didalam khutbah kitab Mashabiih,pengarang telah mensyaratkan(berjanji) untuk tidak mengemukakan hadits-hadits mungkar didalam kitabnya itu. Tetapi ternyata banyak juga hadits mungkar  dibawanya didalam kitab tersebut. Walaupun disetengah tempat Imam  Baghawi sendiri telah menjelaskan kemungkarannya. Namun dibeberapa tempat lain ia masih terbiar  tanpa penjelasan . Ulasan pengarang Misykaat ditempat-tempat itu hanyalah untuk memenuhi syarat (janji) yang telah dibuat oleh pengarang asalnya.

³³ Misykaat ialah ceruk ( di dinding rumah yang tidak ditembusi sampai kesebelahnya) pada dinding bahagian  dalam rumah. Ia adalah sesuatu  yang mesti  dalam seni bina abad-abad  pertengahan. Didalamnya diletakkan barang-barang kecil atau lampu. Tujuan lampu diletakkan  didalamnya ialah supaya cahayanya bertambah terang.Mashaabiih pula ialah kata jama' bagi Mishbaah, bererti lampu-lampu.Maksud tersirat disebalik penamaan kitab ini dengan bernama  Misykaat  al-Mashabiih ialah  (1) Kitab yang merupakan landasan asas bagi  kitab Misykaat  bernama Mashabiih as-Sunnah (Lampu-lampu Sunnah), karangan Imam Baghawi. Lampu-lampu as-Sunnah  itu jika diletakkan didalam ceruk dinding (Misykaat), diharap akan bertambahlah  sinar cahayanya.(2) Hadits-hadits Rasullah saw itu pula bagaikan ceruk pada dinding di mana diletakkan lampu-lampu itu untuk menambah dan menyerlahkan lagi  cahayanya.(3) Mengambil sempena daripada firman Allah  didalam Sirah An-Nuur(cahaya). Di dalamnya juga tersebut perkataan نور،مصباح dan مشكاة. Berikut ialah firman Allah itu: 
An-Nur 24:35
ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۚ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشْكَوٰةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌۖ ٱلْمِصْبَاحُ فِى زُجَاجَةٍۖ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّىٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبَٰرَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِىٓءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍۗ يَهْدِى ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَيَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلْأَمْثَٰلَ لِلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ 

Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya, seperti sebuah misykaat(ceruk pada dinding) yang berisi sebuah lampu.Lampu itu dalam  geluk kaca  (qandil). Geluk kaca  itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar  cemerlang . Lampu itu dinyalakan  dengan minyak  dari pokok yang banyak manfaatnya, iaitu pokok zaitun  yang bukan sahaja disinari  matahari  semasa naiknya dan bukan  sahaja semasa turunnya (tetapi ia  sentiasa terdedah kepada matahari )
Hampir-hampir minyaknya itu-dengan sendiri -memancarkan  cahaya (kerana jernihnya),walaupun ia tidak disentuh api. Cahaya berlapis  cahaya . Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturan Nya) kepada cahayaNya itu, dan Allah  mengemukakanan betbagai-bagai peeumoamaan untuk umat  manusia dan  Allah Maha mengetahui  segala sesuatu.(an-Nuur:35)

Syah Abdul Aziz  didalam Bustan al-Muhadditsin menulis  bahawa bilangan hadits didalam kitab Mashaabiih as-Sunnah Imam Baghawi  adalah  4484. Demikian juga tulis Ibnu Malik. Pengarang  Misykaat  menambah jumlah  1511 hadits. Jadi semua hadits yang terkandung didalam  Misykaat  berjumlah 5995.Tetapi pengarang syarah Misykaat yang bernama  Mazaahiri Haq ( dalam bahasa Urdu) dan pengarang at-Ta'liq as-Shabiih (dalam bahasa Arab) mengatakan hadits-hadits yang  kandung didalam kitab Mashabiih berjumlah 4434. Jadi berdasarkan keterangan mereka ini hadits-hadits yang terkandung didalam  Misykaat  hanya berjumlah  5945. Didalam kitab Tarikh al-Hadits tersebut bahawa kitab Misykaat mengandungi 29 kitab,327 bab dan 1038 fasal kesemuanya.

³⁴ Manfaat sesebuah kitab ,khususnya kitab hadits ketika masih hidup bererti ia berguna dan menjadi panduan orangramai dalam kehidupan di dunia ini. Hadits-hadits yang tersebut didalamnya dipakai dan diamal orang .Manfaatnya untuk selepas mati bererti Allah  memberkati dan menjadikannya sebab yang membawa kepada keampunan, kerdhaan dan rahmatNya.
11







  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan