Rabu, Jun 24, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms013

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms013
20121014 siri 4
___________________________________________________________

ditimbulkan disini ialah Abu Talhah ra ketika masih seorang kafir pernah melamar Ummu Sulaim. Memeluk agama Islam adalah syarat yang ditentukan oleh Ummu Sulaim untuk menerima Abu Talhah sebagi suaminya. Maka Abu Talhah memeluk agama Islam. Bukankah Islam itu jauh lebih besar daripada hijrah. Bagaimana Islam Abu Talhah  dapat diterima  tanpa  sebarang teguran oleh Nabi saw, sedangkan hijrah Muhajir Ummi Qais tidak,dia bahkan telah ditegur ?.Jawapan kepada kemusykilan itu ialah Abu Talhah ra. sebelum itu sebenarnya sudah berhasrat untuk memeluk agama Islam. Beliau memeluk Islam sebelum mengahwini Ummu Sulaim dengan  kerelaan sendiri, bukannya semata-mata untuk memenuhi syarat wanita yang hendak dikahwininya itu. Sebab itulah perbuatan Abu Talhah tidak mendapat sebarang teguran daripada Nabi saw. Berbeza dengan sahabat  yang berhijrah tersebut yang menumpangkan niat perkahwinan  dengan niat hijrahnya. Walaupun kita yakin bahawa niatnya untuk berhijrah  lebih utama baginya, kerana beliau juga adalah seorang sahabat Baginda saw bukan seorang munafiq. Namun ia tetap tidak disukai Allah swt yang menuntut  sepenuh ketulusan dalam beribadat kepadaNya. Kita tidak dapat mengatakan  hijrahnya betul-betul  ikhlas seikhlas Islamnya Abu Talhah tidak kerana lain melainkan  kerana Rasullah saw sendiri telah menyebutkan hijrahnya adalah untuk berkahwin. Tetapi kata Hafiz Ibnu Hajar,atsar Ibnu Mas'ud itu pun tidak jelas sebenarnya menunjukan hadits niat diatas diungkapkan  oleh  Rasullah saw. berhubung dengan sahabat  yang disebut sebagai 'Muhajir Ummi Qais' ity. Saya  tidak menemui  satu  pun saluran riwayat yang menunjukan dengan jelas tentangnya. Demikian  juga kata Ibnu Rajab didalam syarah Arba'innya. Sesungguhnya telah masyhur dikalangan  orangramai  bahawa kisah 'Muhajir Ummia Qais' itulah merupakan  sebab wurud(latarbelakang yang mendorong Nabi  saw mengunkapkan sesuatu hadits) bagi sabda Rasullah saw diatas. Ia disebut oleh sekian ramai  penulis-penulis mu'akhhirin. Namun saya tidak pernah menemui  asasnya yang sahih.
Tujuan  disyari'atkan niat dalam ibadat ialah untuk menyatakan perbezaan diantara amal(pekerjaan) ibadat dengan amal(pekerjaan) adat (kebiasaan) atau diantara jenis ibadat itu sendiri. Sebagai  contoh nya: Duduk didalam masjid kerana beriktikaf dan  duduk berehat didalamnya, sama saja zahirnya. Mandi untuk mengangkat hadats  besar dan  mandi untuk mendapat kesegaran , sama juga zahirnya. Yang membezakan  kedua-duanya adalah niat. Solat,  puasa dan sedekah  wajib(zakat) sama keadaannya dengan solat ,puasa dan sedekah sunat. Semuanya dinamakan ibadat. Tetapi yang dapat  membezakan diantara jenis dan martabatnya ialah niat  atau maksud orang yang melakukannya. Sementara itu ada pula perbuatan atau amalan yang asalnya bukan merupakan ibadat, kerana ia dilakukan atas dorongan naluri seseorang manusia. Seperti makan,minum,tidur,bersetubuh dan sebagainya. Tetapi ia  boleh bertukar  menjadi ibadat umum yang mendatangkan pahala sekiranya ia dilakukan dengan  niat untuk menegakan tuntutan agama. Erti niat dan perbedaaannya dengan iradat dan  azam. Dari segi bahasa Arab niat bererti tujuan, maksud,kehendak dan sebagainya. Menurut Syara' pula niat
 bererti توجه القلب نحو ابتغاء لوجه الله تعالى (Tumpuan hati  terhadap sesuatu perbuatan yang dilakukan,semata-mata kerana Allah).Perbuatan niat didalam hadits diatas dipakai dengan erti bahasanya. Sebabnya ialah pembahagian dan perincian tentang hijrah kerana Allah  atau kerana selainNya yang tersebut diakhir hadits itu jelas menunjukan ia tidak dipakai dengan makna syar'inya. Malah ia dipakai dengan makna lughawinya yang mengandungi erti hijrah  dengan maksud dan tujuan mendapat keredaan Allah atau dengan maksud dan tujuan  untuk  mendapat sesuatu yang lain selain keredaan Allah. Iradat bererti kehendak  untuk  melakukan sesuatu  perkara. Sama ada manfaat  untuk diri sendiri akan diperolehi daripadanya atau tidak. Sedangkan perkataan  niat mengandungi erti hajat,kehendak dan kepentingan diri orang yang berniat. Kerana itulah perkataan ini tidak digunakan untuk Allah. Tidak pernah dikatakan  نوى الله تعالى (Allah berniat) tetapi sebaliknya sering kali dikatakan أر اد الله تعالي (Allah mengkehendaki). Azam ialah tekad atau keputusan  muktamad hendak melakukan  sesuatu perbuatan tetapi perbuatan itu belum lagi dilakukan. Berbeza dengan niat kerana ia mesti ada sekurang-kurangnya dipermulaan sesuatu perbuatan yang dilakukan seseorang. Tempat niat ialah dihati.

13


Tiada ulasan:

Catat Ulasan