Isnin, Jun 22, 2020

Mishkat al-masabih muqadimah sesi 3 ms011

Mishkat al-masabih muqadimah sesi 3 ms011
20121014 siri 3

mencapai maksudku. Semoga kitab ini bermanfaat kepada ku dan juga kepada kaum muslimin dan muslimat ketika masih hidupmdan selepas mati.³⁴

Cukup Allah kepada ku . Dialah sebail-baik pelindung. Tiada daya dan upaya  melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

عن  عمرَ بنِ الخطابِ  رضي الله عنه قالَ:قالَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَمَ  إنّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ، فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصيبُهَا، أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكَحُهَا، فَهِجْرَتُهُ إِلى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ  مُتَّفَقٌ عَلَيه

Umar bin al-Khattaab³⁵ meriwayatkan , kata beliau :Rasullah saw bersabda: Segala amalan dikira hanya dengan niat .  Sesungguhnya setiap orang akan mendapat apa yang di niatnya sahaja. Sesiapa yang berhijrah untuk (mendapat)

___________________________________________________________

terkandung didalam kitab Mashabiih berjumlah 4434. Jadi berdasarkan keterangan mereka ini hadits-hadits yang terkandung didalam  Misykaat  hanya berjumlah  5945. Didalam kitab Tarikh al-Hadits tersebut bahawa kitab Misykaat mengandungi 29 kitab,327 bab dan 1038 fasal kesemuanya.

³⁴ Manfaat sesebuah kitab ,khususnya kitab hadits ketika masih hidup bererti ia berguna dan menjadi panduan orangramai dalam kehidupan di dunia ini. Hadits-hadits yang tersebut didalamnya dipakai dan diamal orang .Manfaatnya untuk selepas mati bererti Allah  memberkati dan menjadikannya sebab yang membawa kepada keampunan, kerdhaan dan rahmatNya.

³⁵  Beliau ialah Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abdi al-Uzza bin Abdillah bin Qurth bin Razaah bin Adi bin Ka'ab bin Lu'ai bin Ghalib al-Quraisyi. Silsilah keturunannya  bertemu dengan silsilah keturunan Nabi saw pada Ka'ab  bin Lu'bai . Beliau  adalah  salah seorang  cendekiawan di kalangan sahabat . Khalifah Rasyid kedua umat Islam dan salah seorang  daripada 10 orang sahabat  yang dijanjikan syurga oleh Rasullah saw. Beliau lah khalifah  yang  mula-mula  dipanggil  dengan gelaran  Amirul Mukminin. Islam menyerlah sebaik beliau  memeluk agama Islam. Kerana itulah beliau juga digelari  dengan al-Faaruq.
Semua peperangan  bersama Nabi saw disertainya. Beliau dilantik  menjadi khalifah  selepas Abu Bakar dengan persetujuan  seluruh umat Islam  pada waktu itu. Banyak  sekali jasa dan sumbangannya terhadap Islam  sama ada dari sudut  penaklukan atau dari sudut-sudut yang lain. Saidina Umar adalah  seorang yang sangat  tegas dalam urusan  agama. Beliau meriwayatkan  sebanyak  539 hadits. 10 daripada jumlah itu diriwayatkan  bersama Bukhari dan Muslim. Sembilan daripadanya  diriwayatkan oleh Bukhari sahaja. Sementara 15 daripadanya pula diriwayatkan oleh Muslim sahaja. Saidina Umar  telah mati  syahid  kerana ditikam oleh hamba  Mughirah bin Su'bah iaitu  seorang majusi  bernama Abu Lu'lu'ah Fairoz, ketika beliau sedang solat  Subuh  pada pagi Rabu  diakhir Zilhijjah tahun 23H. Ketika itu beliau berumur 63 tahun. Dikebumikan pada hari  Ahad awal bulan Muharam  tahun 24H . Beliau sempat memimpin  ummat Islam selama 10 tahun 6 bulan. Solat jenazah  beliau diimami  Shuhaib ra.dan beliau dikebumikan disamping Rasullah saw dan Abu Bakarkhalifah pertama ummat.

11

Tiada ulasan:

Catat Ulasan