Selasa, September 29, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms082

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms082

Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 14
26 jan-14
Mishkat Al-Masabih-kitab iman-sesi 28
12 sept 14.

Misykatul masabiih 82

Ahli  Kitab percaya kepada Nabinya dan percaya pula kepada Muhamad d s.a.w.⁹⁸ (Kedua) Hamba sahaya yang menunaikan hak Allah dan hak tuan-tuannya (dengan
___________________________________________________________
 
Sâidina Umar bila bertemu Abu Musa al-Asyaari  berkata, Wahai Aba Musa! Buatlah kami ingat  kepada Țuhan (dengan membaca al-Qur'an).Di dalam satu riwayat yang lain beliau berkata : Buatlah berasa rindu kepada Tuhan (dengan membaca al-Qur'an), wahai Aba Musa' atas permintaan Umar itu, Abu Musa al-Ăsyaari pun membaca al-Qur'an di hadapannya.  Abu Abu Musa al-Asyaari adalah antara sahabat yang bertanggungjawab mengajar al-Qur'an dan agama secara mendalam kepada penduduk Basrah. Banyak sekalilah kelebihan dan keistimcwaan beliau, jika hendak disebutkan. Sebanyak tiga ratus enam puluh hadits (360) telah diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asyaari. Bukhari dan Muslim bersepakat (sama-sama) meriwayatkan Iima puluh hadits daripadanya Bukhari bersendirian tanpa 'Muslim dalam meriwayatkan empat hadits dan Muslim pula bersendirian tanpa Bukhari dalam meriwayatkan dua puluh lima hadits daripada jumlah tersebut itu. Ramai sekali para tabiin telah meriwayatkan hadits daripada beliau. Meninggal dunia di Kufah pada tahun 50H. Kata sesetengah selepas itu lagi, ketika berumur 63 tahun.

⁹⁸ Perkataan Kitab walaupun zahirnya rnenunjukkan suatu erti yang umum, tetapi ia semestinya dipakai dengan erti khusus. Maksudnya ialah kitab yang diturunkan dari sisi Allah iaitu Kitab Taurat dan Kitab Injil. Al-Quran juga dipanggil al-Kitab. Kerana ia juga diturunkan dan sisi Allah. Apabila dikatakan "Menurut al-Kitab dan as-Sunnah', maka maksudnya ialah menurut al-Quran dan as-Sunnah. Para  ulama' berbeda pendapat tentang siapakah  golongan Ahli al-Kitab yang dimaksudkan di dalam hadits di atas. 

Dalam menentukannya mereka terbahagi kepada dua kumpulan.
(1) Kumpulan yang berpendapat, Ahli al-Kitab yang dimaksudkan di sini ialah golongan Nashara sahaja.
Antara tokoh yang berpendapat begini ialah Abu 'Abdil Malik al-Buni, al-țAllamah at-Turpasyti dan lain-lain.
Antara alasan yans menjadi pegangan mereka ialah
(a) Hadits Abu Musa al-Asysari yang di atas juga, tetapi menerusi saluran riwayat yang lain. Lafaz hadits berdasarkan riwayat ini di dalam Sahih Bukhari bersama-sama dengan terjemahannya adalah seperti berikut:
 عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ  رَسُولُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  إِذَا أَدَّبَ الرَّجُلُ أَمَتِهُ  فَاَحْسَنَ تَأْدِيبَهَا  وَعَلَّمَهَا فَأَحْسَنَ تَعْلِيمَهَا ثُمَّ أَعْتَقَهَا فَتَزَوَّجَهَا  كَانَ لَهُ أَجْرَانِ وَإِذَا آمَنَ بِعِيسَى ثُمَّ آمَنَ بِي فَلَهُ أَجْرَانِ وَالعَبْدُ إِذَا  اتَّقى رَبَّه وَأَطَاعَ مَوَالِيَهُ فَلَهُ أَجْرَانِ

Rasulullah s.a-w. bersabda, 'Mendapat dua pahala orang yang mendidik dan mengajarkan ilmu pengetahuan kepada hamba sahaya wanitanya dengan sempurna. Kemudian setelah dimerdekakan, dikahwininya hamba sahaya wanita itu. Mendapat dua pahala orang yang beriman kepada Kemudian beriman pula kepadaku. Mendapat dua pahala juga hamba, jika ia bertaqwa kepada Tuhan dan ta'at juga kepada tuan-tuannya." 

(b) Agama Yahudi telah pun termansukh dengan kedatangan agama Nashrani. Berpegang dengan agama yang telah dimansukhkan tidak mendatangkan apa-apa faedah. Bagaimana orang yang berpegang dengannya akan mendapat pahala? 

(2) Kumpulan yang berpendapat bahawa yang

82


Tiada ulasan:

Catat Ulasan