Daurah tafsir 2019 sesi 10(22)nota10(180)
Sesi 10(22,23).
dilakukan demi tertegaknya agama Islam untuk membela keadilan.
(c) Daripada perkataan حَقَّ جِهِادِهِ dapat diketahui bahawa manusia janganlah berusaha mengikut acuan fikiran sendiri, ia hendaklah berpandukan Qur;an, Sunnah dan amalan para sahabat. حَقَّ جِهِادِهِ bererti mewaqafkan segala bakat dan usaha untuk kepentingan agama.
(d) Orang-orang yang menegakkan kebenaran akan terus berjihad hingga ke hari kiamat, Rasulullah s.a.w. bersabda:
لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي يُقَاتِلُونَ عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ
Bermaksud: "Akan terus ada satu golongan dari umatku, mereka berjuang di atas landasan kebenaran dan akan terus berjuang hingga hari kiamat. Hadits riwayat Muslim, hadits 412.
(e) Termasuk dalam حَقَّ جِهِادِهِ juga segala ijtihad yang dilakukan oleh para 'ulama' dan mujtahidin yang mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah yang baru timbul berpandukan al-Qur'an dan as-Sunnah.
(f) Termasuk dalam jihad juga usaha untuk menegakkan agama Islam dan menuntut ilmu. Rasulullah s.a.w. ada bersabda:
مَنْ خَرَجَ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ حَتَّى يَرْجِعَ
Bermaksud: "sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu bererti dia berada di jalan Allah sehingga ia pulang (ke rumahnya)". Hadits riwayat Tirmizi, dha'if, hadits 2,647
9. Empat tanggungjawab kerajaan Islam.
Di dalam surah ini dinyatakan kepada orang-orang Islam bahawa tujuan jihad ialah untuk menegakkan sebuah negara Islam yang adil, di dalam ayat 4l dinyatakan empat tanggungiawab utama negara Islam:
(1) Mendirikan sembahyang
(2) Menegakkan sistem zakat
(3) Menyuruh orang ramai melakukan kebaikan
(4) Menegah daripada melakukan perkara mungkar.
10. Nama sebenar orang-orang Islam ialah Muslimin.
Di akhir surah ini iaitu pada ayat ke-78 disebutkan bahawa Allah s.w.t. menamakan orang-orang Islam yang berhijrah dengan المُسْلِمِيْن, mereka dipilih untuk memimpin seluruh dunia hingga ke hari kiamat هُوَ ٱجْتَبَىٰكُمْ , mereka dituntut supaya menjaga ajaran tauhid yang diwarisi daripada Nabi Ibrahim a.s. dan menyampaikan dengan penuh tanggungjawab ajaran itu hingga ke akhir zaman!
تَكُونُوا۟ شُهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِۚ
Al-Hajj 22:78
وَجَٰهِدُوا۟ فِى ٱللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِۦۚ هُوَ ٱجْتَبَىٰكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِى ٱلدِّينِ مِنْ حَرَجٍۚ مِّلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَٰهِيمَۚ هُوَ سَمَّىٰكُمُ ٱلْمُسْلِمِينَ مِن قَبْلُ وَفِى هَٰذَا لِيَكُونَ ٱلرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا۟ شُهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِۚ فَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱعْتَصِمُوا۟ بِٱللَّهِ هُوَ مَوْلَىٰكُمْۖ فَنِعْمَ ٱلْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ ٱلنَّصِيرُ
Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Ikutilah) agama nenek mo-yangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al-Qur'an) ini, agar Rasul (Mu-hammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah shalat; tunaikanlah zakat, dan berpegangteguhlah kepada Allah. Dialah Pelindungmu; Dia sebaik-baik pe-lindung dan sebaik-baik penolong.
11. Asas perpaduan dan kesatuan umat Islam.
Untuk meneguhkan negara Islam, umat Islam diperintahkan supaya berpegang teguh dengan agama Allah وَٱعْتَصِمُوا۟ supaya dengan adanya perhubungan dengan Allah itu mereka dapat memperkukuh dan meneguhkan masyarakat Islam.
180
Tiada ulasan:
Catat Ulasan