Tafsir asas quran nota 6(095).
Firman Allah di dalam Surah al-Haaqqah ayat 38-40 dan seterusnya merupakan sumpah Allah yang paling tuntas dan komprehensif. Kerana ia mengumpulkan segala yang dapat disaksikan dan segala yang ghaib sebagai muqsam bihi. Lihat firman Allah berkenaan di bawah ini:
Al-Haqqah 69:38
فَلَآ أُقْسِمُ بِمَا تُبْصِرُونَ
Al-Haqqah 69:39
وَمَا لَا تُبْصِرُونَ
Al-Haqqah 69:40
إِنَّهُۥ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ
Bermaksud: Maka Aku bersumpah: Demi segala (yang nyata) yang dapat kamumelihatnya, (38)
Dan segala (yang ghaib) yang kamu tidak melihatnya, (39)
Batrawa sesungguttnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh
Rasul yang mulia. (40). (al-Haaqqah:38-40).
Di dalam al-Qur'an hanya pada 8 tempat sahaja Allah sendiri menyebutkan رب(Tuhan) iaitu diriNya sebagai muqsam bihi. Sedangkan pada tempat-tempat lain semua yang dijadikan sebagai muqsam bihi adalah makhluk ciptaanNya. Kepada Allah, semuanya boleh dijadikan sebagai muqsam bihi. Tetapi kepada manusia, menjadikan sesuatu yang lain selain Allah sebagai muqsam bihi merupakan kesyirikan. Ibnu Umar meriwayatkan
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
مَنْ حَلَفِ بِغَيْرِ الله فَقَدْ أَشْرَكَ
Bermaksud: Sesiapa bersumpah dengan selain Allah bererti dia telah melakukan kesyirikan.
(Hadits riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Hibbaan , Tirmizi, Haakim , al-Bazzaar dan lain-lain).
Tempat-Tempat Di Mana Altah Menjadikan ZatNya (Dirinya Sendiri) Sebagai Muqsam Bihi.
Pada semua tempat yang Allah jadikan zat (diriNya sendiri) sebagai muqsam bihi, digunakan perkataan رب (Tuhan) Ia terletak pada 8 tempat. Pada tiga tempat daripadanya, Allah memerintahkan NabiNya supaya bersumpah menggunakan perkataan tersebut. Tempat-tempat berkenaan adalah seperti berikut:
(1) Di dalam Surah Saba'. Allah berfirman:
Saba' 34:3
وَقَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لَا تَأْتِينَا ٱلسَّاعَةُۖ قُلْ بَلَىٰ وَرَبِّى لَتَأْتِيَنَّكُمْ عَٰلِمِ ٱلْغَيْبِۖ لَا يَعْزُبُ عَنْهُ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَلَا فِى ٱلْأَرْضِ وَلَآ أَصْغَرُ مِن ذَٰلِكَ وَلَآ أَكْبَرُ إِلَّا فِى كِتَٰبٍ مُّبِينٍ
Bermaksud: Dan orang-orang yag kafir berkata: "Hari berbangkit itu tidak akan datang kepada kami". Katakanlah: "Pasti datang, demi Tuhanku Yang Mengetahui segala
95
Tiada ulasan:
Catat Ulasan