Daurah tafsir 2019 sesi 10(23)nota10(183)
Sesi 10(22,23).
bahawa manusia itu dijadikan daripada tanah pada asalnya (Ayat: 12).
Al-Mu'minun 23:12
وَلَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ مِن سُلَٰلَةٍ مِّن طِينٍ
Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari saripati (berasal) dari tanah.
(b) Terdapat beberapa peringkat dalam proses kejadian manusia, mula-mula ia dalam bentuk nutfah kemudian dalam bentuk 'alaqah (segumpal darah), kemudian dalam bentuk seketul daging, kemudian dalam bentuk tulang-tulang, setelah itu dipakaikan daging pada tulang-tulang itu dan akhirnya ia menjadi manusia yang sempurna. Dinyatakan bahawa Allah bukan sahaja pencipta malah sebaik-baik pencipta (Ayat: 14).
Al-Mu'minun 23:14
ثُمَّ خَلَقْنَا ٱلنُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا ٱلْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا ٱلْمُضْغَةَ عِظَٰمًا فَكَسَوْنَا ٱلْعِظَٰمَ لَحْمًا ثُمَّ أَنشَأْنَٰهُ خَلْقًا ءَاخَرَۚ فَتَبَارَكَ ٱللَّهُ أَحْسَنُ ٱلْخَٰلِقِينَ
Kemudian, air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian, Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain. Mahasuci Allah, Pencipta yang paling baik.
(c) Ketika mengemukakan dalil-dalil آفاقي untuk membenarkan tauhid خالقية. Allah telah mengemukakan
kejadian tujuh jalan di langit. Allah tidak pemah lalai daripada kejadian dan ciptaanNya (Ayat: 17)
Al-Mu'minun 23:17
وَلَقَدْ خَلَقْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعَ طَرَآئِقَ وَمَا كُنَّا عَنِ ٱلْخَلْقِ غَٰفِلِينَ
Dan sungguh, Kami telah menciptakan tujuh (lapis) langit di atas kamu, dan Kami tidaklah lengah terhadap ciptaan (Kami).
3. Di dalam Surah al-Mu'minun juga terdapat dalil-dalil ,riii dan dalil-dalil untuk membuktikan aqidah tauhid.
(a) Dalil نقلي yang dikemukakan ialah, daripada Nabi Nuh hingga kepada nabi-nabi yang lain selepas beliau, semua mereka menyeru supaya beribadat kepada Allah semata-mata. Mereka melarang daripada kesyirikan, kerana itu manusia hendaklah menjauhi kesyirikan (Ayat:32).
Al-Mu'minun 23:32
فَأَرْسَلْنَا فِيهِمْ رَسُولًا مِّنْهُمْ أَنِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُۥٓۖ أَفَلَا تَتَّقُونَ
Lalu Kami utus kepada mereka, seorang rasul dari kalangan mereka sendiri (yang berkata), “Sembahlah Allah! Tidak ada tuhan (yang berhak disembah) bagimu selain Dia. Maka mengapa kamu tidak bertakwa (kepada-Nya)?”
(b) Rasulullah s.a.w. juga dikatakan menyeru kepada tauhid yang merupakan jalan yang lurus (Ayat: 73).
Al-Mu'minun 23:73
وَإِنَّكَ لَتَدْعُوهُمْ إِلَىٰ صِرَٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ
Dan sesungguhnya engkau pasti telah menyeru mereka kepada jalan yang lurus.
(c) Dalil-dalil عقلي untuk tauhid juga diberikan, Allah s.w.t. dikatakan tidak mengambil anak dan tidak juga mempunyai anak. Tiada siapa pun yang berkongsi denganNya dalam sifat ketuhanan dan sifat menciptaNya (sifat khaliqiyyahNya). Kalau tuhan pencipta ada ramai, maka masing-masing daripadanya akan membawa hasil kejadian dan penciptaannya secara berasingan dan masing-masing daripadanya berlumba-lumba untuk mengatasi yang lain, sedangkan Allah Maha suci daripada segala kekurangan
dan ke'aiban (Ayat 91).
183
Tiada ulasan:
Catat Ulasan