Daurah tafsir 2019 sesi 10(23)nota10(182)
Sesi 10(22,23).
Zaman Diturunkan
Surah al-Mu'minun dirturunkan bersama Surah al-Furqaan sekitar tahun ke-7 Kenabian ketika mana berlaku kemarau yang dahsyat di Mekah dan kawasan-kawasan sekitarnya. Itu adalah peringkat ketiga kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah, antara tahun ke-6 hingga ke-10 Kenabian. Sayyidina 'Umar pada ketika itu telahpun memeluk agama Islam. Beliau memeluk agama Islam pada bulan Zul Hijjah tahun
ke-6 Kenabian. Di peringkat itu Rasulullah s.a.w. selalu dituduh sebagai مَجْنُون (orang gila) (Ayat: 70).
Al-Mu'minun 23:70
أَمْ يَقُولُونَ بِهِۦ جِنَّةٌۢۚ بَلْ جَآءَهُم بِٱلْحَقِّ وَأَكْثَرُهُمْ لِلْحَقِّ كَٰرِهُونَ
Atau mereka berkata, “Orang itu (Muhammad) gila.” Padahal, dia telah datang membawa kebenaran kepada mereka, tetapi kebanyakan mereka membenci kebenaran.
Tuduhan gila juga pemah dilemparkan kepada Nabi Nuh a.s. (Ayat: 25).
Al-Mu'minun 23:25
إِنْ هُوَ إِلَّا رَجُلٌۢ بِهِۦ جِنَّةٌ فَتَرَبَّصُوا۟ بِهِۦ حَتَّىٰ حِينٍ
Dia hanyalah seorang laki-laki yang gila, maka tunggulah (sabarlah) terhadapnya sampai waktu yang ditentukan.”
Di dalam ayat terakhir surah ini iaitu ayat ke-118 terdapat doa supaya Allah mengampunkan dan merahmati hamba-hambaNya supaya Allah tidak membinasakan kaum Quraisy.
Perkaitan Surah Al-Mu'minun Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Hajj telah pun diberikan kebenaran berjihad kepada orang-orang yang dizalimi
(Ayat: 39). Di dalam Surah al-Mu'minun ini dikatakan kepada orang-orang yang zalim bahawa mereka
hanya akan selamat daripada azab Allah dengan beriman dan beramal shaleh.
2. Di dalam Surah al-Mu'minun orang-orang Islam dituntut supaya setelah beriman mereka hendaklah memperbaiki dan menjaga akhlak, ibadat, harta benda dan sekalian amal shaleh yang lain, semuanya mempunyai kepentingan tersendiri untuk kehidupan individu dan masyarakat muslim.
3. Di dalam Surah an-Nuur akan datang, terdapat tuntutan agar institusi-institusi negara Islam dalam pelbagai bidang seperti undang-undang sivil, kemasyarakatan dan juga undang-undang jenayah dilaksanakan dengan sebaik- baiknya.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam Surah al-Mu'minun disebutkan dua syarat penting untuk orang-orang mu'min berjaya iaitu iman dan amal shaleh.
(a) Orang-orang yang beriman kemudian berusaha membentuk peribadi mulia itulah orang-orang yang
berjaya (Ayat 1).
Al-Mu'minun 23:1
قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ
Sungguh beruntung orang-orang yang beriman,
(b) Orang-orang yang berdoa kepada مِنْ دُوْنِ الله disamping berdoa juga kepada Allah langsung tidak akan berjaya(ayat 117)
Al-Mu'minun 23:117
وَمَن يَدْعُ مَعَ ٱللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَ لَا بُرْهَٰنَ لَهُۥ بِهِۦ فَإِنَّمَا حِسَابُهُۥ عِندَ رَبِّهِۦٓۚ إِنَّهُۥ لَا يُفْلِحُ ٱلْكَٰفِرُونَ
Dan barang siapa menyembah tuhan yang lain selain Allah, padahal tidak ada suatu bukti pun baginya tentang itu, maka perhitungannya hanya pada Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang kafir itu tidak akan beruntung.
2. Di dalam Surah al-Mu'minun terdapat dalil-dalil untuk tauhid خالقية eperti dibawah ini:
(a) Ketika mengemukakan dalil-dalil أنفسي untuk membuktikan keesaan Allah, Allah telah menyatakan
182
Tiada ulasan:
Catat Ulasan