Sabtu, Oktober 10, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 5 ms091

Mishkat al-masabih kitab iman 5 ms091

Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 16
23 mac-14.


Misykatul masabiih 91

Siapakah Muslim (Orang Islam)?

١١-وَعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ  قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ صَلَّى صَلَاتَنَا وَاسْتَقْبَلَ قِبْلَتَنَا وَأَكَلَ ذَبِيحَتَنَا فَذَلِكَ الْمُسْلِمُ الَّذِي لَهُ ذِمَّةُ اللهِ وَذِمَّةُ رَسُولِهِ فَلَا تُخْفِرُوا اللهَ فِي ذِمَّتِهِ " . رواه البخاري 
 
11- Anas bin Malik nteriwayatkan, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa bersembahyang seperti kita,¹⁰⁷ menghadap ke arah qiblat kita (ketika bersembahyang dll) dan memakan sembelihan kita, ¹⁰⁹ itulah dia muslim (orang Islam) yang mendapat jaminan perlindungan (daripada) Allah dan RasulNya.¹¹⁰ Oleh itu, janganlah
___________________________________________________________
 
¹⁰⁷ Orang yang bersembahyang seperti kita tentunya orang Yang menerima ketauhidan Allah dan kenabian Muhammad s.a.w. Apabila seseorang itu menerima kenabian Muhammad, bererti dia menerima segala apa yang dibawa Baginda s.a.w. daripada Allah s.w.t. Kerana itulah sembahyang dijadikan tanda keislamannya. Ucapan dua kalimah syahadah tidak disebut Oleh Nabi s.a.w. di dalam hadits ini kerana ia sudahpun ada di dalam sembahyang. Kalimah ini juga tidak sentiasa disebut seseorang dengan suara yang keras. Pendek kata ia suatu yang tidak ketara kepada umum. Berbeda dengan sembahyang kerana pada hari pertama pertemuan anda dengan seseorang lagi dapat anda menyaksikan sama ada ia bersembahyang atau tidak.
 Sebabnya disebut secara khusus "menghadap ke arah qiblat kita (ketika bersembahyang dan Iain-Iain)", padahal menghadap qiblat itu merupakan syarat untuk sahnya sembahyang ialah kerana dua perkara berikut: 
(1) Qiblat lebih diketahui orang berbanding sembahyang. Boleh dikatakan semua orang tahu qiblatnya, tetapi tidak semua tahu sembahyangnya. 
(2) Sebahagian daripada amalan yang terdapat di dalam sembahyang kita, terdapat juga di dalam sembahyang orang-orang bukan Islam. Seperti qiam (berdiri), membaca bacaan-bacaan tertentu dan Iain-Iain. Tetapi menjadikan 
Kaabah (Baitillah / al-Masjidil Haram) sebagai qiblat ketika bersembahyang, itu khusus dengan orang-orang Islam sahaja.
Setelah menyebutkan ibadat yang membezakan orang Islam daripada bukan Islam, Nabi s.a.w. menyebutkan pula perkara adat dan juga ibadat yang membezakan orang Islam daripada bukan Islam dengan sabdanya: "dan memakan sembelihan kita". Tidak memakan sembelihan orang yang berbeza fahaman dan 'aqidah merupakan suatu realiti yang diterima semua masyarakat dan semua penganut agama di dunia ini. Apabila seseorang dengan selesa memakan sembelihan orang Islam, ia secara tidak langsung menunjukkan keislamannya. Sesetengah 'ulama' berpendapat, sebabnya Nabi s.a.w. menyebutkan secara khusus tiga perkara ini di dalam hadits di atas, padahal terdapat banyak lagi rukun-rukun dan ajaran-ajaran agama Islam yang Iain ialah kerana ia paling nyata, besar dan mudah dikesan. Pada hari pertama pertemuan anda dengan seseorang lagi dapat anda ketahui sama ada dia bershalat atau tidak dan apakah pula yang dimakannya. Berbeza dengan puasa misalnya, kerana tidak ada perbezaan di antara orang Islam dan bukan Islam ketika kedua-dua mereka tidak makan  atau minum sesuatu. Demikian juga dengan haji. Mungkin selepas beberapa bulan, malah beberapa tahun anda bersama seseorang, baru anda dapat melihatnya pergi mengerjakan haji. Dalam keadaan tidak cukup syarat pula, anda mungkin tidak dapat menyaksikan dia pergi mengerjakan haji sampai mati.

¹⁰⁰  Apa yang dimaksudkan dengan ذمة الله dan ذمة رسوله  ialah jaminan perlindungan daripada Allah dan RasulNya untuk orang-orang Islam, menerusi ajaran agama Islam yang melarang setiap penganutnya menceroboh darah (diri), harta benda dan kehormatan sesama mereka. la Juga bererti Janji Allah dan RasulNya dengan setiap muslim (orang Islam) agar mengaman damaikan kehidupan muslim yang lain. Dengan Itu terselamatlah mereka daripada dibunuh,diperangi dan dicerobohi harta benda, nyawa serta maruahnya oleh muslim yang lain.

91


Tiada ulasan:

Catat Ulasan