Jumaat, Oktober 09, 2020

Tafsir asas quran nota 6(097).

Tafsir asas quran nota 6(097).

mereka, serta) menggantikan mereka dengan makhluk-makluk yang lebih baik dari mereka dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan. (41). (al-Ma'arij:40-41).

(6) Di dalam Surah Maryam. Allah berfirman:

Maryam 19:68
فَوَرَبِّكَ لَنَحْشُرَنَّهُمْ وَٱلشَّيَٰطِينَ ثُمَّ لَنُحْضِرَنَّهُمْ حَوْلَ جَهَنَّمَ جِثِيًّا  
Bermaksud: Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka (yang kafir) itu berserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar,
kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di sekeliline Neraka Jahannam. (Maryam:68).

(7) Di dalam Surah al-Hijr. Allah berfirman:

Al-Hijr 15:92
فَوَرَبِّكَ لَنَسْـَٔلَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ 
Al-Hijr 15:93
عَمَّا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ 

Bermaksud: Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka (yang kafir itu) semuanya(pada hari kiamat kelak), (92) mengenai apa yang mereka telah lakukan dahulu. (93).
(al-Hijr:92-93).

(8) Di dalam Surah an-Nisaa'. Allah berfirman:
An-Nisa' 4:65
فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا۟ فِىٓ أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا 
Bermaksud: Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak beriman (dalam erti kata yang sebenarnya) sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka kemudian mereka pula tidak merasa di hatimereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (an-Nisaa':65).

Inilah 8 tempat di dalam al-Qur'an di mana Allah bersumpah dengan ZatNya sendiri sebagai Tuhan (رب) dengan menjadikannya muqsam bihi demi mengisyaratkan kepada
sifat rububiyyahNya. 

Selain itu Allah s.w.t. juga bersumpah di dalam al-Qur'an dengan makhluk-makhluk kejadianNya di alam semesta, fenomena alam, hari kiamat, syaflq, siang, malam 
lain-lain, khususnya di permulaan surah-surah yang diturunkan kepada Nabi s.a.w. diperingkat awal kenabian Baginda s.a.w.  Pada kebanyakan surah-surah itu Allah telah  menjadikan femomena alam sebagai muqsam bihiNya. 

97

Tiada ulasan:

Catat Ulasan