Jumaat, Oktober 23, 2020

Tafsir asas quran nota 7(109).

Tafsir asas quran nota 7(109).

membuktikan kebenaran tiga prinsip keimanan, iaitu Tauhid (keesaan Tuhan), Risalah (kerasulan ) dan Hari kemudian (kehidupan sesudah kematian).

Tujuan Sumpah (غرض القسم) Di Dalam Al-Qur'an
Jika dilihat kepada keluasan ilmu Allah dan kecetekan ilmu manusia, tentulah sukar untuk menguasai dan  mempastikan setiap maksud sumpahNya di dalam al-Qur'an.Bagaimanapun setelah diteliti dapatlah juga dikatakan bahawa maksud sumpah Allah di 
sini  berpandukan beberapa petunjuk yang ada - ialah untuk membuktikan kebenaran al-Qur'an misalnya.
Di bawah ini dikemukakan sebahagian daripada maksud dan tujuan sumpah yang terpenting sahaja:
(1) Menarik perhatian manusia dan jin kepada alam semesta kejadian Tuhan yang penuh dengan rahsia dan keajaiban, disamping menyatakan keteguhan dan
kehebatannya.Dalam menjaga dan mentadbirnya,sifat  rububiyyah Allah jua yang akan kelihatan di mana-mana pun. Keadaan itu membuatkan setiap yang berfikir dan insaf pasti menerima sifat uluhiyyahNya.
(2) Membuktikan kebenaran RasulNya Muhamad s.a.w. Orang-orang 'Arab  percaya sumpah dusta boleh membuatkan seseoraug yang bersumpah binasa atau musnah kehidupan. Rasullah s.a.w. pula dengan perintah Allah seringkali bersumpah,
namun  sumpah beliau langsung tidak memudharatkannya. Kehidupan beliau sebaliknya
terbukti menjadi semakin baik dan sempumra. Nama beliau menjadi semakin masyhur.
Segala usaha beliau pula semakin dihargai. Ini sernua mennunjukkan restu Allah ada
bersamanya dan kebenaran beada di pihaknya.

(3) Mengumpamakan, membandingkan dan memisalkan perkara-perkara ghaib dan
abstrak dengan perkara-perkara yang dapat disaksikan dengan mata kepala. Tujuannya ialah supaya perkara-perkara ghaib dan abstrak itu dapat difahami oleh akal dengan mudah dau dapat diterima oleh jiwa dengan senang.Rahsia itulah yang terdapat di sebalik
sumpah Allah dengan waktu subuh, siang, waktu dhuha. matahari, malam dsb. Dengan mengamati sumpah-sumpah Allah yang sebegitu. terserlahlah cahaya petunjuk dan

109

Tiada ulasan:

Catat Ulasan