Jumaat, Oktober 30, 2020

Sahih muslim kitab iman sesi 28(068)

Sahih muslim kitab iman sesi 28(068)

Beliau, "Terhadap Allah,²⁰⁸  terhadap KitabNya.²⁰⁹  terhadap RasulNya,²¹⁰ terhadap para pemimpin kaum muslimin²¹¹ dan terhadap orang ramai.²¹²

___________________________________________________________
At-Taubah 9:91

لَّيْسَ عَلَى ٱلضُّعَفَآءِ وَلَا عَلَى ٱلْمَرْضَىٰ وَلَا عَلَى ٱلَّذِينَ لَا يَجِدُونَ مَا يُنفِقُونَ حَرَجٌ إِذَا نَصَحُوا۟ لِلَّهِ وَرَسُولِهِۦۚ مَا عَلَى ٱلْمُحْسِنِينَ مِن سَبِيلٍۚ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 
Bermaksud: orang-orang yang lemah dan orang-orang yang sakit dan juga orang-orang yang tidak mempunyai sesuatu yang akan dibelanjakan" tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya. Tidak ada jalan sedikitpun bagi menyalahkan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya; dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (at-Taubah:91). 

Penulis berasa canggung dan tidak selesa menterjemahkan' agama itu nasihat bagi Allah atau kepada Allah atau terhadap Allah'. Begitu juga dengan nasihat bagi kitabNya atau RasulNya! Kerana apakah ertinya anda menasihati Allah. Apa perlunya Allah kepada nasihat anda. Apa ertinya anda menasihati al-Qur'an atau menasihati
Rasulullah??

²⁰⁸ 'Tulus ikhlas terhadap Allah' itu bererti mempercayai keesaanNya dan sifat-sifat ketuhananNya yang lain di samping mempercayai suciNya daripada segala cacat cela dan kekurangan. Tulus ikhlas terhadap Allah juga bererti sukakan apa yang disukaiNya dan bencikan apa dibenciNya serta melakukan amal ibadat untukNya dengan penuh ikhlas. Tulus ikhlas terhadap Allah juga bererti mensyukuri nikmatNya yang tidak terhitung banyaknya dengan menggunakannya dijalan yang baik dan diredhaiNya.

²⁰⁹ Tulus ikhlas terhadap Kitab Allah  bererti mempercayai al-Qur'an sebagai kalam Allah yang suci. Ia adalah sebuah kitab yang tiada tolok banding, penuh dengan hikrnat dan kebijaksanaan. Ia adalah satu-satunya kitab yang dijamin Allah keterpeliharaannya dan pada pengubahan.
permindaan dan tokok tambah oleh tangan-tangan yang kotor. Ia wajib diyakini sebagai sebuah kitab yang semestinya dijadikan sebagai pedoman oleh manusia buat selama-lamanya di setiap tempat dan zaman untuk mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Tulus ikhlas
terhadap Kitab Allah juga bererti mengamalkan isi kandungannya, menyesuaikan diri dengan pengajarannya, mendaulatkan segala hukum-hakamnya, membacanya dengan bacaan yang betul,elok dan penuh khusyu', memahami makna-maknanya, memerhatikan hikmat-hikmat di sebalik ayat-ayatnya dan mendalami ilmu yang terkandung di dalamnya. Tulus ikhlas terhadap Kitab
Allah juga bererti menyeru manusia kepadanya, memeliharanya daripada ta'wilan-ta'wilan golongan pelampau, melindunginya daripada segala bentuk penyelewengan dan pemesongan tafsiran serta mempertahankannya daripada kritikan-kritikan dan serangan-serangan oleh orang-orang kafir di samping rnenghilangkan kekeliruan orang-orang yang keliru tentangnya dan merungkai segala permasalahan hidup manusia dengan berpandukannya.

²¹⁰ Tulus ikhlas terhadap RasulNya bererti mempercayai kenabian dan kerasulannya, menta'ati segala perintah dan larangannya, menolong dan membelanya sama ada ketika rnasih hidup atau sesudah kewafatannya, memusuhi orang yang memusuhinya dan memerangi orang yang
memeranginya, bersedia mengorbankan jiwa raga dan harta benda demi mempertahankannya semasa hayatnya, menghidupkan sunnahnya dengan mengamal, menghayati dan membuat penyelidikan terhadapnya, menyebarkan ajarannya dan menyeru orang ramai kepadanya,
68

Tiada ulasan:

Catat Ulasan