Jumaat, Disember 25, 2020

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 168

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 168

___________________________________________________________
 عَنْ خَارِجَةَ بْنِ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ عَنْ أُمِّ الْعَلَاءِ وَهِيَ امْرَأَةٌ مِنْ نِسَائِهِمْ بَايَعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ طَارَ لَنَا عُثْمَانُ بْنُ مَظْعُونٍ فِي السُّكْنَى حِينَ اقْتَرَعَتْ الْأَنْصَارُ عَلَى سُكْنَى الْمُهَاجِرِينَ فَاشْتَكَى فَمَرَّضْنَاهُ حَتَّى تُوُفِّيَ ثُمَّ جَعَلْنَاهُ فِي أَثْوَابِهِ فَدَخَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ رَحْمَةُ اللَّهِ عَلَيْكَ أَبَا السَّائِبِ فَشَهَادَتِي عَلَيْكَ لَقَدْ أَكْرَمَكَ اللَّهُ قَالَ وَمَا يُدْرِيكِ قُلْتُ لَا أَدْرِي وَاللَّهِ قَالَ أَمَّا هُوَ فَقَدْ جَاءَهُ الْيَقِينُ إِنِّي لَأَرْجُو لَهُ الْخَيْرَ مِنْ اللَّهِ وَاللَّهِ مَا أَدْرِي وَأَنَا رَسُولُ اللَّهِ مَا يُفْعَلُ بِي وَلَا بِكُمْ قَالَتْ أُمُّ الْعَلَاءِ فَوَاللَّهِ لَا أُزَكِّي أَحَدًا بَعْدَهُ قَالَتْ وَرَأَيْتُ لِعُثْمَانَ فِي النَّوْمِ عَيْنًا تَجْرِي فَجِئْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ ذَاكِ عَمَلُهُ يَجْرِي لَهُ
Bermaksud: Kharijah bin Zaid bin Tsabit meriwayatkan  daripada Ummil Alaa.Ummil Alaa adalah perempuan Anshar yang telah berbaiah  kepad Rasullah saw. Kata beliau :Kami bertuah kerana mendapat  Utsman bin Madzun dalam  cabutan undi yang dibuat oleh golongan Anshaar untuk penempatan orang-orang Muhajirin. 
Utsman bin Madzun kemudiannya jatuh sakit. Kami merawat beliaunsampai beliau meninggaldunia.Setelah kami selesau mengkafakannya, masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu saya berkata:Semoga rahmat  Allah bercucuran ke atasmu wahai Aba as-Saa'ib! Aku bersaksi bahawa sesungguhnya telah memuliakan mu". Rasulullah s.a.w. menegur (aku): "Mana kau tahu?"Jawab saya: demi Allah memang tidak tahu!" Baginda s.a.w. bersabda: "Dia (Utsman bin Madzun) sesungguhnya telah mati (makna asalnya ialah sesungguhnya telah didatangi keyakinan). Aku benar-benar mengharapkan kebaikan daripada Allah untuknya. Demi Allah! Aku walaupun seorang utusan Allah, tidak tahu apa sebenarnya akan dilakukan terhadapku dan kamu." Kata Ummul 'Alaa': "Demi Allah! Aku tidak akan memuji sesiapa lagi selepas ini." Kata Ummul 'Alaa': "Selepas itu aku bermimpi 'Utsman mempunyai mata air yang mengalir. Aku pergi menemui rasulullah s.a.w. dan menceritakan mimpiku itu. Maka Baginda bersabda: "ltulah amalan jariahnya yang terus mengalir (sebagai pahala untuknya). 
(Hadits riwayat Bukhari, Ahmad, Nasaa'i, Baihaqi dan lain-lain). 

Al-Qur'an sendiri juga sebenarnya ada menggunakan perkataan al-yaqin dengan erti kematian. Lihat firman Allah di bawah ini tentang orang-orang yang bersalah sebagai contohnya:

Al-Muddaththir 74:42
مَا سَلَكَكُمْ فِى سَقَرَ 
Al-Muddaththir 74:43
قَالُوا۟ لَمْ نَكُ مِنَ ٱلْمُصَلِّينَ 
Al-Muddaththir 74:44
وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ ٱلْمِسْكِينَ 
Al-Muddaththir 74:45
وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ ٱلْخَآئِضِينَ 
Al-Muddaththir 74:46
وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ ٱلدِّينِ 
Al-Muddaththir 74:47
حَتَّىٰٓ أَتَىٰنَا ٱلْيَقِينُ 

Bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? (42) 
Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; (43) 
Kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;(44) 
Kami dahulu selalu mengambil bahagian dalam memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama dengan orang-orang yang memperkatakannya; (45) 
dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan, (46) sehinggalah kami didatangi kematian. (47). 
(al-Muddattsir: 42-47).


Justeru dalam mentafsirkan makna-makna al-Qur'an, hadits dan Sunnah serta al-Qur'anlah yang seharusnya dijadikan rujukan utama. Jika makna sesuatu ayat al-Qur'an itu sudah ditafsirkan oleh Sunnah yang sahih, maka tafsiran yang bercanggah dengannya sudah pasti akan tertolak dengan sendirinya. Malah apa jua amalan berkaitan dengan agama yang tidak pernah diamal atau dianjurkan oleh Nabi s.a.w. adalah perbuatan sia-sia yang tidak mempunyai sebarang kelebihan. Melaksanakan sebarang amalan ibadah bolehlah diibaratkan sebagai pengambilan ubat-ubatan. Setiap preskripsi, dos dan jadual pengambilannya haruslah mengikut arahan yang ditetapkan oleh pakar perubatan. Sebarang penambahan dosnya yang difikirkan sendiri oleh pesakit tidak akan mempercepatkan proses penyembuhan, malah hanya akan mengundang kemudharatan. Dalam l'tiqad Ahii as-Sunnah wa al-Jama'ah, perbuatan seumpama ini dipanggil Bid'ah. Contohnya

168

Tiada ulasan:

Catat Ulasan