Ahad, Januari 10, 2021

Sahih bukhari kitab solat sesi 005 708

Sahih bukhari kitab solat sesi 005 708

٣٤٧ - حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ قَالَ حَدَّثَنَا شَيْبَانُ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ عَنْ عِكْرِمَةَ قَالَ سَمِعْتُهُ أَوْ كُنْتُ سَأَلْتُهُ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ أَشْهَدُ أَنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ فَلْيُخَالِفْ بَيْنَ طَرَفَيْهِ
347- Abu Nua'im meriwayatkan kepada kami, katanya; Syaiban meriwayatkan kepada kami daripada Yahya bin Abi Katsir daripada  Ikrimah, katanya: Aku mendengar dia berkata atau aku pernah bertanya beliau, katanya: Aku telah mendengar Abu Hurairah berkata: Aku bersaksi bahawa aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang bersembahyang dengan memakai hanya sehelai kain, dia hendaklah menyilangkan kedua hujungnya (dalam keadaan menutup kedua belah bahu)."

باب إِذَا كَانَ الثَّوْبُ ضَيِّقًا: 
6-Bab : Jika Kain (Yang Akan Dipakai untuk Bersembahyang) Itu Kecil (Pendek).⁷⁹⁵

٣٤٨ - حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ صَالِحٍ قَالَ حَدَّثَنَا فُلَيْحُ بْنُ سُلَيْمَانَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْحَارِثِ قَالَ سَأَلْنَا جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ الصَّلَاةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ فَقَالَ خَرَجْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَعْضِ أَسْفَارِهِ فَجِئْتُ لَيْلَةً لِبَعْضِ أَمْرِي فَوَجَدْتُهُ يُصَلِّي وَعَلَيَّ ثَوْبٌ وَاحِدٌ فَاشْتَمَلْتُ بِهِ وَصَلَّيْتُ إِلَى جَانِبِهِ فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ مَا السُّرَى يَا جَابِرُ فَأَخْبَرْتُهُ بِحَاجَتِي فَلَمَّا فَرَغْتُ قَالَ مَا هَذَا الِاشْتِمَالُ الَّذِي رَأَيْتُ قُلْتُ كَانَ ثَوْبٌ يَعْنِي ضَاقَ قَالَ فَإِنْ كَانَ وَاسِعًا فَالْتَحِفْ بِهِ وَإِنْ كَانَ ضَيِّقًا فَاتَّزِرْ بِهِ


_________
⁷⁹⁵ Bab sebelum ini membicarakan tentang sehelai kain yang besar dan panjang. Dalam keadaan memakai kain seperti itu seseorang dikehendaki menyilangkan kedua hujungnya di samping menutup kedua bahunya dengan mana-mana bahagian kain itu. Bab ini pula membicarakan tentang kain yang kecil dan pendek. Kain yang kecil dan pendek tentu sekali tidak dapat disilangkan di atas kedua bahu, kerana dengan berbuat begitu akan terdedah. Apabila memakai kain seperti itu, seseorang dikehendaki memakainya sebagai kain pakai yang dikilas dibahagian pinggang. Sebabnya ialah apa yang dikehendaki daripada pakaian atau kain di dalam sembahyang ialah menutup 'aurat. Hadits ini merupakan salah satu hujah bagi jumhur yang mengatakan tidak wajib menutup bahu dengan kain dan sebagainya ketika bersembahyang. la secara tidak langsung menunjukkan bahu bukan 'aurat dan bukan sesuatu yang perlu ditutup ketika bersembahyang.

708

Tiada ulasan:

Catat Ulasan