Ahad, Januari 10, 2021

Sahih bukhari kitab solat sesi 005 709

Sahih bukhari kitab solat sesi 005 709

348- Yahya bin Shalih meriwayatkan kepada kami, katanya: Fulaih bin Sulaiman meriwayatkan kepada kami daripada Sa'id bin al-Haarits, katanya: Kami telah bertanya
Jaabir bin 'Abdillah tentang bersembahyang dengan memakai sehelai kain sahaja? Beliau⁷⁹⁶ menceritakan: Saya keluar bersama Nabi s.a.w. dalam salah satu perjalanannya. Pada suatu malam kerana sesuatu urusan, saya telah pergi menemui Nabi s.a.w. Baginda s.a.w
sedang bersembahyang. Aku hanya memakai sehelai kain sahaja. Kerana itu saya berselimut dengannya dan bersembahyang di sampingnya. Apabila nabi s.a.w. selesai bersembahyang, baginda bersabda: Kenapa datang malam wahai Jaabir? Aku pun menceritakan kepadanya hajatku. Apabila aku selesai (menyatakan hajatku), baginda pun bertanya: "Selimut (jenis) apa yang aku lihat ini?" Aku berkata: "la adalah sehelai kain" maksud beliau (Jaabir) ialah (ia adalah sehelai kain) yang kecil (pendek) - Nabi s.a.w. bersabda: "Kalau kain itu besar, berselimutlah dengannya tetapi gunakanlah sebagai kain pakai (sarung yang dikilas atau diikat dibahagian pinggang), kalau kain itu kecil (pendek).⁷⁹⁷

⁷⁹⁶   Tersebut di dalam Sahih Muslim bahawa perjalanan yang dimaksudkan di sini ialah perjalanan dalam ghazwah Bathni Buath. Kata Jaabir Rasulullah s.a.w. mengutuskan aku dan Jabbar bin Shakhr agar pergi dahulu sebelum orang-orang lain untuk menyediakan sumber air.


⁷⁹⁷  Antara pengajaran dan panduan yang terdapat di dalam hadits ini ialah: 
(1) Orang-orang Islam sejak dahulu hingga sekarang begitu mengambil berat tentang sembahyang, kerana itulah mereka bertanya, boleh atau tidak bersembahyang dengan memakai sehelai kain sahaja. 
(2) Nabi s.a.w. dan para sahabatnya berjihad di sepanjang hayat mereka. 
(3) Para sahabat berasa sangat bertuah jika dapat bersama Nabi s.a.w. beribadat terutamanya sembahyang. Kerana itu mereka akan terus mengikuti Baginda apabila berpeluang. (4) Para sahabat tetap berjuang bersama Rasulullah s.a.w. meskipun merek'a berada dalam keadaan serba kekurangan. 
(5) Boleh mengadukan sesuatu kepada pemimpin atau membawa apa-apa mesej kepadanya walaupun pada waktu malam. 
(6) Sesaorang yang berpakaian ganjil harus ditegur. 
(7) Apabila ditanya tentang sesuatu perbuatan pelik yang kita lakukan, kita harus menjelaskan sebab-sebabnya. 
(8) Orang 'alim atau pemimpin harus sentiasa membimbing anak buahnya.

709


Tiada ulasan:

Catat Ulasan