Sahih bukhari kitab solat sesi 008 718
٣٥٤ - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ قَالَ حَدَّثَنَا لَيْثٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّهُ قَالَ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ اشْتِمَالِ الصَّمَّاءِ وَأَنْ يَحْتَبِيَ الرَّجُلُ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ لَيْسَ عَلَى فَرْجِهِ مِنْهُ شَيْءٌ
354. Qutaibah bin Sa'id meriwayatkan kepada kami katanya , Laits meriwayatkan kepada kami dari Ibnu Syihab dari 'Ubaidillah bin 'Abdillah bin 'Utbah dari Abu Sa'id Al Khudri,sesungguhnya beliau berkata "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melarang daripada berselimut telanjang dan duduk ihtiba`(berpaut lutut) didalam satu kain.
Selain kain itu tidak ada sesuatu apapun yang
menutupi bagian kemaluannya.⁸¹⁵
_______________________
يجب على المرء أن يستر من عورته
Mafhum tajuk di atas ialah 'aurat mempunyai beberapa bahagian dan ada hadnya. Bagi Bukhari 'aurat terbahagi kepada dua bahagian. Pertama: 'Aurat mughallazah. Kedua: 'Aurat mukhaffafah. Dengan mengatakan: "'Aurat Yang Mesti Ditutup" bererti ada juga 'aurat yang tidak mesti ditutup, seperti paha misalnya. Kalau ia tidak ditutup sekali pun semasa bersembahyang, tetap sah juga sembahyang seseorang itu dan tidak benar untuk dikatakan seseorang yang tidak menutupnya bererti telah bertelanjang dalam erti katanya yang sebenar. Menerusi bab ini Imam Bukhari mahu mengisyaratkan kepada satu daripada dua bahagian 'aurat itu, iaitu 'aurat mughallazah. 'Aurat mughallamh itulah yang mesti ditutup sama ada di dalam sembahyang atau di luar sembahyang. Adapun 'aurat mukhaffafah, maka menutupnya dikira lebih elok dan lebih sopan sahaja. 'Aurat mughallazah ialah qubul dan dubur (السوءتان) sahaja. 'Aurat mukhaffafah pula ialah bahagian-bahagian anggota daripada pusat hingga ke lutut selain qubul dan dubur. Pembahagian seperti itu dibuat Bukhari setelah meneliti sekian banyak hadits Nabi s.a.w. Antaranya ialah hadits-hadits yang dikemukakan Oleh beliau di bawah bab ini. Apa yang disebutkan di sini semuanya berkaitan dengan 'aurat lelaki. Adapun berkenaan dengan 'aurat perempuan, maka perbincangan tentangnya akan datang nanti.
⁸¹⁵ Hadits ini dan hadits berikutnya merupakan salah satu dalil dan hujah Bukhari tentang pembahagian 'aurat yang dibuatnya. Nabi s.a.w. melarang daripada duduk berihtiba' (berpaut lutut) di dalam satu kain dalam keadaan selain kain itu tidak ada sesuatu apa pun yang menutupi kemaluannya, tidak kerana Iain melainkan kerana 'aurat (kemaluan) orang yang duduk dengan cara itu mungk'in terdedah kepada pandangan orang. 'Aurat Yang dimaksudkan Oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadits itu ialah kemaluan. Itulah yang dibimbangi Baginda akan terdedah jika tidak ada sesuatu apa pun (seperti seluar dalam dan sebagainya) Yang menutupi kemaluannya selain kain Yang dipakai di bahagian luar. Mafhumnya ialah tidak ada ertinya menutup bahagian tubuh yang Iain jika kemaluan tetap terdedah, kerana seseorang yang berbuat begitu dikira masih lagi tidak menutup 'auratnya. Kalau kemaluan (qubul dan dubur) seseorang telah ditutup bererti auratnya telah tertutup. Larangan daripada berselimut telanjang juga sebenarnya kerana takut tangan akan terdorong kepada bahagian kemaluan yang boleh mengakibatkan macam-macam perkara yang tidak baik. Fokus utama di dalamnya juga adalah kemaluan.
718
Tiada ulasan:
Catat Ulasan