Ahad, Januari 10, 2021

Sahih bukhari kitab solat sesi 005 710

Sahih bukhari kitab solat sesi 005 710

٣٤٩ - حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ سُفْيَانَ قَالَ حَدَّثَنِي أَبُو حَازِمٍ عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ كَانَ رِجَالٌ يُصَلُّونَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَاقِدِي أُزْرِهِمْ عَلَى أَعْنَاقِهِمْ كَهَيْئَةِ الصِّبْيَانِ وَيُقَالُ لِلنِّسَاءِ لَا تَرْفَعْنَ رُءُوسَكُنَّ حَتَّى يَسْتَوِيَ الرِّجَالُ جُلُوسًا
349- Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya meriwayatkan kepada kami daripada Sufyan, katanya: Abu Haazim meriwayatkan kepadaku daripada Sahl bin Sa'ad, katanya: "Ada beberapa orang lelaki bersembahyang bersama Nabi s.a.w. dengan mengikat kain-kain mereka di tengkuk seperti yang dibuat oleh kanak-kanak. Kepada orang-orang perempuan dikatakan.⁷⁹⁸ "Janganlah kamu mengangkat kepala (daripada sujud) sehingga orang-orang lelaki benar-benar telah duduk.⁷⁹⁹


7-Bab : Bersembahyang (Dengan memakai Jubah Syam (Syria). Hasan Berpendapat: Tidak mengapa memakai Kain Yang (Ditenun Oleh Orang-Orang majusi.⁸⁰⁰
Ma'mar menceritakan: Saya Pernah melihat Az-Zuhri memakai Kain Yaman yang

________
⁷⁹⁸ Siapakah yang berkata begitu kepada orang-orang perempuan? Berdasarkan riwayat Abi Daud dan Baihaqi orang yang berkata begitu ialah Nabi s.a.w. sendiri.

⁷⁹⁹Hadits ini menggambarkan beberapa perkara, antaranya ialah: (1) Orang-orang Islam yang setia kepada Rasulullah s.a.w. pernah mengalami zaman kesukaran di mana mereka hanya mempunyai sehelai kain sahaja untuk dipakai. ltupun bukanlah sempurna, hanya sekadar menutup 'aurat sahaja. (2) Orang-orang lelaki dan perempuan turut berjema'ah bersama Rasulullah s.a.w. di masjid atau di tempat-tempat Iain. (3) Kerana takut akan terpandang 'aurat orang-orang lelaki yang bersembahyang di bahagian hadapan, orang-orang perempuan diingatkan agar tidak mengangkat kepala mereka daripada sujud sehingga orang-orang lelaki benar-benar telah duduk.

⁸⁰⁰Atsar Hasan ini diwashalkan oleh Abu Nu'aim, Waki' dan Sa'id bin Manshur.

710


Tiada ulasan:

Catat Ulasan