Ahad, Januari 10, 2021

Sahih bukhari kitab solat sesi 005 711

Sahih bukhari kitab solat sesi 005 711

Dicelup  air kencing ⁸⁰¹. Ali Bin Abi Thalib bersembahyang dengan memakai  Kain Yang Belum Dibasuh⁸⁰².⁸⁰³ 
                           

٣٥٠ - حَدَّثَنَا يَحْيَى قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ مُسْلِمٍ عَنْ مَسْرُوقٍ عَنْ مُغِيرَةَ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ كُنْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ فَقَالَ يَا مُغِيرَةُ خُذْ الْإِدَاوَةَ فَأَخَذْتُهَا فَانْطَلَقَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى تَوَارَى عَنِّي فَقَضَى حَاجَتَهُ وَعَلَيْهِ جُبَّةٌ شَأْمِيَّةٌ فَذَهَبَ لِيُخْرِجَ يَدَهُ مِنْ كُمِّهَا فَضَاقَتْ فَأَخْرَجَ يَدَهُ مِنْ أَسْفَلِهَا فَصَبَبْتُ عَلَيْهِ فَتَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ وَمَسَحَ عَلَى خُفَّيْهِ ثُمَّ صَلَّى

350- Yahya meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Muawiyah meriwayatkan kepada kami daripada al-A'masy daripada Muslim daripada Masruq daripada Mughirah bin

________                              

⁸⁰¹ Atsar Zuhri ini diwashalkan oleh Abdur Razzaaq di dalam Mushannafnya. Ada ulama mengatakan kain yang dipakai Zuhri itü telah dibasuh terlebih dahulu untuk dihilangkan air kencing sebelum beliau menggunakannya. Ada juga ulama' mengatakan, air kencing yang digunakan sebagai salah satu bahan pencelup itü ialah air kencing binatang yang halal dimakan dagingnya. Sebahagian 'ulama' seperti imam Malik, imam Bukhari r.a., Zuhri dan lain-lain berpendapat air kencing binatang yang halal dimakan tidak najis. Nukilan ini juga bermaksud menyatakan bahan najis yang diguna dalam proses pembuatan sesuatu pakaian tidak menghalang daripada pakaian itü diguna pakai jika di akhir prosesnya atau kemudiannya najis itü dihilangkan. 

⁸⁰² Atsar Ali ini diwashalkan oleh İbnu Saad di dalam Thabaqaatnya dan Abdullah bin Ahmad di dalam Kitab 'Ilalnya. Maksud Bukhari menukilkan atsar 'Ali ini ialah untuk menjelaskan bahawa Ali tidak mengusul periksa terlebih dahulu kain yang belum dibasuh itü adakah ia diperbuat daripada bahan najis atau tidak. Apa yang penting baginya ialah kain itü kelihatan bersih. Beliau juga tidak bertanya terlebih dahulu sama ada ia dibuat oleh orang Islam atau orang kafir, di negeri İslam atau di negeri kafir.

⁸⁰³ Imam Bukhari mengadakan bab ini untuk beberapa tujuan. 
Pertama: Menyatakan keharusan memakai pakaian yang dibuat oleh orang-orang kafir, asalkan ia suci. 
Kedua: Menyatakan bahawa kain yang datang dari negeri kafir boleh dipakai walaupun semasa bersembahyang selagi tidak dipastikan kenajisannya. 
Ketiga: Menyatakan kain yang dibuat oleh orang-orang kafir atau dibuat di negeri kafır boleh dipakai terus walaupun sebelum dibasuh, selagi tidak kelihatan najis padanya atau tidak diberitahu oleh saksi yang boleh dipercayai bahawa kain itü dibuat menggunakan bahan najis. 
Keempat: Menyatakan kedudukan kain yang dibuat oleh orang kafir sama sejenis bagi orang İslam. Tidak ada beza di antara kain yang dibuat oleh orang Majusi, Kristian, Yahudi, Hindu, Budha dan lain-lain. Kain yang dibuat mereka boleh dipakai oleh orang İslam asalkan ia bersih. 
Kelima: Menyatakan kain yang dibuat sama ada oleh orang Islam atau orang kafir dengan menggunakan bahan-bahan najis akan menjadi bersih setelah dibasuh.
Keenam: Menyatakan kain atau pakaian mengikut fesyen dan potongan yang lumrah di kalangan orang kafir tertentu seperti kot, pantelon dan sebagainya boleh dipakai untuk bersembahyang asalkan ia menutup  aurat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan