Ahad, Januari 10, 2021

Sahih bukhari kitab solat sesi 005 712

Sahih bukhari kitab solat sesi 005 712

Syu'bah. katanya: Pernah aku bersama Nabi s.a.w. dalam satu perjalanan.⁸⁰⁴ Baginda saw berkata: "Wahai Mughirah! Ambil bekas air itu. Aku pun mengambilnya. Lantas Rasutullah s.a.w. pergi untuk membuang air hingga beliau terlindung dari penglihatanku. Beliau s.a.w. pada ketika itu memakai jubah Syam.⁸⁰⁵ (Pada mulanya) Nabi s.a.w. mahu menyingsing saja lengan bajunya, tetapi ternyata lengan bajunya itu terlalu sempit. Maka beliau mengeluarkan tangan dari sebelah dalam. Selepas itu aku menuangkan air untuknya. Baginda s.aw telah berwudhu' seperti wudhu'nya untuk sembahyang, Cuma beliau s.a.w. menyapu kedua khufnya kemudian bersembahyang.⁸⁰⁶

Perjalanan pergi atau pulang dari perang Tabuk yang telah berlaku pada tahun ke sembilan Hijriah.

_______
⁸⁰⁴ Perjalanan pergi atau pulang dari perang Tabuk yang telah berlaku pada tahun ke sembilan Hijrah.

⁸⁰⁵ Di sinilah terletak poin Bukhari. Nabi s.a.w. memakai jubah Syam dalam peristiwa itu. Sedia dimaklumi Syam pada ketika itu belum dikuasai orang-orang Islam dan pakaian yang dibuat di sana juga tidak- dibuat oleh orang-orang Islam. Boleh dikatakan kesemua pakaian yang dibuat di sana atau yang datang dari sana adalah buatan orang-orang kafir. Entah apa yang diguna mereka semasa proses pembuatan kain dan pakaian itu. Walaupun begitu Rasulullah s.a.w. memakainya tanpa mengusul periksa terlebih dahulu. Tindakan Rasülullah s.a.w. itu jelas menunjukkan pakaian yang dibuat oleh orang-orang kafir atau datang dari negeri kafir boleh dipakai oleh orang Islam termasuk untuk bersembahyang. Ini kerana selepas Rasulullah s.a.w. berwudhu', beliau bersembahyang. Di sana tidak ada dalil yang menyatakan Nabi s.a.w. tidak memakai jubah itu untuk bersembahyang. Yang jelasnya ialah Beliau s.a.w. memakainya terus semasa bersembahyang.

⁸⁰⁶ Para  ulama' berbeza pendapat berhubung dengan masalah memakai pakaian yang telah dipakai oleh orang kafir untuk bershalat sebelum membasuhnya. Imam Bukhari, Hasan Bashri, ats-Tsauri. Abu Hanifah dan satu riwayat daripada Imam Ahmad mengharuskannya selagi tidak dikesan adanya najis pada pakaian itu. Syafi'e dan Ahmad dalam salah satu pendapatnya menganggap makruh, tidak haram. Syafie, Abu Hanifah dan tokoh-tokoh dalam mazhabnya mengatakan lebih berat lagi makruhnya memakai pakaian mereka yang mengenai bahagian 'aurat Malik Ishaq, dan Ahmad dalam salah satu pendapatnya mengatakan tidak boleh memakai pakaian yang telah dipakai oleh orang kafir untuk bershalat sebelum dibasuh. Malik berpendapat orang yang bersembahyang dengan memakainya mesti mengulangi sembahyangnya selagi ada waktu sembahyang itu. Alasannya ialah pakaian mereka tidak terpelihara daripada terkena air kencing atau najis-najis yang lain kerana mereka tidak mengambil berat tentangnya.
Antara pengajaran dan panduan yang terdapat di dalam hadits ini ialah: (1) Keharusan memakai pakaian yang dibuat oleh orang-orang kafir atau yang datang dari negeri kafir, termasuk untuk bersembahyang. (2) Keharusan memakai baju yang ketat lengannya. (3) Keharusan memakai pakaian mengikut fesyen dan stail orang kafir sama ada ketika sembahyang atau di luar sembahyang jika ia tidak mendedahkan 'aurat. (4) Memakai pakaian yang sesuai untuk perjalanan. (5) Berkhidmat kepada guru, pemimpin dan orang yang lebih tua. (6) Elok pergi ke
tempat yang jauh dari penglihatan orang ramai atau ke tempat yang tersembunyi untuk membuang air (7) Keharusan menyapu khuf dalam berwudhu' sewaktu dalam perjalanan.

712

Tiada ulasan:

Catat Ulasan