Ahad, Januari 10, 2021

Sahih bukhari kitab solat sesi 005 713.

Sahih bukhari kitab solat sesi 005 713.

باب كَرَاهِيَةِ التَّعَرِّي فِي الصَّلاَةِ وَغَيْرِهَا: 
8-Bab :Larangan bertelanjang ketika bersembahyangbdan selainnya.⁸⁰⁷

٣٥١ - حَدَّثَنَا مَطَرُ بْنُ الْفَضْلِ قَالَ حَدَّثَنَا رَوْحٌ قَالَ حَدَّثَنَا زَكَرِيَّاءُ بْنُ إِسْحَاقَ حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ دِينَارٍ قَالَ سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يُحَدِّثُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَنْقُلُ مَعَهُمْ الْحِجَارَةَ لِلْكَعْبَةِ وَعَلَيْهِ إِزَارُهُ فَقَالَ لَهُ الْعَبَّاسُ عَمُّهُ يَا ابْنَ أَخِي لَوْ حَلَلْتَ إِزَارَكَ فَجَعَلْتَ عَلَى مَنْكِبَيْكَ دُونَ الْحِجَارَةِ قَالَ فَحَلَّهُ فَجَعَلَهُ عَلَى مَنْكِبَيْهِ فَسَقَطَ مَغْشِيًّا عَلَيْهِ فَمَا رُئِيَ بَعْدَ ذَلِكَ عُرْيَانًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

351- Mathar bin al-Fadhl meriwayatkan kepada kami, katanya: Rauh meriwayatkan kepada kami, katanya: Zakariyya bin Ishaq meriwayatkan kepada kami, katanya: 
Amar bin Dinar meriwayatkan kepada kami, katanya: Aku mendengar Jaabir bin î Abdillah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. memunggah batu bersama mereka (orang-orang kafir Quraisy) untuk (pembinaan semula) Ka'bah.808 Ketika itu beliau s.a.w. memakai kain. Maka 
Abbaas berkata kepadanya: ”Wahai anak saudaraku! Alangkah baiknya
__________
⁸⁰⁷ Menerusi bab ini Bukhari mahu menguatkan lagi hujahnya tentang kewajipan menutup 'aurat semasa bersembahyang. Alasannya ialah mendedahkan bukan sahaja dilarang Syara' ketika bersembahyang, bahkan dilarang juga di luar sembahyang. Hadits yang dikemukakan di bawah bab ini adalah sebaik-baik bukti untuknya. Bukankah Rasulullah s.a.w. telah jatuh pengsan setelah beliau membuka kain di hadapan pak ciknya 'Abbaas a.s.? Apa yang berlaku itu bukan ketika bersembahyang. Ertinyd ialah Allah tidak berkenan atau membenarkan kita membuka 'aurat di hadapan orang lain walaupun ketika tidak bersembahyang. Semasa bersembahyang tentulah lebih-lebih Iagi tidak dibenarkan.

⁸⁰⁸Hadits ini termasuk dalam maraasiil sahabat kerana Jaabir tidak menyaksikan peristiwa itu. Bagimanapun maraasiil sahabat tetap merupakan hujah di sisi Ahli as-Sunnah wa al-Jamahh. Beliau mungkin telah mendengar sendiri kisah ini daripada Nabi s.a.w. Kalau begitulah hakikatnya, maka hadits ini tidak dikira mursal lagi. Hafiz Ibnu Hajar, al-ĂAini dan Ibnu Rajab mengatakan mungkin sekali beliau mendengarnya daripada 'Abbaas kerana Ibnu juga ada meriwayatkan kisah ini daripada ayahnya dengan lebih terperinci. Riwayat Ibnu îAbbaas itu dikemukakan oleh at-Thabarani di dalam Mu'jam Kabirnya dan al-Bazzaar di dalam Musnadnya. Mengikut az-Zuhri Rasulullah s.a.w. pada ketika itu belum lagi baligh. Ibnu Batthaal dan Ibnu atTiin pula menegaskan umur Nabi s.a.w. pada ketika itu ialah lima belas tahun. Ada beberapa riwayat sebenarnya berhubung dengan umur Nabi s.a.w. ketika peristiwa itu berlaku. Dua puluh lima, tiga puluh dan tiga puluh lima. Demikianlah antara yang disebutkan oleh ulama'. Pendapat mana sekalipun diterima, yang pasti ialah pada ketika itu Muhammad s.a.w. belum lagi menjadi rasul.

713

Tiada ulasan:

Catat Ulasan