Sahih bukhari kitab solat sesi 005sss
باب إِذَا كَانَ الثَّوْبُ ضَيِّقًا:
6-Bab : Jika Kain (Yang Akan Dipakai untuk Bersembahyang) Itu Kecil (Pendek).⁷⁹⁵
٣٤٨ - حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ صَالِحٍ قَالَ حَدَّثَنَا فُلَيْحُ بْنُ سُلَيْمَانَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْحَارِثِ قَالَ سَأَلْنَا جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ الصَّلَاةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ فَقَالَ خَرَجْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَعْضِ أَسْفَارِهِ فَجِئْتُ لَيْلَةً لِبَعْضِ أَمْرِي فَوَجَدْتُهُ يُصَلِّي وَعَلَيَّ ثَوْبٌ وَاحِدٌ فَاشْتَمَلْتُ بِهِ وَصَلَّيْتُ إِلَى جَانِبِهِ فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ مَا السُّرَى يَا جَابِرُ فَأَخْبَرْتُهُ بِحَاجَتِي فَلَمَّا فَرَغْتُ قَالَ مَا هَذَا الِاشْتِمَالُ الَّذِي رَأَيْتُ قُلْتُ كَانَ ثَوْبٌ يَعْنِي ضَاقَ قَالَ فَإِنْ كَانَ وَاسِعًا فَالْتَحِفْ بِهِ وَإِنْ كَانَ ضَيِّقًا فَاتَّزِرْ بِهِ
348- Yahya bin Shalih meriwayatkan kepada kami, katanya: Fulaih bin Sulaiman meriwayatkan kepada kami daripada Sa'id bin al-Haarits, katanya: Kami telah bertanya
Jaabir bin 'Abdillah tentang bersembahyang dengan memakai sehelai kain sahaja? Beliau⁷⁹⁶ menceritakan: Saya keluar bersama Nabi s.a.w. dalam salah satu perjalanannya. Pada suatu malam kerana sesuatu urusan, saya telah pergi menemui Nabi s.a.w. Baginda s.a.w
sedang bersembahyang. Aku hanya memakai sehelai kain sahaja. Kerana itu saya berselimut dengannya dan bersembahyang di sampingnya. Apabila nabi s.a.w. selesai bersembahyang, baginda bersabda: Kenapa datang malam wahai Jaabir? Aku pun menceritakan kepadanya hajatku. Apabila aku selesai (menyatakan hajatku), baginda pun bertanya: "Selimut (jenis) apa yang aku lihat ini?" Aku berkata: "la adalah sehelai kain" maksud beliau (Jaabir) ialah (ia adalah sehelai kain) yang kecil (pendek) - Nabi s.a.w. bersabda: "Kalau kain itu besar, berselimutlah dengannya tetapi gunakanlah sebagai kain pakai (sarung yang dikilas atau diikat dibahagian pinggang), kalau kain itu kecil (pendek).⁷⁹⁷
⁷⁹⁵ Bab sebelum ini membicarakan tentang sehelai kain yang besar dan panjang. Dalam keadaan memakai kain seperti itu seseorang dikehendaki menyilangkan kedua hujungnya di samping menutup kedua bahunya dengan mana-mana bahagian kain itu. Bab ini pula membicarakan tentang kain yang kecil dan pendek. Kain yang kecil dan pendek tentu sekali tidak dapat disilangkan di atas kedua bahu, kerana dengan berbuat begitu akan terdedah. Apabila memakai kain seperti itu, seseorang dikehendaki memakainya sebagai kain pakai yang dikilas dibahagian pinggang. Sebabnya ialah apa yang dikehendaki daripada pakaian atau kain di dalam sembahyang ialah menutup 'aurat. Hadits ini merupakan salah satu hujah bagi jumhur yang mengatakan tidak wajib menutup bahu dengan kain dan sebagainya ketika bersembahyang. la secara tidak langsung menunjukkan bahu bukan 'aurat dan bukan sesuatu yang perlu ditutup ketika bersembahyang.
⁷⁹⁶ Tersebut di dalam Sahih Muslim bahawa perjalanan yang dimaksudkan di sini ialah perjalanan dalam ghazwah Bathni Buath. Kata Jaabir Rasulullah s.a.w. mengutuskan aku dan Jabbar bin Shakhr agar pergi dahulu sebelum orang-orang lain untuk menyediakan sumber air.
⁷⁹⁷ Antara pengajaran dan panduan yang terdapat di dalam hadits ini ialah:
(1) Orang-orang Islam sejak dahulu hingga sekarang begitu mengambil berat tentang sembahyang, kerana itulah mereka bertanya, boleh atau tidak bersembahyang dengan memakai sehelai kain sahaja.
(2) Nabi s.a.w. dan para sahabatnya berjihad di sepanjang hayat mereka.
(3) Para sahabat berasa sangat bertuah jika dapat bersama Nabi s.a.w. beribadat terutamanya sembahyang. Kerana itu mereka akan terus mengikuti Baginda apabila berpeluang. (4) Para sahabat tetap berjuang bersama Rasulullah s.a.w. meskipun merek'a berada dalam keadaan serba kekurangan.
(5) Boleh mengadukan sesuatu kepada pemimpin atau membawa apa-apa mesej kepadanya walaupun pada waktu malam.
(6) Sesaorang yang berpakaian ganjil harus ditegur.
(7) Apabila ditanya tentang sesuatu perbuatan pelik yang kita lakukan, kita harus menjelaskan sebab-sebabnya.
(8) Orang 'alim atau pemimpin harus sentiasa membimbing anak buahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan