Ahad, Januari 10, 2021

Sahih bukhari kitab solat sesi 008 717

Sahih bukhari kitab solat sesi 008 717

باب مَا يَسْتُرُ مِنَ الْعَوْرَةِ: 
10-Bab : Aurat Yang mesti ditutup.⁸¹⁴

________________
pakaian yang biasa dipakai adalah menyusahkan dan bertentangan dengun roh syari'at Islam. Selain itu memakai pakaian-pakaian tersebut memanglah terlarang semasa berihram. Namun begitu jika ada sesiapa memakai juga pakaian-pakaian yang terlarang itu ketika bersembahyang dalam keadaan dia sedang berihram sembahyangnya dikira sah juga. Sebabnya ialah pakaian yang dikehendaki untuk sembahyang hanyalah yang menutup 'aurat. Kesalahan kerana melanggar peraturan ihram itu suatu perkara yang Iain pula. Kerananya dia mestilah membayar fidyah atau kafarah. Perkaitan hadits ini dengan tajuk bab Bukhari di atas dapat juga di lihat daripada sudut yang Iain iaitu di dalam hadits Iain tersebut muhrim  tidak boleh memakai baju, seluar dan burnusm malah dia hendaklah memakai kain yang tidak berjahit. Dari situ dapat difahami bahawa kain yang boleh dipakai untuk sembahyang tidak disyaratkan berjahit. Bukankah kain yang dipakai oleh orang-orang yang berihram tidak berjahit dan mereka pula bersembahyang dengan memakainya?

⁸¹⁴ Dari awal lagi Bukhari bertungkus-lumus membuktikan bahawa menutup 'aurat adalah syarat untuk sahnya sembahyang. la adalah sesuatu yang wajib dijaga dalam bersembahyang. Tiba-tiba di dalam bab kesembilan yang lalu beliau mengatakan sah sembahyang dengan memakai seluar pendek sahaja. Bukankah itu sesuatu yang mengejutkan sesetengah pihak? Bukankah apabila seseorang memakai seluar pendek, pahanya akan terdedah? Adakah paha bukan 'aurat? Apa pandangan Bukhari tentangnya? Bukhari sememangnya sudah pun mengetahui akan timbul persoalan-persoalan seperti ini. Kerana itulah beliau mengadakan bab kesepuluh ini pula selepasnya. 'Aurat ialah bahagian anggota badan manusia yang mesti ditutup. Dengan terdedahnya bahagian itu manusia secara tabi'i dan semula jadinya berasa malu. Apakah anggota yang dikatakan 'aurat itu? Adakah ia mempunyai had dan bahagian atau tiada had dan bahagiannya? Adakah ada perbezaan di antara aurat yang mesti ditutup ketika bersembahyang dengan 'aurat yang mesti ditutup di luar sembahyang? Paling kurang bahagian manakah daripada tubuh manusia yang mesti ditutup untuk sahnya sembahyang seseorang? Dan paling kurang bahagian manakah daripada tubuh manusia yang mesti ditutup ketika di luar sembahyang, di mana apabila ia ditutup seseorang sudah dikatakan menutup 'auratnya dan dia tidak boleh lagi dikatakan bertelanjang? Hafiz Ibnu Hajar mengatakan melalui bab ini Imam Bukhari r.a. sebenarnya mahu membincangkan tentang 'aurat di luar sembahyang. Ini kerana 'aurat semasa sembahyang telah pun dibincangkan sebelum ini. Tetapi Hafiz al-'Aini tidak bersetuju dengan pendapat Ibnu Hajar itu. Bagi beliau, Bukhari di sini mahu membincangkan tentang kedua-duanya sekali. Sekarang mari kita tumpukan perhatian kepada tajuk bab yang menarik ini. Imam
Bukhari menulis:     باب مَا يَسْتُرُ مِنَ الْعَوْرَةِ: 
 Perkataan ما di sini boleh jadi salah satu daripada tiga ini, iaitu: 
(1) Mashdariyyah(مصدرية)
(2) Istifhaamiyyah (استفهامية) 
(3) Maushulah (موصولة). 
Perkataan من pula boleh dipakai sebagai: 
(1) Bayaaniyyah (بيانية) dan 
(2) Zaa'idah (زائدة) 
(3) Tab' iidhiyyah(تبعيضية). 
Tetapi yang terbaik daripadanya kerana lebih sesuai dengan mazhab Imam Bukhari r.a. ialah ما  dipakai sebagai ما Maushulah dan  من pula dipakai sebagai Tab' iidhiyyah. Qaedah inilah yang dipakai untuk terjemahan tajuk di atas. Taqdirnya di dalam bahasa  Arab ialah باب الجزء الذي



717

Tiada ulasan:

Catat Ulasan