Khamis, Februari 11, 2021

K440.Bila saya baca ada pesakit wargamas yg kesedihan kerana tiada kunjungan anak2, saya percaya ia bukan babak kehidupan yg singkat

K440.Bila saya baca ada pesakit wargamas yg kesedihan kerana tiada kunjungan anak2, saya percaya ia bukan babak kehidupan yg singkat.

Ia adalah perjalanan kehidupan yg panjang. Dari anaknya kecil hingga dewasa. Ia sesuatu yg hilang di situ.

Ibubapa mungkin memiliki anak, tetapi belum tentu dapat memiliki rasa sayang anak. Anak akan patuh pada ibubapa tapi belum tentu mereka sayang pada mereka.

Universiti kehidupan mengajar kita untuk memberikan masa, tenaga dan harta untuk menyemai rasa kasih dan sayang. Labur dalam bank emosi mereka.

Politik kehidupan mengajar kita untuk mengatur agar kita mendapatkan sokongan anak2 apabila kita memerlukan sokongan dan "undi" mereka.

Anak2 adalah tubuh yg berjiwa. Perlu dipeluk fizikal dan emosinya.

Jangan ingat bila kita ini ibubapa mereka, mereka akan "mengundi" kita bila kita memerlukan mereka.

Tambat hati mereka dgn kata dan perbuatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan