Selasa, April 06, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)258

Tafsir asas quran nota 9(302)258

Beberapa Ayat-Ayat Al-Qur'an Yang Dimansukhkan Dengan hadits-hadits Ahad.

Golongan mutakkhirin yang menerima konsep nasakh ayat-ayat al-Qur'an menurut istilah mereka membahagikan ayat-ayat yang mansukh kepada beberapa bentuk berikut:
(i) Mansukh hukumnya sahaja, tidak tilawahnya.
(ii) Mansukh tilawahnya sahaja. tidak hukumnya.
(iii) Mansukh tilawah dan hukutnnya, kedua-dua sekali.

Walaupun ayat-ayat yang mansukh terbahagi kepada tiga bentuk ini, tetapi yang paling banyak antaranya berlaku dan terdapat di dalam al-Qur'an ialah yang pertama sahaja, iaitu ayat-ayat yang mansukh hukumnya sahaja, tidak tilawahnya. Bahagian inilah yang diterima oleh al-Imam Ibnu al-'Arabi dan Jalaluddin as-Suyuthi sebagai ayat-ayat yang menepati istilah nasakh menurut 'ulama' usul muta'akkhirin, meskipun mereka telah mengurangkan jumlahnya daripada lebih dua ratus ayat yang dikatakan mansukh kepada dua puluh sahaja. Daripada dua puluh itu, setelah diselidiki dan ditapis oleh al-Imam Shah Waliyyullah ad-Dehliwi. beliau hanya menerima lima sahaja sebagai mansukh yang menepati istilah mereka.


Yang kedua dan ketiga pada hakikatnya hanya ada pada sebutan sahaja. Kerana contoh yang dapat dikemukakan oleh mereka hanyalah satu atau dua sahaja untuknya.
Contoh yang dapat dikemuk'akan untuk bahagian (ii) iaitu ayat yang mansukh tilawahnya sahaja, tidak hukumnya hanya ada dua sahaja. ltulah yang disebut-sebut sebagai contoh oleh mana-mana pengarang pun yang menerima pembahagian tersebut. Mereka tidak mampu mengemukakan contoh lain selain itu. Sekarang mari kita lihat apakah ayat yang mansukh tilawahnya sahaja, tidak hukumnya itu:

Pertama:

حَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ وَحَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى قَالَا حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ يَقُولُ قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ وَهُوَ جَالِسٌ عَلَى مِنْبَرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 إِنَّ اللَّهَ بَعَثَ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْحَقِّ وَأَنْزَلَ عَلَيْهِ الْكِتَابَ فَكَانَ مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ آيَةُ الرَّجْمِ فَقَرَأْنَاهَا وَعَقَلْنَاهَا وَوَعَيْنَاهَا رَجَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجَمْنَا بَعْدَهُ فَأَخْشَى إِنْ طَالَ بِالنَّاسِ زَمَانٌ أَنْ يَقُولَ قَائِلٌ وَاللَّهِ مَا نَجِدُ آيَةَ الرَّجْمِ فِي كِتَابِ اللَّهِ فَيَضِلُّوا بِتَرْكِ فَرِيضَةٍ أَنْزَلَهَا اللَّهُ وَالرَّجْمُ فِي كِتَابِ اللَّهِ حَقٌّ عَلَى مَنْ زَنَى إِذَا أُحْصِنَ مِنْ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ إِذَا قَامَتْ الْبَيِّنَةُ أَوْ كَانَ الْحَبَلُ أَوْ الِاعْتِرَافُ


258

Tiada ulasan:

Catat Ulasan