Ahad, April 18, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)270

Tafsir asas quran nota 9(302)270

sebagai al-Qur'an, kerana ia hanya hadits aahaad. Sebagaimana sedia dimaklumi, bagi mereka alQuran tidak tsabit dengan hadits aahaad. Setiap ayat al-Qur'an adalah mutawatir. Hadits aahaad juga tidak dapat menyabitkan mansukhnya sesuatu ayat. Hükum lima kali penyusuan menjadikan anak yang disusui mahram bagi penyusu dan orang-orang tertentu yang ada kaitan dengan penyusunya kalau hendak diterima pun hanyalah kerana ia bersumberkan hadits bukan bersumberkan al-Quran.


Hadits Aishah ini selain hanya merupakan hadits aahaad, ia juga bermasalah pada sanad dan matan. Walaupun pada zahirnya hadits ini kelihatan sahih, tetapi pada hakikatnya ia ma'lul. Antara ulama' hadis yang menganggapnya ma'lul ialah at-Thahaawi dan İbnu al-Arabi. Perawinya daripada Amrah, iaitu Abdullah bin Abi Bakar pula dianggap mereka telah waham dalam meriwattkanya .Bukan beliau sahaja telah meriwayatkan hadits Aaishah itü daripada Amrah. Yahya bin Said dan al-Qasim bin Muhammad juga turut meriwayatkannya. Tetapi mereka berdua tidak pula ada menambahkan bahagian terakhir yang terdapat di dalam hadits itu. وَهًنَّ فِيمَا يَقْرَأْ مِنِ القُرْآنِ itü tidak ada di dalam riwayat mereka berdua. Oleh kerana al-Qasim lebih senior dan lebih hebat baik daripada segi ilmu mahupun fiqh daripada Abdullah bin Abi Bakar. Kata at-Thahaawi mentarjihkan riwayatnya daripada riwayat Abdullah bin Abi Bakar. Kata atThahaawi, "Antara yang menunjukkan tidak betulnya tambahan yang terdapat di dalam riwayat Abdullah bin Abi Bakar ialah kita tidak mengetahui ada sesiapa pun meriwayatkan daripada Abdullah bin Abi Bakar hadits ini selain İmam Malik. İmam Malik pun kemudiannya tidak berpegang juga dengan atsar 'Aaishah itu. Beliau kemudiannya meninggalkannya. Pendapat Malik yang kemudian ialah sedikit atau banyak penyusuan tetap menjadikan anak yang disusui mahram bagi penyusunya dan juga orang-orang tertentu yang ada kaitan dengan penyusunya." (Lihat Musykilul Aatsaarj.3 mis 8).

Kalangan ulama' Hanafiyyah yang menerima konsep nasakh tilawah dan hükum kedua-dua sekali pula tidak menerima atsar 'Aaishah itü sebagai penentu dalam masalah ini. Mereka menganggap hükum dan tilawah bagi kedua-dua penyusuan, baik sebanyak sepuluh kali atau lima kali itü telah mansukh dengan firman Allah:

An-Nisa' 4:23

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَٰتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَٰتُكُمْ وَعَمَّٰتُكُمْ وَخَٰلَٰتُكُمْ وَبَنَاتُ ٱلْأَخِ وَبَنَاتُ ٱلْأُخْتِ وَأُمَّهَٰتُكُمُ ٱلَّٰتِىٓ أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَٰتُكُم مِّنَ ٱلرَّضَٰعَةِ وَأُمَّهَٰتُ نِسَآئِكُمْ وَرَبَٰٓئِبُكُمُ ٱلَّٰتِى فِى حُجُورِكُم مِّن نِّسَآئِكُمُ ٱلَّٰتِى دَخَلْتُم بِهِنَّ فَإِن لَّمْ تَكُونُوا۟ دَخَلْتُم بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلَٰٓئِلُ أَبْنَآئِكُمُ ٱلَّذِينَ مِنْ أَصْلَٰبِكُمْ وَأَن تَجْمَعُوا۟ بَيْنَ ٱلْأُخْتَيْنِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا 

270

Tiada ulasan:

Catat Ulasan