Isnin, Mei 31, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 25(73)nota 16(398)

Daurah tafsir 2019 sesi 25(73)nota 16(398)

 (Ayat: 10). 

Di dalam Surah al-Muddatstsir akan datang pula perintah bersabar dalam berda'wah kerana Allah semata-mata juga diberikan kepada Baginda untuk menghadapi suasana tuduhan dan kritikan oleh pihak musuh. وَلِرَبِّكَ فَٱصْبِرْ  (A1-Muddatstsir: 7).

Al-Muddaththir 74:7
وَلِرَبِّكَ فَٱصْبِرْ 
Dan karena Tuhanmu, bersabarlah.


Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Maksud perintah al-Qur'an supaya membacanya dengan tartil ialah membacanya dengan perlahan dan berhenti di akhir setiap ayat وَرَتِّلِ ٱلْقُرْءَانَ تَرْتِيلًا  (tyat: 4). Disebutkan maful mutlaq bagi رَتِّلِ untuk memberi penekanan yang lebih kepada cara bacaan seperti itu.

Al-Muzzammil 73:4
أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ ٱلْقُرْءَانَ تَرْتِيلًا 
atau lebih dari (seperdua) itu, dan bacalah Al-Qur'an itu dengan perlahan-lahan.

Al-Qur'anlah satu-satunya kitab di dunia ini yang menyuruh orang membacanya secara tartil dan tidak membacanya secara sambil lewa, di samping itu pembacanya hendaklah berusaha memahami apa yang dibaca dan apa yang didengar.

2. Perkataan تَبَتَّلْ bererti menumpukan amal ibadat kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan atau menghadap kepada Allah dengan memutuskan segala hubungan yang lain. وَٱذْكُرِ ٱسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا  (Ayat: 8), perkataan تَبَتَّلْ juga adalah maful mutlaq yang memberi erti kekuatan dan keseriusan dalam menghadap kepada Allah dan memutuskan hubungan dengan segala yang lain.Tujuannya ialah supaya manusia yang akan menjadi pemimpin Islam mempunyai hubungan yang begitu kuat dan teguh dengan Allah.
Al-Muzzammil 73:8
وَٱذْكُرِ ٱسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا 
Dan sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepada-Nya dengan sepenuh hati.

3. Setelah menerima Allah sebagai إله. kita diperintah supaya menjadikanNya sebagai وكيل dan bertawakkal kepadaNya.Tidak ada إله yang lain selain Allah yang mengatur dan mengurus perjalanan langit dan bumi, kerana itu Dia hendaklah dijadikan sebagai وكيل  (pelindung dan penjaga) (Ayat 9):

Al-Muzzammil 73:9
رَّبُّ ٱلْمَشْرِقِ وَٱلْمَغْرِبِ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ فَٱتَّخِذْهُ وَكِيلًا 
9. Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia
Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.

4. Perintah bersabar dan beristiqamah di samping beradab dalam menyampaikan da'wah. Rasulullah dinasihati supaya bersabar dalam menghadapi orang-orang musyrikin yang begitu kuat menentang dan banyak membuat tuduhan kepada Baginda. Baginda diajar supaya mengabaikan
penentangan dan tuduhan mereka dengan cara beradab dan sopan, itulah antara adab da'wah yang telah diberikan di peringkat permulaan Islam lagi (Ayat: 10).

Al-Muzzammil 73:10
وَٱصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَٱهْجُرْهُمْ هَجْرًا جَمِيلًا  
10. Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah
dirimu dari mereka dengan cara yang baik.

398

Tiada ulasan:

Catat Ulasan