Isnin, Mei 31, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)311

Tafsir asas quran nota 9(302)311

umat ini bergembira ialah seperti yang tersebut dalam ayat sebelumnya iaitu "al-Qur'an". Ibnu Katsir mentafsirkannya dengan ma'na "petunjuk" dan "agama yang benar". Qurtubi mentafsirkannya berdasarkan riwayat Abu Sa'id al-Khudri dan Ibnu Abbas dengan makna "alQur'an" "Islam". Riwayat yang lain daripada mereka berdua pula memberi  makna "alQur'an" dan "menjadi ahli al-Qur'an". Riwayat daripada al-Hasan dan ad-Dhahhak pula menyatakan ma'nanya ialah "Iman" dan "al-Qur'an". Ibnul Qayyim mengatakan: "Kata-kata Salaf tentang ayat ini (iaitu kurniaan Allah dan rahmatNya) berkisar tentang Islam dan Sunnah".

Rahmat Allah yang berkait dengan Islam dan al-Qur'an tidak berkait dengan kelahiran Rasulullah, tetapi berkait dengan perutusan dan kebangkitan Rasul kepada umat manusia. Oleh sebab itulah ayat daripada surah al-Anbiya': 107 itu menyatakan bahawa Rasulullah adalah rahmat kerana perutusannya, bukan kerana kelahirannya.

Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah, katanya: "Wahai Rasulallah! Doalah keburukan terhadap orang-orang musyrikin", Nabi s.a.w. menjawab: "Aku tidak diutuskan untuk melaknat dan menyeranah, aku hanya diutuskan sebagai rahmat".


Demikianlah dua contoh tahrif ma' nawi (pemesongan 
makna) terhadap al-Qur'an yang dilakukan oleh ahli bidah di zaman mutakkhir.

311

Tiada ulasan:

Catat Ulasan