Tafsir asas quran nota 9(302)342
kemudian mani itü menjadi segumpal darah, lalü Allah menciptakannya. dan menyempurnakan kejadiannya (scbagaİ manusia)? (38), lalü Allah menjadikan daripadanya sepasang: laki-laki dan perempuan. (39). Bukankah (Allah yang bcrbuat) demikian berkuasa (pula) menghidupkan orang mati?! (40). (al-Qiyamah, ayat 36-40).
Hingga baru-baru ini, orang mengira bahawa jantina bayi ditentukan oleh sel-sel ibu. Atau setidaknya, dipercayai bahawa jantina ditentukan secara bersama oleh sel-sel lelaki dan perempuan. Tetapi maşlumat yang diperolehi daripada al-Qur'an adalah berbeza. Kerana İa menyatakan bahawa jenis kelamin laki-laki atau perempuan diciptakan "dari air mani apabila dipancarkan”.
An-Najm 53:45
وَأَنَّهُۥ خَلَقَ ٱلزَّوْجَيْنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلْأُنثَىٰ
An-Najm 53:46
مِن نُّطْفَةٍ إِذَا تُمْنَىٰ
Bermaksud: Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menciptakan pasangan lelaki danperempuan (45)
Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim); (46). (an-Najm: 45-46)
Ilmu genetik dan biologi moleküler yang berkembang telah meınbenarkan secara saintifık ketepatan informasi yang diberikan al-Qur'an ini. Kini diketahui bahawa jantina ditentukan oleh sel-sel sperma dari tubuh lelaki, dan bahawa wanita tidak berperanan dalam proses penentuan jantina.
Kromosoın adalah unsur utama dalam penentuan jenis kelamin, Dua dari 46 kromosom yang menentukan struktur seorang manusia dikenal pasti sebagai kromosom kelamin.
Dua kromosom ini disebut X Y pada lelaki, dan XX pada wanita. Penamaan ini didasarkan pada bentuk kromosom tersebut yang menyerupai bentuk huruf-huruf ini. Kromosom Y membawa gen-gen yang mengekodkan sifat-sifat kelelakian, sedangkan kromosom X membawa gen-gen yang mengekodkan sifat-sifat kewanitaan.
Pembentukan seorang manusia bermula dengan penggabungan silang salah satu darİ kromosom ini, yang pada lelaki dan wanita ada dalam keadaan berpasangan. Pada wanita. kedua bahagian sel kelamin, yang membelah ıncnjadi dua dalam proses ovulasi (pengovuman), membawa kromosom X. Sebaliknya. sel kelamin seorang lelaki menghasilkan dua sel sperma yang berbeda. satu berisi kromosom X. dan yang lainnya berisi kromosom Y. Jika satu sel telur berkromosom X dari wanita ini bergabung dengan sperma yang nıembawa kromosom Y. maka bayi yang akan lahir berjenis kelamin lelaki. Dengan kata lain jenis kelamin bayi ditentukan oleh jenis kromosom mana dari İelaki yang bergabung dengan sel telur wanita.
342
Tiada ulasan:
Catat Ulasan