Rabu, Oktober 27, 2021

Tafsir quran dgn quran sesi 004ss

Tafsir quran dgn quran sesi 004ss

Surah yang  turun mula2 sekali secara lengkap adalah surah ini.
Tertib nuzul bukan surah ini.
Surah ini pembuka bicara.
Diturun di Mekah.

سورة الفاتحة
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ (١)الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (٢)الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
(٣)مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ(٤)إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ(٥)اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
(٦)صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ(٧)

Dengan nama Allah ¹(Tuhan) Ar-Rahman juga Ar-Rahim ²[1] 
Segala puji bagi Allah ³ Rabb (Tuhan) semesta alam ⁴ [2] (Tuhan) Ar-Rahman, juga Ar- Rahim ⁵ [3]
Yang menguasai Hari Pembalasan ⁶[4]
Hanya Engkaulah yang kami sembah ⁷dan hanya kepada
Hanya Engkaulah kami memohon pertolongan.⁸ [5] Pimpinlah kami ke jalan yang lurus ⁹ [6]
Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan ni'mat kepada mereka ¹⁰ bukan (jalan)mereka yang dimurkai ¹¹ dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat ¹² [7]

Ayat pertama بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيكم
Dengan nama Allah¹, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani².

¹ Allah ialah nama zat (diri Tuhan) yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya. Dia tidak memerlukan makhlukNya, sebaliknya semua makhluk memerlukanNya. Di dalam ayat yang mula-mula sekali diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. 

ayat yang menafsirkannya:
1.Al-'Alaq 96:1
ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ 
Bermaksud: Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. (al-'Alaq:1).

Tetapi tidak disebut di situ nama Tuhan yang diperintah Baginda s.a.w. supaya membaca dengan menyebut namaNya itu. NamaNya disebutkan di dalam ayat pertama Surah al-Fatihah ini. Ia adalah Allah. Yang diperintah Rasulullah s.a.w. dan hamba-hamba Allah yang lain supaya membaca dengan nama Allah ialah Al-Qur'an. 
Allah secara tersirat seolah-olah mengajar hamba- hambaNya apabila hendak membaca(Al-Qur'an) supaya mengucapkan Ayat بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ yang bererti aku membaca Al-Qur'an ini dengan nama Allah yang bersifat dengan   الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ    iaitu Tuhan Yang Maha Luas lagi Maha Berkekalan RahmatNya. 

Kepentingan menyebut nama Allah atau 
membaca  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ  bukan hanya ketika hendak membaca Al-Qur'an sahaja. Ia juga dituntut supaya dibaca ketika hendak melakukan perkara-perkara baik yang lain.

Sebagai contohnya Allah melarang hamba-hambaNya memakan binatang yang disembelih dengan tidak menyebut namaNya. Jadi Allah nak disebut nama Allah juga ketika menyembelih .

Itulah  pentingnya dengan nama Allah.Allah itulah yg menciptakan kita atau rabb kita.


Lihat firman Allah berikut: Al-An'am 6:121
وَلَا تَأْكُلُوا۟ مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ ٱسْمُ ٱللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُۥ لَفِسْقٌۗ وَإِنَّ ٱلشَّيَٰطِينَ لَيُوحُونَ إِلَىٰٓ أَوْلِيَآئِهِمْ لِيُجَٰدِلُوكُمْۖ وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ إِنَّكُمْ لَمُشْرِكُونَ 
Bermaksud: Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa) dan
sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik.(al-An'aam :121).
-sebut nama Allah sangat penting.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Begitu juga bersifat dengan  الرَّحْمَٰنِ dan sifat الرَّحِيمِ iaitu tuhan yg  maha luas lagi maha berkekalan rahmatnya.


Cuma dlm hadis bismillah allahuakhbar bila nak sembelih
bukan بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِTapi بِسْمِ اللَّهِ juga.
Bg Malik tidak boleh makan kalu sembelih tak baca بِسْمِ اللَّهِ 
Sehingga nak bersetubuh dgn isteripun sebut nama Allah.


² Oleh kerana sukar sekali mendapatkan perkataan dalam bahasa Melayu yang dapat menterjemahkan dengan tepat perkataan Ar-Rahman dan Ar-Rahim yang merupakan dua nama sifat Allah itu, penulis tidak menterjemahkannya. Malah mengekalkannya dalam perkataan asal.

Punca kedua-dua perkataan itu sama, iaitu الرحمة. 
Perkataan الرحمة bererti rahmat, belas kasihan, kasih, sayang, simpati, kemurahan, kebaikan dan lain-lain.
Perkataan الرحمن dan الرحيم mengandungi semua ma'na tersebut.
-maha pemurah sahaja tidak cukup.

Dalam qaedah bahasa 'Arab kedua-duanya merupakan shighah mubalagah, iaitu perkataan yang menyatakan adanya sifat rahmat pada Allah dengan banyak, melimpah ruah, mewah, meluas dan kuat.
- contoh yang pemakan, berahi makan, kaki makan.
Ma'na ini ada pada sifat Ar-Rahman.

Sifat rahmat itu juga sentiasa ada pada Allah secara berkekalan, berpanjangan dan berterusan. 
Ma'na ini terkandung dalam perkataan Ar-Rahim.

Jadi Ar-Rahman dan Ar-Rahim ialah dua sifat Allah yang menunjukkan Tuhan Yang Maha Luas lagi Maha Berkekalan RahmatNya.
Kesimpulannya ialah Allah, Tuhan semesta alam itu rahmatNya amat luas, banyak dan melimpah ruah, kerana itu Dia bersifat dengan Ar-Rahman. 

RahmatNya juga berkekalan, berterusan dan berpanjangan, kerana itu Dia bersifat dengan Ar-Rahim.

Kedua2 perkataan itu الرَّحْمَٰنِ dan الرَّحِيمِ berasal dari perkataan yg sama.
Tetapi kenapa terjemah satu pemurah dan satu penyayang.
Iaitu ر ح م 
Perkataan rahmah bererti rahmat ,belas kasihan,kasih,simpati,kemurahan,kebaikan dll.
Jadi pemurah tu salah satu darinya.
Bukan segala2nya الرَّحْمَٰنِ itu murah.tak tepat .
Jadi saya terjemah الرَّحْمَٰنِ  juga الرَّحِيمِ.
Perkataan الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ada semua makna tadi ,bukan pemurah dan penyayang shj.

Kedua2 adalah sighah mubalaghah.
sighah mubalaghah ini apa?
Iaitu  perkataan yg menyatakan adanya sifat rahmat pada Allah dengan banyak,melimpahruah,mewah ,meluas dan kuat .itulah makna bila guna sighah mubalaghah.
Contoh bahasa melayu.
Dia pemakan..dia kaki makan,dia berahi makan tentu lain .bukan sekali makan.
Inilah sighahmubalaghah.
Ini pun ada juga yg menunjukkan banyak.
Makna ini pada sifat الرَّحْمَٰنِ
Sifat rahmat itu sentiasa ada pada Allah secara berkekalan ,berpanjangan dan berterusan.
Tidak berhenti setakat dunia.
Makna ini terkandung dlm perkataan الرَّحِيمِ
Perkataan الرَّحْمَٰنِ dan الرَّحِيمِ menunjukan sifat allah yg maha luas lagi maha berkekalan rahmatnya.itu maknanya.
Kesimpulannya 
Allah ,rahmatnya amat luas,banyak dan melimpahruah kerana itu dia bersifat dengan الرَّحْمَٰنِ
Rahmatnya juga berkekalan ,berterusan dan berpanjangan kerana itu dia bersifat dengan الرَّحِيمِ
Itu lah ringkasnya.beza الرَّحْمَٰنِ dengan الرَّحِيمِ
kenapa lepas بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ segala puji bagi Allah?


Ayat 2 الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji bagi Allah ³ Rabb (Tuhan) semesta alam ⁴ [2]

³ Tidak nyata di sini tempat dan waktu berlaku pujian kepada Allah, di mana dan bilakah Allah itu terpuji? Tetapi di dalam Surah ar-Ruum ia disebutkan. Antara tempat Allah dipuji dan terpuji ialah di langit dan di bumi. Dan antara waktunya ialah pada petang hari dan juga pada waktu Zuhur. 

Lihat firman Allah berkenaan:Ar-Rum 30:18
وَلَهُ ٱلْحَمْدُ فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَعَشِيًّا وَحِينَ تُظْهِرُونَ 
Bermaksud: Dan bagi-Nya-lah segala puji di langit dan di bumi dan di waktu kamu berada pada petang hari dan di waktu kamu berada di waktu Zuhur. 
(ar-Ruum:18).

Di dalam dua ayat di bawah ini juga tersebut masa, ketika dan waktu Allah dipuji dan terpuji:
-tempat =dilangit atau dibumi
- waktu petang dan waktu zohor yakni waktu solat

1.Al-Qasas 28:70
وَهُوَ ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ لَهُ ٱلْحَمْدُ فِى ٱلْأُولَىٰ وَٱلْءَاخِرَةِۖ وَلَهُ ٱلْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ 
Bermaksud: Dan Dialah Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,bagi-Nyalah segala puji di dunia dan di akhirat, hanyalah Dia yang berkuasa menghukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. 
(al-Qashash: 70).
-dimana tuhan dipuji?
Didunia dan diakhirat.لَهُ ٱلْحَمْدُ فِى ٱلْأُولَىٰ وَٱلْءَاخِرَةِۖ

2.Saba' 34:1
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى لَهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ وَلَهُ ٱلْحَمْدُ فِى ٱلْءَاخِرَةِۚ وَهُوَ ٱلْحَكِيمُ ٱلْخَبِيرُ 
Bermaksud: Segala puji bagi Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada dilangit dan yang ada di bumi dan bagi-Nya juga) segala puji di akhirat. Dan DialahYang Maha Bijaksana lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. (Saba':1).
- di langit dan di bumi.

Sebagaimana Allah menyuruh hamba-hambaNya memulakan segala pekerjaan yang baik dan mulia dengan menyebut namaNya, Allah juga menyuruh mereka memujiNya menerusi ayat berikut:
An-Naml 27:59
قُلِ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ وَسَلَٰمٌ عَلَىٰ عِبَادِهِ ٱلَّذِينَ ٱصْطَفَىٰٓۗ ءَآللَّهُ خَيْرٌ أَمَّا يُشْرِكُونَ 
"'Bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Segala puji bagi Allah dan selamat sejahtera kepada hamba,hambaNya (Nabi-nabi) yang dipilihNya. Manakah yang lebih baik? Allah atau benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu bagiNya?" (an-Naml:59).
-Allah yang menyuruh sebut namaNya


Ayat 2 الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji bagi Allah ³ Rabb (Tuhan) semesta alam ⁴ [2]
-Nama Allah disebut, Allah itu رَبِّ الْعَالَمِينَ
Apa yg dimaksudkan dgn ِ رَبِّ الْعَالَمِينَ itu?
-Alam pula tu apa?

⁴ Tidak dijelaskan di sini apakah yang dimaksudkan dengan Rab (Tuhan) sekalian alam itu? Di tempat yang lain Allah menyatakannya dalam bentuk soal jawab. Allah berfirman:

1.Asy-Syu'ara' 26:23
قَالَ فِرْعَوْنُ وَمَا رَبُّ ٱلْعَٰلَمِينَ 
Bermaksud: Firaun berkata: "Siapa Tuhan sekalian alam itu?" 
-Allah menyatakan dalam bentuk soaljawab.
Firaun tanya ,apa itu tuhan semesta alam?


Asy-Syu'ara' 26:24
قَالَ رَبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَآۖ إِن كُنتُم مُّوقِنِينَ 
Nabi Musa menjawab. "Dialah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil, maka inilah jalannya. (24).
(asy-Syu'araa' : 23-24).
-Tuhan bagi jawapan رَبِّ الْعَالَمِينَ itu rabbusama watiwalardi wamabainahuma.
Inilah رَبِّ الْعَالَمِينَ

Dua ayat dibawah ini menjelaskan tentangnya 
Allah sebagai  رَبِّ الْعَالَمِينَ.
Apa kerjanya atau dia buat apa?


2.Fushshilat 41:9
قُلْ أَئِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْأَرْضَ فِى يَوْمَيْنِ وَتَجْعَلُونَ لَهُۥٓ أَندَادًاۚ ذَٰلِكَ رَبُّ ٱلْعَٰلَمِينَ 
Bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah (Allah)Tuhan sekalian alam, (9)

3.Fushshilat 41:10
وَجَعَلَ فِيهَا رَوَٰسِىَ مِن فَوْقِهَا وَبَٰرَكَ فِيهَا وَقَدَّرَ فِيهَآ أَقْوَٰتَهَا فِىٓ أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَآءً لِّلسَّآئِلِينَ 
Dan Dia menjadikan di bumi gunung-ganang yang kukuh di atasnya, Dia melimpahkan berkat padanya dan Dia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa. (10)
(Fusshilat:9-10).

Jadi, Rabbul 'Alamin itu ialah Tuhan yang menciptakan, memiliki, mengatur, memberi rezeki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya. Itulah Allah. Yg kita puji tu,dialah yg mengurus dan mentadbirkan apa keperluan dlm alam itu.sebab itulah terpuji sangat tu.

Kemudian tentang Alam tu apa?
Ia adalah selain Allah ,itu lah alam.
Alam ini tanda adanya kuasa tuhan.
Tak boleh alam yg sebesar ini terjadi sendiri.
Bukan rabbusama watiwalardi wamabainahuma shj,syurga neraka yang kita tak duduk lagi loni pun!
Dunia Yg perlu kepada kita ..segala bulan segala bintang.
Sebab itu dia sebut yg tu.
-Jadi siapa tuhan?
Dialah Allah رَبِّ الْعَالَمِينَ
Kesimpulannya رَبِّ الْعَالَمِينَ itu 
Ialah tuhan yg menciptakan,memiliki ,mengatur,memberi rezeki dan mentadbirkan langit dan bumi segala apa yg ada diantara keduanya iaitulah Allah.
Tuhan sekali lagi diulang dlm ayat ke3

Ayat 3 الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
(Tuhan) Ar-Rahman, juga Ar- Rahim ⁵ [3]
⁵ Oleh kerana dua sifat Allah inilah yang paling dominan dalam kerajaan Allah di alam semesta, maka ia disebut sekali lagi. Itulah rahsia di sebalik dua sifat Allah ini ditonjolkan di dalam Surah al-Fatihah sebanyak dua kali. Hakikat bahawa dua sifat itulah yang mendominasi seluruh kerajaan Allah di alam semesta diisyaratkan melalui beberapa firman Allah berikut:

Al-A'raf 7:156
وَٱكْتُبْ لَنَا فِى هَٰذِهِ ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ إِنَّا هُدْنَآ إِلَيْكَۚ قَالَ عَذَابِىٓ أُصِيبُ بِهِۦ مَنْ أَشَآءُۖ وَرَحْمَتِى وَسِعَتْ كُلَّ شَىْءٍۚ فَسَأَكْتُبُهَا لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ وَيُؤْتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱلَّذِينَ هُم بِـَٔايَٰتِنَا يُؤْمِنُونَ 
Bermaksud: Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga diakhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu. Allah berfirman:"AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki dan rahmatKu meliputi segala sesuatu; maka Aku akan tetapkan rahmatKu untuk orang-orang yang bertaqwa dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami." 
(al-A'raaf:156).

Thaa Ha 20:5
ٱلرَّحْمَٰنُ عَلَى ٱلْعَرْشِ ٱسْتَوَىٰ 
Bermaksud: Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. 
Thaaha 5
-diatas Arasy bererti..
Contoh Kelantan, Pahang dalam Malaysia
Menguasai Arasy bererti menguasai semua...
Dasar pemerintahannya rahmat.
Tiada sebut Al jabar ala arsystawa...tetapi sebut ar rahman.

Ar-Rahman 55:1ٱلرَّحْمَٰنُ
Ar-Rahman 55:2عَلَّمَ ٱلْقُرْءَانَ
Ar-Rahman 55:3خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ
Ar-Rahman 55:4عَلَّمَهُ ٱلْبَيَانَ
 
Bermaksud:
(Tuhan) Ar-Rahman.(1) 
Dialah yang telah mengajarkan Al-Qur'an.(2)
Dialah yang telah menciptakan manusia.(3) 
Dialah yang telah mengajarnya pandai berbicara.(4) 
(Ar-Rahman:1 -4).

-kita manusia pandai bercakap
- burung pun pandai tetapi manusia lebih istimewa dari binatang kerana boleh menyatakan hasrat hati ketika berbicara.
-inilah sifat Ar rahman yang sangat besar perananya dialam semesta.

Al-Ahzab 33:43
هُوَ ٱلَّذِى يُصَلِّى عَلَيْكُمْ وَمَلَٰٓئِكَتُهُۥ لِيُخْرِجَكُم مِّنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِۚ وَكَانَ بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا 
Bermaksud: Dialah yang memberi rahmat kepada kamu dan malaikatNya pula(memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan mu dari kegelapan (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang. Dan adalah Dia Rahim(sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat). 
(al-Ahzaab:43)
-Rahman sudah banyak tetapi Rahim tidak akan diperolehi orang kafir.
- sentiasa melimpah dan berpanjangan وَكَانَ بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا 

At-Taubah 9:117
لَّقَد تَّابَ ٱللَّهُ عَلَى ٱلنَّبِىِّ وَٱلْمُهَٰجِرِينَ وَٱلْأَنصَارِ ٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُ فِى سَاعَةِ ٱلْعُسْرَةِ مِنۢ بَعْدِ مَا كَادَ يَزِيغُ قُلُوبُ فَرِيقٍ مِّنْهُمْ ثُمَّ تَابَ عَلَيْهِمْۚ إِنَّهُۥ بِهِمْ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ 
Bermaksud: Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang Muhajirin dan orang-orang Anshar yang mengikutnya (berjuang) dalam masa kesulitan, setelah hati segolongan dari mereka hampir terpesong, kemudian Allah menerima taubat mereka itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka. 
(at-Taubah:117).
-sifat Rahim  telah ada di dunia
- contoh sahabat yang buat salah رَءُوفٌ رَّحِيمٌ 
- ini rahmat yang khusus.
-sifat rahim hanya untuk orang mukmin.


Tuhan yg menguasai hari pembalasan.
Ayat 4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang menguasai Hari Pembalasan ⁶[4]


⁶ Apakah yang dimaksudkan dengan "Yaumid Diin" atau hari pembalasan di dalam ayat ini? Ia nyata melalui firman Allah berikut:. 
Al-Infithar 82:18ثُمَّ مَآ أَدْرَىٰكَ مَا يَوْمُ ٱلدِّينِ 
Al-Infithar 82:19يَوْمَ لَا تَمْلِكُ نَفْسٌ لِّنَفْسٍ شَيْـًٔاۖ وَٱلْأَمْرُ يَوْمَئِذٍ لِّلَّهِ 
Bermaksud: Sekali lagi, tahukah kamu apakah hari pembalasan itu? (18) 
(Iaitu)hari (ketika) seseorang tidak berdaya sedikitpun untuk menolong orang lain.Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah. (19) 
(al-Infithaar:18-19).

Itulah hari kiamat atau hari akhirat."Yaumud Diin" adalah hari pembalasan dan pengadilan di akhirat. Hakikat ini dapat juga dilihat pada firman Allah di bawah ini:
An-Nur 24:25
يَوْمَئِذٍ يُوَفِّيهِمُ ٱللَّهُ دِينَهُمُ ٱلْحَقَّ وَيَعْلَمُونَ أَنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلْحَقُّ ٱلْمُبِينُ 
Bermaksud: Di hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurut semestinya, dan tahulah mereka bahawa Allah-lah yang Maha Benar, lagi nyata keadilanNya. (an-Nuur :25).
-balasan yang setimpal dan begitu tepat.
- deen dengan makna pembalasan selain dari deenmakna agama.

-Tiada yg lain ,hanya mahkamah Allah.
Maksud مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Makna الدِّينِ agama kenapa hari pembalasan?
-Apa maknanya disini?
Pada hari tiada orang yg berdaya..manusia diberi balasan .tiada siapa yg boleh tolong sesiapa.
Allah akan beri nalasan yg setimpal...

Ayat 5إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Hanya Engkaulah yang kami sembah ⁷dan hanya kepada
Hanya Engkaulah kami memohon pertolongan.⁸ [5]

⁷ Engkau jua yang kami sembah dan kami puja. Kenyataan ini bersesuaian dengan firman Allah berikut:
- ada berbagai terjemahan dan boleh diterima asalkan menunjukkan Tuhan sahaja.
- perkataan إِيَّاكَ نَعْبُدُ

Al-Bayyinah 98:5
وَمَآ أُمِرُوٓا۟ إِلَّا لِيَعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤْتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَۚ وَذَٰلِكَ دِينُ ٱلْقَيِّمَةِ 
Bermaksud: Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama yang  lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.
(Baiyyinah: 5)
- sembah dengan ikhlas
- juga makna kita puja dan sayangi إِيَّاكَ نَعْبُدُ

Al-Baqarah 2:165
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَندَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ ٱللَّهِۖ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَشَدُّ حُبًّا لِّلَّهِۗ وَلَوْ يَرَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓا۟ إِذْ يَرَوْنَ ٱلْعَذَابَ أَنَّ ٱلْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعَذَابِ 
Bermaksud: Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).(al-Baqarah:165).
- orang beriman sangat cintakan Allah.itulah إِيَّاكَ نَعْبُدُ

Ini perbahasannya
Bahagian permulaan ayat ke-5 Surah al-Fatihah ini iaituإِيَّاكَ نَعْبُدُ sebenarnya merealisasikan ma'na لا إله إلا الله (Tiada tuhan yang layak disembah selain Allah). 
-hanya Engkau yang kami sembah...
Ini kerana Kalimah Thayyibah لا إله إلا الله itu mengandungi dua perkara utama. 
Pertamanya ialah nafi (tolak) لاله  dan 
keduanya ialah itsbat (terima).الالله
Nafi bererti membuang segala sembahan selain Allah daripada kelayakan disembah dalam segala bentuk penyembahan. 
Itsbat إلا الله pula bererti mengikhlas dan mengesakan Allah pencipta langit dan bumi dan segala-galanya sebagai satu-satunya Tuhan yang disembah dan dipuja. 


Pada mendahulukan إياك terdapat erti nafi (tolak) itu, kerana ia bererti Engkau jua, Engkau sahaja atau hanya Engkaulah.

Atau dlm إِيَّاكَ نَعْبُدُ sudah ada laillahaillallah iaitu tiada tuhan yg layak disembah melainkan engkau. Perkataan وَإِيَّاكَ
Nafi maknanya tolak dan ada makna terima.

Maka secara tersirat (mafhum) ia mengandungi erti penafian penyembahan dan pemujaan kepada selain Allah.

Dan memang itu pun maksud    لا إله إلا الله (Tiada tuhan yang layak disembah selain Allah). 

Perkataan نعبد pula mengisyaratkan kepada pengitsbatan (penerimaan) penyembahan hanya kepada Allah. Hakikat ini dapat dilihat pada sekian banyak firman Allah di dalam Al-Qur'an.

-ada byk contoh, ini beberapa sahaja..
Sebagai contohnya lihat saja beberapa ayat di bawah ini:
Ayat 21
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Ayat 22
الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ ۖ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَادًا وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Bermaksud: Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelum mu, agar kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. (21)
Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan air (hujan) itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa.(22)(al-Baqarah :21-22).

-sembahlah Tuhanmu
-janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa.

Rangkai kata  اعْبُدُوا رَبَّكُم  di dalam ayat ke-21 mengitsbatkan (menyabitkan)penyembahan kepada Allah semata-mata.

Sementara firman Allah: فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَادًا  dihujung ayat ke-22 menafikan sembahan-sembahan yang lain selain Allah.

An-Nahl 16:36
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِى كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولًا أَنِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَٱجْتَنِبُوا۟ ٱلطَّٰغُوتَۖ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى ٱللَّهُ وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ ٱلضَّلَٰلَةُۚ فَسِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَٱنظُرُوا۟ كَيْفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلْمُكَذِّبِينَ 
Bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu
menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan rasul-rasulnya.
(an-Nahl:36).

Di dalam ayat ini itsbat terdapat pada firmanNya أَنِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّه
dan nafi pula وَٱجْتَنِبُوا۟ ٱلطَّٰغُوتَۖ 
-ayat ini ada nafi dan istbat

Al-Baqarah 2:256
لَآ إِكْرَاهَ فِى ٱلدِّينِۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشْدُ مِنَ ٱلْغَىِّۚ فَمَن يَكْفُرْ بِٱلطَّٰغُوتِ وَيُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسْتَمْسَكَ بِٱلْعُرْوَةِ ٱلْوُثْقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَاۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 
Bermaksud: Tidak ada paksaan dalam agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar (Islam) daripada jalan yang sesat (kufur).Oleh itu, sesiapa yang tidak percaya kepada Thaghut dan ia (pula) beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang amat kuat dan tidak akan putus. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 
(al-Baqarah:256). 

Di dalam ayat ini nafi terdapat pada firmanNya; 
فَمَن يَكْفُرْ بِٱلطَّٰغُوت
dan itsbat pula terdapat pada firmanNya: 
وَيُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ

Az-Zukhruf 43:26
وَإِذْ قَالَ إِبْرَٰهِيمُ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِۦٓ إِنَّنِى بَرَآءٌ مِّمَّا تَعْبُدُونَ 
Az-Zukhruf 43:27
إِلَّا ٱلَّذِى فَطَرَنِى فَإِنَّهُۥ سَيَهْدِينِ 
Bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya: Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah; (26)
tetapi (aku menyembah) Tuhan Yang menciptakan daku, kerana sesungguhnya Dia tetap memberi hidayat petunjuk kepadaku. (27) 
(az-Zuhruf:26-27).

Nafi di'dalam ayat ini terdapat pada firmanNya: 
إِنَّنِى بَرَآءٌ مِّمَّا تَعْبُدُونَ 
dan itsbat pula terdapat pada firmanNya:
إِلَّا ٱلَّذِى فَطَرَنِى

Al-Anbiya 21:25
وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِىٓ إِلَيْهِ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعْبُدُونِ 
Bermaksud: Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku, oleh itu beribadatlah kamu kepadaKu. 
(al-Anbiya':25).

Di dalam ayat ini nafi terdapat pada firmanNya'
لَآ إِلَٰهَ
dan itsbat pula terdapat pada firmanNya:
إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعْبُدُونِ 

Az-Zukhruf 43:45
وَسْـَٔلْ مَنْ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رُّسُلِنَآ أَجَعَلْنَا مِن دُونِ ٱلرَّحْمَٰنِ ءَالِهَةً يُعْبَدُونَ 
Bermaksud; Dan tanyakanlah kepada mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu; pernahkah Kami menetapkan tuhan-tuhan untuk disembah selain ar-Rahman (Allah)? (az-Zukhruf: 45).

pada firman Allah:
أَجَعَلْنَا مِن دُونِ ٱلرَّحْمَٰنِ ءَالِهَةً يُعْبَدُونَ 
terdapat penafian kelayakan disembah daripada sekalian tuhan selain ar-Rahman (Allah). Kelayakan disembah hanya diitsbatkan untuk Tuhan ar-Rahman semata-mata.

-asal menunjukan makna khusus,engkau sahaja.
-engkau sj kami sembah dan kami puja.
-orang beriman sangat cinta pada Allah.
-kata2 "kau pujaan hatiku"...bahaya kerana itu disembah bila puja..

Sambung














Tiada ulasan:

Catat Ulasan