Jawapan:
Bila bercakap tentang autism (ASD), kita tak bercakap tentang penyakit - seperti jangkitan kuman (bagi antibiotik, kuman mati, gejala jangkitan kuman hilang --> sembuh).
Ini kerana ASD adalah 'condition' yang tidak tipikal bagi perkembangan saraf anak (neurodevelopmental disorder). Ia berkait dengan cara perkembangan otal anak yang berbeza dengan anak yang tipikal.
Maka konsep 'sembuh' kurang sesuai digunakan. Apa yang kita fokuskan dalam rawatan ASD adalah meminimumkan kesan gejala yang anak ada kepada proses perkembangan dia secara umum.
Matlamat rawatan anak adalah = boleh berfungsi sebaik mungkin mengikut kemampuannya tanpa mengganggu aspek kehidupan yang lain.
Bukannya SEMBUH dari autism.
Contoh:
gejala anak - lewat bertutur, sukar berinteraksi.
Maka proses rawatan ialah membantu proses pertuturan anak, mengikut kemampuan otak dan sarafnya, melalui terapi berterusan agar anak boleh
1. mampu catch up kemahiran pertuturan mengikut umur
2. atau tidak terlalu jauh dari umur fizikal
3. jika masih tak boleh bertutur sekalipun dengan bantuan terapi, masih boleh berinteraksi menggunakan medium yang boleh
4. kelewatan bertutur dan berinteraksi tidak menganggu aspek lain - tingkah laku, proses belajar
5. jika aspek lain terganggu, kesannya minimum
Jadi kita set target yang realistik berdasarkan kemampuan anak dan dibantu oleh sumber yang ada disekeliling kita.
kalau anda fikir boleh sembuh atau tidak, anda akan kecewa. Jika anda fikir mengikut kerangka yang saya kongsikan, anda akan lebih realistik dan optimis.
Analogi selalu saya bagi kat parents:
Anak tipikal ni macam common drivers, dari KL ke Kuantan dia ikut LPT, 3 jam sampai.
Anak autism dia tak tipikal, jadi dia ikut Jalan gombak lama, pastu exit lanchang, singgah jap temerloh, keluar jengka, singgah Gambang...jadi jalannya jauh. Sebab tu orang dah sampai dia belum sampai.
Kerja Kita bukan paksa dia masuk highway, tapi guide mereka supaya akhirnya sampai juga ke Kuantan dan tak sesat atau payah balik KL.
InsyaAllah
#psikologisikecil
Dr Rozanizam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan