Jumaat, Februari 18, 2022

K999.10 CARA BINA KEYAKINAN DIRI

K999.10 CARA BINA KEYAKINAN DIRI 

Low self-esteem, adalah antara pintu lazim membawa ramainpesakit remaja saya (juga dewasa) kepada masalah mental. 

Saya nak share 10 tips praktikal untuk bina self-esteem.

1.  Cuba senaraikan kebaikan, kelebihan, kemampuan kita, sekalipun kecil untuk kita muhasabah yang kita tidak perlu ada kelebihan luarbiasa untuk rasa kita ada nilai. 
2.  Terima kekurangan, limitasi diri sebagai normal bagi setiap manusia.
3.  Terima juga hakikat bahawa setiap manusia ada potensi untuk berubah kepada sesuatu yang lebih baik.
4.  Perbaiki perspektif melihat kekurangan atau kegagalan. Contoh jangan sebuat “aku tak kaya”, tapi sebutlah “aku tak kaya LAGI, kalau usaha mungkin boleh tambah rezeki”. LAGI (YET) adalah powerful growth mindset message. 
5.  Cuba benda baru dalam hidup – kemahiran baru, ilmu baru, aktiviti baru. Keluar dari tempurung lama.
6.  Raikan usaha, langkah, inisiatif sendiri walaupun kecil. Puji diri sendiri depan cermin. 
7.  Praktikkan positive self-talk – “nizam, kau boleh buat, kalau orang lain boleh, insyaAllah kau boleh!”
8.  Terima pujian. Jangan rendah diri sangat “mana adeeeeeee….saya biase biase ajeeeee” (menyampah!)
9.  Bertegas – jangan bagi orang pijak kepala kita. 
10.  Berbaik dengan diri sendiri. Jangan terlalu berkeras, jangan letak jangkaan yang tak mampu dicapai secara realistik. 

Bukan nak ajar jadi ujub atau riak. Tapi untuk ada ‘izzah, keyakinan diri yang akan memacu kita untuk jadi lebih baik untuk orang lain.
Dr Rozanizam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan