Ahad, Februari 20, 2022

Kecacatan(Ilal) hadis sesi 1000l(0067-0071)s

Kecacatan(Ilal) hadis sesi 1000l##(0067-0071)s

Kecacatan(Ilal) hadis sesi 1000l(0067)
Perkara Ke-Sebelas:

Membaca Di Hadapan Orang Alim Sama Seperti Mendengar Daripadanya.
(Tidak ada perbedaaan di antara حدثنا dan أخبرنا)

Tradisi meriwayatkan hadits dan menerimanya telah berlangsung dengan begitu ringkas sekali di zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya. Para sahabat yang
mendengar sesuatu hadits meriwayatkannya kepada sahabat lain yang tidak mendengarnya dan juga kepada para Tābi`īn yang menjadi murid-murid mereka. 

Para sahabat bukan sahaja meriwayatkan apa yang didengarnya daripada Nabi s.a.w. Mereka juga turut meriwayatkan kepada orang-orang lain apa sahaja yang disaksikan oleh mereka telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ( أفعال الرسول  ) atau diperakui (تقريرات الرسول) Baginda.
Pada umumnya apa yang diriwayatkan oleh mereka itu tidak bertulis. Para sahabat dan Tabi`īn kebanyakannya semata-mata bergantung kepada apa yang diingat dan 
dihafal oleh mereka daripada hadits-hadits Nabi s.a.w. Zaman pembukuan hadits secara agak meluas belum lagi bermula pada masa itu.

Di zaman Tābi`i at-Tābi`īn barulah bermula penulisan dan pembukuan kitab-kitab hadits secara meluas. Imam Malik sebagai contohnya menulis kitabnya al-Muwattha’ 
dan meriwayatkan hadits-hadits Rasulullah s.a.w. dan atsār para sahabat yang dikumpulnya di dalam kitab tersebut kepada murid-muridnya.
Bersama hadits-hadits Rasulullah s.a.w. dan atsar-atsar para sahabat serta atsar-atsar para Tābi`īn itu disertakan juga sanadnya.

Apabila selesai kandungan sebuah kitab hadits disampaikan oleh seseorang penulis kitab hadits kepada murid-muridnya, ia akan mengijazahkan (membenarkan) kepada mereka untuk menyebarkannya kepada orang-orang lain dengan sanad yang tercatat di dalam kitab berkenaan.
Pada ketika sistem penyampaian hadits dengan cara itu mula-mula diperkenalkan, ada juga `ulama’ yang tidak membenarkannya. Bagaimanapun kebanyakan tokoh-tokoh

67

Kecacatan(Ilal) hadis sesi 1000l##(0068)

muĥadditsīn membenarkannya. Mereka bukan sahaja membenarkannya malah menyebarluaskan lagi sistem itu.
Antara alasan mereka membenarkannya ialah terdapatnya beberapa peristiwa di mana Rasulullah s.a.w. menghantar sahabat-sahabatnya kepada qabilah-qabilah tertentu
untuk menyampaikan ajaran-ajaran agama Islam kepada mereka.

Setelah ajaran-ajaran utama agama Islam disampaikan kepada mereka oleh para sahabat, mereka menghantar wakil kepada Rasulullah s.a.w. di Madinah untuk
mempastikan kebenaran apa yang disampaikan oleh para sahabat itu kepada mereka.

Mereka memperdengarkan semua ajaran yang telah disampaikan oleh sahabat-sahabat yang diutuskan kepada mereka. Setelah mendengar semuanya, Nabi s.a.w. 
memperakui dan mengesahkannya.

Peristiwa-peristiwa seperti itulah yang dijadikan dalil oleh golongan `ulama’ yang membenarkan cara penyampaian hadits yang baru diperkenalkan pada masa itu. 
Perinciannya dapat dilihat di dalam Shaĥīĥ Bukhāri pada  باب ما  جاء في  العلم    sebagai contohnya.

Imam at-Thaĥāwi telah menulis satu risalah khusus mengenai topik ini, namanya ialah التسوية  بين حدثنا وأخبرنا  
(Tidak ada perbedaaan di antara حدثنا dan أخبرنا). Walaupun
 risalah itu tidak dicetak hingga kini, tetapi Ibnu `Abdil Barr telah mengemukakan inti patinya di dalam kitab beliau     جامع  بيان  العلم وفضله  .

As-Suyūthi di dalam Tadrīb ar-Rāwi mengemukakan tiga pandangan `ulama’mengenai perkara ini:

(1) Imam Malik, para `ulama’ Madinah, `ulama’ Kufah dan lain-lain berpendapat kedua-dua cara penyampaian hadits menggunakan dua lafaz tersebut (حدثنا dan أخبرنا )
itu sama sahaja. Kedua-duanya boleh digunakan tanpa melebihkan salah satu daripadanya.

(2) Muĥadditsīn dari negeri-negeri sebelah timur pada umumnya melebihkan cara pertama iaitu penggunaan lafaz حدثنا .Hafizh Ibnu Hajar berpendapat, cara pertama 
dianggap lebih apabila guru dan murid setaraf atau murid lebih afdhal daripada gurunya. Dalam keadaan guru lebih afdhal dari murid pula cara kedua (penggunaan lafaz أخبرنا) dianggap lebih afdhal.

(3) Imam Abu Hanifah, Ibnu Abi Dzi`b dan lain-lain pula berpendapat cara kedua (penggunaan lafaz أخبرنا) lebih afdhal. Alasan mereka ialah kalau guru yang membaca 
dan kebetulan berlaku kesilapan, maka pada kebiasaannya murid tidak akan menegurnya. Berbeza keadaannya kalau murid yang membaca dan berlaku kesilapan dalam pembacaannya, guru tanpa berasa keberatan akan menegurnya dengan mudah.

Dalam sistem pengajian hadits hari ini, khususnya di benua kecil India, muridlah biasanya membaca di hadapan guru. Guru jarang sekali membaca. 

Terdapat tiga lafaz (sighah) selalunya digunakan dalam penyampaian hadits, iaitu: حدثنا ,أخبرنا dan أنبأنا .Adakah ketiga-tiganya sama sahaja atau ada perbezaan di 
antaranya? Imam Tirmidzi akan mengemukakan tujuh riwayat nanti. Keterangan tentang ada atau tidak perbezaan di antara tiga lafaz tersebut akan diterangkan nanti di 
celah-celahnya. 


Bermaksud: Kata Abu `Isa, “Membaca di hadapan orang alim (muhaddits) jika ia hafal apa yang dibaca di hadapannya atau ia memegang kitabnya ketika dibaca di 
hadapannya jika ia tidak hafal, sahih (sah) di sisi Ahlul Hadits seperti mendengar daripadanya.¹⁰⁸


¹⁰⁸ Imam at-Tirmidzi juga berpendapat kedua-dua cara meriwayatkan hadits itu sah dan sama sahaja, sama ada dengan guru membaca di hadapan murid atau murid membaca di hadapan guru. Cuma dalam keadaan guru tidak hafal riwayatnya, apabila riwayatnya dibaca atau 
diperdengarkan kepadanya, mestilah kitab yang mengumpulkan riwayat-riwayat itu ada di hadapannya.

Bermaksud: Kata Abu `Isa at-Tirmidzi:
1- “Ĥusain bin Mahdi al-Bashri meriwayatkan kepada kami, katanya, `Abdur Razzāq meriwayatkan kepada kami, katanya, Ibnu Juraij meriwayatkan kepada kami, katanya, 
“Aku membaca di hadapan `Athā’ bin Abi Rabāĥ, lalu aku berkata kepadanya, “Bagaimana harus saya ucapkan (apabila hendak menyampaikannya kepada orang
lain)?” Jawab `Athā’, “Katakan  حدثناه  dia telah menyampaikan hadits ini kepada kami.”¹⁰⁹

2- Suwaid bin Nashr meriwayatkan kepada kami, katanya, `Ali bin al-Husain bin Wāqid meriwayatkan kepada kami daripada Abi `Ishmah daripada Yazid an-Naĥwi 
daripada `Ikrimah,¹¹⁰ katanya, “Sesungguhnya ada sekumpulan orang Thā’if datang menemui Ibnu `Abbaas dengan membawa salah satu kitab beliau.¹¹¹ Maka (kerana

_______________
¹⁰⁹ Riwayat ini menunjukkan bagi `Athā’ kedua-dua lafaz penyampaian hadits ( األداء صيغة) itu sama sahaja. Anda boleh saja memakai lafaz حدثنا atau أخبرنا ketika meriwayatkan hadits guru anda. Padahal kalau mengikut pandangan golongan `ulama’ yang mengatakan ada perbezaan di antara dua istilah tersebut, sepatutnya `Athā’ menyuruh Ibnu Juraij menggunakan lafaz أخبرنا, kerana Ibnu Juraij yang membacanya di hadapan beliau. Ini kerana lafaz حدثنا dipakai ketika meriwayatkan hadits yang diterima daripada guru dengan guru membacanya di hadapan murid, dan أخبرنا pula dipakai ketika meriwayatkan hadits yang diterima daripada guru dengan murid membaca di hadapannya.

¹¹⁰ Atsar Ibnu `Abbaas yang dikemukakan oleh Tirmidzi daripada `Ikrimah ini tidak sahih. Di dalam isnadnya ada Abu `Ishmah al-Marwazi iaitu Nūĥ bin Abi Maryam. Dia meriwayatkan hadits daripada az-Zuhri dan orang-orang seperingkat dengannya. Bukhari berkata tentangnya, “Munkarul ĥadits.” Nūĥ bin Abi Maryam ini digelari dengan al-Jāmi` (pengumpul). Kata Ibnu Hibbaan, “Dia mengumpulkan segala benda kecuali kebenaran.” Nūĥ 
bin Abi Maryam terkenal sebagai pendusta dan pereka hadits. (Lihat Mizān al-I`tidāl j.4 m/s 279, Tahdzīb at-Tahdzīb j.10 m/s 486).

¹¹¹ Riwayat ini menunjukkan Ibnu `Abbaas telah pun menulis dan mencatat hadits-hadits Nabi s.a.w. sehingga menjadi sebuah buku. Buku yang ditulis beliau itu telah pun tersebar semasa beliau masih hidup lagi. Orang-orang Thā’if kiranya telah mendapat salinan buku hadits yang
kelemahan penglihatannya) beliau membaca kitabnya itu di hadapan mereka dengan tidak teratur. Lalu beliau (Ibnu `Abbaas) berkata, “Sebenarnya saya telah terperangkap dalam (/ telah diuji dengan) musibah ini (kelemahan penglihatan). Oleh itu, biar kamulah yang membacanya di hadapanku, kerana pengesahanku sama juga 
dengan aku membaca di hadapanmu.”¹¹²

3- Suwaid bin Nashr meriwayatkan kepada kami, katanya, `Ali bin al-Husain binWāqid meriwayatkan kepada kami daripada ayahnya daripada Manshūr bin al-Mu`tamir, kata beliau, “Apabila seseorang memberikan kitabnya kepada seseorang yang lain dan dia berkata, “Engkau riwayatkanlah apa yang ada di dalamnya daripadaku.” Maka bolehlah orang yang diberikan kitab itu kepadanya 
meriwayatkannya.”¹¹³


ditulis oleh Ibnu `Abbaas itu. Untuk mendapat kepastian dan pengesahan daripada Ibnu `Abbaas sendiri, di samping mahukan sanad yang lebih tinggi, mereka pergi bertemu Ibnu `Abbaas. 

Riwayat ini menunjukkan Ibnu `Abbaas pada mulanya cuba membaca sendiri buku yang dibawa oleh mereka kepadanya. Tetapi kerana kelemahan penglihatan, beliau menyuruh mereka saja membacanya. Dalam keadaan itu bacaan merekalah yang dianggap lebih baik oleh Ibnu `Abbaas. Selain dari itu, Ibnu `Abbaas juga berpendapat sama sahaja kedua-kedua cara penerimaan hadits tersebut. Kerana itulah beliau berkata, “Pengesahanku terhadap apa 
yang kamu baca di hadapanku sama juga dengan aku membaca di hadapanmu.”

¹¹² Riwayat ini juga menunjukkan di kalangan sahabat telah pun ada orang mempunyai kitab tersendiri yang mengumpulkan hadits-hadits Rasulullah s.a.w. Sama ada yang diterimanya secara langsung daripada Rasulullah atau yang diterimanya dengan perantaraan sahabat-sahabat lain. Buku-buku mereka itu bahkan telah tersebar dengan agak meluas di kalangan generasi Tabi`in.

¹¹³ Pemberian kitab hadits kepada seseorang di samping mengijazahkan kepadanya untuk meriwayatkan hadits-hadits yang terkandung di dalamnya daripada pemberi menurut istilah di panggil الرواية بالمناولة المقرونة باإلجازة  .  Ia adalah salah satu cara penerimaan hadits yang
dibenarkan dan mu`tabar dengan kesepakatan para `ulama’ hadits. Perbincangan yang lebih terperinci tentangnya akan dikemukakan di bawah perkara ke-12 nanti.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan