Kecacatan('Ilal)hadis sesi 017(0055)
1- Al-Hasan bin 'Ali al-Hulwani meriwayatkan kepada kami, katanya: 'Ali bin alMadini meriwayatkan kepada kami, katanya: "Sufyan bin 'Uyainah pernah berkata,
"Kami menganggap Suhail bin Abi Saleh seorang yang teguh dalam hadits."
2- Ibnu Abi 'Umar meriwayatkan kepada kami, katanya: "Sufyan bin 'Uyainah pernah berkata, "Muhammad bin 'Ajlaan tsiqah lagi dipercayai dalam hadits."
Kata Abu 'Isa, "Bagi kami, Yahya bin Sa'id al-Qatthaan hanya mempertikaikan riwayat Muhammad bin 'Ajlaan daripada Sa'id al-Maqburi sahaja.
Abu Bakar meriwayatkan kepada kami daripada 'Ali bin s Abdillah, katanya: Kata Yahya bin Sa'id: Muhammad bin 'Ajlaan pernah berkata: "Hadits-hadits Sa'id al-Maqburi sebahagiannya adalah daripada Abi Hurairah. Sementara sebahagian yang lain pula adalah daripada Sa'id daripada seseorang daripada Abi Hurairah. Riwayat-riwayat itu telah bercampur-baur sehingga mengelirukan dalam catitanku. Kerananya aku katakan kepada semua riwayat itu daripada Sa'id al-Maqburi daripada Abi Hurairah.⁹⁸
Kata Tirmidzi, "Ini sahaja bagi saya sebabnya kenapa Yahya bin Sa'id mempertikaikan riwayat-riwayat Ibnu 'Ajlaan. Padahal banyak juga riwayat Ibnu 'Ajlaan yang (diterima dan) dinukilkan oleh beliau daripada Ibnu 'Ajlaan."
________
⁹⁸ Orang-orang yang membela Muhammad bin 'Ajlaan berkata, "Muhammad bin 'Ajlaan tidak menyebut nama perantara di antara Sa'id al-Maqburi dan Abu Hurairah kerana menganggap ia tidak memudharatkan isnadnya. Sanad sesuatu hadits memang akan terjejas teruk apabila ditambah perawi di dalamnya. Adapun dengan membuang seseorang perawi daripada sanad, maka paling tinggi pun menjadikan hadits itu mursal dan munqathi'. Sedangkan hadits mursal menurut mutaqaddimin adalah mu'tabar. Apa yang dikemukakan oleh Muhammad bin 'Ajlaan daripada Sa'id daripada seseorang daripada Abi Hurairah itu tidak seharusnya difahami bahawa ada seseorang perawi majhul di dalam isnad itu. Sebaliknya hendaklah difahami bahawa orang tengah di antara Sa'id dan Abu Hurairah adalah beberapa orang yang berlainan tetapi semuanya perawi mu'tabar. Beliau cuma tidak ingat secara pasti namanya. Untuk memudahkan beliau sebut saja daripada Sa'id daripada Abi Hurairah. Begitulah cerita sebenarnya menurut mereka. Orang-orang yang mempertikaikannya pula berpendapat, keadaan itu bagaimanapun tetap mengandungi keraguan. Kalau dia tidak ingat secara pasti namanya, maka ada kemungkinan juga dia tidak ingat tentang sifat orang tengah itu, sama ada ia perawi mu'tabar atau tidak!
55
Tiada ulasan:
Catat Ulasan