Sabtu, Mac 26, 2022

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 017(0057)

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 017(0057)

bertemu Ibnu Abi Laila, lalu dia meriwayatkan kepada kami daripada saudaranya 'Isa daripada (ayahnya) 'Abdir Rahman bin Abi Laila daripada sAli daripada Nabi s.a.w."

Kata Abu 'Isa, bukan sedikit perkara seperti ini diriwayatkan daripada Ibnu Abi Laila. Dia meriwayatkan sesuatu sekali begini, pada kali yang lain pula begini, diubahubahnya isnad. Semua ini berlaku sebenamya disebabkan ingatannya yang teruk. Ini kerana kebanyakan ahli ilmu (hadits) di masa yang lalu tidak menulis (mereka lebih banyak bergantung kepada hafalan dan ingatan). Yang menulis antara mereka pun, menulis setelah mereka mendengar (sesuatu riwayat). Aku mendengar Ahmad bin al-Hasan berkata, aku mendengar Ahmad bin Hambal berkata: "Ibnu Abi Laila tidak boleh dijadikan hujah."
وكذالك.......المعنى
Bermaksud: Demikian juga ahli ilmu yang mempertikaikan [12] Mujaalid bin Sa' id, ¹⁰¹ [13] 'Abdullah bin Lahi'ah ¹⁰² dan selain mereka berdua. Yang dipertikaikan Laila dalam meriwayatkan hadits berkenaan. Teks hadits riwayat Ibnu Abi Laila itu adalah seperti berikut:
حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ أَخْبَرَنِي ابْنُ أَبِي لَيْلَى عَنْ أَخِيهِ عِيسَى بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي لَيْلَى عَنْ أَبِي أَيُّوبَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَلْيَقُلْ الَّذِي يَرُدُّ عَلَيْهِ يَرْحَمُكَ اللَّهُ وَلْيَقُلْ هُوَ يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ
Bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu bersin, dia hendaklah mengucapkan: Orang yang hendak membalas ucapannya itu hendaklah berkata: الحمد لله على كل حال. Setelah itu orang yang bersin pula mengucapkan:يرحمك الله. (Hadits riwayat at-Tirmidzi). Ad-Daarimi turut meriwayatkan hadits ini melalui saluran yang sama daripada Abi Ayyub, Hadits yang hampir sama dengan lafaz hadits ini telah dikemukakan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanad yang lain daripada Abu Hurairah. (Lihat Tuhfatu al-Ahwadzij.4 m/s 4). 

Abu 'Amar Mujaalid bin Sa'id al-Hamdaani, daripada qabilah Hamdaan. Mujaalid tinggal Kufah dan tidak terbilang sebagai perawi terpilih. Selain menerima talqin, ingatan Mujaalid juga banyak terjejas di akhir hayatnya. Bukan seorang dua 'ulama' hadits yang telah mendha'ifkannya. Imam Ahmad, Yahya bin Ma'in, an-Nasaa'i, ad-Daaraquthni dan Yahya bin Sa'id al-Qatthaan adalah antara tokoh-tokoh hadits yang mendha'itkannya. Ibnu 'Adi
57

Tiada ulasan:

Catat Ulasan