Sabtu, Mac 26, 2022

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 017(0058)

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 017(0058)

Sebenarnya adalah sudut hafalan dan ingatan serta banyaknya kesilapan mereką kerana bukan seorang dua imam meriwayatkan hadits daripada mereka.

_______
berkata, "Kebanyakan riwayatnya tidak mahfuz.” Imam Muslim hanya meriwaŔ haditsnya berserta perawi lain Mujaalid meninggal dunia pada tahun 144H.

¹⁰²Abu 'Abdir Rahman 'Abdullah bin Lahi'ah al-Hadhrami adalah seorang qadhi (hakim) Mesir, dan negerinya yang sebenar ialah Mesir. Ibnu Lahi'ah adalah perawi shaduq. kitab-kitabnya terbakar bersama-sama rumahnya, Ibnu Lahi'ah hanya meriwayatkan hadits berdasarkan ingatannya semata-mata. Pada ketika itu banyaklah berlaku dalam riwayat-riwayatnya.

Para 'ulama' berbeda pendapat tentang dirinya dan hadits-hadits yang diriwayatkan olehnya.

Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama berpendapat, hadits-haditsnya di peringkat awal, sebelum kitab-kitabnya terbakar lebih sahih. Antara orang yang sempat mendengar hadits daripadanya sebelum kitab-kitabnya terbakar ialah Ibnu al-Mubaarak dan al-Muqri'. Demikian kata al-Fallaas dan lain-lain. Kumpulan kedua berpendapat, hadits-haditsnya di sepanjang hayatnya sama saja. Dia seorang dha'if. Inilah pendapat yang dinukilkan daripada Yahya bin Ma' in. Ibnu Ma'in tidak menerima kitab-kitabnya telah terbakar. Beliau berkata, ”Ibnu Lahi'ah tidak boleh dijadikan hujah.” Kumpulan ketiga pula berpendapat, ”Orang-orang yang mendengar hadits daripadanya di peringkat awal dan akhir hidupnya sama saja, kecuali Ibnu Wahab dan Ibnu al-Mubaarak, kerana mereka berdua mengikut catitan kitab asalnya. Bagaimanapun dia bukanlah seorang yang boleh dijadikan hujah.” Demikianlah kata Abu Zur'ah.
Al-Jazajaani berkata, "Riwayatnya tidak layak dijadikan hujah dan diambil kira.” Kata Ibnu Hibbaan, "Aku telah memeriksa hadits-hadits Ibnu Lahi'ah, aku dapati dia melakukan tadlis daripada perawi-perawi lemah dengan mengatasnamakan orang-orang tsiqaat yang pernah dilihatnya. Dia pula tidak peduli, akan membaca apa saja yang dikemukakan kepadanya sama ada daripada haditsnya atau bukan haditsnya. Oleh sebab itu, riwayat orang-orang terdahulu (mutaqaddimin) daripadanya, sebelum kitab-kitabnya terbakar wajib dijauhi, kerana di dalamnya ada hadits-hadits yang ditadliskannya daripada perawi-perawi yang tidak diterima oleh 'ulama' Rijaal periwayatannya (المتروكين). Dan wajib juga mengelak diri daripada berhujah dengan riwayat-riwayat muta'akkhirin daripadanya selepas kitab-kitab terbakar, kerana ada di dalamnya hadits-hadits yang bukan hadits-haditsnya.”

Imam Ahmad diriwayatkan ada berkata, ”Apa yang didengar oleh tiga 'Abdul (daripada riwayatnya) bagi saya elok, iaitu bin Wahab, 'Abdullah bin Yazid al-Muqri' dan 'Abdullah bin al-Mubaarak.”

Ibnu Wahab pula selalu berkata, "Demi Allah, orang yang benar dan baik iaitu •Abdullah bin Lahi'ah telah meriwayatkan kepadaku." Antara perawi tsiqaat yang meriwayatkan hadis daripada Abdullah bin Lahi'ah ialah ats-Tsauri, Syu'bah, Malik, 'Amar bin al-Haarits dan Laits bin Sasad. Ibnu 'Adi pula berkata, "Dia seorang yang hasan (elok) haditsnya, bold ditulis haditsnya.” Muslim bagaimanapun hanya mengemukakan haditsnya sebagai mutaabl bagi 'Amar bin al-Haarits. Bukhari dan an-Nasaa'i pula apabila menyebut isnad yang terdapat di dalamnya Ibnu Lahi'ah dan perawi-perawi lain, akan menyebut dengan terang nama orang lainș tetapi nama Ibnu Lahi' ah tidak disebut mereka secara terang.
Abdullah bin Lahi'ah meninggal dunia pada tahun 174H ketika berumur lebih lapan tahun.

58

Tiada ulasan:

Catat Ulasan