Sahih bukhari kitab ilmu 0045-0055 16/4/22 4
63 -`Abdullah Bin Yusuf meriwayatkan kepada kami, katanya, Al-Laits meriwayatkan kepada kami daripada Sa`id (al-Maqburi) daripada Syarīk Bin `Abdillah Bin Abi Namir⁴⁰ bahawa dia mendengar Anas Bin Mālik berkata:
“Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah di dalam masjid, tiba-tiba datang seorang lelaki sambil menaiki unta. Lalu dia menurunkan untanya di dalam masjid dan mengikatnya,⁴¹ kemudian bertanya: “Siapakah di antara
kamu Muĥammad?” Nabi s.a.w. ketika itu sedang bertelekan di antara mereka.⁴² Kami pun menceritakan: “Lelaki putih yang sedang bertelekan itu.”⁴³ Maka orang itu berkata: “Wahai anak `Abdil Mutthalib”. Nabi s.a.w. pun
berkata: “Saya telah pun menyahut panggilanmu”.⁴⁴ Lelaki itu berkata lagi:
Saya akan bertanya engkau dan saya akan keraskan soalan saya terhadapmu, janganlah pula engkau berasa hati”.⁴⁵ Nabi s.a.w. bersabda: “Tanyalah apa yang terlintas di hatimu”. Dia pun berkata: “Saya mahu bertanya engkau demi tuhanmu (Rabmu) dan demi tuhan (Rab) orang-orang sebelummu, adakah Allah telah mengutuskan engkau kepada manusia seluruhnya?” Nabi s.a.w. berkata: “Ya, benar”. Orang itu terus berkata: “Saya hendak bertanya engkau dengan nama Allah, adakah Allah menyuruh engkau supaya kita mengerjakan sembahyang lima waktu dalam sehari semalam?” Nabi s.a.w. berkata: “Ya, benar”. Saya mahu bertanya engkau dengan nama Allah: “Adakah Allah menyuruh engkau supaya kita berpuasa satu bulan dalam setahun?” Nabi s.a.w. berkata: “Ya, benar”. Orang itu berkata lagi: “Saya hendak bertanya engkau dengan nama Allah, adakah Allah menyuruh engkau supaya mengambil sedekah daripada orang-orang kaya di kalangan kita untuk dibahagikan kepada orang-orang miskin di kalangan kita?” Nabi s.a.w. berkata: “Ya, benar”. Maka orang itu pun berkata: “Saya beriman dengan apa yang dibawa olehmu⁴⁶ dan saya adalah utusan bagi orang-orang di belakang saya dari kalangan kaumku (yang tidak datang bersama). Saya adalah Dhimām Bin Tsa`labah saudara Bani Sa`ad bin Bakr.”⁴⁷ Musa (bin Isma`il at-Tabūdzaki) dan `Ali Bin `Abdil Ĥamid meriwayatkan ĥadīts ini daripada Sulaiman (bin al-Mughīrah) daripada Tsābit daripada Anas daripada Nabi s.a.w.⁴⁸
Tiada ulasan:
Catat Ulasan