Ahad, Mei 01, 2022

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 101(305-313)mu

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 101(305-313)mu

بسم الله الرحمن الرحيم
MUQADDIMAH JAMI' AT-TIRMIZI
BIOGRAH İMAM AT-TIRMIZI DAN KEISTIMEWAAN KITAB JAAMI'NYA

Nama dan Keturunan.
Nama sebenar İmam at-Tirmizi dan susur gayur beliau adalah seperti berikut:
Muhammad bin 'Isa bin Saurah bin Musa bin Dhahhaak as-Sulami at-Tirmizi alBughi (orang Bugh). As-Sam'aani di dalam al-Ansaabnya menukarkan nama Dhahhaak (datuk ketiga İmam at-Tirmizi) dengan Syaddaad. Kuniah (nama panggilan) imam at-Tirmizi pula ialah Abu 'Isa. İmam at-Tirmizi dikatakan asSulami kerana ada kaitan keturunannya dengan Bani Sulaim. Dikatakan Al-Bughi pula kerana beliau adalah penduduk sebuah kampung bernama "Bugh" yang terletak sejauh enam farsakh (kira-kira 18 batu) dari Termiz. Termiz adalah sebuah bandar di tenggara Uzbekistan, bersempadan dengan negara Afghanistan.

Terdapat tiga orang 'ulama' yang terkenal dengan gelaran imam at-Tirmizi. 
Pertamanya ialah Abu 'Isa at-Tirmizi pengarang Jaami' at-Tirmizi. 
Keduanya ialah Abu al-Hasan Ahmad bin Hasan yang terkenal dengan gelaran at-Tirmizi alKabir. Beliau adalah murid kepada İmam Ahmad. Abu 'Isa at-Tirmizi, imam Bukhari dan lbnu Majah juga termasuk dalam senarai guru-guru beliau. 
Ketiganya pula ialah Hakim at-Tirmizi pengarang kitab Nawaadiru al-Ushul. Beliau juga adalah seorang 'ulama' hadits, tetapi kitabnya itü termasuk dalam senarai kitab hadits yang dha'if, kerana kebanyakan hadits-hadits di dalamnya dha'if. Kitab Nawaadiru al-Ushul ini tidak dianggap mu'tabar oleh para 'ulama' hadits.

Kelahiran dan Kewafatan
İmam Tirmizi dilahirkan pada tahun 205H di Bugh, Termiz, sebuah bandar yang masyhur berhampiran dengan sungai Jaihun. Menurut As-Sam'aani, di kampung inilah juga İmam at-Tirmizi meninggal dunia dan disemadikan. Perkataan Termiz boleh disebut dengan beberapa sebutan seperti Timiz, Turmuz ataupun Tarmiz. Menurut Yaqut al-Hamawi di dalam Mu'jam al-Buldaan, orang-orang di kawasan itü menyebutnya Tarmiz atau Termiz. Tetapi para 'ulama' hadits umumnya menggunakan lafaz Tirmiz. Berdasarkan pendapat yang masyhur, beliau wafat pada tahun 279H ketika berumur 74 tahun. lbnu al- Atsir di dalam Jaami' al-Ushul memperincikan lagi tarikh wafat Tirmizi dengan katanya: Pada malam Isnin, 13 hari bulan Rejab. 

Imam at-Tirmizi dan Ilmu Hadits
Sewaktu beliau dilahirkan, ilmu hadits telahpun popular dan berada di kemuncak kegemilangannya. Tirmiz dan kawasan sekitarnya terutama di Khurasan dan Mawra' an-Nahr merupakan pusat pengajian ilmu hadits.¹ Pada ketika itu, pengaruh Imam Bukhari amat kuat di sana.
Semenjak dari zaman kanak-kanak lagi Imam at-Tirmizi telah berada dalam suasana di mana ilmu hadits disebar dengan meluas dan diminati oleh segenap lapisan masyarakat. Suasana tersebut juga telah mempengaruhinya. Kerana itu, sejak dari kecil lagi beliau telah merantau ke beberapa buah negeri, sama ada dekat mahupun jauh untuk mempelajarinya.

Guru-guru Imam at-Tirmizi
Hafiz Ibnu Hajar menyebutkan bahawa Imam at-Tirmizi telah menjelajah serata negeri dan mendengar daripada ramai sekali guru dari kalangan orang Khurasan, Iraq dan Hijaz ².

Antara 'ulama' masyhur yang pernah menjadi guru beliau ialah Imam Bukhari, Imam Muslim, Ali bin Hujr al-Marwazi, Hannaad bin as-Sariyy, Qutaibah bin Said dan Muhammad bin Basysyaar (Ghundar). Imam Tirmizi juga pernah berguru dengan Imam Abu Daud. Walaupun Imam Ahmad dan Imam Muslim adalah guru beliau, tetapi tidak tsabit beliau ada meriwayatkan sesuatu hadits daripada Ahmad.
Daripada Imam Muslim pula beliau hanya mengambil satu hadits sahaja untuk dimasukkan ke dalam kitab Jaami'nya, iaitu hadits:أحصوا هلا شعبان لر مضان
[Hitungkanlah (pastikan) anak bulan Sya'ban untuk (menentukan bulan) Ramadhan]. Pendek kata sebahagian besar pengarang kitab-kitab hadits yang masyhur itu adalah guru beliau.

Riwayat Imam Tirmizi daripada Imam Bukhari pula banyak sekali, selain beliau memanfa'atkan kepakaran gurunya itu dalam bidang ilmu 'Ilal dan ilmu Rijal hadits. Anda akan dapati Imam at-Tirmizi selalu merujuk kepada Imam Bukhari dalam bidang-bidang tersebut itu di dalam kitab Jaami'nya ini. Selalulah beliau berkata: قال محمد بن أسماعيل(Kata Muhammad bin Isma'il). Yang dimaksudkan oleh beliau dengan Muhammad bin Isma'il itu ialah Imam al-Bukhari r.a.

Imam az-Zahabi berkata: تَفَقَّه في الحديث بالبُخَارِيّ Bermaksud: "Imam Tirmizi telah mendalami ilmu hadits dengan Imam Bukhari." Kerana itulah Imam Bukhari dianggap ulama' hadits sebagai guru dan rujukan utama Imam Tirmizi. Al-Haakim menukilkan kata-kata ulama' di zamannya, bahawa: 
مَاتِ البخاري فلم يخلف بخراسان مثل أبي عيس في العلم وابحفظ والورع والزهد
 Bermaksud: "Imam Bukhari mati dalam keadaan tiada siapa pun yang ditinggalnya di Khurasan seperti (sehebat) Abi lsa (Imam Tirmizi) daripada segi ilmu, hafalan, kewara'an dan kezuhudannya.

Kata-kata ini menunjukkan Imam Tirmizi adalah tokoh yang paling menonjol di Khurasan selepas era Imam al-Bukhari.

Imam Tirmizi adalah murid kebanggaan Imam al-Bukhari. Beliau telah mendapat pengiktirafan dan sanjungan yang amat tinggi daripada Bukhari apabila Bukhari mengatakan: ما انتفعت بك أكثر مما انتفعت بي Bermaksud: "Apa yang aku perolehi daripadamu adalah lebih banyak daripada apa yang engkau perolehi daripadaku."

Para ulama' hadits menganggap kata-kata Bukhari itu sebagai pengiktirafan beliau terhadap Imam Tirmizi kerana peranan dan sumbangannya dalam meningkatkan dan mengembangkan lagi ilmu gurunya itu. Ilmu seseorang guru yang hebat akan terus berkembang jika ia mempunyai murid-murid yang cerdas dan pintar. Dengan timbulnya persoalan-persoalan daripada murid-murid yang cerdik dan pintar, perbahasan dan perbincangan menjadi lebih mendasar jauh ke dalam. Tanpa adanya persoalan-persoalan daripada murid yang bergeliga seperti Tirmizi, perbincangan, kajian serta penyelidikan Imam Bukhari mungkin tidak akan dapat dimanfaati ramai. Itulah sebabnya para 'ulama' menganggap demikian. Kerana jika ditinjau dari sudut riwayat hadits, Imam Bukhari hanya mengambil dua hadits sahaja daripada Imam Tirmizi, Satunya dikemukakan Tirmizi di dalam Kitab Tafsir, riwayat Ibni 'Abbaas berhubung dengan firman
Allah s.w.t: ما قطعتم من لينة Manakala yang satu lagi pula ialah hadits Abi Sa'id alKhudri r.a: يا علي لا يحل لأحد ان يجنب في هذا المسجد غيري  وغيرك . la dikemukakan beliau di bawah Manaaqib 'Ali. Tetapi Imam Bukhari tetap tidak memasukkan kedua-dua hadits tersebut di dalam Kitab Sahihnya kerana kedha'ifannya. Meskipun hanya dua riwayat sahaja diterima Bukhari daripadanya, Imam Tirmizi tetap berbangga dengannya. Kerana itulah selepas mengemukakan hadits-hadits tadi beliau berkata سمع مني محمد بن إسمعيل هذا الحديث (Muhamad bin Ismail telah mengambil hadits ini daripada saya)³

Anak-anak Murid Imam Tirmizi 
Murid-murid Imam at-Tirmizi sangat ramai. Mereka bukan sahaja dari kalangan orang-orang Khurasan dan kawasan-kawasan sekitarnya. Malah dari segenap pelusuk 
dunia Islam pada masa itu. Antara murid beliau yang terkenal ialah Abu Hamid Ahmad bin `Abd al-Marwazi, Haitsam bin Kulaib asy-Syasyi, Abu al-`Abbaas 
Muhammad bin Ahmad bin Mahbub al-Marwazi, Ahmad bin Yusoff an-Nasafi, `Abd bin Muhammad an-Nasafi, Muhammad bin Mahmud, Daud bin Nashr bin Sahl al-
Bazdawi dan lain-lain lagi. 

Mempunyai Ingatan Luar Biasa 
Imam Tirmizi terkenal dengan ingatannya yang kuat. Kata Abu Sa`id al-Idrisi: 
“Ingatan Imam Tirmizi yang luar biasa itu telah dijadikan orang sebagai perumpamaan.” Boleh dikatakan semua penulis biografi Imam Tirmizi akan membawakan satu kisah di mana beliau pernah menerima hadits seorang syeikh yang terdiri daripada dua juzuk (risalah) melalui seseorang (perawi). Imam Tirmizi telah pun mencatit hadits syeikh berkenaan. Namun hati beliau masih belum puas 
menerima hadits seseorang syeikh dengan perantaraan begitu, dalam keadaan ia masih lagi hidup.⁴

Imam Tirmizi ingin sekali berjumpa dengan guru tersebut untuk menerima semula hadits beliau secara langsung.
Secara kebetulan beberapa lama selepas itu Imam Tirmizi bertemu dengannya di Mekah. Imam Tirmizi menyatakan hasratnya untuk mendengar secara langsung 
hadits-hadits yang disebutkan tadi daripadanya. Guru itu bersetuju dan mengarahkan Imam Tirmizi supaya mengambil risalah yang telah ditulisnya untuk diperiksa dan seterusnya diperbetulkan jika ada yang tidak tepat atau tersalah. 

Maka pergilah Imam Tirmizi mencari risalah itu. Tetapi malang sekali kerana beliau tidak menemuinya. Untuk tidak menghampakan harapan guru itu, Imam Tirmizi menggantikannya dengan dua buah buku yang kosong. Lalu sang guru mengarahkan Tirmizi supaya mendengar dengan teliti hadits-hadits yang akan dibacanya dan menyemaknya dengan apa yang ada di dalam buku beliau itu. Imam Tirmizi berpura-pura menulis apa yang didengarnya daripada guru tersebut. Akhirnya, 
sang guru itu sedar bahawa Imam Tirmizi sebenarnya tidak menulis apa-apa dan mendapati buku tadi masih kosong. Dia betul-betul naik marah dan menyangka Imam 
Tirmizi sebenarnya hendak mempermain-mainkannya sahaja (seolah-olah mahu memperli beliau). Imam Tirmizi kemudiannya menjelaskan kedudukan sebenar bahawa dia betul-betul mahu mendengar hadits, cuma buku yang asal tidak ditemuinya. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa beliau telah pun dapat mengingati semua hadits-hadits yang dibaca oleh guru tadi.

Maka sang guru mengarahkan Imam Tirmizi supaya membaca hadits-hadits yang dibacanya sebelum itu. Imam Tirmizi pun membaca hadits-hadits tersebut berpandukan ingatan semata-mata hingga selesai semuanya. Guru itu kehairanan. Tidak yakin dia bahawa Imam Tirmizi dapat mengingati hadits-hadits yang dibacanya tadi dalam tempoh yang begitu singkat. Dia masih lagi ragu-ragu dan bertanya sama ada Imam Tirmizi terlebih dahulu menghafal hadits tersebut sebelum berjumpanya. 

Imam Tirmizi menafikannya. Untuk meyakinkan tuan syeikh, Imam Tirmizi meminta beliau mencubanya dengan membacakan hadits-hadits yang hanya diketahui oleh 
beliau sahaja, hadits-hadits yang tidak ada pada guru-guru hadits yang lain. Lalu guru itu membaca sebanyak empat puluh hadits berserta sanadnya. Selesai sahaja dia 
membacanya, Imam Tirmizi terus mengulangi apa yang dibaca olehnya tanpa ada sedikit pun kesilapan. Akhirnya sang guru mengakui kehebatan ingatan Imam Tirmizi 
yang luar biasa itu.⁵

Terdapat satu lagi peristiwa yang menunjukkan kehebatan ingatan Imam Tirmizi. Semasa mudanya beliau pernah melalui suatu tempat di mana terdapat satu pokok 
besar yang dahannya meluyut ke tanah dan memaksa orang yang hendak melalui jalan itu menundukkan kepala mereka masing-masing. Apabila beliau telah tua dan pada 
masa itu matanya sudah buta, beliau dibawa melalui tempat tersebut. Apabila sampai di tempat tersebut Imam Tirmizi (kerana menyangka dahan tersebut masih ada), 
mengarahkan semua orang yang melalui tempat itu agar menundukkan kepala supaya tidak terkena dahan pokok tersebut. Imam Tirmizi lalu menundukkan kepalanya tetapi 
orang-orang lain yang bersamanya tidak berbuat begitu. Selepas itu orang ramai bertanya beliau mengapa beliau menundukkan kepala tadi. Beliau menjelaskan bahawa terdapat dahan pokok besar yang menghalang jalan tersebut. Pokok itu tidak adakah sekarang? Kalau tidak ada tentulah ia telah ditebang orang. Jawab orang-orang yang bersama beliau, tidak ada pun pokok di situ. Kata Tirmizi, kalau benarlah di sini tidak ada pokok dahulu, bererti ingatanku telah lemah. Dan aku tidak akan meriwayatkan hadits lagi. Untuk mempastikan kebenaran apa yang disebut oleh Imam Tirmizi tadi, orang ramai yang bersamanya itu bertanya kepada penduduk di sekitar 
kawasan tersebut. Lalu penduduk di situ menjelaskan bahawa memang benar dahulunya terdapat sebatang pokok besar di tepi jalan yang dahannya menghalang 
laluan orang ramai, tetapi telah pun ditebang. Dari situ orang ramai mengagumi ingatan luar biasa yang dimiliki beliau walaupun sesudah tua.⁶

Kezuhudan Dan Kewara`an Imam Tirmizi .
Berkenaan dengan kezuhudan dan kewara`an Imam Tirmizi pula, Syah Abdul Aziz di dalam kitabnya Bustanul Muhadditsin menyebutkan bahawa ketaqwaan dan 
kezuhudan Imam Tirmizi telah sampai ke suatu peringkat yang tidak dapat kita bayangkan. Kerana takutkan Allah s.w.t. beliau selalu menangis hingga menyebabkan 
matanya menjadi buta.⁷

Menggunakan Nama Panggilan Abu `Isa .
Di dalam kitabnya Imam Tirmizi membangsakan diri dengan nama panggilan (kuniah) Abu `Isa. Sedangkan nama sebenarnya ialah Muhammad. Nama Muhammad 
sebaliknya digunakan oleh beliau di dalam Kitab Jaami`nya untuk Imam Bukhari. 
Sebahagian `ulama’ mengatakan makruh (tidak elok) menggunakan nama panggilan Abu `Isa, kerana terdapat hadits yang melarangnya. Antaranya ialah hadits yang
diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah ini:

حدثنا الفضل بن دكين عن موسى بن علي عن أبيه
أن رجلا اكتنى بأبي عيسى فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن عيسى لا أب له
Bermaksud:Ada seorang lelaki memakai nama gelaran Abu `Isa (bapa `Isa). Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: 
“Sesungguhnya `Isa tidak mempunyai bapa.” 
(Lihat Mushannaf Ibnu Abi Syaibah j.9 m/s 113). 

Ibnu Abi Syaibah juga meriwayatkan satu atsar  daripada Umar, katanya
حدثنا الفضل بن دكين عن عبدالله بن عمر بن حفص عن زيد بن أسلم عن أبيه أن عمر ضرب ابناله اكتنى بأبي ةقال إن عيسى ليس له أب

Bermaksud: Sesungguhnya`Umar pernah memukul seorang anaknya kerana memakai kuniah (nama panggilan) Abu `Isa. Kata beliau: “Sesungguhnya `Isa tidak mempunyai bapa.” (ibid). 

Beberapa jawapan dan pandangan telah diberikan oleh para `ulama’ tentang kenapakah Imam Tirmizi tetap memakai nama panggilan itu, meskipun ada hadits dan atsar yang melarangnya. 
(1) Imam Tirmizi tidak mengetahui hadits dan atsar itu. 
Pendapat ini ditolak oleh hampir sekalian `ulama’, memandangkan kedudukan Imam Tirmizi yang sangat tinggi di bidang hadits. Tidak masuk `aqal orang yang hebat seperti Tirmizi tidak mengetahui hadits dan atsar itu. 

(2) Imam Tirmizi menggunakan nama panggilan ini meskipun ada larangan di dalam hadits, kerana beliau 
menganggap larangan itu bukan larangan yang memberi ma`na haram. Ia hanya khilaf aula sahaja. Paling tinggi pun ia hanya makruh tanzihi. Jawapan dan pandangan ini 
juga tidak dipersetujui kebanyakan `ulama’, memandangkan Tirmizi terkenal sebagai seorang yang wara` dan zahid. Orang yang wara` dan zahid pada umumnya tidak akan 
melanggar larangan Rasulullah s.a.w. walaupun ia memberi ma`na makruh tanzihi atau khilaf aula sekalipun. 

(3) Nama panggilan ini digunakan juga oleh Tirmizi kerana 
bagi beliau ia tidak makruh berdasarkan hadits riwayat Imam Abu Daud yang menunjukkan keharusan menggunakan nama panggilan Abu `Isa. Abu Daud di dalam Sunannya malah mengadakan satu bab untuk menunjukkan keharusan penggunaannya. 

Bab itu begini adanya: باب فيمن يتكنى بأبي عيسى 
Bab tentang orang Yang Memakai Nama Panggilan Abu `Isa
Di bawahnya beliau mengemukakan hadits berikut ini: 
حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ زَيْدِ بْنِ أَبِي الزَّرْقَاءِ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ضَرَبَ ابْنًا لَهُ تَكَنَّى أَبَا عِيسَى وَأَنَّ الْمُغِيرَةَ بْنَ شُعْبَةَ تَكَنَّى بِأَبِي عِيسَى فَقَالَ لَهُ عُمَرُ أَمَا يَكْفِيكَ أَنْ تُكْنَى بِأَبِي عَبْدِ اللَّهِ فَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَنَّانِي فَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَإِنَّا فِي جَلْجَتِنَا فَلَمْ يَزَلْ يُكْنَى بِأَبِي عَبْدِ اللَّهِ حَتَّى هَلَكَ
Bermaksud: Sesungguhnya `Umar bin al-Khatthaab telah memukul seorang anak lelakinya kerana memakai nama panggilan Abu `Isa. Mughiran bin Syu`bah juga memakai nama panggilan tersebut. Kerananya `Umar menegur beliau dengan katanya: “Tidak cukupkah (bolehkah) engkau dipanggil dengan Abi `Abdillah (sahaja)?” 
Jawab Mughirah: “Sebenarnya Rasulullah s.a.w. memanggil aku dengan nama panggilan itu.” Kata `Umar: “Rasulullah s.a.w. adalah orang yang ma`shum (lainlah cerita Baginda). Sedangkan kita pula tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita.” Selepas itu teruslah Mughirah dipanggil dengan nama panggilan Abi `Abdillah 
sehingga beliau meninggal dunia.” Maksud `Umar di sini bukanlah membantah Rasulullah s.a.w. dan bukan juga beliau menganggapnya haram, tetapi sekadar mengesyorkan langkah terbaik untuk Mughirah. 

(4) Imam Tirmizi berpendapat larangan yang terdapat di dalam hadits tadi adalah untuk suatu tempoh atau keadaan tertentu sahaja di permulaan Islam. Ia bukan untuk selama-lamanya. Larangan itu sebenarnya ada kaitan dengan `aqidah orang-orang Kristian yang mempercayai Nabi `Isa mempunyai bapa. Oleh itu apabila panggilan Abu `Isa digunakan, perhatian orang ramai akan tertarik kepada (kewujudan) bapa Nabi `Isa. Keadaan ini seolah-olahnya 
menghidupkan kepercayaan mereka di samping menentang taqdir dan kekuasaan Allah s.w.t. Jadi, larangan Nabi menggunakan panggilan tersebut adalah untuk 
menghapuskan kepercayaan bahawa Nabi `Isa mempunyai bapa dan agar tidak terlintas langsung di benak umat Islam bahawa Nabi `Isa mempunyai bapa. Setelah kepercayaan ini berjaya dihapuskan daripada pemikiran umat Islam dan teguh pula kepercayaan bahawa Nabi `Isa tidak mempunyai bapa, larangan tadi tidak perlu dipakai lagi. 

(5) Sesetengah `ulama’ mengatakan, hadits yang dikemukakan oleh Ibnu Abi Syaibah itu tidak jelas melarang penggunaan nama panggilan Abu `Isa oleh seseorang. Sabda Rasulullah s.a.w. إن عِيسِى لَا أَب لَه
Sesungguhnya `Isa tidak mempunyai bapa itu selain menyatakan hakikat sebenar Nabi `Isa, ia juga mengandungi unsur gurauan benar Baginda. Keadaannya tak ubah seperti kata-kata Baginda s.a.w. kepada orang yang hendak menumpang unta Baginda s.a.w., bahawa saya akan menumpangkan awak menaiki anak unta. Orang itu lantas bertanya: “Bagaimana saya nak naik anak unta wahai Rasulallah? Baginda s.a.w. membalas pertanyaan orang itu (secara bergurau tetapi benar) dengan bertanya kembali: “Bukankah unta-unta yang ada ini juga anak unta?
 (Lihat Jaami` at-Tirmizi di bawah Bab Gurauan). 

Mungkin sekali Saiyyidina `Umar telah salah faham terhadap gurauan Rasulullah s.a.w. Disangkanya dengan bersabda begitu, Rasulullah mahu melarang orang daripada menggunakan nama panggilan Abu `Isa! 

(6) Imam Tirmizi sebenarnya mengetahui bahawa tidak ada satu pun hadits marfu`, muttashil, sahih dan terang 
tentang larangan mengguna nama panggilan Abu `Isa. Hadits pertama yang dikemukakan oleh Ibnu Abi Syaibah tadi mursal. Hadits mursal seperti ini adalah dha`if. Sementara yang kedua pula adalah mauquf. Hadits mauquf seperti ini tidak termasuk dalam mauquf fi hukmi al-marfu`. Hakikatnya diketahui oleh setiap orang yang mempelajari ilmu hadits. Selain itu di dalam isnadnya terdapat `Abdullah bin `Umar bin Hafsh al-`Umari, seorang perawi dha`if. Seorang pakar hadits seperti Tirmizi tidak akan terpengaruh dengannya. Maka perbuatan beliau memakai nama panggilan Abu `Isa untuk dirinya patutlah dianggap sebagai satu bantahan secara tidak langsung daripada beliau terhadap hadits-hadits seperti itu.

Karya-Karya Imam At-Tirmizi
Kebanyakan karya Tirmizi adalah dalam bidang hadits. Tetapi para `ulama’ menyebutkan bahawa Imam Tirmizi juga seorang yang hebat dalam bidang tafsir, fiqh dan sejarah. Ibnu an-Nadim di dalam al-Fihristnya ada menulis bahawa Tirmizi juga telah menulis sebuah kitab sejarah. Di bawah biografi Imam at-Tirmizi, Hafiz Ibnu Katsir ada menyebutkan sebuah tafsir hasil karya at-Tirmizi. Tetapi sayang sekali kerana kitab tafsir ini tidak dapat ditemui hingga sekarang. Bagaimanapun kehebatan
Tirmizi dalam bidang tafsir dan fiqh dapat diduga menerusi Kitab Jaami` atau Sunan beliau yang amat popular itu.

Berikut adalah antara hasil karya Imam at-Tirmizi yang 
disebutkan oleh pengarang-pengarang biografinya. 
(1) Kitab al-`Ilal as-Shughra. 
(2) Kitab al-`Ilal al-Kubra. 
Dua buah kitab ini membicarakan secara khusus tentang 
kecacatan-kecacatan yang terdapat pada sesuatu hadits. (3) Kitab al-Mufrad. 
(4) Kitab as-Syama’il. 
(5) Kitab at-Tarikh. Mungkin inilah kitab sejarah karangan Tirmizi yang dimaksudkan oleh Ibnu an-Nadim di dalam al-Fihristnya. Munkin juga ia yang lain. 
(6) Kitab az-Zuhd. 
(7) Al-Asmaa’ Wa al-Kuna. 

Yang paling popular dan masyhur di antara kitab-kitab beliau yang tersenarai ini adalah tiga buah kitab. Pertamanya ialah Kitab Jaami` atau Sunan at-Tirmizi. Keduanya ialah kitab asy-Syama’il dan 
ketiganya ialah Kitab al-`Ilal. 
Kitab asy-Syama’il merupakan kitab hadits yang memuatkan hadits-hadits yang membicarakan secara khusus tentang tubuh kasar Nabi s.a.w dan peribadi Baginda s.a.w. Bukan Tirmizi sahaja sebenarnya yang telah menulis kitab hadits jenis ini. Malah ramai sekali tokoh-tokoh hadits lain juga turut menyumbangkan karya mereka dalam bab ini di sepanjang sejarah umat Islam. 
Namun kitab asy-Syama’il karangan at-Tirmizi adalah yang terpilih dan tersenarai paling atas. Di dalam kitab as-Syama’il, Imam at-Tirmizi menghimpunkan secara 
khusus hadits-hadits yang menggambarkan tentang tubuh kasar Nabi s.a.w dan peribadi Baginda s.a.w. Seperti kebiasaan Baginda, bentuk tubuh dan wajah, minat, 
kesukaan, cara makan dan minum, cara tidur, gaya berjalan dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan tubuh badan dan peribadi Nabi s.a.w. Di dalam kitab ini Imam Tirmizi mengumpulkan empat ratus hadits dan membahagikannya kepada lima puluh enam bab. Kitab asy-Syama’il ini disyarah oleh ramai `ulama’ yang datang kemudian. Antara syarahnya ialah: 
(1) Kitab Jam`ul Wasa’il oleh Mulla `Ali al-Qari. 
(2) Al-Mawaahib Al-Ladunniyyah oleh Syaikh Ibrahim al-Mishri al-Baajuri. 
(3) Duraru al-Fadhaa’il Fi Syarhi asy-Syamaa’il oleh `Alimuddin al-Qinnauji. 
(4) Bahjatu al-Mahaafil oleh as-Syeikh Abu al-Imdaad Ibrahim al-Laqqani al-Maliki. 
(5) Asyrafu al-Wasaa’il oleh Hafiz Syihabuddin Ahmad bin Hajar al-Makki. 
(6) Syarh asy-Syamaa’il (dalam bahasa `Arab dan Farsi) oleh Syeikh Muslihuddin Muhammad bin Salah bin Jalaal. 
(7) Syarh asy-Syamaa’il oleh `Ishaamuddin Ibrahim bin Muhammad al-Isfiraaini. 
(8) Syarh asy-Syamaa’il oleh Syeikh `Abdur Rauf al-Munaawi. 
(9) Zahru al-Hamaa’il `Ala asy-Syamaa’il oleh Imam Jalaluddin as-Suyuthi. 
(10) Hasyiah Maulana Ahmad `Ali Saharanpuri. 
(11) Khasha’il Nabawi (terjemahan dan hasyiah asy-Syamaa’il dalam bahasa Urdu) oleh Maulana Muhammad Zakariya al-Kandhlawi dan lain-lain lagi. 

Pengenalan Kitab Jaami` Atau Sunan At-Tirmizi
Kitab yang telah melonjakkan Imam Tirmizi ke puncak kemasyhuran ialah kitab hadits susunan beliau yang dikenali dengan beberapa nama. 
(1) Jaami` at-Tirmizi. 
(2) Sunan at-Tirmizi. 
(3) Al-Jaami` al-Kabir. 
(4) Al-Jaami` as-Sahih. 
(5) Sahih at-Tirmizi. 
Antara lima nama ini nama yang pertamalah yang paling popular dan paling tepat untuknya. Nama kedua iaitu Sunan at-Tirmizi sering juga diguna para `ulama’. Ia diterima mereka berdasarkan penggunaan qaedah إطلاق الجزء وإرادة الكل . Kewajaran kitab itu dinamakan dengan Sunan ialah kerana ia dimulakan dengan perbahasan-perbahasan fiqh dan sebahagian besar kandungannya menyerupai susunan kitab Feqah. Namun ia tidaklah setepat nama pertama tadi. Justeru kitab jaami` bererti kitab hadits yang menghimpunkan lapan topik utama kandungan hadits-hadits Rasulullah s.a.w, iaitu Sirah, Adab, Tafsir, Aqidah, Fitan, Ahkam, Asyratus Sa`ah (tanda-tanda 
kiamat) dan Manaqib (kelebihan dan keutamaan para nabi dan para sahabat).⁸ 
Dilihat dari sudut ini nama Jaami` adalah nama yang paling tepat untuk kitab Tirmizi itu. 
Kata as-Suyuthi, Al-Hakim menggunakan nama Al-Jaami` as-Sahih untuk Sunan Tirmizi dan Khatib al-Baghdadi pula menggunakan nama Sahih untuk Sunan Nasaa’i dan Sunan Tirmizi. Ini adalah termasuk dalam sikap bermudah-mudah atau sikap terlalu bertolak ansur mereka sahaja. 
(Lihat Tadrib ar-Raawi, j.1 m/s 165). 

Maksud as-Suyuthi ialah tidak tepat perkataan Sahih digunakan untuk kedua-dua kitab Nasaa’i dan Tirmizi itu, kerana hadits-hadits dha`if dan maudhu` juga terdapat di dalamnya. 

Nama Al-Jaami` al-Kabir paling kurang digunakan untuk kitab Tirmizi ini. Ia ada disebut oleh al-Kattaani 
(Abu `Abdillah Muhammad bin Ja`far al-Kattaani al-Idrisi 
m.1345H) di dalam ar-Risalah al-Mustathrafahnya. 
(Lihat ar-Risalah al-Mustathrafah j.1 m/s 11). 

Akan tetapi jika diingat Imam Tirmizi sendiri menamakan kitabnya al-Musnad as-Sahih, maka boleh dikatakan benar jugalah orang yang menamakan kitab itu dengan Sahih at-Tirmizi. Ibnu Katsir menukilkan kata-kata Ibnu Nuqthah (Abu Bakr Muhammad bin `Abd al-Ghani bin Abi Bakr al-Hambali m.629H) di dalam at-Taqyidnya bahawa Imam Tirmizi berkata: 
صنفت هذا المسند الصحيح وعرضته على علماء الحجاز فرضوابه وعرضته عل ى علماء العراق فرضوابه وعرضته على علماء خراسان فرضوابه ومن كان في بيته هذا الكتاب فكأنما في بيته نبي ينطق 
Maksudnya: “Saya karang kitab al-Musnad as-Sahih ini dan saya kemukakannya kepada `ulama’-`ulama’ Hijaz, mereka berpuas hati dengannya. Saya kemukakannya kepada `ulama’-`ulama’ `Iraq, mereka berpuas hati dengannya. Saya kemukakannya kepada `ulama’-`ulama’ Khurasan, mereka juga berpuas hati dengannya. Orang yang di rumahnya ada kitab ini, seolah-olah ada nabi yang bercakap di dalam rumahnya.” 
(Ibnu Katsir- al-Bidayah Wa an-Nihayah j.11 m/s 77). 

Kata-kata Tirmizi ini dikemukakan juga oleh Ibnu al-Atsir al-Jazari (m.606H) di dalam Jaami` al-Ushulnya (j.1 m/s 194), dan Ibnu al-Mulaqqin (m.804H) di dalam al-Badru al-Munirnya (j.1 m/s 303). 

Cuma perlulah diingat bahawa kata-kata Tirmizi ini tidaklah berma`na semua hadits di dalamnya sahih, kerana ada antara haditsnya yang dipertikaikan oleh `ulama’ hadits dari sudut kesahihannya. Beliau sendiri juga menghukum sebahagian hadits yang terdapat di dalam kitabnya itu sebagai dha`if. Bagaimanapun kebanyakan hadits di dalamnya adalah sahih. Oleh sebab itulah ia dikategorikan sebagai salah sebuah Sihah Sittah (enam kitab hadits sahih). Jadi apa yang dimaksudkan oleh beliau dengan sahih itu ialah berdasarkan kebanyakan hadits di dalamnya (secara taghlib).


Kelebihan Dan Keistimewaan Kitab Jaami` Tirmizi.
Sebagai salah sebuah kitab yang sangat terkenal di bidang hadits, tentunya Jaami` at-Tirmizi itu mempunyai kelebihan, keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. 

Jadi bukanlah sesuatu yang menghairankan sekiranya alim `ulama’ di sepanjang masa mengaguminya. Apa yang telah diketemukan oleh para `ulama’ dan pengkaji hadits di 
celah-celah Jaami` Tirmizi itu boleh anda saksikan di dalam pelbagai kitab syarah-syarah hadits hasil karangan mereka, sama ada dahulu mahupun sekarang. 

Pujian, penghargaan, pengi`tirafan dan sanjungan yang diberikan oleh para `ulama’ terhadap kitab Jaami` at-Tirmizi itu lebih kurang sama adanya dengan yang telah mereka 
berikan terhadap kitab-kitab hadits terkemuka yang lain, seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud dan lain-lain.Kerana keunikan dan keistimewaannyalah seorang tokoh hadits terkenal, Syeikh Ibrahim al-Baijuri menyarankan kepada setiap pelajar hadits agar mempelajari dan mendalami kitab al-Jaami` as-Sahih karangan Imam Tirmizi. Bagi beliau di dalam kitab ini terkumpul khazanah-khazanah ilmu yang amat banyak, terutamanya di bidang hadits dan fiqh. Selain itu ia juga memuatkan mazhab-mazhab (aliran-aliran fiqh) salaf dan khalaf. Bagi beliau kitab ini sahaja pun sudah memadai dan mencukupi untuk seorang mujtahid dan seorang muqallid (yang hendak bertaqlid). 

Jaami` Tirmizi menyajikan kepada para penuntut dan pengkaji fiqh pendapat-pendapat mazhab yang pelbagai. Dengan demikian kedua-dua bidang ilmu hadits dan fiqh dapat dikuasai tanpa memerlukan seseorang itu merujuk dan berpandu kepada kitab lain. 

Seorang tokoh hadits yang sangat terkenal di benua kecil India, Shah `Abdul 'Aziz telah menyenaraikan beberapa faktor kenapa kitab ini termasuk di antara kitab 
hadits terbaik. Bahkan dari beberapa sudut, ia mengatasi kitab-kitab hadits yang lain. Antara faktor yang menjadikan Jaami` Tirmizi sangat istimewa bagi beliau ialah: 
(1) Susunan di dalam kitab ini sangat elok dan hadits-haditsnya tidak berulang-ulang. 
(2) Di dalamnya dikemukakan mazahib(pendapat-pendapat) fuqaha’ dan mujtahidin di samping dalil-dalil dan sandaran-sandaran mereka. 
(3) Kedudukan hadits dinyatakan. Setelah mengemukakan sesuatu hadits, Imam Tirmizi menyatakan darjat dan 
kedudukannya, sama ada ia sahih, hasan, dha`if, gharib, mu`allal dan sebagainya. 
(4) Nama-nama perawi disebut dengan laqab (nama gelaran) ataupun kuniahnya (nama panggilannya) sekali. Tujuannya ialah supaya setiap perawi hadits itu dapat dikenalpasti identitinya. Ini kerana seringkali didapati beberapa orang perawi mempunyai nama yang sama. Dengan menyebutkan kuniah (nama panggilannya) dan laqab (nama gelaran) masing-masinglah, mereka dapat dibezakan. 

(5) Melalui kitab ini keupayaan dan kedudukan perawi-perawi dapat dikenal pasti, sama ada ia boleh dipercayai atau tidak. Kelebihan dan kekurangan mereka juga dapat diketahui apabila Imam Tirmizi mengemukakan pendapat tokoh-tokoh Rijaal hadits yang mengkredit dan 
mendiskreditkan mereka.

Ibnu as-Shalah, an-Nawawi dan as-Suyuthi berpendapat, Jaami` at-Tirmizi adalah kitab yang amat berfaedah kerana ia merupakan kitab asas untuk mengetahui dan 
mengenali hadits-hadits hasan. Tirmizilah orang yang mula-mula memperkenalkan hadits hasan dengan ma`na yang berbeza daripada yang pernah diperkenalkan oleh 
tokoh-tokoh hadits yang lain. 
(Lihat as-Suyuthi - Tadrib ar-Raawi j.1 m/s 166, al-Qaasimi - Qawaa`idu at-Tahdits j.1 m/s 56, al-Munaawi - al-Yawaqit Wa ad-Durar j.1 m/s 409).

Hafiz Muhammad bin Thahir al-Maqdisi mengisahkan bahawa pernah disebut kitab Jaami` at-Tirmizi di hadapan Imam Abu Ismail Abdullah bin Muhammad al-Anshari ketika beliau di Hirat. Kata beliau, bagi saya Jaami` Tirmizi lebih berguna daripada Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Kerana kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim itu hanya dapat difahami dan diambil manfa`at daripadanya oleh orang yang betul-betul `alim. Sedangkan kitab Abu `Isa (Jaami` Tirmizi) itu pula mampu difahami dan dicapai ilmunya oleh semua lapisan masyarakat. 
(Lihat Maulana Dr. Taqiyuddin Nadwi - Muhadditsin Izaam m/s 219).

Tujuan Kitab Jaami` At-Tirmizi Ditulis.
Boleh dikatakan setiap pengarang kitab hadits mempunyai maksud dan tujuan tersendiri bilamana mereka membuat keputusan menghasilkan sesebuah karya. 
Begitulah juga dengan Imam Tirmizi. Beliau juga tidak terkecuali mempunyai motif dan sebab yang mendorongnya mengarang kitab ini. Untuk menghasilkan sesebuah karya yang cukup istimewa, karya itu perlulah ada kelainan. Ia semestinya unik dan tidak berkumpul dalam suatu lingkaran yang sama. Malah jika keunikan dan 
keistimewaan itu belum pernah diketahui dihasilkan sepanjang sejarah atau tidak pernah diketengahkan oleh sesiapa pun sebelumnya, maka ia akan menjadi tinggalan dan warisan yang amat bernilai.

Manfa`atnya pula cukup besar di kemudian hari.
Kitab Jaami` Tirmizi yang dipersembahkan oleh Imam Tirmizi ini selain mengumpulkan hadits-hadits yang berbagai-bagai taraf dan kedudukannya, ia juga 
memainkan peranan utama dalam menerangkan mazhab-mazhab `ulama’ mujtahidin yang terdapat pada ketika itu. Komitmen Imam Tirmizi ini jelas kelihatan di dalam kitabnya, apabila setiap pendapat `ulama’ mazhab tertentu dalam sesuatu masalah atau hukum dirangkaikan bersama hadits yang menjadi asas dan dalil kepada 
pendapat tersebut. 

Dalam hal ini Imam Tirmizi ada metodenya yang tersendiri. Beliau telah memilih jalan tengah di antara kaedah penulisan Imam Bukhari dan Imam Muslim. `Ulama’-
`ulama’ serta para pengkaji hadits melalui pengamatan dan pengalaman telah membuat sebuah kesimpulan bahawa tidak mungkin bagi seseorang itu memahami apa yang dikehendaki Imam Bukhari tanpa terlebih dahulu bertungkus-lumus mempelajari dan mengerti metodologi penulisannya. 

Antara matlamat utama Imam Muslim menulis Kitab Sahihnya pula ialah untuk memberitahu bahawa hadits-hadits sahih yang menjadi pegangan umat Islam itu banyak thuruqnya. Secara tidak langsung kitab beliau itu menjadi terlalu terperinci, kerana setiap turuq hadits tersebut akan dikemukakan oleh beliau.

Walaupun Imam Abu Daud juga menghasilkan kitab yang menekankan sudut dalil bagi fuqaha’, namun setakat itu sajalah persamaannya dengan kitab Imam Tirmizi. Tidak disebut di dalam kitab Sunan Abi Daud nama-nama fuqaha’ yang terlibat dalam sesuatu topik yang diperbincangkan. Sama ada dari kalangan sahabat, tabi`in atau imam-imam mujtahidin lainnya. 

Tetapi tidak demikian halnya dengan Jaami` Tirmizi. Keseluruhan nama-nama dan individu-individu yang berkaitan telah disertakan bersama oleh Imam Tirmizi. Dengan itu kitab Jaami` at-Tirmizi telah muncul sebagai salah satu sumber rujukan dan kitab penyelidikan terpenting bagi umat Islam.

Antara tujuan Imam Tirmizi mengarang kitab Jaami`nya ialah mengumpul turuq(saluran-saluran) riwayat yang banyak dengan cara yang paling ringkas. Dengan 
melakukan demikian Imam Tirmizi telah meninggalkan suatu kaedah yang cukup bernilai dalam mengenal pasti hadits-hadits yang mempunyai intisari yang sama,
tetapi diriwayatkan oleh perawi yang berlainan. Tujuan Imam Tirmizi hampir sama dengan tujuan Imam Muslim dalam hal ini, akan tetapi caranya berbeza sekali. Pada 
ketika Imam Muslim bertungkus-lumus mengemukakan sesuatu hadits dengan perawi-perawinya yang berlainan, menjadikan sesuatu topik perbincangan panjang 
lebar dan berjela-jela, Imam Tirmizi pula mengemukakan hanya satu hadits dan kemudian menggunakan satu istilah yang mengisyaratkan kepada wujudnya hadits yang sama atau hampir sama ma`nanya, tetapi melalui tariq (saluran riwayat) yang berlainan. Istilah yang digunakannya ialah “وفي الباب.“ 

Misalnya selepas mengemukakan satu hadits di bawah sesuatu bab yang diadakan, Imam Tirmizi  berkata 
وفي الباب عن أَبِي سَعِبدٍ وَجَبِرٍ
“Dengan kata fil bab itu beliau sebenarnya mengisyaratkan kepada wujudnya hadits-hadits lain yang juga ada kaitan dengan bab yang sedang dibicarakan. Hadits-hadits itu mungkin boleh ditemui di dalam kitab beliau sendiri atau di dalam kitab-kitab hadits yang lain. 

Menerusi pendekatan ini keistimewaan khusus yang terdapat di dalam kitab Sahih Muslim juga boleh 
diperolehi di dalam Jaami` Tirmizi, tetapi dengan cara yang cukup ringkas. 

Keistimewaan dan kelebihan yang ada di dalam kitab ini lebih menonjol bilamana Imam Tirmizi menarafkan setiap hadits yang dikemukakannya. Tidak dapat dinafikan 
usaha ini adalah sesuatu yang cukup bermanfa`at kepada para penuntut dan pengkaji hadits. Bukan sekadar itu sahaja, apabila sesuatu hadits itu tidak sahih maka Imam 
Tirmizi akan menerangkan punca kenapa ia dikatakan tidak sahih. 

Contohnya Imam Tirmizi akan melabelkan sesuatu hadits dengan gharib kerana di dalam sanad hadits itu terdapat seseorang perawi yang dianggap dha`if oleh beliau. Kaedah yang diguna pakai oleh Imam Tirmizi ini secara tidak langsung melatih dan membiasakan mereka yang baru menceburkan diri di lapangan pengajian hadits dengan taraf dan kedudukan seseorang perawi. 

Antara ciri khusus yang menjadikan kitab ini lebih istimewa ialah adanya pendedahan oleh Imam Tirmizi tentang mazahib fuqaha’ dari kalangan sahabat, tabi`in dan tab`i at-tabi`in. Lebih dari itu, mazhab-mazhab `ulama’ di negeri-negeri tertentu bahkan di kawasan-kawasan tertentu juga ada disenaraikan. 

Faedah yang diperolehi daripada pendedahan seperti itu ialah kita dapat mengenal pasti dan mengetahui apakah perbezaan asasi di antara satu mazhab dengan satu mazhab yang lain. Di samping dapat juga mengetahui perkembangan fiqh di sudut sejarahnya.
Tidak terhenti setakat itu sahaja, Imam Tirmizi pergi lebih jauh lagi, di mana beliau menyenaraikan dan memperkenalkan kepada kita mazhab-mazhab yang tidak 
lagi diamalkan oleh umat Islam masa kini. Sebagai contohnya, mazhab Imam al-Auzaa`i, Sufyan as-Tsauri, Ishaq bin Ibrahim al-Marwazi dan lain-lain. Pemerincian 
sebegini amat sukar ditemui di dalam kitab-kitab lain. Ia jelas merupakan pesaka Imam Tirmizi yang sangat besar dan sangat berma`na kepada umat Islam. 

Dengan segala keistimewaan yang terbuku di dalam kitab Jaami` at-Tirmizi itu tidak syak lagi ia merupakan salah sebuah karya terbaik pernah dihasilkan dalam sejarah penulisan kitab umat Islam. 


Mazhab Imam Tirmizi
Imam-imam besar seperti Imam Tirmizi, Bukhari, Muslim dan lain-lain mempunyai pengaruh yang sangat besar dan mereka dihormati seantero dunia Islam. 

Faktor inilah yang mendorong sesebuah kumpulan atau sesuatu golongan berpuas hati dan berbangga jika tokoh-tokoh besar seperti itu dikaitkan dengan kumpulan mereka. Fenomena sebegini selalunya berlaku kepada mereka yang terlalu mengikat diri dengan pengamalan mazhab. Pengaruh dan gah yang dimiliki tokoh-tokoh besar hadits itu sangat didambakan, kerana ia merupakan sandaran yang kukuh untuk menguatkan hujjah dan pegangan mazhab masing-masing. 

Apatah lagi kepada `ulama’-`ulama’ yang terlalu fanatik dengan mazhab yang dianuti mereka. Mereka tidak dapat menerima dan langsung tidak dapat membayangkan bahawa imam-imam besar itu tiada pegangan mazhab yang khusus. 

Contohnya pengikut-pengikut mazhab Syafi`e akan menda`wa bahawa Imam Tirmizi juga mempunyai pegangan mazhab yang sama dengan mereka. Jadi tidaklah pelik jikalau ada antara nama-nama besar itu 
terselit dalam senarai tokoh-tokoh kenamaan dan individu-individu terkemuka mazhab tersebut. Semuanya ini berlaku tidak kerana lain melainkan untuk menguatkan nama dan pengaruh mazhab masing-masing sahaja. Situasi dan senario yang sama juga menyelubungi Imam Bukhari, di mana masing-masing pengikut mazhab tidak mahu melepaskan peluang untuk mengaitkan beliau dengan mazhab dan pegangan mereka. 

Da`waan yang mengaitkan Imam Tirmizi dengan mazhab Syafi`e bukanlah langsung tidak berasas. Tidak kurang `ulama’ dan cerdik pandai yang berpendapat demikian. Punca utama yang mencetuskan pandangan seperti itu ialah kerana beliau kelihatan lebih banyak menyokong dan mentarjihkan pendapat-pendapat yang kebetulannya bertepatan dengan mazhab Syafi`e. Walaupun demikian halnya, tidaklah patut seseorang itu cepat membuat kesimpulan yang sembarangan. Ini kerana di sa`at beliau memberi pendapat yang bersesuaian dengan mazhab Syafi`e, di sana juga terdapat banyak percanggahan di antara ijtihad beliau dengan mazhab itu.

Jadi apakah pula justifikasi mereka di sini? Apakah Imam Tirmizi yang dikatakan bermazhab Syafi`e itu akan menentang mazhab imamnya? Apakah itu caranya orang yang bertaqlid kepada imam-imam tertentu? Seseorang yang mampu menilai dengan sebaik-baik penilaian dan sejujur-jujur pertimbangan akan mendapati hujah seperti ini sebenarnya terhasil daripada analisa yang kurang cermat.

Sebenarnya tiada satu mazhab pun patut mendakwa secara mutlak bahawasanya Imam Tirmizi adalah pengikut mazhab mereka. 

Syah Waliyullah menggambarkan fenomena yang berlaku kepada tokoh-tokoh hadits yang dikaitkan dengan sesuatu mazhab itu dengan katanya: 
وكان أهل الحديث قد بينسب إلى أحد الماذهب لكثرة موافقته
Ulama- ulama hadits kadang-kadang dikaitkan dengan sesuatu mazhab hanya kerana terdapat banyak persamaan pendapatnya dengan mazhab tersebut. 

Kata-kata Syah Waliyullah ini tentunya dilontarkan sebagai 
menyanggah pendapat sesetengah orang yang mendakwa imam-imam besar itu juga seorang muqallid hanya kerana pendapat dan ijtihadnya kelihatan sama dengan 
mazhab-mazhab tertentu.

Hujjah yang kukuh betapa Imam Tirmizi bukanlah muqallid sepertimana yang disangkakan oleh sesetengah orang, boleh ditelusuri dan diperhati pada pendapat beliau sendiri di dalam kitab Jaami`nya. 

Sebagai contoh, di bawah 
باب ما جاء في تاخير الظهر في شدّة الحر 
jelas kelihatan keputusan yang diambil oleh Imam Tirmizi 
berlawanan dengan ijtihad dan pegangan Imam Syafi`e. 
Menafikan Imam Tirmizi daripada dikaitkan dengan mana-mana mazhab imam-imam mujtahidin, bukan terbatas dengan dalil di atas sahaja. Terdapat banyak sekali petunjuk lain di dalam kitabnya yang ternyata jika diperhalusi dan dipertimbangkan dengan fikiran yang saksama akan mencerminkan kedudukan sebenar Imam Tirmizi. 
 والعمال على هاذا عند أصاحابنا وعند الشافعي وأحماد واساحاق 
Misalnya beliau menulis:  Inilah pegangan ashab kita, Syafi`e, Ahmad dan Ishaq.


Begitu juga di bawah   
باب َما َجاء فيِ النَّهْيِ عَنْ المُحَاقِلَةِ وِالْمُحَاقَلَةِ وِالْمُزَابَنَة
beliau menulis   هو قول الشافعي وأصاحابتا.
Itulah pendapat Syafi`e dan ashab kita. 

Rasionalnya di sini, apabila Imam Tirmizi mengisytiharkan sedemikian, ia memberi erti mazhabnya, mazhab Syafi`e dan mazhab-mazhab lain yang disebutkan bersama adalah entiti berlainan. 

Jika Imam Tirmizi juga bermazhab Syafi`e, tentu sekali beliau tidak akan berkata begitu. Kerana mazhab Syafi`e juga merupakan mazhabnya. Apa perlu dan apa 
faedahnya Imam Tirmizi mahu memisahkan dirinya daripada Syafi`iyyah? 

Jadi  jelaslah di sini bahawa ashab kita yang dimaksudkan Imam Tirmizi itu adalah mazhab dan pegangannya yang tersendiri, bukan Syafi`iyyah dan bukan juga mazhab-mazhab lain selain Syafi`iyyah. Menurut Syeikh Siraj Ahmad as-Sarhindi dan `Allamah as-Sindi -pensyarah kitab Jaami` Tirmizi- apa yang dimaksudkan oleh Imam Tirmizi dengan katanya ashab kita itu adalah kumpulan `ulama’ hadits atau Ahlul Hadits.

Kepada mereka yang berfikiran terbuka dan matang, kata-kata Imam Tirmizi ini merupakan suatu petanda bahawa beliau mempunyai aliran dan pengikut tersendiri 
yang sefahaman dengan beliau. 

Selagi maksud ashab kita tidak dapat dijelaskan dengan perincian lain yang boleh diterima maka tiada gunanya menafikan Imam Tirmizi adalah seorang mujtahid mutlaq seperti gurunya juga.

Walaupun begitu, setelah mengkaji dan memerhati keseluruhan kandungan kitab Jaami` Tirmizi, para `ulama’ tidak mengatakan Imam Tirmizi mempunyai suatu 
mazhab tersendiri yang langsung berbeza daripada mazhab-mazhab yang ada. 

Bahkan mereka telah menyimpulkan bahawa pendapat dan mazhab Imam Tirmizi secara keseluruhannya lebih cenderung dan lebih banyak persamaannya dengan pendapat `ulama’ Hijaziyyin seperti Imam Malik dan Imam Syafi`e. 

Contohnya apabila Imam Tirmizi mengemukakan dua hadits yang menjadi dalil dalam sesuatu masalah fiqh, hadits yang mula-mula dikemukakan oleh beliau biasanya adalah dalil yang menyokong pendapat Hijaziyyin, manakala hadits seterusnya sama ada merupakan asas atau isyarat kepada asas pegangan Ahli al-Kufah atau golongan Kufiyyin. 

Garapan seumpama ini oleh Imam Tirmizi di dalam kitabnya telah memberi gambaran kepada `ulama’-`ulama’ kemudian bahawa pendapat beliau lebih cenderung 
kepada `ulama’-`ulama’ Hijaz atau beliau lebih menyetujui pendapat mereka.


Kedudukan Jarh Dan Ta'dil Yang Dilakukan Oleh Imam Tirmizi 
Sepertimana `ulama’ besar yang lain, Imam Tirmizi juga mampu menganalisa dan membuat penilaian sendiri terhadap sesebuah hadits, berbekalkan ilmu yang melaut 
luasnya hasil daripada pengajian yang lama dan mendalam di bidang ini. Atau dengan kata lain, beliau juga seperti tokoh-tokoh besar yang lain mempunyai autoriti untuk 
melakukan jarh dan ta`dil terhadap perawi-perawi. Dalam bidang pengajian hadits, ilmu jarh dan ta`dil merupakan komponen terpenting untuk seseorang itu mampu 
menganalisa sesebuah hadits dengan baik. Tanpa ilmu ini mustahil kelayakan yang diperlukan itu dicapai. Pemusatan usaha, tenaga dan kebijaksanaan, di samping masa 
yang cukup diperlukan untuk menguasainya. 

Dalam sejarah pengajian dan perkembangan ilmu hadits, bermula dari zaman penulisan dan pembukuan hadits hingga ke waktu ini, kajian dan penyelidikan `ulama’-`ulama’ hadits sentiasa berterusan. Mereka tidak pernah berdiam diri dari terus membuat analisa, menilai dan seterusnya membuat komentar terhadap piawaian yang telah diperkenalkan oleh `ulama’ sebelumnya. Malah budaya mengkritik seakan sudah menjadi tradisi, terutama sekali dalam bidang jarh dan ta`dil. 

Para pengkritik hadits akan menilai, menghalusi, menegur dan memperbetulkan piawaian seseorang `ulama’ lain yang dianggap kurang tepat. Semuanya ini dilakukan tidak kerana lain melainkan untuk menjaga kesucian hadits-hadits Rasulullah s.a.w. dan demi memeliharanya daripada unsur-unsur jahat dan virus perosak yang boleh mengganggu dan mengotori sumber rujukan umat ini.

Sebelum kenyataan dan keputusan Imam Tirmizi dinilai ketepatannya, setiap pengkaji hadits perlu mengetahui sejauh manakah pandangan `ulama’ terhadap kemampuan dan kebolehan yang dimiliki Imam Tirmizi dalam menganalisa setiap pendapat yang telah diberikannya.

Pada dasarnya tokoh-tokoh hadits memang menganggap Imam Tirmizi seorang yang amat layak lagi berkemampuan tinggi serta mahir sekali dalam bidang ilmu jarh dan ta`dil. Begitu juga pengetahuannya tentang rijal (perawi-perawi) hadits. Boleh dikatakan tidak ada siapa pun mempertikaikan hakikat ini. Bukti yang paling terang dan kukuh, dapat anda saksikan di celah-celah Kitab Jaami` sendiri dan juga kitab `Ilal yang dirangkumkan bersama di hujungnya. 

Dengan menyelongkar dua buah kitab ini sahaja pun, orang-orang yang ahli dalam bidang hadits akan terdorong mengakui kemahiran dan kepakaran Imam Tirmizi
dalam kedua-dua bidang ilmu tersebut. Namun, walau setinggi mana pun pengiktirafan yang telah diberikan kepada beliau, para `ulama’ pengkaji hadits tidak 
menganggap ia sebagai suatu halangan dan tegahan yang boleh merencatkan mereka dari mengutarakan kritikan dan komentar terhadap apa yang dilihat memerlukan 
pembaikian.

Setelah mengkaji dan meneliti kitab beliau, para `ulama’ hadits telah membuat kesimpulan bahawa Imam Tirmizi bukanlah antara `ulama’ yang meletakkan piawaian terlalu tinggi dalam menilai dan mengukur kedudukan seseorang perawi. 

Malah dalam beberapa kes keputusan Imam Tirmizi dilihat agak rapuh dan longgar. Beliau kadang-kadang menerima baik (dengan menghukum sahih atau hasan) hadits 
yang diriwayatkan oleh perawi yang diragui kedudukannya.

Maka sepertimana `ulama’ hadits yang lain pernah dikritik dan diserang pendapat-pendapat mereka, Imam Tirmizi juga tidak terlepas daripada kritikan dan bantahan oleh kalangan pengkritik hadits. Keadaan ini berlaku tatkala beliau memberi pendapatnya tentang taraf sesuatu hadits, khususnya hadits-hadits di dalam Jaami` at-Tirmizi. Oleh yang demikian, apabila Imam Tirmizi menilai sesuatu hadits di dalam kitabnya sama ada sebagai sahih, hasan, dha`if mahupun gharib, penarafan dan standard yang diletakkannya itu telah menarik respons ramai `ulama’ dan pengkaji hadits untuk membicarakannya. 

Perbahasan berkenaan penilaian Imam Tirmizi terhadap hadits-haditsnya itu terus-menerus berlangsung dari dahulu hingga sekarang dan ia mendapat sambutan yang hangat dari kalangan `ulama’ di setiap zaman. 

Antara tokoh yang telah membuat komentar terhadap keputusan Tirmizi berkenaan dengan kedudukan dan taraf sesebuah hadits ialah Mulla Ali Qaari. 

Di dalam kitabnya Mirqaat beliau menulis
عنده نوع من التساهل في التصحيح لايضرّه
Iman Tirmizi mempunyai semacam (sedikit) sikap tasaahul (lembut) dalam mentashihkan sesuatu hadits.
Bagaimanapun sikap beliau itu tidaklah menjejaskan kedudukannya. 
(Lihat Mirqaat Syarah Misykaat j.1 m/s 56).

Dua baris selepas itu beliau menulis
وقد أطلق الحاكم والحطيب الصحة على ما جمع في سنن الترمذي  
Hakim dan Khatib Baghdadi mensahihkan semua hadits yang terdapat di dalam Sunan Tirmizi). (ibid).

Pandangan dan keputusan kedua-dua imam yang disebut oleh Mulla `Ali al-Qaari itu dikritik keras oleh para `ulama’ hadits. Imam as-Suyuthi dalam bidasannya menyifatkan Hakim dan Khatib Baghdadi sebagai mutasahil (orang yang meletakkan syarat terlalu longgar dan rendah dalam menilai kedudukan sesuatu hadits). 
(as-Suyuthi- Tadrib ar-Raawi j.1 m/s 165). 

Imam az-Zaila`i (Jamaaluddin Abu Muhammad Abdullah bin Yusuf bin Muhammad az-Zaila`i m.762H) juga turut mengecam pendapat kedua-dua mereka. Setelah berkata, Hakim terkenal dengan sikapnya yang terlalu mudah menghukum sahih sesuatu hadits, az-Zaila`i menulis: 
قيل إن تصحيحزالحاكم دون تصحيح الترمذي والدار قطني بل تصحيه كتحسين الترمذي
Maksudnya: Kata `ulama’, tashih (keputusan tentang sahihnya sesuatu hadits oleh) Hakim lebih rendah daripada tashih (keputusan tentang sahihnya sesuatu hadits oleh) Tirmizi dan Daaraquthni. Bahkan tashih beliau hanya seperti tahsin (keputusan tentang hasannya sesuatu hadits oleh) Tirmizi saja. Kadang-kadang ia lebih rendah lagi daripadanya. (az-Zaila`i - Nashbu ar-Raayah j.1 m/s 352).

Imam Zahabi pula mempunyai kayu ukurnya yang tersendiri apabila beliau meletakkan kedudukan kitab Jaami` Tirmizi lebih rendah dari kitab Sunan Abi Daud dan Sunan Nasaa’i. Beliau menegaskan tidak mungkin sebuah kitab yang ada termuat di dalamnya riwayat daripada al-Waqidi dan al-Kalbi boleh dii`tiraf sebagai sebuah kitab yang hanya menghimpunkan hadits-hadits sahih. Ini kerana beliau beranggapan apa pun periwayatan dari kedua-dua perawi ini tidak boleh diterima. Mereka berdua ini bukan sekadar disifatkan sebagai dha`if bahkan dianggap dan dilabelkan sebagai kazzab oleh imam-imam hadits.

Di bawah biografi Katsir bin Abdillah bin `Amar bin `Auf al-Muzani, Imam az-Zahabi menukilkan kata-kata beberapa orang tokoh Rijaal hadits yang mendiskreditkan Katsir. Antara mereka ialah Ibnu Ma`in, Syafi`e, Abu Daud, 
Daaraquthni, Ibnu Hibbaan dan lain-lain. Beliau juga menukilkan apa tindakan Ahmad terhadap haditsnya
قال ابن معين ليس بشيء وقال الشافعي زأبو داؤد ركن من اركان الكذب وضرب أحمد على حديثه
Maksudnya: Kata Ibnu Ma`in, (Katsir) langsung tidak berguna. Kata Syafi`e dan Abu Daud, dia adalah salah seorang rukun dusta. Ahmad pula memadamkan haditsnya. 

Jelas kelihatan di sini pendirian Ibnu Ma`in bahawa Katsir bin Abdillah adalah seorang yang langsung tidak berguna. Imam Syafi`e dan Abu Daud pergi lebih jauh lagi dengan melabelkan Katsir ini sebagai salah satu tiang utama dusta.

Imam Ahmad pula langsung tidak mahu menerima pakai hadits-haditsnya. Dalam keadaan begini pun Imam Tirmizi masih mengemukakan hadits Katsir bin Abdillah di dalam kitab Jaami`nya. Maka tersenarailah nama itu dalam senarai perawi-perawi Jaami` Tirmizi, lalu jatuhlah nilai kitab Tirmizi itu kerananya. Hadits riwayat Katsir itu ialah:
 الصلح جائز بين المسلمين
Maksudnya: Perdamaian itu harus di antara orang-orang Islam. 

Imam Tirmizi mengatakan hadits ini sahih. Kata az-Zahabi seterusnya: “kerana itulah tashih (keputusan tentang sahihnya sesuatu hadits oleh) Tirmizi tidak dipercayai `ulama’.” 

Bagi penulis bukan semua hadits yang ditashih dan ditahsinkan oleh Tirmizi itu tidak dipercayai `ulama’. Yang tidak dipercayai atau lebih tepatnya yang diragui `ulama’ 
sebenarnya ialah hadits-hadits yang dikatakan sahih atau hasan oleh Tirmizi seorang diri sahaja, tanpa ada keputusan sahih atau hasan oleh orang-orang lain juga bersama beliau. 

Di bawah biografi Yahya bin Yamaan pula Imam az-Zahabi mengemukakan satu lagi kritikan. Yahya bin Yaman telah meriwayatkan satu hadits daripada Ibnu Abbaas 
yang berbunyi:
إن النبي صلى الله عليه وسلم دَخَلَ قُبْرًا لَيْلًا فَأُسْرِجَلَهُ سِرِاجٌ
Maksudnya:“Sesungguhnya Nabi s.a.w pernah memasuki kawasan perkuburan pada suatu malam, maka dinyalakanlah lampu untuk Baginda s.a.w.”

Hadits ini telah dihasankan oleh Tirmizi. Sedangkan di dalam rantaian sanad hadits tersebut terdapat tiga orang perawi yang jelas dha`ifnya.

Imam az-Zaila`i telah memperincikan lagi perbahasan hadits ini di dalam kitab Nashbu ar-Raayah (sebuah kitab yang mentakhrijkan hadits-hadits hidayah). Baginya 
pandangan Imam Tirmizi tentang kedudukan hadits ini hasan adalah tidak tepat sama sekali. 

Ini kerana madar (perawi paksi) kepada hadits ini adalah Hajjaaj bin Arthaat. Hajjaaj terkenal sebagai seorang perawi mudallis dan hadits ini tidak termasuk dalam hadits yang beliau tashrihkan sama`nya. Malah ia telah diriwayatkan secara `an`anah.

Yahya bin Said al-Qatthan juga mengkritik salah seorang perawi hadits ini iaitu Minhal bin Khalifah. Ibnu Ma`in mengatakan dia perawi yang dha`if. 

Imam Bukhari pula berkata: فيه نظر  sebagai isyarat kepada kedha`ifannya yang teruk.

Berdasarkan apa yang telah dibincang dan dibentangkan di atas bolehlah disimpulkan bahawa Imam Tirmizi termasuk dalam kalangan `ulama’ hadits yang bersikap mutasahil (mudah menghukum sahih atau hasan terhadap sesuatu hadits) dalam menilai dan menghukum sesuatu hadits.

Kecenderungan sebeginilah yang membuatkan para `ulama’ dan penyelidik hadits berwaspada dalam menerima setiap 
analisis Imam Tirmizi terhadap hadits, tidak kira sama ada pandangannya itu dalam menghukum sesuatu hadits sebagai sahih ataupun hasan. Keputusan-keputusan beliau dalam jarh dan ta`dil tidak ditelan bulat-bulat oleh mereka, disebabkan sikap dan pendiriannya itu. Malah dalam hal ini tokoh-tokoh hadits telah memberikan satu tuntunan penting dan sangat berguna untuk dijadikan panduan melalui pesanan dan ingatan mereka. 

Antaranya ialah kata-kata az-Zahabi berikut ini: 
لا تغتر بتحسين التررمذي
Maksudnya: Jangan kamu terpedaya dengan tahsin (hukum hasan terhadap sesuatu hadits oleh) Tirmizi.

Apa Kata Ibnu Hazam Tentang Tirmizi.
Walaupun nama Tirmizi meniti di bibir hampir setiap umat Islam sejak dahulu hingga ke hari ini, kitab Jaami` Tirmizi pula dimiliki dan dipelajari hampir semua `ulama’, namun ada juga rupanya imam besar yang tidak kenal Tirmizi dan tidak pernah melihat pun kitab Jaami`nya. 

Imam yang dimaksudkan ialah Imam Ibnu Hazam al-Andalusi. Kata Ibnu Hazam, Tirmizi majhul (seorang yang tidak dikenali). 

Pendapat beliau ditolak oleh para muhadditsin. Imam az-Zahabi berkata: Ketsiqahan Abu `Isa at-Tirmizi disepakati para `ulama’. Kata Ibnu Hazam, beliau majhul tidak layak dihiraukan. Sebenarnya Ibnu Hazam tidak pernah tahu pun tentang kitab Jaami` Tirmizi dan `Ilalnya.

Kata Hafiz Ibnu Hajar, di dalam Kitab al-Faraa’idh Minal Ishaal Ibnu Hazam menulis, Muhammad bin `Isa (Imam Tirmizi) majhul. Orang yang dapat berkata begini hanyalah orang yang tidak tahu menahu tentang hafalan dan karangan (`ulama’). 

Ibnu Hazam juga telah menggunakan ayat seperti itu untuk orang-orang lain. Padahal mereka adalah orang-orang yang begitu terkenal dan diterima baik oleh semua. 

Imam az-Zahabi di dalam Siyar A`laam an-Nubalaa’ menulis, banyaklah kitab-kitab hadits telah disebut oleh Ibnu Hazam. Tetapi beliau tidak pernah menyebut tentang Sunan Ibnu Majah dan Jaami` at-Tirmizi. 

Sebabnya ialah beliau tidak pernah melihat pun kitab-kitab itu. Kitab-kitab itu baru dibawa masuk ke Andalusia hanya 
selepas kematian Ibnu Hazam. 

Imam az-Zahabi di dalam Mizaan al-I`tidaal menyebut, pada Imam Baihaqi juga tidak ada Kitab-kitab Sunan Nasaa’i, Ibnu Majah dan Jaami` at-Tirmizi. 
(Lihat untuk semua keterangan tadi Muqaddimah Tuhfatu al-Ahwazi j.1 m/s 271.)


Hadits-Hadits Jaami` Tirmizi Yang Dikritik Imam Ibnu Al-Jauzi.
Kata as-Suyuthi, Ibnu al-Jauzi telah menghukum maudhu` tiga puluh hadits Jaami` Tirmizi. Ibnu al-Jauzi adalah seorang yang sangat keras dalam menilai dan 
mengkritik hadits. Kata an-Nawawi, banyak sekali hadits yang telah dihukum maudhu` oleh Ibnu al-Jauzi di dalam kitabnya. Padahal tidak ada dalil pun tentang maudhu`nya hadits-hadits itu. Hadits-hadits itu sebenarnya adalah dha`if bukan maudhu`. 

Menurut Imam az-Zahabi, Ibnu al-Jauzi telah memasukkan banyak sekali hadits-hadits yang kuat dan hasan ke dalam Kitab al-Maudhu`aatnya. As-Suyuthi telah menjawab kritikan Ibnu al-Jauzi terhadap hadits-hadits Jaami` Tirmizi dan lain-lain di dalam dua buah bukunya yang berjudul: “Al-Qaulu al-Hasan Fi az-Zubbi `An as-Sunan” dan “At-Ta`aqqubaat `Ala al-Maudhu`aat”. Tetapi bagi penulis, kritikan Ibnu al-Jauzi yang dikatakan bersifat terlalu keras itu baik sekali untuk menjaga sunnah Rasulullah s.a.w.

Pada sesetengah tempat kritikan beliau memang wajar. 
Banyak juga hadits Jaami` Tirmizi yang belum dikritik dan disentuh orang padahal ia juga bermasalah.

👉Ciri-Ciri Istimewa Yang Terdapat Di Dalam Kitab Jaami` Tirmizi
Antara ciri istimewa kitab Jaami` Tirmizi ialah: 
(1) Selain kitab Jaami` ia juga merupakan kitab Sunan. 
(2) Hadits-hadits di dalamnya tidak berulang-ulang. 
(3) Imam Tirmizi mengemukakan dalil-dalil utama semua golongan fuqaha’ dengan mengasingkan bab-bab khusus untuk mereka. 
Satu tajuk bab diadakan untuk menyokong aliran `ulama’ Hijaaziyyin. Tokoh-tokoh yang termasuk dalam aliran ini antara lainnya ialah Malik, Syafi`e, Ahmad dan lain-lain. 
Satu tajuk bab lagi diadakan untuk menyokong aliran `ulama’ Kufah atau `Iraq. Antara tokoh yang termasuk dalam aliran ini ialah Sufyan ats-Tsauri, Abu Hanifah, Waki` dan lain-lain. 
(4) Di bawah setiap bab yang berkenaan dengan fiqh, dikemukakan pelbagai alirannya. 

Dengan itu kitab Jaami` Tirmizi bukan sahaja merupakan kitab hadits, malah dalam masa yang sama ia juga merupakan kitab perbandingan fiqh dan kitab yang mengandungi keterangan tentang perbezaan-perbezaan di antara aliran-aliran fiqh. Hakikat ini dapat dilihat umpamanya melalui kata-kata Tirmizi والعمل على هذا عتد أهل العلم atau والعمل على  هذا عند أكثر أهل العلم atau والعمل على هذا عند بعض أهل العلم .
`Ahli ilmu yang dimaksudkan oleh beliau ialah para mujtahidin dari pelbagai aliran fiqh. 
(5) Kedudukan dan darjat
sesuatu hadits dinyatakan. Selain itu kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam sanad juga didedahkan. 
(6) Di bawah setiap bab dikemukakan satu, dua atau tiga 
hadits. Hadits-hadits yang dipilih Imam Tirmizi pada umumnya tidak dikemukakan oleh imam-imam hadits yang lain. Ia kemudiannya disusuli dengan kata beliau
وفي الباب عن فلان وفلان
 
iaitu satu istilah khusus beliau yang menunjukkan bahawa di sana terdapat juga hadits-hadits yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabat lain selain yang telah dikemukakan oleh beliau. Hadits-hadits yang diisyaratkan oleh beliau 
melaluiوفي الباب عن فلان وفلان  itu sesuai juga dimasukkan di bawah bab yang dikemukakan beliau itu. 
Hadits-hadits yang diisyaratkan oleh tirmizi melalui isyarat 
 وفي الباب عن فلان وفلان
 itu mungkin betul-betul sama lafaznya dengan hadits yang dikemukakan oleh beliau di bawah sesuatu bab. Mungkin juga hanya sama dari sudut ma`na atau kandungannya sahaja. 

(7) Imam Tirmizi biasanya akan meringkaskan hadits yang terlalu panjang. Beliau akan mengambil hanya bahagian yang diperlukan dan berkenaan sahaja dengan sesuatu bab. Kerana itulah anda akan dapati hadits-hadits Tirmizi selalunya ringkas dan pendek. Bentuk hadits yang ringkas dan pendek itu tentunya mudah dihafal dan diingat. 

(8) Jika sanad sesuatu hadits ber`illat (mempunyai kecacatan) atau mudhtharib (tidak tetap), Imam Tirmizi akan menjelaskannya secara terperinci. 

(9) Menghilangkan kekeliruan yang mungkin timbul daripada nama-nama perawi yang mengelirukan. Jika seseorang perawi itu terkenal dengan nama sebenarnya, nama panggilan (kuniah) atau nama gelarannya 
(laqab) juga disertakan. Dan jika seseorang perawi itu terkenal dengan nama panggilannya (kuniah), nama sebenarnya pula disertakan. Dengan cara ini kekeliruan 
tentang seseorang perawi tidak akan berlaku.

Kadang-kadang Imam Tirmizi juga membincangkan tentang seseorang perawi, sama ada ia memang mendengar daripada orang yang diriwayatkan sesuatu hadits daripadanya ( عتا مرو ) atau tidak. 

(10) Jaami` Tirmizi disusun secara tertib dan cermat. Tajuk-tajuk babnya pula terang dan mudah difahami. Hadits-hadits di dalamnya juga senang dicari. 

(11) Menurut Imam Tirmizi, hadits-hadits yang tersebut di dalamnya tidak ada yang ditolak oleh semua ahli fiqh. 
Pasti ada faqih yang menggunakannya, kecuali dua hadits sahaja, iaitu: 
(a) Hadits tentang menjama`kan dua sembahyang tanpa sebarang ke`uzuran. Hadits itu dikemukakan oleh Tirmizi bawah باب ما جاء في الجمع بين الصلوتين
 Lihat  haditsnya: 
حَدَّثَنَا هَنَّادٌ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ حَبِيبِ بْنِ أَبِي ثَابِتٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ جَمَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَبَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ مِنْ غَيْرِ خَوْفٍ وَلَا مَطَرٍ قَالَ فَقِيلَ لِابْنِ عَبَّاسٍ مَا أَرَادَ بِذَلِكَ قَالَ أَرَادَ أَنْ لَا يُحْرِجَ أُمَّتَهُ
(telah menceritakan kepada kami Hannad berkata; telah menceritakan kepada kami Abu Mu'awiyah dari Al A'masy dari Habib bin Abu Tsabit dari Sa'id bin Jubair dari Ibnu Abbas ia berkata; "Di Madinah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menjamak antara shalat zhuhur dan asar, serta antara maghrib dan isya, bukan karena takut atau hujan." Sa'id berkata; "Dikatakan kepada Ibnu Abbas, "Apa yang beliau kehendaki dari hal itu?" ia menjawab, "Beliau tidak ingin mempersulit rakyatnya.)

Maksudnya Kata  Ibnu Abbaas  : 

“Rasulullah s.a.w. telah menjama`kan sembahyang Zohor dan `Ashar dan juga sembahyang Maghrib dan `Isyaa’ di Madinah dalam keadaan tidak ada sebarang ketakutan dan hujan.” Kata perawi, maka ada orang bertanya Ibnu `Abbaas, kenapa Baginda s.a.w. berbuat begitu? Jawab Ibnu `Abbaas: Baginda s.a.w. berbuat begitu supaya tidak menyusahkan umatnya. 
(Jaami` Tirmizi j.1 m/s 314). 

(b) Hadits tentang hukum bunuh terhadap peminum arak. Hadits ini tersebut di bawah
 ما جاء من شرب الخمر فاجلدوه ومن عاد في الرابعة فاقتلوه
Lihat hadits ini
ِ حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ عَيَّاشٍ عَنْ عَاصِمِ بْنِ بَهْدَلَةَ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ مُعَاوِيَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ فَاجْلِدُوهُ فَإِنْ عَادَ فِي الرَّابِعَةِ فَاقْتُلُوهُ
Maksudnya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebatlah orang 
yang minum arak. Jika dia mengulangi lagi meminumnya buat kali keempat, bunuhlah dia. 
(Jaami` Tirmizi j.5 m/s 355). 

Sebenarnya hadits ini juga dipakai oleh fuqaha’. Dalam fiqh mazhab Hanafi, hadits pertama dipakai sebagai jama` shuri. Hadits kedua pula dipakai sebagaihukum berdasarkan siasah. 

(12) Kadang-kadang Imam Tirmizi mengadakan satu tajuk bab menggunakan lafaz satu hadits sahih yang masyhur dan diriwayatkan oleh seseorang sahabat. Hadits itu diriwayatkan juga oleh pengarang-pengarang kitab Sihah Sittah yang lain. Untuk membuktikan apa yang dida`wa beliau di dalam tajuk bab, beliau bawakan satu hadits yang tidak masyhur yang diriwayatkan oleh seorang sahabat lain. Meskipun sanad hadits yang dikemukakan oleh beliau itu lebih rendah tarafnya daripada sanad hadits yang 
dikemukakan di dalam tajuk bab, ia disusuli dan diperkuatkan dengan kata beliau: 
وفي الباب عن فلان وفلان وفلان وفلان
Salah seorang fulan yang diisyaratkan dengan kata
 وفي الباب
tadi ialah sahabat yang meriwayatkan hadits yang dikemukakan beliau di dalam tajuk bab. Faedahnya ialah selain memperkenalkan hadits yang tidak begitu popular, dapat juga beliau menyatakan apa-apa kecacatan jika ia terdapat di dalam hadits yang dikemukakan itu. 
Adakalanya Imam Tirmizi juga menyatakan apa yang kurang dan apa yang lebih di dalam sesuatu matan hadits.

(13) Boleh dikatakan apabila Imam Tirmizi mengemukakan hadits seseorang sahabat di bawah sesuatu tajuk bab, beliau tidak akan menyebut lagi nama sahabat itu dalam senarai orang-orang yang beliau isyaratkan dalam katanya: وفي الباب عن فلان وفلان وفلان وفلان .Akan tetapi ada juga beberapa tempat yang terkecuali daripada qaedah ini, di mana beliau menyebut pula nama sahabat berkenaan dalam senarai yang diisyaratkan itu. Di bawah  باب مَا جَاءَ فِي الرَّكْعَتَيْنِ إِذَا جَاءَ الرَّجُلُ وَالإِمَامُ يَخْطُبُ:  sebagai contohnya, Imam Tirmizi mengemukakan hadits Jaabir bin `Abdillah. 
Selepas mengemukakan hadits kedua di bawah bab ini beliau berkata وَفِي الْبَابِ عَنْ جَابِرٍ وَأَبِي هُرَيْرَةَ وَسَهْلِ بْنِ سَعْدٍ.
dalam bab ini dari Jabir, Abu Hurairah dan Sahl bin Sa'ad.

[ باب مَا جَاءَ فِي الرَّكْعَتَيْنِ إِذَا جَاءَ الرَّجُلُ وَالإِمَامُ يَخْطُبُ: 
Masalah dua rakaat ketika imam sudah berkhutbah
«512» حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ عَمْرِو بْنِ دِينَارٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ بَيْنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِذْ جَاءَ رَجُلٌ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((أَصَلَّيْتَ)). قَالَ لاَ. قَالَ: ((قُمْ فَارْكَعْ)). قَالَ أَبُو عِيسَى: وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ أَصَحُّ شَيْءٍ فِي هَذَا الْبَابِ. 
468. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah telah menceritakan kepada kami Hammad bin Zaid dari Amru bin Dinar dari Jabir bin Abdullah dia berkata, ketika Nabi Shallahu 'alaihi wa sallam berkhutbah pada hari Jum'at, tiba-tiba seorang laki-laki datang, maka Nabi Shallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Apakah kamu sudah shalat?" dia menjawab, belum. Beliau bersabda: "Bangun dan kerjakanlah shalat." Abu Isa berkata, ini adalah hadits hasan shahih, lebih shahih dalam bab ini.
«513» حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي عُمَرَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَجْلاَنَ عَنْ عِيَاضِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي سَرْحٍ أَنَّ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ دَخَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَمَرْوَانُ يَخْطُبُ فَقَامَ يُصَلِّي فَجَاءَ الْحَرَسُ لِيُجْلِسُوهُ فَأَبَى حَتَّى صَلَّى فَلَمَّا انْصَرَفَ أَتَيْنَاهُ فَقُلْنَا رَحِمَكَ اللَّهُ إِنْ كَادُوا لَيَقَعُوا بِكَ. فَقَالَ مَا كُنْتُ لأَتْرُكَهُمَا بَعْدَ شَيْءٍ رَأَيْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. ثُمَّ ذَكَرَ أَنَّ رَجُلاً جَاءَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فِي هَيْئَةٍ بَذَّةٍ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَأَمَرَهُ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ. قَالَ ابْنُ أَبِي عُمَرَ كَانَ سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ إِذَا جَاءَ وَالإِمَامُ يَخْطُبُ وَكَانَ يَأْمُرُ بِهِ وَكَانَ أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْمُقْرِئُ يَرَاهُ. قَالَ أَبُو عِيسَى: وَسَمِعْتُ ابْنَ أَبِي عُمَرَ يَقُولُ: قَالَ سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ كَانَ مُحَمَّدُ بْنُ عَجْلاَنَ ثِقَةً مَأْمُونًا فِي الْحَدِيثِ. قَالَ: 

وَفِي الْبَابِ عَنْ جَابِرٍ وَأَبِي هُرَيْرَةَ وَسَهْلِ بْنِ سَعْدٍ.

 قَالَ أَبُو عِيسَى: حَدِيثُ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ. وَالْعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ بَعْضِ أَهْلِ الْعِلْمِ. وَبِهِ يَقُولُ الشَّافِعِيُّ وَأَحْمَدُ وَإِسْحَاقُ. وَقَالَ بَعْضُهُمْ إِذَا دَخَلَ وَالإِمَامُ يَخْطُبُ فَإِنَّهُ يَجْلِسُ وَلاَ يُصَلِّي. وَهُوَ قَوْلُ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ وَأَهْلِ الْكُوفَةِ. وَالْقَوْلُ الأَوَّلُ أَصَحُّ. حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا الْعَلاَءُ بْنُ خَالِدٍ الْقُرَشِيُّ قَالَ رَأَيْتُ الْحَسَنَ الْبَصْرِيَّ دَخَلَ الْمَسْجِدَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَالإِمَامُ يَخْطُبُ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ جَلَسَ. إِنَّمَا فَعَلَ الْحَسَنُ اتِّبَاعًا لِلْحَدِيثِ وَهُوَ رَوَى عَنْ جَابِرٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَذَا الْحَدِيثَ. 
469. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abu Umar telah menceritakan kepada kami Sufyan bin 'Uyainah dari Muhammad bin 'Ajlan dari 'Iyadl bin Abdullah bin Abu Sarh bahwa Abu Sa'id Al Khudri masuk masjid pada hari Jum'at, sementara Marwan sedang berkhutbah, lantas dia (Abu Sa'id) berdiri untuk melaksanakan shalat, maka datanglah para pengawalnya dan menyuruhnya untuk duduk, namun dia menolak sampai dia selesai mengerjakan shalat, ketika ia (Marwan) beranjak pergi (dari shalat Jum'at), kami mendatanginya dan berkata, Semoga Allah merahmatimu hampir saja mereka melakukan sesuatu kepadamu, Abu Sa'id berkata, saya tidak akan meniggalkan dua raka'at itu selamanya setelah saya melihatnya dari Rasulullah Shallahu 'alaihi wa sallam." kemudian dia menyebutkan bahwa ada seorang lelaki yang datang pada hari Jum'at dalam keadaan lusuh, Sementara Nabi Shallahu 'alaihi wa sallam sedang berkhutbah, lantas beliau menyuruhnya untuk shalat dua raka'at, padahal beliau sedang berkhutbah. Ibnu Abu Umar berkata, Sufyan bin 'Uyainah biasa melaksanakan shalat dua raka'at, padahal imam sedang berkhutbah dan dia juga memerintahkan untuk mengerjakan shalat tersebut, padahal Abu Abdurrahman Al Muqri' melihatnya. 
Abu Isa berkata, saya mendengar Ibnu Abu Umar berkata, Sufyan bin 'Uyainah berkata, Muhammad bin Ajlan adalah tsiqah dan terpercaya dalam periwayatan haditsnya.

(perawi) berkata, dalam bab ini (ada juga riwayat -pent) 
dari Jabir, Abu Hurairah dan Sahl bin Sa'ad. Abu Isa berkata, hadits Abu Sa'id Al Khudri adalah hadits hasan shahih, hadits ini juga diamalkan oleh sebagian ahli ilmu.

 Ini adalah pendapat Imam Syafi'I, Ahmad dan Ishaq. Sedangkan sebagian ahli ilmu yang lain berpendapat bahwa apabila seseorang masuk (masjid) dan imam sedang berkhutbah, maka hendaknya dia duduk dan tidak melaksanakan shalat, ini adalah pendapat Sufyan Ats Tsauri dan penduduk Kufah. Sedangkan pendapat pertama adalah yang paling shahih. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah telah menceritakan kepada kami Al 'la bin Khalid Al Qurasyi dia berkata, saya melihat Hasan Al Bashri masuk masjid pada hari Jum'at sedangkan imam berkhutbah, kemudian dia melaksanakan shalat dua raka'at lalu duduk, hanyasanya Hasan melakukan hal itu karena mengikuti hadits, dan dia telah meriwayatkan hadits ini dari Jabir dari Nabi Shallahu 'alaihi wa sallam]


dalamnya. Apa tujuan Imam Tirmizi menyebut semula nama Jaabir di sini? Jawab  Hafiz al-`Iraaqi, tujuannya mungkin untuk mengisyaratkan kepada riwayat lain Jaabir 
yang juga berkaitan dan berkenaan dengan tajuk bab. 
(14) Selalu juga selepas meringkaskan hadits yang panjang Tirmizi mengatakan فيه قصة وفيه كلام أكثر من هذا
Maksudnya: Hadits ini punya kisah dan cerita yang lebih panjang daripada apa yang disebutkan ini. 

(15) Nama-nama perawi yang sama akan dibezakan dengan gelarannya. 

Misalnya Yazid, ada dua orang. 
Untuk membezakan dua orang yang bernama Yazid itu Imam Tirmizi akan berkata, Yazid al-Faarisi atau Yazid ar-
Raqaasyi. Dua nama panggilan yang dikongsi juga akan dibezakan oleh Tirmizi. 

Abu Haazim misalnya adalah nama panggilan untuk dua orang yang berbeza. Ia mengelirukan. Untuk membezakannya Imam Tirmizi akan berkata, Abu Haazim az-Zaahid atau Abu Haazim al-Asyja`i. Nama sebenar Abu Haazim az-Zaahid ialah Salamah bin Dinar al-Madini. Nama sebenar Abu Haazim al-Asyja`i pula ialah Salman al-Kufi.

Pendek kata Imam Tirmizi akan menghilangkan kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kesamaan nama perawi-perawi. 


(16) Imam Tirmizi juga kadang-kadang mengadakan bab tanpa tajuk باب بلا ترجمة seperti yang dibuat guru beliau Bukhari sebelumnya. Selepas menukilkan hadits di bawahnya, beliau berkata   وفي الباب عن فلان وفلان dengan maksud mengisyaratkan kepada hadits-hadits 
yang sema`na dengannya. 

Bab tanpa tajuk biasanya mengambil alih perkataan “Fasal”. Ia bererti hadits di bawahnya masih berkenaan dengan tajuk bab sebelumnya. Ia juga mungkin bererti hadits di bawahnya mengandungi masalah, pengajaran atau panduan yang masih ada kena mengenanya dengan tajuk bab sebelumnya. 


(17) Sering kali juga selepas mengemukakan sesuatu hadits yang diriwayatkan oleh seseorang sahabat, Imam Tirmizi berkata: وفي الباب عن فلان  dengan menyebut nama sahabat yang lain. Lalu selepas itu beliau kemukakan terus hadits sahabat yang diisyaratkan tadi. Maka dalam keadaan ini perlulah difahami bahawa itulah sebenarnya hadits sahabat yang diisyaratkan oleh beliau di dalam kata:  وفي الباب عن فلان. Misalnya di bawah  بَاب ما جاء في زكاة البقر Imam
Tirmizi mengemukakan satu hadits yang diriwayatkan oleh `Abdullah bin Mas`ud.

Zakat sapi ما جاء في زكاة البقر
٥٦٥ - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدٍ الْمُحَارِبِيُّ وَأَبُو سَعِيدٍ الْأَشَجُّ قَالَا حَدَّثَنَا عَبْدُ السَّلَامِ بْنُ حَرْبٍ عَنْ خُصَيْفٍ عَنْ أَبِي عُبَيْدَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فِي ثَلَاثِينَ مِنْ الْبَقَرِ تَبِيعٌ أَوْ تَبِيعَةٌ وَفِي كُلِّ أَرْبَعِينَ مُسِنَّةٌ وَفِي الْبَاب عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ أَبُو عِيسَى هَكَذَا رَوَاهُ عَبْدُ السَّلَامِ بْنُ حَرْبٍ عَنْ خُصَيْفٍ وَعَبْدُ السَّلَامِ ثِقَةٌ حَافِظٌ وَرَوَى شَرِيكٌ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ خُصَيْفٍ عَنْ أَبِي عُبَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ عَبْدِ اللَّهِ وَأَبُو عُبَيْدَةَ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ لَمْ يَسْمَعْ مِنْ عَبْدِ اللَّهِ أَبِيهِ
565. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin 'Ubaid Al Muharibi dan Abu Sa'id Al Asyajj keduanya berkata, telah menceritakan kepada kami 'Abdus Salam bin Harb dari Khushaif dari Abu 'Ubaidah dari Abdullah bin Mas'ud dari Nabi Shalallahu 'alaihi wa salam beliau bersabda: "Pada setiap tiga puluh ekor sapi, zakatnya satu ekor Tabi' atau Tabi'ah (sapi jantan atau betina yang telah memasuki tahun kedua) dan pada setiap empat puluh ekor sapi, zakatnya satu ekor Musinnah (yang telah memasuki tahun ketiga) ". Dalam bab ini (ada juga riwayat -pent) dari Mu'adz bin Jabal. Abu 'Isa berkata, demikianlah 'Abdus Salam bin Harb meriwayatkannya dari Khushaif, sedangkan 'Abdus Salam adalah orang yang tsiqah dan hafizh. Hadits ini juga diriwayatkan oleh Syarik dari Khushaif dari Abu 'Ubaidah dari ayahnya Abdullah, sedangkan Abu 'Ubaidah belum pernah meriwayatkan hadits dari ayahnya.

Lalu beliau berkata:وَفِي الْبَاب عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ.Kemudian terus beliau kemukakan pula hadits Mu`az yang diisyaratkan itu. 

(18) Selepas mengemukakan sesuatu hadits Imam Tirmizi 
mengatakan هاذا حديث صحيح atau هاذا حديث غريب atau هاذا حديث منكر
Keputusan Imam Tirmizi yang seperti ini  tidak menimbulkan sebarang masalah atau kekeliruan. Yang 
menimbulkan kekeliruan ialah apabila beliau berkata:
هذا  حديث صحيح حسن  غريب 
atau
 هذا
  حديث  غريب صحيح
atau
هذا حديث حسن غريب
dan sebagainya

Apa ertinya semua istilah-istilah ini? Ia kelihatan semacam bertentangan. Kalau sudah sahih kenapa pula 
dikatakan gharib (dha`if)? Bolehkah sesuatu hadits itu sahih dan dalam masa yang sama ia juga dha`if? 

Para `ulama’ hadits telah memberi beberapa jawapan untuk menghilangkan kekeliruan akibat penggunaan istilah yang kelihatan bertentangan itu: 
(a) Imam Tirmizi mahu mengisyaratkan bahawa hadits berkenaan ada diriwayatkan melalui beberapa saluran riwayat. Ada antaranya yang sahih, ada yang hasan dan ada juga yang gharib atau dha`if. 
(b) Hadits berkenaan pada pandangan dan penilaian 
sesetengah `ulama’ sahih. Pada pandangan dan penilaian sesetengah `ulama’ yang lain ia hasan. Sementara pada pandangan dan penilaian sesetengah `ulama’ yang lain 
pula ia gharib. Ertinya ialah para `ulama’ hadits berbeza pendapat tentang taraf dan kedudukannya sesuai dengan syarat dan iltizam masing-masing. 
(c) Imam Tirmizi mengatakan begitu bukan hanya untuk hadits yang dikemukakan beliau sahaja. Salah satu daripada hukum yang diberikan itu memang sesuai untuk hadits yang dikemukakan beliau. Adapun yang dua lagi, ia tidak sesuai dengannya, malah ia sesuai dengan hadits-hadits sahabat lain yang diisyaratkan oleh beliau dengan kata: وفي الباب عن فلان وفلان

Ertinya keputusan yang dibuat Tirmizi itu adalah dengan 
mengambil kira hadits-hadits lain yang sema`na dengan hadits yang dikemukakan oleh beliau. 

(d) Menurut Hafiz al-`Iraqi, kata-kata Tirmizi هذا حديث حسن غريب misalnya bererti bagi beliau sifat hadits hasan pada hadits yang dikemukakan adalah lebih kuat daripada sifat hadits gharib atau dha`if. Apabila Imam Tirmizi menyebutkan hasan sebelum gharib, itu bererti sifat hasanlah yang lebih kuat padanya. Tetapi jika gharib 
pula disebut dahulu, maka itu bererti sifat ghariblah yang lebih kuat padanya. Antara hadits yang boleh diterapkan qaedah yang dikemukakan oleh Hafiz al-`Iraqi ini ialah 
hadits marfu` yang diriwayatkan oleh Ibnu `Umar dibawah 
ما جاء في الأربع قبل العصر
Berikut ialah haditsnya٣
٣٩٥ - حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مُوسَى وَمَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ وَأَحْمَدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الدَّوْرَقِيُّ وَغَيْرُ وَاحِدٍ قَالُوا حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ الطَّيَالِسِيُّ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُسْلِمِ بْنِ مِهْرَانَ سَمِعَ جَدَّهُ عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رَحِمَ اللَّهُ امْرَأً صَلَّى قَبْلَ الْعَصْرِ أَرْبَعًا قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ حَسَنٌ
395. Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Musa dan Mahmud Al Gahilan dan Ahmad bin Ibrahim Ad Dauraqi dan selainnya berkata; telah menceritakan kepada kami Abu Dawud Ath Thayalisi berkata; telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Muslim bin Mihran mendengar Kakeknya dari Ibnu Umar dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Semoga Allah merahmati orang yang shalat empat rakaat sebelum ashar." Abu Isa berkata; "Hadits ini derajatnya hasan gharib."

Maksudnya:“Semoga Allah merahmati orang yang bersembahyang (sunat) empat raka`at sebelum (bersembahyang) `Ashar.”

 Bagi al-`Iraqi sifat hadits gharib pada hadits ini lebih kuat 
berbanding sifat hadits hasan. Ini kerana Imam Tirmizi mendahulukan perkataan gharib daripada perkataan hasan. (Lihat as-Suyuthi- Quut al-Mughtazi j.1 m/s 57, al-
Mubarakfuri- Tuhfatu al-Ahwazi j.2 m/s 417). 

(19) Adakalanya Imam Tirmizi hanya mengemukakan hadits gharib dan dha`if di bawah sesuatu tajuk bab. Padahal ada pun
hadits sahih yang sesuai untuk tajuk itu. Imam Tirmizi sendiri bahkan ada mengisyaratkan kepada hadits sahih itu dalam kata beliau: وفي الباب عن فلان وفلان .

Kenapa beliau tidak mengambil saja hadits sahih itu dan mengemukakannya dengan lengkap di bawah tajuk bab berkenaan? Jawabnya ialah Imam Tirmizi mempunyai 
maksud lain di situ. Maksud beliau ialah memperkenalkan hadits dha`if dan perawi-perawinya. Yang menjadi pegangan beliau dan lain-lain `ulama’ dalam bab berkenaan bukan hadits dha`if yang dikemukakan itu, tetapi sebaliknya hadits-hadits sahih yang diisyaratkan oleh beliau melalui katanya: وفي الباب عن فلان وفلان .Hadits dha`if itu 
dikemukakan beliau mungkin hanya sebagai syahid atau mutaba`at sahaja. 


(20) Ada juga ketikanya, setelah mengemukakan pendapat atau pandangan tokoh tertentu tentang ma`na dan maksud sesuatu hadits, Imam Tirmizi mengkritik pendapatnya lalu
mengulas hadits berkenaan berdasarkan pemahaman beliau sendiri. Kitab-Kitab Syarah Dan Hasyiah Jaami` Tirmizi
Para `ulama’ muhadditsin telah memberikan perhatian luar biasa kepada Jaami` Tirmizi kerana kelebihan dan keistimewaannya yang sangat banyak. Hasilnya lahirlah 
sekian banyak syarah dan hasyiah yang dikarang mereka di sepanjang sejarah penulisan kitab-kitab hadits. 

Antara syarah dan hasyiahnya yang popular ialah: 
(1) `Aaridhatu al-Ahwazi - Hafiz Abu Bakar Ibnu al-`Arabi al-Maliki m.256H. 
(2) Quut al-Mughtazi - Jalaluddin as-Suyuthi m.911H. 
(3) Syarah at-Tirmizi - Abu at-Thaiyyib 
al-Madani m.1109H. 
(4) Syarah Tirmizi - Syeikh Siraj Ahmad Sarhindi. 
(5) Naf`u Quut al-Mughtazi - `Allamah Damanti. Kitab ini merupakan ringkasan kepada kitab Quut al-Mughtazi karangan as-Suyuthi. 
(6) Syarah at-Tirmizi - Hafiz Abu al-Fath Muhammad bin Muhammad bin Saiyyidi an-Naas asy-Syafi`e m.734H. 
(7) Syarah at-Tirmizi - Syeikh Zainuddin `Abdur Rahman bin Ahmad bin Rajab al-Hambali m.795H. 
(8) Syarah at-Tirmizi - Syeikh Sirajuddin `Umar bin Ruslan al-Bulqini asy-Syafi`e m.805H. 
(9) Syarah Zawaa’id at-Tirmizi - Syeikh Sirajuddin `Umar bin Ruslan. 
(10) Hasyiah Syeikh Abu al-Hasan Nuruddin Muhammad bin `Abdul Hadi as-Sindhi al-Hanafi m.1138H. 
(11) Tuhfatu al-Ahwazi - Maulana `Abdur Rahman al-
Mubarakpuri m.1353H. 
(12) Al-`Arfu asy-Syazi - Maulana Muhammad Anwar Syah 
al-Kashmiri. Buku ini sebenarnya adalah hasil catitan seorang murid Maulana bernama Maulana Muhammad Chiragh. 
(13) Al-Kaukab ad-Durri - Maulana Rasyid


Ahmad al-Ganggohi m.1323H. 
(14) Ma`arifu as-Sunan - Maulana Muhammad Yusuf 
al-Banoori. 
(15) Bahrul Maazi - Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi. Bahrul Maazi adalah satu-satunya Syarah Tirmizi di dalam bahasa Melayu (Jawi lama). Ia sebenarnya merupakan Syarah kepada Mukhtasar Sunan at-Tirmizi. Walaupun ia 
hanya Syarah kepada Mukhtasar Sunan at-Tirmizi, namun perbincangannya agak meluas dan ia telah termuat dalam 9 jilid tebal.
(16) Tuhfatul Alma`i - Syeikhul Hadits Darul `Ulum Deoband sekarang, Maulana Sa`id Ahmad Palanpuri. Tuhfatul 
Alma`i adalah Taqrir (Syarah) Jaami` at-Tirmizi yang lengkap dalam bahasa Urdu. Ia dicetak menjadi 8 jilid.
Syuruh Tirmizi Terbaik Utk Rujukan Syarah Tirmizi.
(1) Al-Kaukabu ad-Durri - Rashid Ahmad ganggohi
(2) Al-Kaukabu ad-Durri - Abu Thalhah 
(3) Al-Wardu at-Thari 
(4) Anwaaru as-Sunan 
(5) Haqaiq as-Sunan
(6) Dars e Tirmizi - Taqi Usmani
(7) Daqaaiqu as-Sunan
(8) Jaami` Tirmizi Vol- 1
(9) Majma`ul Bahrain
(10) Tashreehaat Tirmizi
(11) Tohfatul Alma`i


_________________
¹ Khurasan sekarang ini berada didalam Negara Afghanistan, manakala Ma WaraAn-nahr pula terletak di Samarqand,Uzbekistan.
² Sesaorang perawi sudah dikira sebagai guru sesaorang dalam ilmu hadits, walaupun dia hanya  menerima sebuah sahaja daripadanya. Untuk di iktiraf sebagai guru tidaklah disyaratkan sesaorang menerima hadits daripada guru itu sehingga berpuluh-puluh atau beratus-ratus buah.

³ Antara syarat kesempurnaan pengajian hadits menurut `ulama’-`ulama’ silam ialah seseorang pelajar itu perlulah mengambil hadits daripada beberapa golongan perawi, iaitu daripada golongan yang sebaya, golongan yang lebih tua, golongan yang lebih muda, golongan setempat, golongan yang jauh  dan lain-lain.


⁴ `Ulama’ hadits dahulu amat mementingkan sanad hadits yang lebih tinggi.


⁵ Lihat Bustaan al-Muhadditsin m/s 121- Syah `Abdul `Aziz dan Muhadditsin `Izaam m/s 215-216- Dr. Taqiyyuddin Nadwi, Mazaahiri.


⁶ Kisah ini meniti di hampir setiap bibir guru-guru hadits. Tidak pernah pula dijumpai ia tertulis di dalam mana-mana kitab. Demikianlah jelas Maulana Muhammad Taqi al-`Utsmani. 
Lihat Dars Tirmizi beliau j.1 m/s 133. Penulis juga pernah mendengar kisah ini dikemukakan oleh guru-guru hadits di Pakistan dahulu. والله أعلم 

⁷ Ada beberapa pendapat `ulama’ tentang kenapa mata Imam Tirmizi menjadi buta. Sesetengah `ulama’ mengatakan kerana beliau banyak membaca. Sesetengah `ulama’ pula mengatakan beliau banyak menangis kerana takutkan Allah. Ada juga pendapat yang mengatakan Imam Tirmizi buta sejak dilahirkan tetapi pendapat ini tidak tepat kerana beliau bukannya buta sejak asal tetapi buta di akhir hayatnya sahaja.

⁸ Pada hemat penulis, kitab Jaami` itu bukan sekadar mengandungi lapan topik utama yang dikemukakan di atas itu sahaja. Ia bahkan mengandungi juga topik-topik lain yang tidak kurang pentingnya daripada topik-topik tersebut itu. Seperti Kitab at-Thib, Kitab al-Imaarah dan lain-lain lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan